Channel Jalan-jalan Cari Ilmu
1.72K subscribers
3.64K photos
33 videos
42 files
1.68K links
InsyaAllah segala poster yang ada di dalam Channel hanya yang Islamik.
Download Telegram
[Cermat]

Di dalam al-Muwatta' pada hadith kedua dan pada Kitab Waktu-Waktu Solat ada menyatakan bahawa rasulullah saw ditanya oleh seorang lelaki tentang waktu solat subuh dan pada keesokkan harinya baginda solat sejurus selepas Subuh dengan perkataan

صلى الصبحَ حينَ طلع الفجرُ

Pada perkataan حين طلع الفجر pasti akan disangka oleh sesiapa bahkan mungkin akan ada yang terjemahkan sebagai ketika waktu fajar, sedangkan perkataan حين disitu tak tepat diterjemahkan sebagai ketika, tetapi sebaiknya diterjemahkan sejurus selepas, ia diketahui dengan melihat dilalah lafaz ini di sisi arab, kerana arab akan berkata terhadap sesuatu yang bersifat terlewat sedikit selepas suatu perkara dengan lafaz ini, bahkan ia juga diketahui berdasarkan usul umum daripada hadith-hadith yang lain yang mendasari bab waktu solat iaitu solat dilakukan selepas masuk waktu dan azan dan bukan ketika masuk waktu dan azan..

So, di dalam istinbath, dilalah alfaz dan isytiqaq di sisi arab sangat penting, begitu juga melihat usul umum di dalam sesuatu kes supaya maksud yang ingin diselami tidak tersasar daripada pandangan para ulama'.

#pencintahadithkluang
#manahijistinbath

Ustaz Daud at-Tetouani
Pengajaran ayat permulaan juz 2 :

1. Di antara sifat orang beriman adalah terus mengikuti wahyu tanpa mengatakan ini adalah adat kebiasaan kami zaman berzaman

2. Umat islam adalah umat yang mulia apabila bersifat adil dan rasional yang berpandukan wahyu, agar ia menjadi saksi di akhirat kelak bahawa rasul telah sampaikan dakwahnya

3. Apa-apa arahan wahyu yang berlanggar dengan nafsu kita atau adat kita tidak lain adalah sebagai ujian untuk melihat apakah kita terus mengikuti rasul atau kita banyak buat alasan itu dan ini

#pencintahadithkluang
#ramadhan2021
#mutiarailmukluang
#tadabbur

Ustaz Daud at-Tetouani
[Menilik dengan al-Quran]

Kalau konsep Garpu Tala tu memang dah mengarut dah, aku teringat lagi zaman aku sekolah menengah agama dulu ada benda yang lagi mengarut daripada Garpu Tala.

Masa tu aku tingkatan 2, duit aku hilang dalam locker di asrama, aku bengang gila masa tu sebab duit kena curi, lepas tu ada kawan cadangkan jumpa ada seorang senior kami yang dah habis sekolah untuk 'menilik dengan al-Quran'

Malam tu senior tu ajak aku dengan kawan aku ke masjid di asrama, dia bawak 'al-Quran' dia, al-Quran itu diikat dengan tali secara 4 penjuru, dan di tengah-tengah al-Quran itu dimasukkan anak kunci yang berkepala bulat, dia suruh aku pegang satu sisi kunci tu dengan jari telunjuk dan dia pegang satu sisi lagi dengan jari telunjuk dia, bila dua-dua dah pegang dia tanya al-Quran tu : duit dia ni tercicir atau kena curi? Sekali al-Quran tu terpusing jatuh ke belah kiri, dia sambut dan menciumnya dan dia kata: duit kau kena curi bukan tercicir, lepas tu dia tanya ada syak sesiapa tak? Aku sebut nama dua orang, kami buat lagi benda yang sama dan dia kata: dua-dua nama tu tak ambil... Masa tu aku antara percaya dan tak percaya, sebab dia buat al-Quran tu macam orang Buddha tilik nasib guna kayu dalam bekas pulak..

Inilah musibah umat islam hari ini , mereka pesongkan tujuan al-Quran diturunkan itu dengan tujuan yang salah dan jauh tersasar, al-Quran tidak lebih hanya menjadi bahan tilikkan dan petua-petua, sedangkan maqsadnya adalah lebih besar lagi, iaitu dibaca untuk difahami, difahami untuk diamalkan, agar ia mampu merubah dirimu, keluargamu dan masyarakatmu menjadi orang yang lebih baik dan mendapat petunjuk..

Kembalilah kepada tujuan al-Quran yang sebenar...

#pencintahadithkluang
#gengbacabidayah
#ibrahdalamkehidupan

Ustaz Daud At-Tetouani
Imam al-Nawawi berkata pandangan yang asah bagi jumhur iaitu pandangan terkuat daripada wujuh (ijtihad) para ashab al-Syafieyyah dalam bab memandikan mayat bagi lelaki yang tiada siapa boleh memandikanya melainkan yang ada cuma wanita ajnabiah (bukan mahramnya) dan bagi wanita yang tiada siapa boleh memandikanya melainkan yang ada cuma lelaki ajnabi adalah ditayamumkan si mati sahaja, ini kerana ia berlaku keuzuran syarak demi kerana memandikan si mati memerlukan melihat dan memegang aurat si mati...

Manakala pandangan kedua mereka adalah tetap diwajibkan mandi juga tetapi dalam keadaan bertutup baju atau kain dan pemandi perlu memakai sarung tangan dan cuba untuk menundukkan pandanganya dan dibenarkan melihat hanya pada tempat yang dharurah sahaja, alasan kedua ini, kerana mandi tetap wajib ia tak boleh ditinggalkan...

Dan pandangan ketiga mereka takyah buat apa-apa kau terus tanam timbus dengan tanah selesai, dan ini pandangan yang terlalu dhaif...

#pencintahadithkluang
#daudattetouani
#gengbacabidayah
#msjfeqh

Ustaz Daud At-Tetouani
Misi membina generasi al-Quran, tilawah satu hari satu muka bersama mereka, dan tadabbur untuk satu muka tersebut agar dapat tazkiyah (membina akhlaq) di dalam diri mereka melalui ta'lim akhlaq di dalam al-Quran, malam ini mereka belajar :

"menganggap suatu perkara yang serius sebagai bahan gurauan adalah perangai manusia jahil" al-Baqarah :67

Agar di masa depan mereka dapat menghargai urusan agama dan hal-hal yang serius jangan dibawa bergurau..

#MembinaGenerasiAlQuran
#pencintahadithkluang
#daudattetouani
#faridalansari
#TadabburAlQuran
#inilahrisalahalquran

Ustaz Daud At-Tetouani
Dzulqarnain di dalam al-Quran telah menyiapkan suatu benteng yang kukuh di antara dua gunung, untuk membina benteng sebesar itu tentulah mengambil masa yang lama, maka selama itulah beliau duduk bersama mereka, bergaul dengan mereka, menyelesaikan masalah mereka, melayan karenah mereka...

Begitulah para pendakwah di jalan Allah, bukan sahaja bertanggungjawab berdakwah kepada mereka, bahkan perlu bergaul bersama mereka, duduk bersama mereka dalam suatu tempoh, selesaikan masalah-masalah mereka, layan karenah mereka, ambil tahu hal ehwal mereka...

#tadabburwahyu
#pencintahadithkluang
#daudattetouani

Ustaz Daud At-Tetouani
[Tadabbur Wahyu]

Nabi mengatakan bahawa menghafaz dan membaca awal surah al-Kahfi dapat terelak daripada fitnah al-Masiih al-Dajjal...

Kemungkinan hikmahnya kerana al-Masiih itu akan membawa fitnah-fitnah yang dapat menyesatkan manusia, dan surah al-Kahfi seolah menyebut di antara fitnah-fitnah yang besar kepada manusia dan bagaimana kita boleh terselamat daripadanya apabila mengikut petunjuk wahyu :

1. Fitnah terhadap agama iaitu penyembahan kepada selain Allah sepertimana fitnah yang dibawa oleh Dajjal, iaitu sehingga boleh mengakibatkan manusia menganggapnya tuhan, dan bagaimana tujuh pemuda beriman terselamat daripada fitnah tersebut dengan mempertahankan iman mereka dengan lari ke dalam gua

2. Fitnah terhadap harta iaitu berbangga-bangga dengan harta dan pengikut sehingga merasakan hartanya akan kekal selamanya, tetapi dapat diselamatkan dengan nasihat agar jangan sombong dan merendahkan diri dengan kenali siapa diri mu yang dijadikan daripada air yang hina, yang tiada apa-apa langsung, dan sebutlah "ma syaa Allah la haula wala quwwata illa billah"

3. Fitnah terhadap ilmu iaitu janganlah merasakan diri kita lebih berilmu daripada orang lain, dapat diselamatkan jika kita teruskan menuntut ilmu walaupun sudah alim bijak pandai dan merendahkan diri

4. Fitnah terhadap kuasa, pangkat dan kerajaan, iaitu dapat diselamatkan dengan merendahkan diri walaupun engkau seorang pemimpin, Zulqarnain tidak berkata : benteng ini jasa aku, ini semua hasil usaha aku, tetapi dia berkata dengan rendah diri : ini adalah rahmat tuhanku, jika bukan rahmatNya maka benteng ini tidak akan terbina

Tema besar surah al-Kahfi ini adalah JANGAN SOMBONG tetapi rendahkan dirimu maka engkau boleh terselamat daripada 4 fitnah ini, dan Dajjal akan membawa 4 fitnah ini

#pencintahadithkluang
#daudattetouani
#tadabburalquran
#faridalansari

Ustaz Daud At-Tetouani
Hadith suruhan nabi untuk tanggalkan kasut di atas kuburan adalah berbentuk karahah (makruh), maka menanggalkanya adalah ibahah sahaja, kerana berlaku taarudh dengan hadith mayat dapat mendengar derapan kasut orang yang mengiringi si mati...

Hikmah diminta buka kasut adalah sebagai lambang tawadhu' dan khusyuk dalam mengingati kematian, justeru adalah menyalahi sunnah pula jika buka kasut dan terdapat banyak duri dan batu-batu kecil yang boleh menyakitkan kaki...

Menariknya, Ibn Hazm al-Andalusi ada membezakan antara kasut sibtiyyah dan ni'al, bagi beliau, yang dilarang pakai di atas kuburan adalah jenis sibtiyyah sahaja, kerana ia telah dicabut bulu-bulunya dan nampak kemas serta eksklusif dan berpotensi menunjukkan kesombongan atas pemakainya, maka di atas hikmah tadi itulah beliau membezakanya antara kedua jenisnya...

Begitulah ulasan Ibn Qudamah al-Maqdisi dalam al-Mughni beliau..

#pencintahadithkluang
#usulistinbath
#dalalat

Ustaz Daud At-Tetouani
Nabi mengatakan di dalam hadith dengan lafaz :

عن عبد الله بن عمر -رضي الله عنهما- عن النبي -صلى الله عليه وسلم-قال: «من تَشبَّه بقوم, فهو منهم».

Perkataan تشبه datang dengan timbangan تفعّل yang mana kalimah yang datang dengan timbangan ini di antara dilalahnya adalah takalluf, takalluf ni mungkin aku boleh terjemahkan sebagai tergedik-gedik atau berusaha keras nak nampak sama dengan satu kaum samada dari sudut pakaian, perayaan atau apa-apa unsur yang boleh membawa kepada keburukan kepada aqidah atau akhlak islam yang tinggi..

Jika ditelusuri hadith-hadith nabi secara kolektif kita akan dapati larangan-larangan tasyabbuh antaranya untuk menjaga originality ajaran islam itu untuk dibezakan dengan ajaran lain, yang mana jika tak dijaga kehendak syarak ini, ia akan mengakibatkan kepada melanggari kehendak yang lebih besar iaitu menjaga agama daripada boleh hilang keaslian ajaranya...

Dah kalau terdesak sangat nak juga menyambutnya, bukanlah umat islam yang tergedik-gedik berpakaian, menari, nyalakan itu ini seperti mereka, umat islam selayaknya hanya menjadi penonton sahaja jika tujuanya untuk mengenali budaya mereka dan menyemaikan mahabbah di antara dua kaum, atau ingin menarik pelabur negara tersebut ke negara kita...

Tergedik-gedik disebut kerana menjagakan dilalah tasyabbaha yang disebutkan tadi..

#pencintahadithkluang

Ustaz Daud At-Tetouani
Di antara perbahasan Usul al-Fiqh, adalah perbahasan al-Ijmal iaitu di antara dalalah yang tak jelas dan berlaku ihtimal, ia terbahagi kepada ifrad dan tarkib, diantara pecahan tarkib adalah tarkib al-mufassal, iaitu menyatukan yang terpisah :

Golongan Hanafi berhujjah bahawa diharuskan berwudhu' dengan air nabiiz kurma, kerana nabi saw menyebut :

ثمرة طيبة وماء طهور

Tumbuhan (kurma) yang baik dan airnya suci

Maka mereka katakan bahawa nabiiz adalah air yang suci lagi menyucikan kerana mereka memisahkan antara dua perkataan tersebut iaitu satu tumbuhan yang baik dan kedua, airnya suci

Manakala ashab kami (Malikiah) mengatakan bahawa lafaz ini berlaku ihtimal (kemungkinan relevan) ia adalah tarkib iaitu ia bermaksud pakej semua sekali dan tak boleh terpisah, iaitu ia air buah dan ia tidak mutlak...

Mazhab kami berhujjah contohnya angka 5, ia terdiri daripada genap iaitu 2 dan ganjil iaitu 3, dan no 2 jika bersendirian ia tak dipanggil no 5 dan begitu juga no 3, apabila kedua-duanya bercampur baru boleh sebut 5...

Dan apabila kami katakan ia tarkib ia bermaksud satu pakej dan tak boleh dipisahkan, dan apabila ia tak boleh dipisahkan maka ia tak boleh jadi hujjah...

Tapi Hanafiah menjawab : hadith ini tafsil (terpisah) dan bukan satu pakej, dengan dalil bahawa nabi saw pernah berwudhuk dengan air nabiiz bahkan sambungan hadith ini ada lafaz keharusan iaitu nabi kata : maka berwudhu' lah denganya (nabiiz)

So kami katakan : dari sudut sanad perawinya berlaku jahalah, kedua para salaf ada mengatakan bahawa orang itu bertayammum lebih baik daripada dia berwudhuk dengan nabiiz, ketiga ihtimal ini berlanggar dengan usul yang ijmak iaitu kesahihan wudhuk dengan air mutlak, maka lafaz keharusan itu tak dapat dijadikan hujjah...

Miftah al-Wusul oleh Abu Abdillah Muhammad al-Tilmisani

#pencintahadithkluang
#maliki
#usulistinbath
#dalalat

P/S : fuh air kurma sejuk kot... ☺️☺️