Channel Jalan-jalan Cari Ilmu
1.72K subscribers
3.64K photos
33 videos
42 files
1.68K links
InsyaAllah segala poster yang ada di dalam Channel hanya yang Islamik.
Download Telegram
[Menilik dengan al-Quran]

Kalau konsep Garpu Tala tu memang dah mengarut dah, aku teringat lagi zaman aku sekolah menengah agama dulu ada benda yang lagi mengarut daripada Garpu Tala.

Masa tu aku tingkatan 2, duit aku hilang dalam locker di asrama, aku bengang gila masa tu sebab duit kena curi, lepas tu ada kawan cadangkan jumpa ada seorang senior kami yang dah habis sekolah untuk 'menilik dengan al-Quran'

Malam tu senior tu ajak aku dengan kawan aku ke masjid di asrama, dia bawak 'al-Quran' dia, al-Quran itu diikat dengan tali secara 4 penjuru, dan di tengah-tengah al-Quran itu dimasukkan anak kunci yang berkepala bulat, dia suruh aku pegang satu sisi kunci tu dengan jari telunjuk dan dia pegang satu sisi lagi dengan jari telunjuk dia, bila dua-dua dah pegang dia tanya al-Quran tu : duit dia ni tercicir atau kena curi? Sekali al-Quran tu terpusing jatuh ke belah kiri, dia sambut dan menciumnya dan dia kata: duit kau kena curi bukan tercicir, lepas tu dia tanya ada syak sesiapa tak? Aku sebut nama dua orang, kami buat lagi benda yang sama dan dia kata: dua-dua nama tu tak ambil... Masa tu aku antara percaya dan tak percaya, sebab dia buat al-Quran tu macam orang Buddha tilik nasib guna kayu dalam bekas pulak..

Inilah musibah umat islam hari ini , mereka pesongkan tujuan al-Quran diturunkan itu dengan tujuan yang salah dan jauh tersasar, al-Quran tidak lebih hanya menjadi bahan tilikkan dan petua-petua, sedangkan maqsadnya adalah lebih besar lagi, iaitu dibaca untuk difahami, difahami untuk diamalkan, agar ia mampu merubah dirimu, keluargamu dan masyarakatmu menjadi orang yang lebih baik dan mendapat petunjuk..

Kembalilah kepada tujuan al-Quran yang sebenar...

#pencintahadithkluang
#gengbacabidayah
#ibrahdalamkehidupan

Ustaz Daud At-Tetouani