Channel Jalan-jalan Cari Ilmu
1.81K subscribers
3.8K photos
35 videos
44 files
1.81K links
InsyaAllah segala poster yang ada di dalam Channel hanya yang Islamik.
Download Telegram
[Makna Allahu Akbar]

Berkata syeikhuna Said al-Kamali :

"Pasakkan keimanan di dalam dirimu Allahu Akbar, yang mana jika engkau ketakutan maka keamanan ada pada Akbar, jika engkau berhajat kepada sesuatu maka carilah Akbar...

SESUNGGUHNYA SETIAP YANG BESAR (كبير) JIKA DISANDARKAN KEPADA AKBAR (YANG LEBIH BESAR) MAKA IA AKAN DIPANDANG KECIL SEHINGGA DIPANDANG TIADA APA-APA

Ketika engkau dilanda masalah juga kesusahan dan engkau mencari sesuatu yang besar ke kiri dan kanan maka carilah Akbar, dan berkatalah Allahu Akbar...

Jika engkau bergantung kepada seorang manusia, dan dia meninggalkan kau, maka carilah YANG SESEKALI TIDAK AKAN MENINGGALKANMU...

Dialah tuhan yang tidak pernah merasa penat dengan setiap permintaanmu, yang sentiasa membiarkan pintu rahmatNya terbuka luas bagi sesiapa pun yang mengetuknya, engkau mencari-cari kuasa besar manusia dan engkau lupakan kuasa akbar, yang tak pernah mengungkit setiap doa yang kau panjatkan, bahkan dialah tuhan yang bahkan gembira dengan doa hambaNya, itulah makna Allahu Akbar...

#pencintahadithkluang
#msjdakwah
#daudattetouani
#syeikhsaidalkamali

Ustaz Daud at-Tetouani
[Hadith jamak solat tanpa safar]

Kes : Ada hadith yang seolah baginda nabi memberikan jamak solat walaupun seseorang itu tidak bermusafir :

"Daripada Ibnu Abbas r.a bahawa rasulullah saw solat zohor dan asar di Madinah secara jamak bukan kerana takut atau bermusafir, berkata Abu Zubair : Aku bertanya Said berkenaan itu mengapa baginda nabi berbuat demikian? Said berkata : aku bertanya Ibnu Abbas berkenaan itu, menjawab : baginda tidak ingin menyusahkan umat baginda" (Mus.)

Apa kata ulamak berkenaan hadith ini?

Imam Tirmizi berkata : telah ijmak umat ini bahawa hadith ini tidak diamalkan (Syarh Ilal Tirmizi 43)

Ibnu Qudamah di dalam al-Mughni berkata : telah berlaku ijmak tidak diharuskan jamak solat tanpa sebarang keuzuran (al-Mughni : 2/120)

Ada 3 jenis mazhab ulamak dalam berhadapan dengan hadith ini :

1. Hadith ini tidak diamalkan secara mutlak! Ini adalah pandangan jumhur, bahkan berkata al-Khattabi : hadith ini sebahagian besar fuqahak tidak bercakap tentangnya (tak amalkanya dan tak memandangnya secara zahir) (rujuk : Maalim al-Sunan 1/265)

2. Amalkan hadith ini secara mutlak, ini pandangan SYIAH, sebahagian Zaidiyah, dan ini juga mazhab Bani Umayyah, kerana masyhur di kalangan pemimpin mereka jamakkan solat tanpa uzur.

Hajjaj bin Yusuf al-Tsaqafi bahkan selalu mengamalkanya, dan amalan beliau diserang oleh sebahagian besar ulamak, fuqahak dan tabi'in yang masih hidup ketika itu, bahkan ia dianggap mazhab pelik Bani Umayyah (rujuk : Siyar A'lam al-Nubala' : 4/306)

Bahkan telah sahih daripada kalangan ulamak ahlul bait bahkan Imam Syaukani sendiri mengatakan pelik bagaimana jamakkan solat tanpa uzur dinisbahkan kepada mazhab Syiah, kerana di dalam kitab-kitab mereka juga mengatakan tidak harus (rujuk : Nailul Authar : 4/1819)

3. Beramal dengan hadith ini dengan keperluan, dengan syarat perlakuan ini bukan menjadi amalanya sentiasa, ia dipegang oleh Ibn Abbas dan Abu Hurairah r.a di dalam riwayat Muslim, ia juga disetujui oleh Ibn Sirin, Imam Asyhab dari ashab Maliki, ia juga amalan ashab hadith, bahkan diriwayatkan juga Imam Marwazi dari Syafiey (rujuk : Maalim al-Sunan : 1/265, al-Mughni 2/121)

Ia adalah mazhab Imam Ahmad, yang mengharuskan jamak solat jika ada pekerjaan atau hal yang tak dapat dielakkan di tempat menetap, mazhab Imam Ahmad dilihat paling terbuka dalam hal ini.

Sebab mazhab jumhur menolak hadith ini sebagai amalan :

1. Berlaku ijmak hadith ini tak diamalkan, bahkan ada yang kata khilaf yang berlaku adalah selepas berlaku ijmak kaum sahabat.

Namun kena ingat, perawinya Ibnu Abbas, bahkan ada riwayat beliau juga mengamalkanya, dan disokong pula oleh Abu Hurairah...

2. Mereka takwil perkataan Ibnu Abbas ini bermaksud jamak suuri iaitu solat pertama dilakukan di waktu akhir solat tersebut, dan solat kedua dilakukan pada waktu awal solat tersebut dan dilihat jarak di antara kedua solat tersebut sangat dekat, takwil ini disokong oleh Ibn Hajar, al-Qurthubi, al-Haramain, Ibn Majisyun dan al-Tahawi.

Namun al-Khattabi dalam al-Maalim berkata bahawa takwil jamak suuri akan menafikan rukhsah jamak itu sendiri, kerana kalau suuri akan membuatkan orang itu solat setiap waktu dan itu 'azimah! (rujuk Maalim al-Sunan : 1/264)

So diketahui, sebab nabi lakukanya agar ia dapat memberikan kemudahan kepada umatnya kelak jika menghadapi perkara yang sangat berhajat, dan bagaimana boleh dikatakan ijmak sedangkan terdapat sahabat khilaf antara mereka juga?

Namun apa yang didakwa imam Tirmizi sebagai ijmak pun betul juga, kerana apa yang beliau maksudkan ijmak ialah ijmak tidak menjadikan jamak solat tanpa uzur sebagai amalan yang selalu dilakukanya.

#pencintahadithkluang
#daudattetouani
#gengbacabidayah
#msjfeqh
#mohsoaljawab
#berinteraksidenganhadis

Ustaz Daud at-Tetouani
[Hadith qadha' puasa untuk si mati]

Daripada Aisyah r.a bahawa baginda nabi bersabda :

من مات وعليه الصوم، صام عنه وليه

Sesiapa yang mati, dan dia ada menanggung kewajipan berpuasa, maka keluarganya boleh berpuasa untuknya (b.m)

Sebahagian besar ulamak beramal dengan zahir hadith ini yang terdiri daripada golongan ahl hadith, Hasan al-Basri, sebahagian Syafi'ieyyah dan al-Subki sendiri melakukan puasa ganti untuk ibunya. (Hasyiah al-Baijuri 1/574)

Tetapi sebahagian yang lain tidak mengamalkan zahir hadith ini, Abu Hanifah, Malik, al-Syafiey mereka berpandangan agar digantikan dengan beri makan orang miskin.

Antara alasan mereka tidak berhujjah dengan zahir hadith ini kerana perawi hadith ini iaitu Aisyah r.a dan Ibn Abbas melakukan perkara yang berlawanan dengan riwayat mereka.

Ibn Abbas pernah berkata :

"Tidak boleh seseorang bersolat untuk orang lain, berpuasa untuk orang lain, tetapi diganti dengan beri orang makan, satu hari diganti dengan satu mud"

Begitu juga Aisyah r.a apabila ditanya seseorang tentang ibunya yang meninggal ada tinggalkan puasa ramadhan, apakah perlu dia berpuasa untuknya? beliau berkata : tidak, tetapi berilah makan kepada orang miskin satu hari satu mud, itu lebih baik dari engkau berpuasa untuknya (Bai. Sun)

Al-Tahawi menyatakan bahawa pertembungan ini memberi isyarat khabar berpuasa mansukh (syarh Maani al-Atsar 176-180/6)

Namun ditolak oleh Ibn Hajar dengan berkata bahawa kaedah yang masyhur dalam usul adalah melihat riwayat sahabat dan bukan melihat pandangan mereka, kerana boleh jadi ihtimal ijtihad mereka bertembung dengan riwayat, dan tiada satu kepastian tentang kesahihan ijtihad mereka itu, dan ia tak bermakna hadith tersebut dhaif, jika hadith itu sahih takkan kita ambil yang zan dan tinggalkan yang haq? (Fath al-Bari 194/4)

Dan sebenarnya jika dilihat pada hadith riwayat lain, ia memberikan gambaran kemungkinan hadith berpuasa untuk si mati itu adalah merujuk kepada puasa nazar :

Daripada Ibn Abbas : Seorang perempuan bertanya kepada nabi : ibuku mati dan dia ada puasa nazar yang tak dilakukan, apakah aku berpuasa untuknya? Jawab : apakah jika ibumu ada hutang engkau akan bayarkan? Ya, maka puasalah untuknya (Mus.)

Maliki pula beralasankan hadith ini ditolak Malik kerana berlanggar dengan perbuatan penduduk Madinah, dan bagi Malik ia berlanggar dengan usul ayat :

(وَأَن لَّیۡسَ لِلۡإِنسَـٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ)

Bagi manusia itu pahala berdasarkan apa yang dia lakukan [Surah An-Najm 39]

Bermakna siapa buat ibadat dia yang dapat pahala dan ibadat tak boleh diwakilkan kepada orang lain.

Ia ditolak oleh Ibn Qudamah dengan mengatakan ibadah nazar ni lain, wakilkan orang lain buat ibadat ni kena lihat jenis ringan atau berat ibadat tersebut, dan nazar ni ibadat ringan sebab ia bukan wajib dengan asalnya sendiri, tetapi ia diwajibkan oleh si penazar itu sendiri (al-Mughni 83/3)

Overall, hadith puasakan untuk si mati itu lebih dekat bermakna puasa nazar dan sah untuk diwakilkan orang lain melakukan satu ibadat dengan syarat ada nas yang mendasari ibadat tersebut dan bukan semua jenis ibadat boleh diwakilkan, dan apa yang sahih adalah diberi makan kepada orang miskin satu mud atas setiap hari yang ditinggalkan dan tak mengapa untuk dipuasakan untuk si mati.. Wallahu a'lam...

#pencintahadithkluang
#daudattetouani
#gengbacabidayah
#msjfeqh
#senihadith
#senifeqh
#usulistinbath
[Hadith yang dinilai semula kerana lafaz hadith seolah memberikan pertambahan baru ke dalam nas]

Faktor ini adalah di antara sebab ulamak menilai semula sesebuah hadith untuk dijadikan hujjah, kerana pertambahan lafaz berpotensi menjadi pertambahan hukum baru, atau berpotensi menjadi pengangkat kepada hukum sedia ada dengan melakukan al-nasakh.

Ok let's say we take a look to one of this point mentioned :

Daripada Abu Hurairah r.a daripada nabi saw :

"Tiada wudhu' (yang sempurna) jika tidak disebutkan nama Allah ketika melakukanya" (marfu' diriwayatkan oleh AD, Ib.Mjh, AM, DQ, Hak.M Bai.)

Ibn Hajar dan Ibn Abi Syaibah berkeras mensabitkan kesahihan hadith ini (al-Talkhis 1/128)

Bahkan berdasarkan hadith ini Hasan al-Basri, Imam Ahmad dan yang lain mewajibkan tasmiyah (membaca basmalah) ketika berwudhuk bahkan wudhuk dianggap batal jika sengaja tak membacanya. (al-Mughni 1/84)

Manakala jumhur berpandangan tasmiyah tidaklah sampai wajib dan wudhuk masih sah walaupun sengaja tidak membacanya, bahkan Imam Malik membangkang sesiapa yang mewajibkanya dengan berkata : kau nak menyembelih ke? Aku tak tahu adanya sesiapa yang melakukan perkara itu (al-Zakhirah 1/284)

Para jumhur menolak hadith tadi sebagai hujjah kerana 2 sebab :

1. Al-Hanafiah berpandangan hadith ini berlaku pertambahan, dan ini hadith ahad dan hadith ahad tak patut berlaku apa-apa tambahan, disebabkan itu ia perlu ditakwil dan dimansukh, iaitu ia bermaksud menafikan kesempurnaan sahaja dan bukan menafikan kesahihan (Syarh Fath al-Qadir 1/23)

2. Hadith tentang tasmiyah dalam wudhuk tiada yang sahih!

Hadith ini mempunyai lebih kurang 8 jalan yang berlainan tetapi kelihatan semua jalanya mempunyai masalah, bahkan ia mempunyai syawahid tetapi syawahidnya juga tak dapat memperkuatkan hadith ini, berkata al-Hafiz Abu al-Fath bin Sayid al-Nas (w 734H) : hadith tasmiyah wudhuk ia samada sahih tetapi tidak sarih atau ia sarih tetapi tidak sahih (Nataiej al-Afkar 1/174)

Kesimpulanya, tasmiyah sebelum wudhuk bukanlah wajib tetapi ia adalah sunat sahaja walaupun terdapat hadith yang seolah mewajibkanya.

#pencintahadithkluang
#daudattetouani
#gengbacabidayah
#msjfeqh
#mohsoaljawab

Ustaz Daud at-Tetouani
Nabi pernah mengumpulkan keluarga baginda dan berkata : jika kalian ada masalah atau satu kesusahan, maka bacalah :

الله، الله ربي لا أشرك به شيئا

"Allah, Allahu rabbi la ushriku bihi syaian"

Abu Daud dan Ibn Majah-sahih

#pencintahadithkluang
#mohsoaljawab
#daudattetouani

Ustaz Daud at-Tetouani
[Dilalah ism al-Isyarat : haza(ini)]

Masalah : Hukum duduk di atas hamparan daripada sutera

Hadith masalah :

عن عقبة بن عامر قال أهدي إلى النبي صلى الله عليه وسلم فروج حرير فلبسه فصلى فيه ثم انصرف فنزعه نزعا شديدا كالكاره له وقال لا ينبغي هذا للمتقين

"Daripada 'Uqbah Bin' Amir radiallahu anhu berkata:

Baginda nabi s.a.w dihadiahi farruj (sejenis pakaian) daripada sutera lalu baginda memakainya, lalu baginda bersolat denganya, kemudian baginda berpaling dan membukanya dengan keras-seolah membencinya-lalu berkata: INI tidak boleh untuk orang yang bertaqwa" (Bukh. Mus. Nas.)

Melalui hadith ini, para ulamak berbeza pandangan tentang hukum jika hamparan daripada sutera dan duduk di atasnya:

Mazhab 1 : jumhur, tidak harus (ruj. Tarh al-Tathrib 3/221)

Mazhab 2 : Abu Hanifah, harus, Abu Yusuf dan Muhammad al-Syaibani memakruhkan. (ruj. al-Hidayah Syarh Bidayah al-Mubtadiey 3/81)

Hujjah :

Mazhab 1 : perkataan 'ini' di dalam hadith merujuk kepada sutera secara zahir, maka diharamkan memakai pakaian sutera dan duduk di atas hamparan sutera bagi lelaki.

Pakaian sutera memang yang disebut dalam hadith, manakala duduk di atas hamparan dimasukkan sekali di dalam hadith ini, bahkan ada hadith lain yang lebih jelas:

"nabi telah melarang kami makan dan minum daripada pinggan emas dan perak, memakai sutera dan dibaj dan juga duduk diatasnya (sebagai hamparan)" (Bukh.)

Mazhab 2 : perkataan 'ini' dalam hadith adalah merujuk kepada dijadikan pakaian sahaja.

Imam Abu Hanifah telah menjawab jumhur dengan berkata :

"larangan dalam hadith ini tidak jelas menunjukkan haram, kerana ada kemungkinan larangan adalah bermaksud pada engkau pakai sutera lalu engkau duduk diatasnya sekaligus, dan bukan hanya duduk di atasnya sahaja, dan duduk pula bukanlah pakaian, jika mereka (jumhur) berkata terhadap hadith Anas :" aku membersihkan permaidani kami yang telah hitam disebabkan telah 'dipakai' dalam masa yang lama" maka kami katakan, maksud 'dipakai' di situ adalah 'digunakan' " (ruj. Umdah al-Qari 22/14-15)

Perkara yang dikhilafkan : adakah larangan adalah bermaksud pakai sahaja dan tak termasuk duduk?

Mazhab 1 : pakai dan duduk, sebab larangan pakai bermaksud digunakan, dan duduk adalah bermaksud menggunakan.

Mazhab 2 : larangan pada pakai sahaja dan bukan duduk, larangan duduk adalah bermaksud pakai sutera dan duduk di atas sutera yang dipakai.

Pandangan yang dipilih : jumhur

Hujjah :

1. Walaupun perkataan 'ini' dalam hadith adalah kepada pakai sutera, tapi difahami pada perkara yang lebih umum daripada pakai adalah digunakan, hamparkan juga termasuk digunakan kerana dipakaikan untuk duduk.

Begitu juga Ibn Hajar memahami hadith Anas yang kata disebabkan telah lama dipakai adalah bermaksud dihamparkan, kerana keumuman larangan memakai sutera termasuk menghamparkan sutera, contoh jika seseorang bersumpah untuk tidak memakai sutera dia tidak dianggap melanggar sumpahnya jika dia menghamparkanya, kerana sumpahan dibina di atas pemahaman uruf (al-Fath 1/646)

Dan larangan duduk di atasnya adalah nas yang kuat dan tak harus ditakwil.

Komentar peribadi :

1. Sutera adalah dilarang pakai kepada lelaki kerana nas-nas terkumpul menyatakan sebabnya adalah menyerupai pakaian perempuan manakala larangan duduk di atas sutera adalah kerana sebab mendatangkan kesombongan, jika sutera dijadikan permaidani, ia tidak melibatkan jantina lelaki atau perempuan, dan larangan duduk dimasukkan bersama makan di atas pinggan emas dan perak yang mana sebabnya mendatangkan nilai kesombongan.

P/S : ada beza hamburkan dalil dan memahami dalil..

#pencintahadithkluang
#daudattetouani
#gengbacabidayah
#msjfeqh

Ustaz Daud at-Tetouani
Imam al-Nawawi berkata pandangan yang asah bagi jumhur iaitu pandangan terkuat daripada wujuh (ijtihad) para ashab al-Syafieyyah dalam bab memandikan mayat bagi lelaki yang tiada siapa boleh memandikanya melainkan yang ada cuma wanita ajnabiah (bukan mahramnya) dan bagi wanita yang tiada siapa boleh memandikanya melainkan yang ada cuma lelaki ajnabi adalah ditayamumkan si mati sahaja, ini kerana ia berlaku keuzuran syarak demi kerana memandikan si mati memerlukan melihat dan memegang aurat si mati...

Manakala pandangan kedua mereka adalah tetap diwajibkan mandi juga tetapi dalam keadaan bertutup baju atau kain dan pemandi perlu memakai sarung tangan dan cuba untuk menundukkan pandanganya dan dibenarkan melihat hanya pada tempat yang dharurah sahaja, alasan kedua ini, kerana mandi tetap wajib ia tak boleh ditinggalkan...

Dan pandangan ketiga mereka takyah buat apa-apa kau terus tanam timbus dengan tanah selesai, dan ini pandangan yang terlalu dhaif...

#pencintahadithkluang
#daudattetouani
#gengbacabidayah
#msjfeqh

Ustaz Daud At-Tetouani
Misi membina generasi al-Quran, tilawah satu hari satu muka bersama mereka, dan tadabbur untuk satu muka tersebut agar dapat tazkiyah (membina akhlaq) di dalam diri mereka melalui ta'lim akhlaq di dalam al-Quran, malam ini mereka belajar :

"menganggap suatu perkara yang serius sebagai bahan gurauan adalah perangai manusia jahil" al-Baqarah :67

Agar di masa depan mereka dapat menghargai urusan agama dan hal-hal yang serius jangan dibawa bergurau..

#MembinaGenerasiAlQuran
#pencintahadithkluang
#daudattetouani
#faridalansari
#TadabburAlQuran
#inilahrisalahalquran

Ustaz Daud At-Tetouani
Dzulqarnain di dalam al-Quran telah menyiapkan suatu benteng yang kukuh di antara dua gunung, untuk membina benteng sebesar itu tentulah mengambil masa yang lama, maka selama itulah beliau duduk bersama mereka, bergaul dengan mereka, menyelesaikan masalah mereka, melayan karenah mereka...

Begitulah para pendakwah di jalan Allah, bukan sahaja bertanggungjawab berdakwah kepada mereka, bahkan perlu bergaul bersama mereka, duduk bersama mereka dalam suatu tempoh, selesaikan masalah-masalah mereka, layan karenah mereka, ambil tahu hal ehwal mereka...

#tadabburwahyu
#pencintahadithkluang
#daudattetouani

Ustaz Daud At-Tetouani
[Tadabbur Wahyu]

Nabi mengatakan bahawa menghafaz dan membaca awal surah al-Kahfi dapat terelak daripada fitnah al-Masiih al-Dajjal...

Kemungkinan hikmahnya kerana al-Masiih itu akan membawa fitnah-fitnah yang dapat menyesatkan manusia, dan surah al-Kahfi seolah menyebut di antara fitnah-fitnah yang besar kepada manusia dan bagaimana kita boleh terselamat daripadanya apabila mengikut petunjuk wahyu :

1. Fitnah terhadap agama iaitu penyembahan kepada selain Allah sepertimana fitnah yang dibawa oleh Dajjal, iaitu sehingga boleh mengakibatkan manusia menganggapnya tuhan, dan bagaimana tujuh pemuda beriman terselamat daripada fitnah tersebut dengan mempertahankan iman mereka dengan lari ke dalam gua

2. Fitnah terhadap harta iaitu berbangga-bangga dengan harta dan pengikut sehingga merasakan hartanya akan kekal selamanya, tetapi dapat diselamatkan dengan nasihat agar jangan sombong dan merendahkan diri dengan kenali siapa diri mu yang dijadikan daripada air yang hina, yang tiada apa-apa langsung, dan sebutlah "ma syaa Allah la haula wala quwwata illa billah"

3. Fitnah terhadap ilmu iaitu janganlah merasakan diri kita lebih berilmu daripada orang lain, dapat diselamatkan jika kita teruskan menuntut ilmu walaupun sudah alim bijak pandai dan merendahkan diri

4. Fitnah terhadap kuasa, pangkat dan kerajaan, iaitu dapat diselamatkan dengan merendahkan diri walaupun engkau seorang pemimpin, Zulqarnain tidak berkata : benteng ini jasa aku, ini semua hasil usaha aku, tetapi dia berkata dengan rendah diri : ini adalah rahmat tuhanku, jika bukan rahmatNya maka benteng ini tidak akan terbina

Tema besar surah al-Kahfi ini adalah JANGAN SOMBONG tetapi rendahkan dirimu maka engkau boleh terselamat daripada 4 fitnah ini, dan Dajjal akan membawa 4 fitnah ini

#pencintahadithkluang
#daudattetouani
#tadabburalquran
#faridalansari

Ustaz Daud At-Tetouani