Channel Jalan-jalan Cari Ilmu
1.81K subscribers
3.8K photos
35 videos
44 files
1.81K links
InsyaAllah segala poster yang ada di dalam Channel hanya yang Islamik.
Download Telegram
[Style istinbath Malikiah]

"Qaul masyhur jika bertembung dengan qaul rajih, maka depankan yang masyhur"

Diketahui bahawa dalam mazhab Maliki, penjenamaan masyhur itu sendiri berlaku khilaf dikalangan para imam mazhab, ada yang kata apa yang kuat dalilnya, ada yang kata apa yang lebih banyak disebut.

Namun seperti yang dirajihkan oleh sebahagian besar mereka adalah penjenamaan masyhur di sisi ulamak Maghribi iaitu : ia bermakna riwayat Ibn al-Qasim di dalam al-Mudawwanah dan bagi mereka al-Mudawwanah adalah bagaikan dustur bagi mazhab ini, dan berikut merupakan style tarjih Malikiah dengan mendepankan qaul masyhur ke atas qaul rajih apabila bertembung, dan rajih di sisi mereka adalah apa yang kuat dalilnya :

Hukum solat sunat Tahiyyatul Masjid ketika imam sedang berkhutbah :

Terdapat dua pandangan mereka di dalam hal ini :

1. Masyhur : orang yang masuk masjid ketika imam sudah naik ke atas minbar maka dia perlu terus duduk tanpa bersolat tahiyyat, tetapi jika dia sudah mulai solat tahiyyat sebelum imam naik ke minbar hendaklah dia teruskan

2. Rajih : harus untuk solat tahiyyat walaupun imam sedang berkhutbah

Dalil pandangan pertama berdasarkan hadith dan qiyas :

Daripada Abu Hurairah :"jika engkau berkata kepada rakanmu supaya diam ketika jumaat dan imam sedang berkhutbah maka engkau telah melalukan perkara yang sia-sia" (Mus.)

Dan hadith seorang sahabat melangkah-langkah peha orang lain dan imam sedang berkhutbah, nabi suruh duduk dan berkata :duduk, sesungguhnya engkau telah menyakiti orang lain (AD)

Qiyas : mendengar khutbah itu wajib sedangkan solat tahiyyat tidak wajib, maka melakukan yang wajib lebih aula.

Dalil pandangan kedua :

Daripada Jabir Bin Abdullah :datang seorang lelaki dan nabi sedang berkhutbah, lalu nabi bertanya : apakah engkau sudah bersolat, berkata : belum, nabi berkata : bangun dan solatlah 2 rakaat (Mus.)

So, Malikiah telah memakai pandangan pertama iaitu qaul masyhur didepankan ke atas qaul rajih, dan inilah prinsip Malikiah jika berlaku pertembungan sebegini, kerana :

1. Dalil pandangan kedua menyalahi perbuatan penduduk Madinah kerana ia bagaikan mutawatir di sisi mereka, dan riwayat Ibn al-Qasim dalam al-Mudawwanah menyatakan kesahihan perbuatan ini.

2. Hadith itu adalah dalam konteks lelaki itu iaitu Sulaik al-Ghatafani adalah seorang hamba, dan dia masuk ke dalam masjid pun kerana ada hajat lain, suruhan nabi kepada beliau untuk berdiri dan bersolat adalah agar manusia lain menyedari kehadiranya dan memberikan sedeqah kepadanya nanti dan bukanya suruhan tahiyyat, kerana tahiyyat sudah luput apabila sudah duduk (Lihat Fathul Bari 2/473, al-Taudhih Ibn Ishaq 2/65 )

P/S : so, sebaiknya lihat usul sesuatu mazhab itu dulu mengapa mereka boleh tidak memakai hadith yang terang-terang sahih, kadang-kadang fatwa Malikiah berbeza dengan hadith yang diriwayatkan di dalam al-Muwatta' ia semacam satu isyarat bahawa Imam Malik bukan tak tahu hadith itu, kalau beliau tak tahu beliau tidak akan riwayatkan, tapi ada perkara lain yang mereka lihat.

#pencintahadithkluang
#gengbacabidayah
#msjfeqh
#usulmaliki

Ustaz Daud at-Tetouani
[Style jamak]

Antara style ulamak mazhab Hanafi menghimpunkan hadith-hadith yang dilihat bertembung adalah dengan melihat haqiqat makna syarak dengan pandangan majaz :

1. Hadith Hafsah :

من لم يجمع الصيام قبل الفجر فلا صيام له

Sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum fajar (waktu malam) maka tiada puasa baginya (tak sah) (AD, Tr.)

2. Hadith Salamah binti Akwa' berkenaan perutusan puasa asyura, sesiapa yang telah makan maka teruskan puasa dan sesiapa belum makan maka tetap berpuasa (Bukh.)

3. Hadith Aisyah berkenaan nabi bertanya ada apa-apa untuk dimakan lalu beliau menjawab tiada, maka nabi berpuasa dan nabi pernah bangun pagi dalam keadaan niat puasa (Muslim)

Isu : satu hadith suruh niat puasa sebelum fajar dua hadith lagi kata nabi pernah niat puasa lepas fajar, so achaner tu?

So dalam kes ini ulamak memahami perkataan فلا صيام له "maka tiada puasa baginya" adalah dipandang secara majazi dan bukan haqiqi, haqiqi ialah dari sudut syarak iaitu tidak sah, so mereka kata secara majazi iaitu tidak sempurna sahaja, ia dengan tujuan supaya hadith pertama itu tadi dapat disesuaikan dengan dua buah hadith lain, hadith pertama itu marjuh kerana berlaku khilaf apakah ia marfu' atau mauquf dan dua lagi tu tsabit kesahihanya, maka hadith yang marjuh layak untuk ditakwil.

Maka di sisi mereka sah untuk niat puasa selepas fajar dan mereka qiaskan ia dengan puasa Ramadhan.

Manakala mazhab jumhur jamak hadith-hadith ini dengan hadith pertama untuk puasa wajib dan dua lagi untuk puasa sunat.

#pencintahadithkluang
#gengbacabidayah
#msjfeqh
#usulistinbath

*Gambar Nawal Amani tengah khusyuk tidur.. Haha

Ustaz Daud at-Tetouani
[Takmilah si pelengkap]

Diketahui bahawa masalih dharuriah adalah usul bagi maslahah, dan masalih haajiyah adalah takmilah (pelengkap) kepada apa yang dijaga oleh dharuriyah, dan tahsiniyah pula takmilah kepada haajiyah, kedua-dua masalih ini bahkan saling menguatkan, seimbangkan dan menyempurnakan usul maslahah iaitu dharuriah.

Bertitik tolak daripada asas ini, maka terhasillah suatu kaedah tarjih di antara maslahah apabila bertembung :

كل تكملة فلها الشرط وهو ألا يعود اعتبارها على الأصل بالإبطال

Setiap pelengkap, syaratnya adalah jangan sampai dinafikan yang asal

Contoh : solat, ada syarat tertentu dan takmilah, seperti menghadap arah qiblat, wudhuk, rapatkan saf dan sebagainya, jika syarat-syarat dan takmilah ini tak dapat diwujudkan samada semua atau sebahagianya, dan berkeras untuk mewujudkanya akhirnya akan membuatkan yang asal iaitu mendirikan solat itu tidak dilakukan...

Begitu juga dalam bab muamalat, contohnya jual beli, antara syaratnya ialah tidak boleh ada unsur gharar, tetapi untuk mewujudkan syarat ini adalah sukar secara seratus peratus terhadap sebahagian urusan, samada kita batalkan terus jual beli ini walaupun tetap akan ada gharar atau kita teruskan juga jual beli ini tetapi mengurangkan kadar gharar itu semampu mungkin, dan kaedah sebegini adalah contoh istiqrak ke atas nas-nas syarak... Intaha

Nazariah al-maqasid inda al-Imam al-Syathibi Dr. Raisouni 1/127

#pencintahadithkluang
#gengbacabidayah
#msjfeqh

Ustaz Daud at-Tetouani
[Sebab ulamak mazhab menolak sesebuah hadith]

Dimaklumi, bahawa para ulamak mazhab akan menolak sesebuah hadith apabila berlaku keuzuran berikut di sisi mereka :

1. Apabila hadith berlanggar dengan usul

2. Apabila hadith berlanggar dengan qiyas

3. Apabila berlanggar dengan perbuatan penduduk Madinah

4. Apabila hadith berlanggar dengan riwayat perawi hadith itu sendiri

5. Apabila hadith berlanggar dengan sesuatu yang tidak pernah diamalkan atau disebut oleh para fuqaha'

6. Apabila hadith konteksnya menjurus kepada seseorang dan tiada keumuman terhadapnya

7. Apabila teks hadith seolah memberi satu tambahan baru ke dalam nas dan ia mansukh

8. Hadith yang ditolak disebabkan keuzuran cara ia disampaikan

9. Hadith berkaitan umum al-balwa dan ia tak disampaikan secara mutawatir

9 jenis keuzuran ini adalah di antara sebahagian sebab para ulamak mazhab menolak sesebuah hadith untuk dijadikan hujjah di dalam istinbath mereka, dan insyallah saya akan berikan contoh hadith bagi setiap keuzuran tersebut...

Dan sebab mereka menolaknya bukanlah berdasarkan kejahilan dan hawa nafsu mereka, namun mengikut bagaimana rentak setiap imam bermuamalah dengan nas-nas agama, kerana mereka adalah para mujtahid yang telah memiliki keahlian ijtihad...

#pencintahadithkluang
#gengbacabidayah
#msjfeqh
#usulistinbath

Ustaz Daud at-Tetouani
[Hadith yang dinilai semula disebabkan bertembung dengan qiyas]

Di antaranya ialah terhadap hadith :

"Daripada Abu Hurairah : Sesiapa yang memandikan mayat maka mandilah dan sesiapa yang membawanya maka berwudhuklah"

1. Hadith ini disahihkan sebahagian ulamak, hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud, Tirmizi dan Ibn Majah, bahkan ulamak sekarang pun ada mensahihkanya seperti Sidi al-Ghumari, al-Albani dan Ahmad Shakir.

2. Namun al-Hanafiah menolak hadith ini untuk dijadikan hujjah kerana bagi mereka hadith ini bertembung dengan qiyas dan tak masuk aqal! kerana dilihat seolah memandikan dan membawa mayat adalah najis dan penyebab terbatalnya wudhuk. (Usul al-Sarakhsi 1/340-341)

3. Golongan Syafieyah seperti al-Muzani dan al-Nawawi juga menyokong mereka dengan beralasankan dengan qiyas al-aula, iaitu mafhum muwafaqah dan dalil khitab : jika berlaku ijmak untuk tidak diwajibkan wudhuk jika menyentuh babi atau bangkai, maka menyentuh orang yang beriman apatah lagi (al-Majmuk 5/185)

4. Ia sangat tak diterima oleh mereka sehinggakan mereka mendhaifkan hadith ini.

5. Hujjah mereka melalui 3 perkara, hadith ini tidak sahih, bertembung dengan qiyas dan hadith ini mansukh sehinggakan Ibn Syahin memasukkan hadith ini ke dalam al-Naasikh beliau.

6. Perbahasan melalui status hadith ini teramat panjang dan konklusi yang dapat dibuat adalah hadith ini mempunyai 8 jalan periwayatan dan melalui kajian takhrij didapati kesemua jalanya mempunyai masalah, hadith ini dengan makna sebegini juga ada diriwayatkan oleh selain Abu Hurairah namun kesemua jalan tersebut juga tak lekang daripada masalah di dalam sanadnya, namun yang pasti kebanyakkan mereka menafikan hadith ini sanadnya marfu' kepada nabi dan kepada mauquf ia lebih dekat.

7. Ada yang takwil sebab suruhan mandi dan wudhuk ini disebabkan ingin menghilangkan kekotoran secara nampak dan tidak nampak yang boleh ada pada mayat, cara takwil sebegini adalah sama seperti suruhan wudhuk disebabkan memakan daging unta yang mana untuk menghilangkan apa yang terdapat pada daging dan susunya yang dipercayai oleh arab boleh menyebabkan berperangai seperti syaithan seperti iri hati, sakit hati dengan orang kerana mengikut atsar unta ini berperangai seperti jin, dan jin daripada api, dan api hanya kalah dengan air (Usul Ali Hasbullah ms 63)

8. Konklusinya, sebagai cara jam'u kepada pertembungan begini, jumhur ulamak berpandangan suruhan mandi dan wudhuk bagi orang yang memandikan dan membawa mayat hanyalah sunat sahaja dan bukanya wajib.

#pencintahadithkluang
#gengbacabidayah
#msjfeqh
#daudattetouani

Ustaz Daud at-Tetouani
[Hadith jamak solat tanpa safar]

Kes : Ada hadith yang seolah baginda nabi memberikan jamak solat walaupun seseorang itu tidak bermusafir :

"Daripada Ibnu Abbas r.a bahawa rasulullah saw solat zohor dan asar di Madinah secara jamak bukan kerana takut atau bermusafir, berkata Abu Zubair : Aku bertanya Said berkenaan itu mengapa baginda nabi berbuat demikian? Said berkata : aku bertanya Ibnu Abbas berkenaan itu, menjawab : baginda tidak ingin menyusahkan umat baginda" (Mus.)

Apa kata ulamak berkenaan hadith ini?

Imam Tirmizi berkata : telah ijmak umat ini bahawa hadith ini tidak diamalkan (Syarh Ilal Tirmizi 43)

Ibnu Qudamah di dalam al-Mughni berkata : telah berlaku ijmak tidak diharuskan jamak solat tanpa sebarang keuzuran (al-Mughni : 2/120)

Ada 3 jenis mazhab ulamak dalam berhadapan dengan hadith ini :

1. Hadith ini tidak diamalkan secara mutlak! Ini adalah pandangan jumhur, bahkan berkata al-Khattabi : hadith ini sebahagian besar fuqahak tidak bercakap tentangnya (tak amalkanya dan tak memandangnya secara zahir) (rujuk : Maalim al-Sunan 1/265)

2. Amalkan hadith ini secara mutlak, ini pandangan SYIAH, sebahagian Zaidiyah, dan ini juga mazhab Bani Umayyah, kerana masyhur di kalangan pemimpin mereka jamakkan solat tanpa uzur.

Hajjaj bin Yusuf al-Tsaqafi bahkan selalu mengamalkanya, dan amalan beliau diserang oleh sebahagian besar ulamak, fuqahak dan tabi'in yang masih hidup ketika itu, bahkan ia dianggap mazhab pelik Bani Umayyah (rujuk : Siyar A'lam al-Nubala' : 4/306)

Bahkan telah sahih daripada kalangan ulamak ahlul bait bahkan Imam Syaukani sendiri mengatakan pelik bagaimana jamakkan solat tanpa uzur dinisbahkan kepada mazhab Syiah, kerana di dalam kitab-kitab mereka juga mengatakan tidak harus (rujuk : Nailul Authar : 4/1819)

3. Beramal dengan hadith ini dengan keperluan, dengan syarat perlakuan ini bukan menjadi amalanya sentiasa, ia dipegang oleh Ibn Abbas dan Abu Hurairah r.a di dalam riwayat Muslim, ia juga disetujui oleh Ibn Sirin, Imam Asyhab dari ashab Maliki, ia juga amalan ashab hadith, bahkan diriwayatkan juga Imam Marwazi dari Syafiey (rujuk : Maalim al-Sunan : 1/265, al-Mughni 2/121)

Ia adalah mazhab Imam Ahmad, yang mengharuskan jamak solat jika ada pekerjaan atau hal yang tak dapat dielakkan di tempat menetap, mazhab Imam Ahmad dilihat paling terbuka dalam hal ini.

Sebab mazhab jumhur menolak hadith ini sebagai amalan :

1. Berlaku ijmak hadith ini tak diamalkan, bahkan ada yang kata khilaf yang berlaku adalah selepas berlaku ijmak kaum sahabat.

Namun kena ingat, perawinya Ibnu Abbas, bahkan ada riwayat beliau juga mengamalkanya, dan disokong pula oleh Abu Hurairah...

2. Mereka takwil perkataan Ibnu Abbas ini bermaksud jamak suuri iaitu solat pertama dilakukan di waktu akhir solat tersebut, dan solat kedua dilakukan pada waktu awal solat tersebut dan dilihat jarak di antara kedua solat tersebut sangat dekat, takwil ini disokong oleh Ibn Hajar, al-Qurthubi, al-Haramain, Ibn Majisyun dan al-Tahawi.

Namun al-Khattabi dalam al-Maalim berkata bahawa takwil jamak suuri akan menafikan rukhsah jamak itu sendiri, kerana kalau suuri akan membuatkan orang itu solat setiap waktu dan itu 'azimah! (rujuk Maalim al-Sunan : 1/264)

So diketahui, sebab nabi lakukanya agar ia dapat memberikan kemudahan kepada umatnya kelak jika menghadapi perkara yang sangat berhajat, dan bagaimana boleh dikatakan ijmak sedangkan terdapat sahabat khilaf antara mereka juga?

Namun apa yang didakwa imam Tirmizi sebagai ijmak pun betul juga, kerana apa yang beliau maksudkan ijmak ialah ijmak tidak menjadikan jamak solat tanpa uzur sebagai amalan yang selalu dilakukanya.

#pencintahadithkluang
#daudattetouani
#gengbacabidayah
#msjfeqh
#mohsoaljawab
#berinteraksidenganhadis

Ustaz Daud at-Tetouani
[Hadith qadha' puasa untuk si mati]

Daripada Aisyah r.a bahawa baginda nabi bersabda :

من مات وعليه الصوم، صام عنه وليه

Sesiapa yang mati, dan dia ada menanggung kewajipan berpuasa, maka keluarganya boleh berpuasa untuknya (b.m)

Sebahagian besar ulamak beramal dengan zahir hadith ini yang terdiri daripada golongan ahl hadith, Hasan al-Basri, sebahagian Syafi'ieyyah dan al-Subki sendiri melakukan puasa ganti untuk ibunya. (Hasyiah al-Baijuri 1/574)

Tetapi sebahagian yang lain tidak mengamalkan zahir hadith ini, Abu Hanifah, Malik, al-Syafiey mereka berpandangan agar digantikan dengan beri makan orang miskin.

Antara alasan mereka tidak berhujjah dengan zahir hadith ini kerana perawi hadith ini iaitu Aisyah r.a dan Ibn Abbas melakukan perkara yang berlawanan dengan riwayat mereka.

Ibn Abbas pernah berkata :

"Tidak boleh seseorang bersolat untuk orang lain, berpuasa untuk orang lain, tetapi diganti dengan beri orang makan, satu hari diganti dengan satu mud"

Begitu juga Aisyah r.a apabila ditanya seseorang tentang ibunya yang meninggal ada tinggalkan puasa ramadhan, apakah perlu dia berpuasa untuknya? beliau berkata : tidak, tetapi berilah makan kepada orang miskin satu hari satu mud, itu lebih baik dari engkau berpuasa untuknya (Bai. Sun)

Al-Tahawi menyatakan bahawa pertembungan ini memberi isyarat khabar berpuasa mansukh (syarh Maani al-Atsar 176-180/6)

Namun ditolak oleh Ibn Hajar dengan berkata bahawa kaedah yang masyhur dalam usul adalah melihat riwayat sahabat dan bukan melihat pandangan mereka, kerana boleh jadi ihtimal ijtihad mereka bertembung dengan riwayat, dan tiada satu kepastian tentang kesahihan ijtihad mereka itu, dan ia tak bermakna hadith tersebut dhaif, jika hadith itu sahih takkan kita ambil yang zan dan tinggalkan yang haq? (Fath al-Bari 194/4)

Dan sebenarnya jika dilihat pada hadith riwayat lain, ia memberikan gambaran kemungkinan hadith berpuasa untuk si mati itu adalah merujuk kepada puasa nazar :

Daripada Ibn Abbas : Seorang perempuan bertanya kepada nabi : ibuku mati dan dia ada puasa nazar yang tak dilakukan, apakah aku berpuasa untuknya? Jawab : apakah jika ibumu ada hutang engkau akan bayarkan? Ya, maka puasalah untuknya (Mus.)

Maliki pula beralasankan hadith ini ditolak Malik kerana berlanggar dengan perbuatan penduduk Madinah, dan bagi Malik ia berlanggar dengan usul ayat :

(وَأَن لَّیۡسَ لِلۡإِنسَـٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ)

Bagi manusia itu pahala berdasarkan apa yang dia lakukan [Surah An-Najm 39]

Bermakna siapa buat ibadat dia yang dapat pahala dan ibadat tak boleh diwakilkan kepada orang lain.

Ia ditolak oleh Ibn Qudamah dengan mengatakan ibadah nazar ni lain, wakilkan orang lain buat ibadat ni kena lihat jenis ringan atau berat ibadat tersebut, dan nazar ni ibadat ringan sebab ia bukan wajib dengan asalnya sendiri, tetapi ia diwajibkan oleh si penazar itu sendiri (al-Mughni 83/3)

Overall, hadith puasakan untuk si mati itu lebih dekat bermakna puasa nazar dan sah untuk diwakilkan orang lain melakukan satu ibadat dengan syarat ada nas yang mendasari ibadat tersebut dan bukan semua jenis ibadat boleh diwakilkan, dan apa yang sahih adalah diberi makan kepada orang miskin satu mud atas setiap hari yang ditinggalkan dan tak mengapa untuk dipuasakan untuk si mati.. Wallahu a'lam...

#pencintahadithkluang
#daudattetouani
#gengbacabidayah
#msjfeqh
#senihadith
#senifeqh
#usulistinbath
[Hadith yang dinilai semula kerana lafaz hadith seolah memberikan pertambahan baru ke dalam nas]

Faktor ini adalah di antara sebab ulamak menilai semula sesebuah hadith untuk dijadikan hujjah, kerana pertambahan lafaz berpotensi menjadi pertambahan hukum baru, atau berpotensi menjadi pengangkat kepada hukum sedia ada dengan melakukan al-nasakh.

Ok let's say we take a look to one of this point mentioned :

Daripada Abu Hurairah r.a daripada nabi saw :

"Tiada wudhu' (yang sempurna) jika tidak disebutkan nama Allah ketika melakukanya" (marfu' diriwayatkan oleh AD, Ib.Mjh, AM, DQ, Hak.M Bai.)

Ibn Hajar dan Ibn Abi Syaibah berkeras mensabitkan kesahihan hadith ini (al-Talkhis 1/128)

Bahkan berdasarkan hadith ini Hasan al-Basri, Imam Ahmad dan yang lain mewajibkan tasmiyah (membaca basmalah) ketika berwudhuk bahkan wudhuk dianggap batal jika sengaja tak membacanya. (al-Mughni 1/84)

Manakala jumhur berpandangan tasmiyah tidaklah sampai wajib dan wudhuk masih sah walaupun sengaja tidak membacanya, bahkan Imam Malik membangkang sesiapa yang mewajibkanya dengan berkata : kau nak menyembelih ke? Aku tak tahu adanya sesiapa yang melakukan perkara itu (al-Zakhirah 1/284)

Para jumhur menolak hadith tadi sebagai hujjah kerana 2 sebab :

1. Al-Hanafiah berpandangan hadith ini berlaku pertambahan, dan ini hadith ahad dan hadith ahad tak patut berlaku apa-apa tambahan, disebabkan itu ia perlu ditakwil dan dimansukh, iaitu ia bermaksud menafikan kesempurnaan sahaja dan bukan menafikan kesahihan (Syarh Fath al-Qadir 1/23)

2. Hadith tentang tasmiyah dalam wudhuk tiada yang sahih!

Hadith ini mempunyai lebih kurang 8 jalan yang berlainan tetapi kelihatan semua jalanya mempunyai masalah, bahkan ia mempunyai syawahid tetapi syawahidnya juga tak dapat memperkuatkan hadith ini, berkata al-Hafiz Abu al-Fath bin Sayid al-Nas (w 734H) : hadith tasmiyah wudhuk ia samada sahih tetapi tidak sarih atau ia sarih tetapi tidak sahih (Nataiej al-Afkar 1/174)

Kesimpulanya, tasmiyah sebelum wudhuk bukanlah wajib tetapi ia adalah sunat sahaja walaupun terdapat hadith yang seolah mewajibkanya.

#pencintahadithkluang
#daudattetouani
#gengbacabidayah
#msjfeqh
#mohsoaljawab

Ustaz Daud at-Tetouani
[Dilalah ism al-Isyarat : haza(ini)]

Masalah : Hukum duduk di atas hamparan daripada sutera

Hadith masalah :

عن عقبة بن عامر قال أهدي إلى النبي صلى الله عليه وسلم فروج حرير فلبسه فصلى فيه ثم انصرف فنزعه نزعا شديدا كالكاره له وقال لا ينبغي هذا للمتقين

"Daripada 'Uqbah Bin' Amir radiallahu anhu berkata:

Baginda nabi s.a.w dihadiahi farruj (sejenis pakaian) daripada sutera lalu baginda memakainya, lalu baginda bersolat denganya, kemudian baginda berpaling dan membukanya dengan keras-seolah membencinya-lalu berkata: INI tidak boleh untuk orang yang bertaqwa" (Bukh. Mus. Nas.)

Melalui hadith ini, para ulamak berbeza pandangan tentang hukum jika hamparan daripada sutera dan duduk di atasnya:

Mazhab 1 : jumhur, tidak harus (ruj. Tarh al-Tathrib 3/221)

Mazhab 2 : Abu Hanifah, harus, Abu Yusuf dan Muhammad al-Syaibani memakruhkan. (ruj. al-Hidayah Syarh Bidayah al-Mubtadiey 3/81)

Hujjah :

Mazhab 1 : perkataan 'ini' di dalam hadith merujuk kepada sutera secara zahir, maka diharamkan memakai pakaian sutera dan duduk di atas hamparan sutera bagi lelaki.

Pakaian sutera memang yang disebut dalam hadith, manakala duduk di atas hamparan dimasukkan sekali di dalam hadith ini, bahkan ada hadith lain yang lebih jelas:

"nabi telah melarang kami makan dan minum daripada pinggan emas dan perak, memakai sutera dan dibaj dan juga duduk diatasnya (sebagai hamparan)" (Bukh.)

Mazhab 2 : perkataan 'ini' dalam hadith adalah merujuk kepada dijadikan pakaian sahaja.

Imam Abu Hanifah telah menjawab jumhur dengan berkata :

"larangan dalam hadith ini tidak jelas menunjukkan haram, kerana ada kemungkinan larangan adalah bermaksud pada engkau pakai sutera lalu engkau duduk diatasnya sekaligus, dan bukan hanya duduk di atasnya sahaja, dan duduk pula bukanlah pakaian, jika mereka (jumhur) berkata terhadap hadith Anas :" aku membersihkan permaidani kami yang telah hitam disebabkan telah 'dipakai' dalam masa yang lama" maka kami katakan, maksud 'dipakai' di situ adalah 'digunakan' " (ruj. Umdah al-Qari 22/14-15)

Perkara yang dikhilafkan : adakah larangan adalah bermaksud pakai sahaja dan tak termasuk duduk?

Mazhab 1 : pakai dan duduk, sebab larangan pakai bermaksud digunakan, dan duduk adalah bermaksud menggunakan.

Mazhab 2 : larangan pada pakai sahaja dan bukan duduk, larangan duduk adalah bermaksud pakai sutera dan duduk di atas sutera yang dipakai.

Pandangan yang dipilih : jumhur

Hujjah :

1. Walaupun perkataan 'ini' dalam hadith adalah kepada pakai sutera, tapi difahami pada perkara yang lebih umum daripada pakai adalah digunakan, hamparkan juga termasuk digunakan kerana dipakaikan untuk duduk.

Begitu juga Ibn Hajar memahami hadith Anas yang kata disebabkan telah lama dipakai adalah bermaksud dihamparkan, kerana keumuman larangan memakai sutera termasuk menghamparkan sutera, contoh jika seseorang bersumpah untuk tidak memakai sutera dia tidak dianggap melanggar sumpahnya jika dia menghamparkanya, kerana sumpahan dibina di atas pemahaman uruf (al-Fath 1/646)

Dan larangan duduk di atasnya adalah nas yang kuat dan tak harus ditakwil.

Komentar peribadi :

1. Sutera adalah dilarang pakai kepada lelaki kerana nas-nas terkumpul menyatakan sebabnya adalah menyerupai pakaian perempuan manakala larangan duduk di atas sutera adalah kerana sebab mendatangkan kesombongan, jika sutera dijadikan permaidani, ia tidak melibatkan jantina lelaki atau perempuan, dan larangan duduk dimasukkan bersama makan di atas pinggan emas dan perak yang mana sebabnya mendatangkan nilai kesombongan.

P/S : ada beza hamburkan dalil dan memahami dalil..

#pencintahadithkluang
#daudattetouani
#gengbacabidayah
#msjfeqh

Ustaz Daud at-Tetouani
Imam al-Nawawi berkata pandangan yang asah bagi jumhur iaitu pandangan terkuat daripada wujuh (ijtihad) para ashab al-Syafieyyah dalam bab memandikan mayat bagi lelaki yang tiada siapa boleh memandikanya melainkan yang ada cuma wanita ajnabiah (bukan mahramnya) dan bagi wanita yang tiada siapa boleh memandikanya melainkan yang ada cuma lelaki ajnabi adalah ditayamumkan si mati sahaja, ini kerana ia berlaku keuzuran syarak demi kerana memandikan si mati memerlukan melihat dan memegang aurat si mati...

Manakala pandangan kedua mereka adalah tetap diwajibkan mandi juga tetapi dalam keadaan bertutup baju atau kain dan pemandi perlu memakai sarung tangan dan cuba untuk menundukkan pandanganya dan dibenarkan melihat hanya pada tempat yang dharurah sahaja, alasan kedua ini, kerana mandi tetap wajib ia tak boleh ditinggalkan...

Dan pandangan ketiga mereka takyah buat apa-apa kau terus tanam timbus dengan tanah selesai, dan ini pandangan yang terlalu dhaif...

#pencintahadithkluang
#daudattetouani
#gengbacabidayah
#msjfeqh

Ustaz Daud At-Tetouani