AHMAD ZAHID HAMIDI
3.7K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Kita faham ada pihak gembira menyaksikan rakyat kecewa kerana tidak dapat membuat pengeluaran wang simpanan KWSP sebanyak RM10,000.

Mereka fikir keadaan itu akan memberi manfaat politik buat mereka dalam berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi.

Tanpa mereka sedari tahap kecaknaan majoriti rakyat Malaysia termasuk orang Melaka yang akan mengundi pada 20 November ini tidak sama seperti tiga tahun lepas.

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018 telah mengajar rakyat untuk meneliti setiap keadaan dan menilai apa yang sebenar disebaliknya.

Mereka kini tahu maklumat manakah yang disampaikan kepada mereka tentang sesuatu perkara adalah fakta dan maklumat manakah yang bersifat auta.

Dalam isu dana KWSP, mereka tahu pihak manakah yang sebelum ini mendesak kerajaan membenarkan rakyat mengeluarkan wang KWSP semasa dalam kesusahan akibat Covid-19.

Mereka juga tahu pihak manakah yang sentiasa berusaha memberi alasan demi alasan untuk menafikan hak mereka mendapatkan wang berkenaan.

Dan pada hari ini mereka tahu pihak manakah yang terus mendesak pengeluaran wang KWSP sebagai "effort" membantu kelangsungan hidup rakyat.

Maka mengapa perlu mereka menyalahkan pihak yang telah dan sedang berusaha membantu mereka mendapatkan pengeluaran wang KWSP seterusnya?

Keadaan itu sebenarnya satu lagi bukti mengapa rakyat perlu memastikan Barisan Nasional (BN) dapat membentuk semula sebuah kerajaan yang solid dan teguh.

Supaya dapat meneruskan apa sahaja agenda dan perancangan membantu kesejahteraan hidup rakyat secara mutlak tanpa terikat dengan pihak yang bercanggah.

InsyaAllah sgala-galanya akan bermula di Melaka.

#kwsp
#i-citra
#prnmelaka
#umnobersamarakyat
#BNPilihanRakyat

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/418916632938924/?d=n
Marah benau pendokong PPBM kerana UMNO tidak bekerjasama dengan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Semakin kuat pula merentan serba tidak kena mengata itu dan ini tentang UMNO sejak kebelakangan ini.

Sebelum ini dengan angkuh PPBM dilapor mahu 'langgar' UMNO di Melaka, tetapi masih merungut tidak sudah-sudah.

Sehingga sanggup melancarkan propaganda tidak masuk akal konon majoriti ahli UMNO mahu bersama PPBM.

Menuduh UMNO tidak dapat bekerjasama dengan mereka disebabkan keegoan pimpinan UMNO.

Sedangkan ramai mengerti seperti apa yang kerap kali diperjelaskan bahawa itu adalah keputusan parti.

Keputusan akar umbi UMNO yang bertegas menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan PPBM.

Seperti yang ditetapkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 kira-kira 8 bulan yang lalu.

Rakyat mengerti mengapa PPBM menggelisah begitu teruk disebabkan pendirian UMNO itu.

Mereka sedang takut dengan bayang-bayang sendiri kerana sedar tentang perbuatan dan kezaliman mereka.

Berpakat bersama DAP dan Pakatan Harapan (PH) untuk memfitnah UMNO dan para pemimpinnya sejak 2016.

Bergandingan bersama DAP dan PH menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 dengan tipu daya.

Kini perlu berdepan semula dengan UMNO dalam PRN Melaka sebelum sempat memanipulasi cerita.

Selepas fitnah yang ditaburkan oleh mereka sudah tumpul dan rakyat menyedari tentang kecurangan dan hipokrasi mereka sendiri.

UMNO tenang-tenang sahaja. Kita fokus kepada gerak kerja bersama rakyat untuk BN kembali mentadbir Melaka.

Menerangkan rekod dan kemampuan kerajaan BN memakmurkan rakyat serta negeri Melaka.

Memperjelaskan segala tohmahan fitnah yang tidak benar dan mengingatkan rakyat Melaka apakah itu PPBM dan PH.

Kita perlu meyakini kebijaksanaan orang Melaka dalam menilai apa yang benar dan terbaik untuk masa depan mereka.

#prnmelaka
#umnobersamarakyat
#BNPilihanRakyat

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/419620726201848/?d=n
TAHNIAH kepada mereka yang terpilih menjadi calon PRN Melaka kali ini, semoga mereka memberikan kemenangan kepada UMNO/BN.

Saya terpanggil untuk mengulas isu mereka yang digugurkan atau tidak terpilih kali ini.

Parti sebulat suara memutuskan memilih 86 peratus muka baharu, 78 peratus daripadanya adalah yang berusia 50 tahun ke bawah manakala 82 peratus adalah berkelulusan akademik IPT.

Ia adalah satu pendekatan baharu dan berani dalam memenuhi kriteria WALI (winnable, acceptable and likeable) yang kita utarakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri yang digugurkan sudah memberi khidmat cemerlang kepada parti selama dua dan tiga penggal atau lebih.

Kepada mereka ini, parti mengucapkan ribuan terima kasih dan diharap membantu calon baharu. Inilah kesetiaan yang kita perlukan daripada semua.

Pastikanlah parti beroleh kejayaan dan kembali menerajui negeri ini.

Kepada mereka yang tidak dicalonkan, in shaa Allah mereka akan dipertimbangkan pada masa depan atau bagi kerusi Parlimen pada PRU nanti.

Apa yang lebih utama ialah memenangkan parti yang menaungi kita selama ini.

ADUN adalah milik rakyat di kawasan masing-masing. Parti sudah membuat penilaian terperinci sebelum mereka dipilih.

Bersama kita menang di Melaka!

#umnobersamarakyat
#BarisanNasional4Melaka
Kita menghormati ketetapan kepimpinan PAS untuk bersama PPBM dalam PRN Melaka.

Maka kita berharap pemimpin PAS juga menghormati ketetapan parti UMNO tidak bersama dengan PPBM.

Sesungguhnya UMNO tidak pernah berhasrat mendesak atau mengugut PAS supaya tidak bersama PPBM.

Setiap parti politik ada dasar serta perancangan tersendiri dan bebas merencanakannya.

Bagi UMNO setiap dasar dan perencanaan politiknya tidak pernah tersasar dari landasan agama, bangsa dan negara.

Benar beberapa hari lalu UMNO membangkitkan tentang ketetapan yang pernah dibuat oleh Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional.

Iaitu keputusan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional pada mesyuarat 19 Oktober 2020 dan 18 November 2020.

Perkara itu diiungkapkan semula dalam agenda meneruskan persefahaman bersama PAS bagi berdepan PRN Melaka.

Walaupun UMNO sedari awal telah bersedia untuk mengharungi PRN Melaka dengan keadaan apa sekali pun dibawah panji BN.

Asas persefahaman dengan PAS iaitu berpandukan kepada prinsip PAS akan menggunakan lambang partinya sendiri.

Bagaimanapun pimpinan PAS tampak tidak berminat memenuhi ketetapan Muafakat Nasional itu kerana mahu bersama PPBM.

Meskipun ia bermakna PAS perlu menggunakan logo PN seperti yang dikehendaki PPBM ke atas mereka.

#prnmelaka
#muafakatnasional
#umnobersamarakyat

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/421498319347422/?d=n
Seramai 28 calon BN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menterjemahkan suatu bukti yang nyata.

Bukti bahawa BN terus membawa naratif politik berlandaskan semangat perpaduan pelbagai kaum di Malaysia.

Calon UMNO bersama MCA dan MIC sekali lagi berpadu sebagai suatu wadah gabungan politik membawa harapan sebenar rakyat.

BN akan kembalikan perpaduan yang pernah dirampas daripada rakyat Malaysia pada PRU-14.

BN mahu kembalikan kemakmuran dan kestabilan ekonomi yang terus menerus merundum sejak 9 Mei 2018.

Maka PRN Melaka sebagai langkah pertama dan kejayaan misi itu kini di tangan rakyatnya.

Justeru, rakyat Melaka tanpa mengira bangsa dan agama jangan tersilap memilih harapan palsu sekali lagi.

Dan rakyat Melaka berbilang bangsa dan agama jangan tersilap pilih warna biru pada 20 November 2021.

Mungkin ada biru kelihatan sama, tetapi tidak serupa. Pastikan pilih biru BN yang original kerana original itu berkualiti.

Jangan terpedaya biru tiruan cetak rompak kerana hasilnya pasti mendukacitakan.

Memilih warna biru parti politik mestilah atas manfaat jangka masa panjang yang jelas pernah telah terbukti

Ayuh kita bersama kembalikan kestabilan dan kemakmuran yang dirindui.

#prnmelaka
#birubn
#umnobersamarakyat

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/422800652550522/?d=n
InsyaAllah orang muda akan bersama Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Mereka pernah tertipu dengan janji serta fitnah yang berdegau-degau tidak akan kecundang lagi.

Hanya perlu bayar balik pinjaman PTPTN selepas gaji bulanan mereka melebihi RM4,000.

Pendidikan percuma IPTA, 1 juta pekerjaan baru yang berkualiti, 1 juta rumah mampu milik/mampu sewa.

Hapuskan tol, kereta harga rendah dan bermacam-macam lagi akad palsu bulan madu di awan biru.

RadioHead pun sudah hilang cerita. Membuat janji tanpa memikirkan implikasinya.

Apa yang mereka dapat 22+17 bulan adalah ketidakstabilan perpaduan, ekonomi, peluang pekerjaan dan segala-galanya.

'Total Lockdown' suam-suam kuku yang menyebabkan rakyat terpaksa hidup sengsara dalam tempoh sangat lama.

Sehingga sebahagian golongan muda terpaksa angkat 'bendera putih' menagih bantuan makanan dan wang ringgit.

Berpuluh ribu nyawa rakyat Malaysia tidak bersalah terkorban akibat wabak angkara percaturan politik "overdose".

InsyaAllah anak muda Melaka masih ingati itu semua dan merindui kemakmuran kerajaan BN.

Kerajaan BN yang pernah mengharmonikan kesejahteraan hidup mereka dari kecil hingga dewasa.

"Those were the good old days" yang mereka mahu nikmati semula bersama kerajaan BN.

Namun ada juga pihak berpendapat golongan muda masa kini memiliki aspirasi politik yang sofistikated.

Pemikiran dan cita rasa mereka tentang politik sangat tinggi, halus dan bersifat kompleks.

Generasi ini dikatakan tidak suka menjadi ahli mana-mana parti, tetapi cakna tentang perihal politik.

Merekalah generasi teknologi maklumat yang berupaya menganalisa hal politik dengan mudah.

Namun senario itulah suatu kelebihan buat BN untuk PRN Melaka, Sarawak mahupun dalam PRU-15 nanti.

Golongan ini akan berfikir secara rasional dan berfakta dengan demikian akan melihat kebenaran pada BN.

UMNO
----------
Namun dalam perihal golongan muda UMNO bersyukur kerana ramai memilih untuk menyertai UMNO.

Jumlah keahlian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.

Menjadikan keanggotaan Pemuda UMNO di seluruh Malaysia kini mencatatkan hampir setengah juta.

Bukti bahawa anak muda Malaysia bersedia bersama UMNO dan mahu bersama UMNO.

Ini juga suatu cerminan sememangnya UMNO sebuah parti keramat agama, bangsa dan negara.

Selepas 75 tahun berbakti UMNO kekal relevan diyakini rakyat Malaysia dari generasi ke generasi.

Kita meyakini ramai lagi anak muda di seluruh negara yang bersetuju dengan falsafah perjuangan UMNO.

InsyaAllah UMNO tidak akan mengecewakan mereka. Orang muda sokong UMNO/BN untuk mengembalikan kemakmuran.

#barisannasionalmelaka
#anakmudasokongbn
#bnpilihanrakyat
#umnobersamarakyat

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=422638825900038&id=100044617711053&sfnsn=mo
Terlalu banyak boleh dibicarakan tentang kemenangan mutlak Barisan Nasional (BN) dalam PRN Melaka.

Syukur Alhamdulillah, sesungguhnya penilaian UMNO tentang apa yang terbaik demi masa depannya untuk rakyat ternyata tepat.

Setinggi-tinggi terima kasih kepada suara akar umbi parti seluruh negara, kerana menaruh kesetiaan keikhlasan kepercayaan serta sokongan yang tidak berbelah bahagi tersemat keyakinan bahawa UMNO mampu bangkit semula.

Jelas keyakinan itu bukan kerana tamak, sombong atau angkuh, sebaliknya berdasarkan analisa yang ikhlas lagi jujur.

UMNO akan terus memperkasa dan memperkukuhkan BN bersama parti-parti komponen.

Saya ulangi bicara saya bahawa PRN Melaka adalah permulaan kita. PRU-15 merupakan destinasi kita.

Kestabilan demi kemakmuran rakyat dan negara adalah misi kita.

#umnobersamarakyat
#bnpilihanrakyat
#menujuPRU15
Muafakat harus membawa berkat dan tidak sesekali mengundang padah terhadap mana-mana pemegang taruh kemuafakatan.

Tiada keberkatan dalam istilah muafakat apabila sebilangannya diselubungi agenda keegoan, kebencian dan kepura-puraan.

Muafakat biarlah membawa kebaikan kepada semua, bukan untuk dimanipulasi oleh yang berdendam kesumat ke atas UMNO.

Sejarah ketamadunan mengajar bahaya musuh dalam selimut licik mengambil kesempatan atas kenaifan melakukan kemusnahan.

Kerana itu UMNO perlu bijaksana mentafsir antara muafakat yang jujur berbanding sebuah muafakat yang terselindung tipu daya.

Mencipta pelbagai alasan baharu untuk menjustifikasikan kononnya Umno tidak mematuhi piagam merupakan alasan politik ibarat menukar fatwa mengikut selera politik.

Seseorang yang bergelar ulama harus mengikut 'nas' yang sahih bukan memanipulasi hukum mengikut selera politik untuk memperdagangkan agama demi mencapai objektif siasah.

Natijah gagal menilai itu sangat tidak baik terhadap UMNO, malah musibahnya jauh lebih berbahaya kepada rakyat dan negara.

Sebab itu UMNO mempercayai Muafakat Nasional (MN) yang asal adalah sebenar-benar muafakat yang terbina atas keikhlasan.

MN di atas landasan perjuangan yang sama iaitu keinsafan untuk berpadu menegakkan kebenaran dan menentang kezaliman.

UMNO telah berusaha mengekalkan kemuafakatan itu termasuk dalam PRN Melaka, namun bertepuk sebelah tangan.

Pimpinan Pas sering menyatakan menyokong MN, tetapi di Melaka menolak pelawaan UMNO untuk berpadu atas nama MN.

Pimpinan Pas membuat keputusan untuk bergandingan dan bersama PPBM yang diketahui tujuannya menjatuhkan UMNO.

UMNO namun menghormati pendirian dan hak pimpinan Pas untuk bersama PN itu kerana inilah sebuah negara demokrasi.

Malah UMNO tidak pernah mengarahkan Pas tentang hala tuju politiknya atas semangat kemuafakatan MN yang dimeterai.

Tetapi ketahuilah, UMNO sedari awal telah pun berada dalam sebuah kemuafakatan rakyat iaitu Barisan Nasional (BN).

Semangat perpaduan di negara kita itu hendaklah dipertahankan oleh semua rakyat demi negara tercinta.

Hidup muafakat membawa berkat, berat sama dipikul ringan sama dijinjing, bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat yang jujur.

Biar fakta berbicara.

#umnobersamarakyat
#bnpilihanrakyat
#yakinibn
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Tuhan Sekalian Alam Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.

Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Ya Alllah kerana memberi kekuatan dan semangat kepada diri ini untuk terus mengangkat perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara.

Sesungguhnya bukan tugas mudah untuk menyelamatkan perjuangan murni ini daripada komplot kemusnahan yang dirancang seusai detik hitam 9 Mei 2018.

Engkau jua memafhumi apa yang terpaksa diri ini harungi sejak lebih tiga tahun lalu demi memastikan UMNO dan perjuangannya tidak hancur dimamah kezaliman.

Masih jelas dalam ingatan diri diugut dan digertak sang penguasa supaya membubarkan UMNO atau menerima akibat sejurus UMNO tewas PRU-14 angkara fitnah dan tipu daya.

Seterusnya dihina dan diejek oleh si pembelot yang berkiblatkan jawatan serta kedudukan dan ditekan oleh mereka yang curang supaya menggadaikan parti keramat ini.

Maka bersyukur insan ini dengan penuh tawaduk kepada Ilahi kerana tidak pernah sesekali mengizinkan ia layu dan kaku berdepan penganiayaan dan kedurjanaan.

Genggam bara api biar sampai jadi arang, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, patah sayap bertongkat paruh, namun gunung ku daki ku daki juga, yakini akhirnya kebenaran akan mengatasi kebatilan.

Presiden UMNO tetap berpegang kepada amanah parti dan pesanan lebih 3.3 juta ahlinya untuk mengorak sebuah kebangkitan dan mengembalikan kebenaran buat rakyat serta negara.

Alhamdulillah kebangkitan yang dirancang dan disusun bersama para pimpinan UMNO yang tetap setia kepada perjuangan parti selepas peristiwa 9 Mei 2018 sedang pun berlaku.

Meskipun jalannya berliku, tetapi langkah parti keramat agama, bangsa dan negara ini untuk sebuah "redemption" tidak pernah terhenti.

Namun kebatilan juga tidak pernah tidur dan sentiasa mencari peluang untuk menyekat dan meranapkan kerana tahu kebenaran yang bangkit akan meleburkan mereka.

Segala macam kelicikan sedang direncanakan ke atas UMNO dan Presidennya tanpa mempedulikan soal penganiyaan, dosa dan pahala demi mempertahankan kuasa dan kedudukan.

Barangkali juga kerana terlalu takutkan bayang-bayang sendiri setelah segala kejahatan dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap parti terbesar orang Melayu ini.

Setinggi syukur Ya Allah kerana memperlihatkan dengan terang dan nyata kepada kami ahli UMNO dan rakyat jelata tentang muslihat pakatan dan ikatan mereka.

Pimpinan dan ahli akar umbi UMNO yang setia berharap dan berdoa kepadaMu Ya Rabbi lindungilah dan berkatilah perjuangan kami demi kemakmuran rakyat dan negara tidak tersasar.

Usah benarkan UMNO dipergunakan dan dipecah belahkan oleh musuh kami yang nyata mahupun tidak nyata. Teguhkan pendirian kami. Kukuhkan kemuafakatan dan penyatuan kami.

#umnosebuahperjuangan
#demiagamabangsanegara
#umnobersamarakyat

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/445977803566140/?sfnsn=mo
Saya ucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan ke Mesyuarat UMNO Bahagian-Bahagian seluruh negara.

Seperti pernah saya nyatakan jadikanlah persidangan kali ini sebagai suatu wacana kesatu­an fikiran yang paling utuh pernah disaksikan.

Jadikan juga ia sebagai platform untuk memperkukuhkan kemuafakatan, memperkuatkan keyakinan dan memperkasakan iltizam demi UMNO.

Tiada apa mampu melemahkan kekuatan dan kesatuan UMNO selagi kita berpegang teguh kepada kebenaran, ketulusan dan keikhlasan.

Ingatlah rakyat meletakkan harapan besar kepada UMNO untuk mengembalikan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan.

Maka menjadi tanggungjawab dan amanah kepada UMNO untuk menjadikan ia suatu kenyataan kerana UMNO adalah parti milik rakyat.

Jangan sia-siakan keyakinan rakyat seperti apa yang telah rakyat buktikan dalam PRN Melaka baru-baru ini.

#persidanganumnobahagian
#umnobersamarakyat
#DemiAgamaBangsaNegara

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/446230900207497/?sfnsn=mo