AHMAD ZAHID HAMIDI
3.65K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Muafakat harus membawa berkat dan tidak sesekali mengundang padah terhadap mana-mana pemegang taruh kemuafakatan.

Tiada keberkatan dalam istilah muafakat apabila sebilangannya diselubungi agenda keegoan, kebencian dan kepura-puraan.

Muafakat biarlah membawa kebaikan kepada semua, bukan untuk dimanipulasi oleh yang berdendam kesumat ke atas UMNO.

Sejarah ketamadunan mengajar bahaya musuh dalam selimut licik mengambil kesempatan atas kenaifan melakukan kemusnahan.

Kerana itu UMNO perlu bijaksana mentafsir antara muafakat yang jujur berbanding sebuah muafakat yang terselindung tipu daya.

Mencipta pelbagai alasan baharu untuk menjustifikasikan kononnya Umno tidak mematuhi piagam merupakan alasan politik ibarat menukar fatwa mengikut selera politik.

Seseorang yang bergelar ulama harus mengikut 'nas' yang sahih bukan memanipulasi hukum mengikut selera politik untuk memperdagangkan agama demi mencapai objektif siasah.

Natijah gagal menilai itu sangat tidak baik terhadap UMNO, malah musibahnya jauh lebih berbahaya kepada rakyat dan negara.

Sebab itu UMNO mempercayai Muafakat Nasional (MN) yang asal adalah sebenar-benar muafakat yang terbina atas keikhlasan.

MN di atas landasan perjuangan yang sama iaitu keinsafan untuk berpadu menegakkan kebenaran dan menentang kezaliman.

UMNO telah berusaha mengekalkan kemuafakatan itu termasuk dalam PRN Melaka, namun bertepuk sebelah tangan.

Pimpinan Pas sering menyatakan menyokong MN, tetapi di Melaka menolak pelawaan UMNO untuk berpadu atas nama MN.

Pimpinan Pas membuat keputusan untuk bergandingan dan bersama PPBM yang diketahui tujuannya menjatuhkan UMNO.

UMNO namun menghormati pendirian dan hak pimpinan Pas untuk bersama PN itu kerana inilah sebuah negara demokrasi.

Malah UMNO tidak pernah mengarahkan Pas tentang hala tuju politiknya atas semangat kemuafakatan MN yang dimeterai.

Tetapi ketahuilah, UMNO sedari awal telah pun berada dalam sebuah kemuafakatan rakyat iaitu Barisan Nasional (BN).

Semangat perpaduan di negara kita itu hendaklah dipertahankan oleh semua rakyat demi negara tercinta.

Hidup muafakat membawa berkat, berat sama dipikul ringan sama dijinjing, bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat yang jujur.

Biar fakta berbicara.

#umnobersamarakyat
#bnpilihanrakyat
#yakinibn
Mereka yang pernah menguasai pentadbiran kerajaan selama 22 bulan begitu bimbangkan kebangkitan Barisan Nasional (BN).

Sama ada mereka yang masih bersama dalam gabungan politik kerajaan singkat itu, mahupun yang telah menarik diri.

Mereka yang menarik diri untuk menyelamatkan diri selepas mendapati gabungan politik berkenaan ditolak rakyat.

Sehingga hari ini mereka bersama-sama meratib penuh ketakutan dan kekhuatiran melihat kebangkitan semula BN.

Apatah lagi selepas menyaksikan kemenangan besar BN dalam PRN Melaka pada 20 November lalu.

Pelbagai kata-kata nista, tohmahan dan adu domba kembali diungkapkan ke atas BN dan para pemimpinnya.

Begitu cemas dan gementar pemimpin-pemimpin politik itu terhadap kebangkitan BN ekoran takutkan bayang-bayang sendiri.

Takut kepada segala keburukan, kejahatan dan penganiayaan yang pernah mereka lakukan terhadap BN.

Menumbangkan kerajaan BN pada tahun 2018 dengan fitnah, pembohongan dan tipu daya.

Melakukan "character assassination" secara terancang ke atas pemimpin BN untuk menghasut kebencian rakyat.

Menewaskan kerajaan BN dengan menabur begitu banyak janji-janji palsu kepada rakyat.

Tidak cukup dengan itu menekan pemimpin BN yang masih setia kepada BN dengan sangat dahsyat apabila memperoleh kuasa.

Tetapi kita percaya penuh yakin kali ini rakyat tidak akan terpedaya lagi walau apa mereka rancangkan ke atas BN dan pemimpinnya.

Dengan izin Tuhan Yang Maha Esa kebangkitan BN menuju kemenangan PRU-15 tidak akan mampu disekat.

InsyaAllah BN akan kembalikan kemakmuran, kestabilan dan kesejahteraan yang amat dirindui rakyat Malaysia.

#bnpilihanrakyat
#yakinibn
#kemakmurankestabilankesejahteraan

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/439898624174058/?sfnsn=mo
Pagi ini saya merasmikan Persidangan Tahunan MIC Ke-75. Sebuah parti politik yang dari dulu bersama dalam perjuangan BN.

Semangat setiakawan yang terbina dalam kalangan parti komponen BN sejak asas penubuhannya terus mekar.

Lumrah kancah politik sekali sekala timbul perkara yang menguji hubungan, namun semangat kemuafakatan meleraikannya.

Matlamat kita bersama sentiasa jelas iaitu BN kembali jadi pilihan utama rakyat Malaysia dalam PRU akan datang.

Benar wujud anasir yang cuba menggugat keutuhan BN, tetapi PRN Melaka membuktikan apakah natijahnya jika BN berpadu.

Keyakinan rakyat bersama BN dan calon tunggal MIC diberi mandat serta kemenangan mutlak oleh pengundi di DUN Gadek.

Maka mari kita terus kukuhkan hubungan istimewa antara komponen BN ini walau apa dugaan dan cabaran mendatang.

Segalanya demi masa depan Malaysia yang makmur dan sejahtera.

#persidanganmic
#bnpilihanrakyat
#yakinibn

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=443029767194277&id=100044617711053&sfnsn=mo
BN sebuah gabungan parti politik yang menerapkan nilai "mutual respect", toleransi, kebersamaan, perpaduan dan kestabilan.

Bersandarkan nilai-nilai tersebut BN membentuk kemuafakatan rakyat Malaysia sepanjang mentadbir negara ini.

Rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama hidup aman harmoni serta saling menghormati di bawah kerajaan BN.

Nilai-nilai kerajaan BN itu menjadi sumber kekuatan memacu Malaysia di landasan masa depan yang gemilang dan maju jaya.

Namun selepas 9 Mei 2018 nilai-nilai murni tersebut yang membentuk sistem kemakmuran negara cuba diganggu gugat.

Segalanya tentang falsafah dan jati diri Malaysia mahu diubah demi pesaing BN terus populis di mata penyokong sendiri.

Mahu meratifikasi ICERD yang berisiko memansuhkan hak istimewa Bumiputera.

Berusaha mengangkat komunisme dalam sejarah kemerdekaan sedangkan ia sesuatu yang tidak patut cuba diolah semula.

Memanipulasi kuasa dalam tangan untuk terus memfitnah dan menzalimi lawan politik yang enggan tunduk dan menyerah.

Maka kita bersyukur BN tidak pernah mengalah untuk mempertahankan dan mengembalikan nilai-nilai kemakmuran.

Justeru, seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa harus kembali meyakini BN.

Demi Malaysia menjadi sebuah negara makmur dan sejahtera sekali lagi seperti yang kita semua rindui. InsyaAllah.

#bnpilihanrakyat
#yakinibn
#demikemakmuran
Bagaimana BN yang menang banyak PRK dan baru saja mengungguli PRN Melaka pada November lalu boleh dianggap tidak lagi relevan?

Relevan sesebuah parti politik dalam sesebuah negara demokrasi adalah berlandaskan keyakinan dan sokongan semasa yang diterjemahkan oleh rakyat.

Maka dalam memperhalusi tohmahan terhadap BN itu wajar diteliti parti manakah yang sebenarnya telah dan sedang hilang keyakinan majoriti rakyat Malaysia.

Dan tidaklah benar BN mahu diumpamakan seperti itik patah kaki. Meskipun BN tewas pada PRU-14, tetapi tewas sekali bukan bermakna tewas selama-lamanya.

Sudah lebih tiga tahun sejak 9 Mei 2018 berlalu dan BN telah pun "move on" sejak itu menuju ke destinasi kebangkitan selangkah demi selangkah.

Segala cacian, penghinaan, sekatan dan tekanan untuk menghalang kemaraan BN oleh mereka yang cemas tidak permah jadi kudis yang melemahkan.

Sila fahami BN sebagai sebuah parti poltik yang sah ada hak demokrasi untuk berusaha bangkit dan sedang melakukannya dengan penuh kecekalan lagi bersungguh-sungguh.

Justeru, tentunya tiada sebab untuk BN perlu akur kepada desakan pihak tertentu supaya berhenti daripada mara dan menyerah kepada kemahuan mereka.

Walaupun mereka yang mendesak itu berselindung disebalik karakter perpaduan, tetapi kesumat sebenar telah pun disahkan mahu menamatkan UMNO.

Seperti saya sering katakan BN tidak perlu menghina dan memfitnah lawan politik. Kita berhujah atas kebenaran dan biarkan masyarakat menilai.

BN sebagai ketumbukan politik berorientasikan kepentingan rakyat dan negara tidak perlu bersikap melampau kerana BN sejak penubuhannya bukan parti pelampau.

Lagipun kita percaya pola pemikiran politik rakyat Malaysia pastinya semakin matang selepas apa mereka saksikan dengan mata sendiri natijah sesudah PRU-14.

Jika mahu juga itik dijadikan perumpamaan, maka BN ibarat itik bertelur emas yang memayungi rakyat dengan kemakmuran, kesejahteraan dan kestabilan.

#bnpilihanrakyat
#yakinibn
#itikberteluremas

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/476427933854460/?sfnsn=mo
Sebilangan rakyat pernah bereksperimen menyerahkan pentadbiran negara kepada kerajaan 22 bulan, tetapi terbukti ia akhirnya mengundang kegagalan dan ketidakstabilan.

Gagal dan tidak stabil dalam banyak perkara ekonomi, pendidikan, kesihatan, pembangunan, perdagangan sehingga mengundang kesusahan bertimpa-timpa kepada rakyat.

Kemudian negara mencuba sebuah kerajaan gabungan wakil rakyat pelbagai parti politik selama 17 bulan juga mengundang ketidakstabilan yang memeritkan.

Terbukti dengan jelas Malaysia serta rakyatnya mendambahkan sebuah kestabilan yang jitu kerana tanpa kestabilan negara jadi gagal, tidak lagi makmur dan sentosa.

Kestabilan berlaku apabila negara ditadbir oleh sebuah gabungan politik yang mutlak dan dominan seperti yang kita semua pernah nikmati sebelum peristiwa hitam 9 Mei 2018 melanda.

Paling derita akibat implikasi buruk ketidakstabilan adalah rakyat, justeru rakyatlah paling berhak diberi kuasa untuk mengembalikan dan menentukan kestabilan negara mengikut lunas yang sah.

Mengembalikan kestabilan harus bersandarkan pengajaran lalu kerana pengalaman sepatutnya mendewasakan insan. Baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan.

Dan berdasarkan pengalaman lalu, satu-satunya gabungan politik yang terbukti berupaya membawa kestabilan dan kemakmuran kepada negara hanyalah Barisan Nasional (BN).

Sudah terang lagi bersuluh BN adalah sebuah gabungan politik paling stabil dan bermuafakat untuk mentadbir negara ini dulu, kini dan selamanya.

Sedangkan lawan BN sehingga hari ini masih kekalutan, haru-biru, kacau-bilau sehingga perihal siapa kerjasama dengan siapa, "poster boy" dan penggunaan logo masih berbalah.

Kestabilan telah pun dikembalikan di Melaka pada PRN November lalu dan kini peluang Bangsa Johor melakukan keberanian yang sama.

#prnjohor
#yakinibn
#bnpilihanrakyat
#Demikestabilan
Ayuh kita terangkan sekali lagi kepada mereka UMNO sebagai parti terbesar orang Melayu bukan parti asabiyyah.

Mungkin mereka yang menyatakan itu terlupa UMNO salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN).

BN sebuah gabungan parti politik yang dibarisi parti politik daripada pelbagai kaum dan agama.

Berpuluh tahun UMNO, MCA, MIC serta parti komponen lainnya bersama mentadbir Malaysia apakah itu asabiyyah?

Selama kerajaan BN mentadbir negara apakah wujud unsur asabiyyah tatkala rakyatnya hidup aman dan makmur?

Sesungguhnya tohmahan asabiyyah terhadap UMNO sempena PRN Johor itu amat kasar dan tidak berfakta.

Kita faham mereka sebenarnya kecewa UMNO tidak menuruti kehendak mereka supaya bekerjasama dengan PPBM.

Mereka tuduh UMNO menolak perpaduan kerana enggan menyertai Perikatan Nasional (PN).

Fakta sebenar adalah UMNO tidak pernah menolak perpaduan yang jujur, ikhlas dan sejati.

Sejak sekian lama UMNO bersama parti komponen BN berpadu dan bekerjasama mentadbir negara ini.

Apakah itu bukan perpaduan?

Sedangkan lawan BN yang telah beberapa kali konon menjalin perpaduan sesama mereka tidak pernah berkesudahan dengan baik.

Angkara tiada kejujuran dan keikhlasan kerana rakuskan kuasa dan kedudukan semata-mata.

Dalam kerjasama politik tidak boleh membuta tuli. Kerjasama perlu mempunyai persefahaman dan kesepakatan yang jelas.

UMNO menolak kerjasama dengan PPBM tentunya kerana ketidakjujuran parti itu yang bermuslihat menamatkan UMNO.

Malah banyak perlakuan PPBM yang jelas menunjukkan agendanya terhadap UMNO disebalik propaganda perpaduan.

Kesimpulannya, tiada siapa cuba memperbodohkan sesiapa dalam perkara tersebut.

Sebaliknya hanyalah kemampuan UMNO dalam menilai "risk and threat" serta "cost and benefit".

Perpaduan mestilah terbina atas semangat persefahaman yang jitu untuk rakyat, bukan kerana kepentingan tersendiri.

#prnjohor
#umnobersamarakyat
#BNPilihanRakyat
Begitu hebat gelora semangat jentera Barisan Nasional (BN) untuk berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Tidak seorang pun menunjukkan riak sangsi, risau mahupun bimbang sebaliknya amat berkobar.

Gambaran jelas jentera BN telah bersedia untuk memasuki gelanggang PRN Johor pada bila-bila masa.

Menunggu lampu hijau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), maka saksikanlah kemaraan mereka yang hebat.

Jentera BN barisan hadapan rakyat untuk melihat kebenaran memenangi dan berpadu semula di negeri Johor.

Kita tahu strategi fitnah dan adu domba akan diulangi oleh lawan, tetapi itu hanyalah suatu cabaran yang nyata.

Dengan gerak kerja tersusun para jentera BN menyalurkan informatif kebenaran pasti mengatasi kebatilan.

Gerakan secara konvensional dan kaedah baharu menggunakan platform media sosial menjadi percaturan.

Terima kasih para jentera parti komponen BN di Johor atas kesungguhan dan keyakinan.

Sesungguhnya rakyat Johor pelbagai kaum, agama dan peringkat usia sedang menanti kerajaan BN yang dirindui kembali.

Menjadi amanah jentera BN untuk membantu dan memastikan Bangsa Johor menebus kekhilafan lalu.

Agar kisah kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan bersinar semula di negeri tersebut.

#PelancaranJenteraBN
#BNZonBarat
#PRNJohor
#BNPilihanRakyat
Begitu banyak propaganda dilemparkan terhadap Barisan Nasional (BN) ketika PRN Melaka perlu diadakan.

Namun akhirnya BN berjaya jua membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil dan makmur buat rakyat negeri itu.

Kisah BN menang besar PRN Melaka pada November 2021 masih segar dalam ingatan semua.

Kejayaan mutlak itu bagaimanapun tidak harus membuat kita leka, sebaliknya menjadi penyuntik semangat.

Semangat untuk seluruh jentera BN bekerja dengan lebih kuat, padu dan bijaksana pada PRN Johor.

Begitu juga seluruh rakyat Johor yang turut mendambakan kestabilan dan kemakmuran kembali di negeri itu.

Tidak boleh "overconfident" BN akan dapat laluan mudah untuk mengembalikan kesejahteraan buat mereka.

Bersama kita terus mara ke hadapan demi menebus semula kestabilan dan kemakmuran yang dinodai sejak 9 Mei 2018.

Jentera BN perlu bergerak pada kadar maksimum di Johor kerana demografi yang sedikit berbeza.

Lebih 700,000 pengundi muda yang akan mengundi antara menjadi tumpuan parti politik bertanding.

BN tentunya begitu juga walau pengundi lama dan sedia ada tetap menjadi fokus gabungan politik ini.

Media baharu dipenuhi gelombang biru BN perlu diteruskan sebagai salah satu pendekatan strategik.

Kita yakin jentera BN di Johor yang turut dibarisi ramai anak-anak muda akan berjaya melakukannya.

Selepas segala daya upaya kepada Yang Maha Esa kita berdoa memohon pertolongan dan kemenangan.

InsyaAllah...

#prnjohor
#bnpilihanrakyat
#terusmara

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=481227923374461&id=100044617711053
Kisah segelintir penyokong UMNO berjaya diperdaya oleh mereka yang belot kepada perjuangan parti pada PRU-14 memang pahit untuk ditelan.

Mereka terpengaruh dengan dakyah dilemparkan oleh pembelot UMNO yang bersekongkol dengan musuh UMNO untuk menjatuhkan UMNO.

Mereka terpesona dengan janji bulan bintang pembelot UMNO yang menawarkan lebih kesenangan andai musuh UMNO diberi undi dalam PRU berkenaan.

Mereka terperangkap dengan naratif palsu pembelot UMNO konon mereka mahu mengalahkan UMNO adalah untuk selamatkan UMNO.

Namun penyokong UMNO terbabit menyaksikan sendiri apa yang dilakukan oleh musuh dan si pembelot terhadap UMNO sejurus memegang kuasa.

Betapa penghinaan dilemparkan keatas UMNO dan penyokongnya selepas berjaya memperdayakan segelintir penyokong UMNO untuk membantu kemenangan mereka.

Presiden UMNO didesak supaya membubarkan parti, manakala pemimpin yang enggan berpaling tadah serta akur kepada ugutan dan tawaran diasak dan ditekan.

Tidak cukup dengan itu mereka mengambil tindakan perundangan dalam usaha untuk mengisytiharkan UMNO sebagai parti yang tidak sah.

Selepas usaha itu gagal mereka menggunakan pula kuasa jabatan kerajaan dalam cuban melemahkan struktur kepimpinan UMNO kerana bimbangkan kebangkitan UMNO.

Dan kini menjelang PRN Johor tiba-tiba mereka yang belot enggan mengaku mengkhianati UMNO walaupun berkomplot secara rasmi dan sahih dengan musuh UMNO pada PRU-14.

Seterusnya mengitar semula skrip PRU-14 konon mereka mahu menyelamatkan UMNO barangkali dengan harapan ada penyokong UMNO akan masuk perangkap sama kali kedua.

Kali ini mereka silap kerana selepas apa penyokong UMNO terbabit saksikan selepas 9 Mei 2018, mereka kembali meyakini BN satu-satunya gabungan politik yang benar dan berwibawa.

Maka seluruh ahli UMNO ingatilah peribahasa pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk dan mereka sedang memasang jerat sekali lagi.

#prnjohor
#umnobersamarakyat
#BNPilihanRakyat

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=486299312867322&id=100044617711053