AHMAD ZAHID HAMIDI
3.65K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
mesti wujud dalam sebuah pemerintahan atau kesepakatan antaranya keamanan yang merata dan mengelak konflik yang berpanjangan akan menjadi penghalang kepada kejayaan. Kita jadikan suka dan duka sepanjang tahun 2019 sebagai pembakar dan ibrah bagi mengharungi tahun 2020 yang tidak dapat diduga rencah dan cabarannya.

AHMAD ZAHID HAMIDI
#salammuafakatnasional
#umnosebuahperjuangan
#muafakatnasionalpemacupolitikmalaysia
kepimpinan UMNO serta sayap telah berkampung di Kimanis sebagai tanda sokongan dan dokongan UMNO pusat kepada UMNO Sabah.

Kehadiran Presiden Pas pada program Ceramah Perdana dan Kenduri Rakyat pada 1 Januari di Kampung Pimping, Membakut memberikan satu mesej yang jelas bahawa Muafakat Nasional juga memainkan peranan tersendiri dipersesuaikan dengan situasi. Sepertimana yang saya tegaskan sebelum ini "Gagasan Muafakat Nasional harus disesuaikan dengan situasi politik di Sabah kerana latar belakangnya berbeza”. Walaupun ada usaha-usaha yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu menimbulkan kesangsian dan kecelaruan dengan memanipulasikan kenyataan saya berkaitan dengan Muafakat Nasional. Saya yakin rakyat Sabah khususnya pengundi di Parlimen Kimanis tidak terpengaruh dengan dakyah tersebut.

Kedudukan geografi dan demografi Parlimen Kimanis sememangnya memberikan kelebihan buat setiap parti-parti yang bertanding kerana Kimanis antara Parlimen yang mempunyai pengundi terkecil di Sabah dengan jumlah 29,663 pemilih berdaftar. Alhamdulillah, hari ini selesai proses penamaan calon yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang mempertaruhkan Datuk Karim Bujang sebagai calon. Laungan ‘Radu Tatap Radu’ dan ‘Ubah Balik’ bergema mengiringi calon BN di sepanjang perjalanan menuju ke pusat penamaan calon. Insya-Allah, saya yakin dengan kesatuan dan kerjasama yang kukuh, kepimpinan, jentera dan ahli kita mampu mempertahankan kerusi Parlimen Kimanis.

Sempena dengan kedatangan tahun baharu, dekad kedua, abad ke-21 ini, alangkah baiknya jika kita mampu tinggalkan kekhilafan politik lama, bertelagah di gelanggang sendiri yang membawa kepada “untung secupak, rugi segantang”. Kita buka lembaran politik baharu dengan berpakat dan bermuafakat, membina bukan meruntuh dan berubah ke arah yang lebih baik sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “Barang siapa hari ini LEBIH BAIK dari semalam, dia tergolong kalangan orang yang BERUNTUNG, barang siapa yang hari ini SAMA DENGAN semalam, dia tergolong kalangan orang yang RUGI dan barang siapa yang hari ini LEBIH TERUK dari semalam, dia tergolong kalangan orang yang CELAKA” (HR Hakim)

AHMAD ZAHID HAMIDI
#salammuafakatnasional
#umnosebuahperjuangan
#muafakatnasionalpemacupolitikmalaysia
kah pendakwaan ini salah satu proses pembunuhan karakter atau ‘character assassination’ politik pemimpin UMNO? Adakah pendakwaan ini sebagai usaha bagi mengalih isu kepincangan dan kebobrokan yang dialami oleh PH? Saya yakin Dato’ Seri Ahmad Maslan dan Tan Sri Shahrir Abdul Samad mampu menghadapi tribulasi ini dengan tabah dan yakinlah kebenaran akan menjelma jua. Sepertimana pantun yang diungkapkan oleh Tok Mat di luar mahkamah:

Panglima berani pantang kalah
Badan sasa kehitaman
Saya ini tidak bersalah
Jadi mangsa kezaliman

Muafakat Nasional juga diuji. Pelbagai cerita dan andaian separa matang telah disebarkan secara meluas di media sosial. Cerita dan andaian ini dibuat dan disebarkan bertujuan untuk menimbulkan rasa sangsi rakyat kepada Muafakat Nasional dan ingin melemahkan ikatan yang telah dijalinkan antara UMNO dan PAS melalui Muafakat Nasional. Ingin saya tegaskan walau apa jua cabaran, dugaan dan ujian yang bakal dihadapi, UMNO akan terus istiqomah mempertahankan dan menjayakan Muafakat Nasional sebagai naratif politik baharu tanah air. Semoga kita terus dikurniakan kekentalan dan keteguhan untuk terus beristiqomah bersama Muafakat Nasional. Sebagai tanda sokongan dan dokongan kita kepada Muafakat Nasional, saya menjemput seluruh rakyat hadir ke program Ceramah Perdana Muafakat Nasional peringkat negeri Perak yang turut di hadiri oleh Presiden PAS dan kepimpinannya, pada Sabtu iaitu 25 Januari 2020, jam 8 malam di Kompleks UMNO Bagan Datuk.

AHMAD ZAHID HAMIDI
#salammuafakatnasional
#umnosebuahperjuangan
#muafakatnasionalpemacupolitikmalaysia
#muafakatmenujukemenangan
penyebaran berita palsu. Baru-baru ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang menyebarkan kandungan yang tidak benar dan fitnah berkaitan wabak koronavirus. Situasi ini menggambarkan ada kebaikan di sebalik penggubalan RUU Antiberita Tidak Benar oleh kerajaan terdahulu yang telah dimansuhkan oleh kerajaan hari ini.

Dalam keresahan menghadapi wabak koronavirus, situasi politik negara juga tidak menentu. Persoalannya, bilakah situasi politik tanah air akan kembali tenang dan aman tanpa provokasi? Rakyat sudah cemuh dengan provokasi politik berkepentingan yang melangkaui batasan nilai manusiawi. Kadangkala di peringkat kepimpinan pun terkeliru untuk membuat pilihan dan tindakan, mana yang terbaik? Saya acapkali tegaskan bahawa melalui Muafakat Nasional, UMNO, BN dan PAS mampu memecahkan kebuntuan dan kekeliruan dan provokasi politik. Nilai manusiawi adalah keutamaan Muafakat Nasional mengatasi politik kepentingan. Langkah pencegahan perlu diambil jika berlaku sesuatu yang merugikan Muafakat Nasional.

Tindakan yang berkait dengan pencegahan memang sangat dituntut oleh Islam dan bertepatan dengan kaedah Usul Fiqh menyekat pintu kerosakan “sadd al-dhari’ah”. UMNO akan pertahankan dan menyekat sebarang usaha yang dilakukan pihak tertentu untuk pecah dan perintah “divide and conquer” kesepaduan dan agenda besar Muafakat Nasional.

Konvensyen Muafakat Nasional peringkat Negeri Perak yang diadakan pada minggu lepas di Bagan Datuk jelas menunjukkan betapa komitednya ahli dan kepimpinan UMNO dan PAS dengan agenda Muafakat Nasional. Ribuan hadir dengan hadaf yang sama iaitu muafakat menuju kemenangan. Insya-Allah konvensyen seumpama ini akan terus diadakan bagi menyemarakkan lagi roh Muafakat Nasional kepada seluruh rakyat. Marilah kita sama-sama memohon, berdoa dan bermunajat ke hadrat Ilahi agar negara ini terus terpelihara dan dilindungi daripada penularan wabak koronavirus.

AHMAD ZAHID HAMIDI
#salammuafakatnasional
#umnosebuahperjuangan
#muafakatnasionalpemacupolitikmalaysia
#muafakatmenujukemenangan
kyat memerhati, Perikatan Nasional perlu meyakinkan rakyat melalui hala tuju, dasar dan pelaksanaan program Kerajaan yang jelas. Dalam 100 hari pertama, Perikatan Nasional mesti memperlihatkan impak perubahan yang besar, rakyat mahu melihat perubahan segera. Kita tidak tertakluk kepada Manifesto Pakatan Harapan, jadi lebih mudah kita fokuskan terlebih dahulu isu-isu dan penyelesaian yang menjadi keutamaan rakyat dan Perikatan Nasional. Rakyat mahu melihat Tabung Haji, FELDA mesti dipulihkan segera. Nasib peneroka, generasi kedua Felda, petani, nelayan, penternak, peruncit dan peniaga kecil wajib diambil kepedulian segera. Bantuan-bantuan kepada rakyat untuk menghadapi kos sara hidup yang tinggi mesti diusahakan segera. Nasib pelajar-pelajar di universiti awam dan IPTS mesti dibela terutama peminjam-peminjam PTPTN. Semua pelajar sekolah rendah dan menengah terutamanya daripada keluarga B40 dan M40 jangan ditinggalkan kerana mereka turut terhimpit dan tersepit. Menjadi tanggungjawab kita memberikan pembelaan dan keadilan kepada isu arwah Adib dan beberapa isu lain yang melibatkan keadilan dan kemanusiaan.

Kita masih berteka-teki siapakah yang bakal dipilih menganggotai Kabinet Perikatan Nasional. Rakyat menanti-nanti siapakah pak Menteri yang bakal membawa perubahan kepada mereka. Sebagai parti yang menganggotai Perikatan Nasional dan sebahagian daripada kerajaan, UMNO dan BN serta Muafakat Nasional menyokong YAB Perdana Menteri. Kita yakin bahawa YAB Perdana Menteri mempunyai roh dan semangat yang sama. UMNO dan Barisan Nasional telah mengemukakan cadangan senarai nama-nama anggota kabinet mengikut peratusan atau kadar sumbangan UMNO dan BN serta sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN dalam pembentukan kerajaan baharu. Keutamaan diberikan berdasarkan kepada hierarki pemegang jawatan-jawatan utama dalam UMNO Malaysia dan BN. Muka-muka baharu, tokoh-tokoh muda, profesional, teknokrat daripada BN dan friends of BN turut dicadangkan namanya bagi pertimbangan YAB Perdana Menteri.

UMNO dan Barisan Nasional memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada YAB Perdana Menteri mempertimbangkan dan membuat pelantikan daripada kalangan pemimpin yang bersih, berintegriti dan berkaliber agar hasrat YAB Perdana Menteri mewujudkan sebuah kerajaan yang bersih dan berintegriti tercapai. Sepertimana ucapan saya semalam, sewaktu merasmikan Mesyuarat Persidangan UMNO Cawangan-cawangan dalam Bahagian Bagan Datuk 2020 di Perak, “Sebagai Pengerusi BN (Barisan Nasional) dan Persiden UMNO saya memutuskan untuk menawarkan diri agar tidak dilantik sebarang jawatan dalam Kabinet. Saya berdoa semoga Allah Taala memberi hidayah kepada YAB Perdana Menteri dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman”.

Keputusan ini diambil setelah mengambil kira pandangan dan semua faktor tertentu mengikut keadaan semasa ketika ini dan saya ingin memfokuskan kepada proses membersihkan diri saya di mahkamah tanpa pengguguran kes. Saya mahu mahkamah menentukan keputusannya walaupun tuduhan ini adalah pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih. Di samping itu, saya akan memberikan fokus kepada persiapan parti bagi menghadapi PRU ke-15 dan memperkukuhkan lagi agenda Muafakat Nasional yang telah kita terokai bersama PAS sebelum ini.

Walaupun tidak berada dalam Kabinet, saya akan tetap akan menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dan bersedia membantu YAB Perdana Menteri untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Semoga hasrat kita bagi mewujud بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ dipermudahkan dan mendapat Rahmat serta Petunjuk daripada Ilahi.


AHMAD ZAHID HAMIDI
#salamperikatannasional
#salammuafakatnasional
#umnosebuahperjuangan
#perikatannasionalpemacupolitikmalaysia
UMNO/Barisan Nasional (BN) sedar antara punca gabungan parti itu tewas PRU14 pada 9 Mei 2018 disebabkan pengaruh media sosial.

Media sosial telah dipergunakan seguna-gunanya oleh lawan sebagai senjata memfitnah dan memburuk-burukkan UMNO/BN.

Serangan ke atas UMNO/BN secara atas talian telah pun bermula seawal ledakan internet di Malaysia.

Bermula dengan emel berantai dan kemudian kewujudan SMS menjadi saluran utama menyerang BN saban hari.

Tetapi saya yakin rakyat Malaysia hari ini semakin bijak dalam menilai pelbagai dakyah yang disalurkan kepada mereka di media sosial.

Mereka sudah boleh tahu dan mula berkira-kira antara fakta dan dusta, pembohongan dan kebenaran.

Namun saya tetap menyeru seluruh jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN tidak lagi berdiam diri dan berlengah.

Kita perlu memanfaatkan media sosial sebagai platform menyalurkan maklumat yang tepat tentang UMNO/BN.

Memperkasakan parti keramat ini dengan fakta dan kebenaran, mencantas kebatilan dan tipu daya pada kos paling minima.

UMNO/BN mungkin tiada peruntukkan khusus sehingga lebih RM40 juta untuk tujuan itu.

Saya yakin dengan keikhlasan dan semangat perjuangan seluruh jentera, ahli dan penyokong UMNO/BN kita mampu.

Ini kali kita 'all out'.

#BarisanNasional #UMNO #UMNOSebuahPerjuangan #UmnoBangkit #UmnoDuluKiniDanSelamanya
Mengikuti Persidangan Wanita, Puteri dan Pemuda UMNO pagi ini.

Harapan saya perbahasan kali ini akan menatijahkan hala tuju terbaik untuk masa depan parti kita.

Saya juga turut melancarkan Kelab Umnosiswi hasil inisiatif Pergerakan Puteri UMNO.

Semoga terus dan sentiasa cemerlang parti kita dunia akhirat.

#PAU2020 #UMNOSebuahPerjuangan #SolidaritiUmno75Tahun

Jom Follow, Like dan Share :

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi
Sering kali diungkap UMNO bukan sekadar sebuah wadah politik. UMNO adalah sebuah perjuangan.

UMNO sebuah perjuangan agama dan bangsa. Lambang perpaduan dan kemakmuran negara.

Alhamdulillah ungkapan ini tidak akan pernah padam. Berterusan di setiap tempat dan di setiap waktu.

UMNO jua sebuah legasi milik rakyat dari generasi ke generasi zaman berzaman.

Maka berbanggalah mereka yang mewarisi wacana perjuangan UMNO lagi ikhlas dan murni.

Insya-Allah dengan izin dan inayahNya paksi perjuangan UMNO ini tidak sesekali pudar.

Saksikan sejarah perjuangan UMNO berdepan pelbagai persimpangan berliku.

Namun tidak pernah tersilap memilih haluan sementelahan kesatuan para pendokongnya.

Kesepakatan ahli dan pemimpin tonggak kekuatan menempuh arus, mendepani cabaran.

Justeru jangan goyah, jangan berkurangan semangat UMNO. Kita pertahankan, kita perhebat bersama.

UMNO tetap dulu, kini dah selamanya parti keramat agama, bangsa dan negara.

#UMNO
#UMNOSebuahPerjuangan
#UmnoDuluKiniDanSelamanya
Saya pertahankan UMNO bukan atas kepentingan diri.

Jika untuk kepentingan diri pasti keadaannya berbeza selepas PRU14.

Kerana itu saya akan terus pertahankan UMNO.

Tidak pernah jemu dan tidak akan sesekali berpaling.

Genggam bara api biar sampai jadi arang.

Dulu saya pertahankan demi masa depan UMNO tetap terbilang.

Hari ini saya pertahankan demi jati diri UMNO terus gemilang.

Bukan tugas yang mudah, namun inilah kewajipan.

Saya percaya pengorbanan ini bukan sia-sia.

Untuk parti keramat agama, bangsa, negara.

Tiada masa untuk menoleh. Terus maju ke depan.

Matlamat yang jujur dan ikhlas pasti diberkati Tuhan.

UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia.

#UMNO
#UMNOBangkit
#Umnoterusmara
#UMNOSebuahPerjuangan
#umnosebuahpengorbanan
#UmnoDuluKiniSelamanya

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
UMNO selepas berusia 75 tahun semakin matang.

Berpengalaman berpengetahuan, berkemahiran.

Lebih penting UMNO memiliki lebih banyak pengalaman dari pelbagai cabaran.

Terutama selepas 3 tahun detik hitam 9 Mei 2018.

Pelbagai ujian cabaran duri dan ranjau yang dilalui.

Kesetiaan menjadi tunggak utama meneruskan sebuah perjuangan.

Sekarang kita memahami aspirasi perlu dipenuhi.

InsyaAllah UMNO kembali sebagai teras pentadbiran.

Akan sangat mantap menterjemah sanubari rakyat.

Resam hidup yang telah dilalui membuatkan UMNO lebih memahami.

Kematangan UMNO sebuah proses berterusan.

Apabila diangkat semula, InShaa Allah, UMNO jauh lebih hebat.

#UMNO
#DuluKiniSelamanya
#umnobersamarakyat
#UMNOSebuahPerjuangan

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2112696798868886&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Perutusan semalam jelas cuba merekayasa watak "innocent" untuk kerajaan tanpa majoriti kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kerajaan yang gagal mengurus pandemik sehingga menyebabkan 12,000 nyawa terkorban cuba dipertontonkan sebagai "victim".

Cuba mengubah keseluruhan plot cerita daripada kegagalan kerajaan PN kepada kerajaan PN konon jadi mangsa politik.

Dengan alasan itu kemudian cuba menghalalkan "habuan" bersyarat kepada ramai pihak supaya mengekalkan PN sebagai kerajaan Persekutuan.

Ini perbuatan yang sangat tidak bermoral dan berakhlak oleh sebuah kerajaan Malaysia.

Dengan alasan itu juga cuba menakut-nakutkan rakyat konon program vaksinasi tidak akan berjalan lancar tanpa mereka memegang kuasa.

Sedangkan program vaksinasi tidak lancar sejak ia bermula dan kerana itu sehingga hari ini imuniti kelompok masih belum dapat dicapai.

Seterusnya cuba menyelamatkan kedudukan dengan propaganda kini semua pihak perlu bekerjasama melawan Covid-19 iaitu di saat kerajaan PN sudah tiada sokongan majoriti.

Realitinya terlalu banyak cadangan demi rakyat dan negara diketengahkan ramai pihak sebelum ini tidak dipedulikan. Betapa angkuh dan sombong.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 yang dibentuk bersama wakil parti bukan kerajaan pun sekadar wayang apabila keputusan membatalkan Ordinan Darurat tanpa diketahui jawatankuasa itu.

Paling dikesali cubaan menunggang Perlembagaan Negara mengikut selera sendiri. Perkara 43 (3) Perlembagaan Negara wajib diperakui. Kerajaan tanpa majoriti kerajaan yang tidak sah.

Hakikatnya "victim" sebenar dalam cerita ini adalah hampir 12,000 nyawa mereka yang tidak bersalah telah terkorban angkara kegagalan membendung Covid-19.

Mereka yang ditekan kerana mempersoalkan dan cuba memperbaiki kegagalan itu adalah pihak yang sebenarnya "innocent".

Spin terbaru kerajaan PN semalam memang hebat. Mungkin ada kaitan dengan pelantikan penasihat baharu bertaraf menteri.

Syabas namun sila cuba lagi! Rakyat masih ada masalah kepercayaan yang besar terhadap kerajaan PN pimpinan Presiden PPBM.

#UMNOSebuahPerjuangan
#umnobersamarakyat
#UmnoDuluKiniDanSelamanya

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2135754243229808/
Presiden UMNO tidak pernah tunduk kepada tekanan, ugutan atau syarat yang akan menghancurkan parti selepas PRU-14.

Malah beriltizam menjalani proses mahkamah bagi membersihkan nama daripada segala tuduhan yang dilemparkan.

Jauh sekali memikir untuk "melompat-lompat" mencari tempat berlindung seperti yang banyak pernah disaksikan.

Firman Allah S.W.T:
"Sesungguhnya kebenaran itu adalah daripada Tuhanmu dan jangan kamu termasuk daripada golongan mereka yang ragu-ragu"
[Surah al-Baqarah, ayat 147]

Namun dalam usaha mendapatkan pengadilan ada perundangan perlu dipatuhi.

Termasuklah tidak boleh membuat sebarang kenyataan yang boleh mengundang "contempt of court".

Maka tidak menjawab kepada umum apa jua pertuduhan dihadapi bukanlah bererti tiada jawapan.

Kedaulatan undang-undang haruslah dihormati. Malaysia-lah sebuah negara berperlembagaan.

Malangnya pihak yang masih belum berpuas hati pula enggan menghormati prinsip undang-undang.

Iaitu "not guilty until proven" - setiap insan yang didakwa dianggap tidak bersalah melainkan ada bukti bersalah.

InsyaAllah Presiden UMNO kekal tenang mengharungi cabaran dan ujian ini kerana yakin kebesaran Tuhan yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

#umnobersamarakyat
#UMNOSebuahPerjuangan
#KepadaAllahKitaBerserah

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2141567515981814/
UMNO mengalu-alukan "sireh pulang ke gagang" kepada mereka yang akhirnya menyedari UMNO jua parti yang benar, tulus serta jujur dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan negara.

Beberapa hari lalu bekas Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Putrajaya bersama lebih 120 ahli parti serpihan itu kembali menyertai UMNO.

Sebelum itu ada pimpinan PPBM telah pun terlebih dahulu meninggalkan PPBM bagi menyertai semula parti terbesar bangsa Melayu.

Difahamkan ramai lagi pimpinan PPBM merisik peluang kembali ke pangkuan UMNO. InsyaAllah kita perhalusi setiap permohonan dengan berlapang dada dan jiwa yang besar.

Bukan sahaja dalam kalangan pemimpin, malah ahli biasa mana-mana parti sekali pun kerana UMNO akan mengembleng segenap kekuatan bagi berdepan PRU-15.

Begitu juga dengan mana-mana bekas ahli UMNO yang mempamerkan kesetiaan tidak berbelah bahagi seperti Datuk Lokman Noor Adam.

Selagi kepulangan mereka kepada UMNO dengan hati nurani yang ikhlas beserta roh dan semangat untuk perjuangan UMNO yang mulia.

Jangan samakan perkembangan itu dengan perbuatan curang wakil rakyat melompat parti selepas pilihan raya yang jelas merupakan penipuan kepada rakyat.

Dengan izin dan inayah Allah S.W.T, insyaAllah UMNO akan bangkit dan gemilang pada PRU-15.

#kembalikepangkuanumno
#umnobersamarakyat
#umnosebuahperjuangan

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/398292811667973/?d=n
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Tuhan Sekalian Alam Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.

Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Ya Alllah kerana memberi kekuatan dan semangat kepada diri ini untuk terus mengangkat perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara.

Sesungguhnya bukan tugas mudah untuk menyelamatkan perjuangan murni ini daripada komplot kemusnahan yang dirancang seusai detik hitam 9 Mei 2018.

Engkau jua memafhumi apa yang terpaksa diri ini harungi sejak lebih tiga tahun lalu demi memastikan UMNO dan perjuangannya tidak hancur dimamah kezaliman.

Masih jelas dalam ingatan diri diugut dan digertak sang penguasa supaya membubarkan UMNO atau menerima akibat sejurus UMNO tewas PRU-14 angkara fitnah dan tipu daya.

Seterusnya dihina dan diejek oleh si pembelot yang berkiblatkan jawatan serta kedudukan dan ditekan oleh mereka yang curang supaya menggadaikan parti keramat ini.

Maka bersyukur insan ini dengan penuh tawaduk kepada Ilahi kerana tidak pernah sesekali mengizinkan ia layu dan kaku berdepan penganiayaan dan kedurjanaan.

Genggam bara api biar sampai jadi arang, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, patah sayap bertongkat paruh, namun gunung ku daki ku daki juga, yakini akhirnya kebenaran akan mengatasi kebatilan.

Presiden UMNO tetap berpegang kepada amanah parti dan pesanan lebih 3.3 juta ahlinya untuk mengorak sebuah kebangkitan dan mengembalikan kebenaran buat rakyat serta negara.

Alhamdulillah kebangkitan yang dirancang dan disusun bersama para pimpinan UMNO yang tetap setia kepada perjuangan parti selepas peristiwa 9 Mei 2018 sedang pun berlaku.

Meskipun jalannya berliku, tetapi langkah parti keramat agama, bangsa dan negara ini untuk sebuah "redemption" tidak pernah terhenti.

Namun kebatilan juga tidak pernah tidur dan sentiasa mencari peluang untuk menyekat dan meranapkan kerana tahu kebenaran yang bangkit akan meleburkan mereka.

Segala macam kelicikan sedang direncanakan ke atas UMNO dan Presidennya tanpa mempedulikan soal penganiyaan, dosa dan pahala demi mempertahankan kuasa dan kedudukan.

Barangkali juga kerana terlalu takutkan bayang-bayang sendiri setelah segala kejahatan dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap parti terbesar orang Melayu ini.

Setinggi syukur Ya Allah kerana memperlihatkan dengan terang dan nyata kepada kami ahli UMNO dan rakyat jelata tentang muslihat pakatan dan ikatan mereka.

Pimpinan dan ahli akar umbi UMNO yang setia berharap dan berdoa kepadaMu Ya Rabbi lindungilah dan berkatilah perjuangan kami demi kemakmuran rakyat dan negara tidak tersasar.

Usah benarkan UMNO dipergunakan dan dipecah belahkan oleh musuh kami yang nyata mahupun tidak nyata. Teguhkan pendirian kami. Kukuhkan kemuafakatan dan penyatuan kami.

#umnosebuahperjuangan
#demiagamabangsanegara
#umnobersamarakyat

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/445977803566140/?sfnsn=mo
Sidang Media Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datuk 2021

Saya amat meraikan dan menyantuni perbedaan pendapat, apatah lagi kepelbagaian pandangan yang dilontarkan.

UMNO mendengar banyak suara-suara dalaman parti yang mahu pemilihan UMNO hanya diadakan selepas PRU-15.

UMNO turut mendengar desakan sebilangan kecil meminta supaya pemilihan UMNO diadakan lebih awal sebelum PRU-15.

Maka Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian hari ini akan menetapkan usul masing-masing berhubung perkara itu.

InsyaAllah sebagai Presiden parti politik milik rakyat dan lebih 3.3 juta ahlinya, saya amat demokratik dalam perkara ini.

Saya akan sentiasa menghormati suara akar umbi dan keputusan yang dibuat berdasarkan suara majoriti.

Kerana itulah sifat, falsafah serta jati diri UMNO yang perlu dipertahan dan diperakui dulu, kini dan selamanya.

Dan saya berharap seluruh ahli serta pimpinan UMNO turut menghormati apa sahaja ketetapannya kelak.

Janganlah kita lakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang akan diputuskan. Kekalkan perpaduan berterusan.

Walau apa ketetapannya nanti, InSyaAllah UMNO telah pun bersiap siaga untuk berdepan PRU-15 pada bila-bila masa.

#PRU15
#PemilihanUMNO
#UMNOSebuahPerjuangan
#umnobersamarakyat



https://fb.watch/9_31RILJeG/