AHMAD ZAHID HAMIDI
3.65K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Santai minum petang bersama EXCO Wanita #Umno Malaysia. Terima kasih kepada Wanita Umno, teruskan fokus sepenuhnya #PRU15 dan perkukuhkan solidariti sesama kita.
Hari ini saya menerima kunjungan pimpinan UMNO Bahagian Hulu Terengganu di pejabat saya di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur.

‌Dalam kunjungan Itu turut dihadiri, Ketua UMNO Bahagiannya, Datuk Rozi Mamat bersama ahli-ahli jawatankuasa serta Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu.

Saya amat berbesar hati dapat bersama UMNO Bahagian Hulu Terengganu dan banyak perkara dapat dibincangkan demi memperkukuhkan parti dalam menghadapi #pru15 akan datang.
Ahli-ahli UMNO sekalian. Mereka yang menyatakan UMNO sudah tidak relevan suatu kesilapan besar.

Mereka itu sedang bermimpi di siang hari. Mengandaikan yang mustahil dan bukan-bukan.

UMNO sebaliknya umpama pohon besar yang sedang menanti detik kembali berbuah.

Meskipun pernah seakan-akan nyaris tumbang dipukul ribut, namun akarnya begitu utuh lagi kuat.

Pohon UMNO nan luhur tetap teguh berpacak memayungi segenap naungannya.

Rakan-rakan UMNO sekalian. UMNO dilahirkan dengan air mata pengorbanan orang Melayu.

UMNO dilahirkan di Istana Melayu dan parti terbesar orang Melayu sejak 11 Mei 1946.

UMNO mendepani rancangan Malayan Union oleh British demi survival bangsa Melayu.

UMNO mempertahankan kedaulatan institusi diraja dan Raja-Raja Melayu.

UMNO mengangkat kepentingan Melayu lagi memperkasakan syariat agama.

UMNO jua sebuah parti politik semangat nasionalisme Melayu berpaksikan Islam.

Kerana itu UMNO masih bertapak di hati Melayu disebabkan asas penubuhannya yang jelas.

Bagaimanapun UMNO tidak pernah sama sekali mengenepikan hak bukan Melayu.

Sejarah berpuluh tahun UMNO mengemudi teras pentadbiran negara sebagai bukti.

Sahabat-sahabat UMNO sekalian. UMNO akan kembali berjuang dalam PRU akan datang.

Amalan kita bermuafakat dan tidak berpecah belah. Serumpun bak serai, sesusun bak sireh.

Perjuangan UMNO pada PRU-15 jauh lebih murni. Demi sebuah kebenaran dan kewajipan.

Insya-Allah rakyat bersama UMNO kerana UMNO akan terus bersama rakyat.

#UMNOBangkit
#PRU15
#DemiAgamaBangsaNegara
#DuluKiniSelamanya

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Pimpinan dan ahli UMNO terus fokus kepada kerja-kerja memperkasakan parti.

Usaha mengadu domba tidak akan melemahkan dan memecahbelahkan kita.

Tidak akan mengalih tumpuan kita daripada usaha menjulang kembali UMNO.

Semangat dan persiapan UMNO berdepan PRU-15 tetap bingkas dan terus mara.

Pimpinan dan ahli UMNO akan terus mengambil berat keadaan rakyat dan negara.

Berusaha semampu boleh untuk membantu walau dalam kapasiti yang terhad.

Maka berhati-hatilah dengan percaturan dan propaganda lawan. Bijak menilai kelicikan musuh.

Tidak benar mereka mahukan yang terbaik untuk UMNO. Awas kepada muslihat dan tipu daya.

UMNO tetap UMNO. Pemimpin dan ahli akar umbi UMNO yang tahu apa terbaik untuk UMNO.

InsyaAllah UMNO berada di landasan yang tepat. UMNO ada strategi dan bangkit.

Kepada Allah S.W.T kita berserah dan memohon pertolongan.

#UMNO
#Akarumbi
#Terusmara
#Bangkit
#pru15


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2101208086684424&id=188294724642446


Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Sebagai Presiden UMNO menjadi kewajipan saya untuk mempertahankan parti keramat ini dengan sepenuh jiwa dan raga.

Jati diri UMNO sebagai parti milik rakyat yang sentiasa mengutamakan rakyat harus kekal dalam apa jua keadaan.

Bagi tujuan itu UMNO tidak boleh sewenang-wenang dijadikan sebagai jambatan oleh pihak luar yang rakuskan kuasa.

UMNO tidak boleh terpedaya dengan kerjasama tidak jujur yang kesudahannya mengabaikan kepentingan parti, rakyat serta negara.

Sebarang kerjasama yang terbentuk perlu berpaksikan analisa mendalam tentang manfaat kepada Malaysia dan masyarakatnya.

Terutama pada PRU-15 kelak kerana ia penentu sama ada UMNO sebagai sebuah parti dapat kembali selaku teras pentadbiran negara.

Jika UMNO terlibat dengan pihak lain yang berorientasikan kuasa, kedudukan dan kroni semata-mata, maka natijahnya amat buruk.

Ini yang dapat kita saksikan baru-baru ini, namun UMNO telah bertindak menyekat kecurangan kepada rakyat dan negara tersebut.

Kita juga pernah lihat bagaimana kerajaan 22 bulan cuba menenggelamkan parti ini yang akhirnya karam dengan sendirinya.

Begitu juga dengan parti politik yang cuba menguasai UMNO sejak 18 bulan lalu untuk mempertahankan kuasa turut gagal.

Presiden UMNO akan terus memastikan maruah serta jati diri UMNO disamping mempersiapkan parti bagi menghadapi PRU-15.

#umnobersamarakyat
#umnomilikrakyat
#pru15

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2160738534064712/?d=n
Alhamdulillah baru sahaja selesai mesyuarat #Umno Bahagian #BaganDatuk.

Pelbagai perkara dan isu dibincangkan bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan menghadapi #PRU15.
Terima kasih kepada semua yang turun ke Melaka membantu calon-calon kita.

Jaya atau gagal akan menjadi cerminan kepada #Umno & BN untuk melakar lanskap dalam #PRU15.

Semangat jentera kita dari seluruh negara untuk membantu jentera #BN #Melaka amat berbeza sekarang.

#barisannasional
#prnmelaka2021
#melaka4bn
Rakyat perlu memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk kembali sebagai teras pentadbiran negara pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Selepas lebih tiga tahun berlalu sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kini Malaysia mempunyai sebab yang munasabah untuk meyakini BN.

Bahawa kerajaan BN adalah kerajaan paling berwibawa, berkemampuan dan berpengalaman untuk mentadbir dan membawa kemakmuran.

Rakyat Melaka telah pun menjayakan misi itu pada 20 November lalu dan harapan seterusnya kini pada bahu rakyat di negeri-negeri lain.

Seruan mengembalikan kemakmuran bersama kerajaan BN bukan retorik sebaliknya berdasarkan kebenaran yang disaksikan rakyat Malaysia sejak 9 Mei 2018.

Jika mahu disentuh secara terperinci segala fakta tentang 22 bulan dan 17 bulan pasti panjang untuk disenaraikan, namun ia sebuah hakikat yang nyata.

Rumusan terpenting mengenai segala-galanya adalah perjalanan negara sejak merdeka telah membuktikan kerajaan BN adalah kerajaan paling berkaliber.

Paling berkaliber dalam memastikan pentadbiran ekonomi yang cemerlang, kestabilan yang terbilang dan kesejahteraan rakyat yang gemilang.

Justeru jangan segan dan usah berasa malu untuk kembali menyokong BN kerana itu juga suatu jasa dan pengorbanan demi masa depan.

Maka apabila tiba masanya kita bersama memastikan sejarah hitam PRU-14 tidak berulang dan mengembalikan sebuah kerajaan rakyat iaitu kerajaan Barisan Nasional.

#pru15
#yakinibn
#kerajaanbnkerajaanrakyat
Sidang Media Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datuk 2021

Saya amat meraikan dan menyantuni perbedaan pendapat, apatah lagi kepelbagaian pandangan yang dilontarkan.

UMNO mendengar banyak suara-suara dalaman parti yang mahu pemilihan UMNO hanya diadakan selepas PRU-15.

UMNO turut mendengar desakan sebilangan kecil meminta supaya pemilihan UMNO diadakan lebih awal sebelum PRU-15.

Maka Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian hari ini akan menetapkan usul masing-masing berhubung perkara itu.

InsyaAllah sebagai Presiden parti politik milik rakyat dan lebih 3.3 juta ahlinya, saya amat demokratik dalam perkara ini.

Saya akan sentiasa menghormati suara akar umbi dan keputusan yang dibuat berdasarkan suara majoriti.

Kerana itulah sifat, falsafah serta jati diri UMNO yang perlu dipertahan dan diperakui dulu, kini dan selamanya.

Dan saya berharap seluruh ahli serta pimpinan UMNO turut menghormati apa sahaja ketetapannya kelak.

Janganlah kita lakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang akan diputuskan. Kekalkan perpaduan berterusan.

Walau apa ketetapannya nanti, InSyaAllah UMNO telah pun bersiap siaga untuk berdepan PRU-15 pada bila-bila masa.

#PRU15
#PemilihanUMNO
#UMNOSebuahPerjuangan
#umnobersamarakyat



https://fb.watch/9_31RILJeG/
Dalam wawancara di NRChannel pada hari Jumaat, 21 Januari 2022 saya menjelaskan hanya enam daripada 190 bahagian UMNO di seluruh negara mengemukakan usul supaya diadakan pemilihan parti dahulu sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Bukan niat untuk membidas pihak yang mendakwa konon 96 bahagian UMNO mahu pemilihan parti terlebih dahulu sebelum PRU-15, namun itulah kebenarannya dan saya wajib menyatakan kebenaran apabila ditanyakan tentang hal tersebut.

Seperti diperjelaskan saya tidak tahu bagaimana pihak yang membuat dakwaan itu mendapat angka 96, namun laporan yang saya terima daripada bahagian-bahagian UMNO adalah yang rasmi dan sahih.

Sebagai Presiden UMNO saya tidak boleh membuat kesimpulan hanya bersandarkan "hearsay" kerana perkara itu melibatkan kepentingan dan kehendak majoriti 3.3 juta ahli UMNO di seluruh negara.

UMNO sebagai sebuah parti harus rasional untuk menjaga kepentingan akar umbi berbanding menjaga kepentingan kelompok kecil yang kepompong pemikirannya mungkin terlalu jumud untuk agenda tersendiri.

Saya perlu menekankan ayat sebegitu supaya fakta meresap ke dalam fikiran dan sanubari mereka-mereka yang berkenaan sekaligus berhenti daripada mencetuskan polemik yang tidak memanfaatkan UMNO dan ahlinya.

Nasihat saya jika tidak berupaya jadi garam, jangan pula menjadi langau. Janganlah kita menjadi duri dalam daging semasa UMNO sedang meniti sebuah kebangkitan mutlak. Perkukuhkan, perkasakan, perhebatkan UMNO dengan kekuatan kita sendiri.

#pru15
#pemilihanumno
#usulbahagian

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/471576401006280/
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor terpaksa dibubarkan bagi memberi mandat kepada rakyat negeri itu membentuk semula kerajaan Johor.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor perlu diadakan apabila berlaku ketidakstabilan politik selepas kerajaan sedia ada hanya memiliki kelebihan satu kerusi majoriti.

Banyak kali ini diperjelaskan termasuk risiko untuk mendapatkan kelulusan DUN terhadap sesuatu usul yang penting untuk rakyat negeri itu.

Kerajaan Johor sedia ada juga berdepan dilema apabila sering diugut dan diancam oleh parti politik tertentu jika tidak menuruti kepentingan mereka.

Justeru, sebelum parti politik itu tekan butang secara tiba-tiba dan menimbulkan kekalutan, adalah lebih 'afdal' kita tekan butang terlebih dahulu.

Kita faham ada yang khuatir parti politik tersebut akan bertindak balas dengan menekan butang di peringkat Persekutuan andai tewas PRN Johor.

Sebab itu sebilangan yang sedang selesa dan enak dengan kuasa serta kedudukan mendesak UMNO menyerah tengkuk kepada musuh dalam selimut.

Bagaimanapun itu bukan suatu yang menggusarkan BN kerana gabungan parti politik nasional ini sentiasa siap siaga untuk berdepan PRU-15.

Seperti PRN Johor adalah penting untuk mengembalikan kestabilan di negeri itu, PRU-15 mustahak untuk memastikan keadaan politik Malaysia kembali pulih.

Kestabilan politik penting untuk memastikan Malaysia dapat bergerak maju ke hadapan dan bangkit segera daripada kerosakan sejak 9 Mei 2018.

#pru15
#tekanbutang
#siapsiaga
Majlis Penutup Bengkel Kesiapsiagaan #PRU15 #UMNO Bahagian #Dungun di Institut Latihan Memperkasa Ummah #ILMU Janda Baik #Pahang.

Semoga banyak manfaat diperolehi oleh semua peserta dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi PRU akan datang.

#UmnoBangkit #UMNObersamaRAKYAT #DemiKestabilan
Ahli-ahli UMNO sekalian. Mereka yang menyatakan UMNO sudah tidak relevan suatu kesilapan besar.

Mereka itu sedang bermimpi di siang hari. Mengandaikan yang mustahil dan bukan-bukan.

UMNO sebaliknya umpama pohon besar yang sedang menanti detik kembali berbuah.

Meskipun pernah seakan-akan nyaris tumbang dipukul ribut, namun akarnya begitu utuh lagi kuat.

Pohon UMNO nan luhur tetap teguh berpacak memayungi segenap naungannya.

Rakan-rakan UMNO sekalian. UMNO dilahirkan dengan air mata pengorbanan orang Melayu.

UMNO dilahirkan di Istana Melayu dan parti terbesar orang Melayu sejak 11 Mei 1946.

UMNO mendepani rancangan Malayan Union oleh British demi survival bangsa Melayu.

UMNO mempertahankan kedaulatan institusi diraja dan Raja-Raja Melayu.

UMNO mengangkat kepentingan Melayu lagi memperkasakan syariat agama.

UMNO jua sebuah parti politik semangat nasionalisme Melayu berpaksikan Islam.

Kerana itu UMNO masih bertapak di hati Melayu disebabkan asas penubuhannya yang jelas.

Bagaimanapun UMNO tidak pernah sama sekali mengenepikan hak bukan Melayu.

Sejarah berpuluh tahun UMNO mengemudi teras pentadbiran negara sebagai bukti.

Sahabat-sahabat UMNO sekalian. UMNO akan kembali berjuang dalam PRU akan datang.

Amalan kita bermuafakat dan tidak berpecah belah. Serumpun bak serai, sesusun bak sireh.

Perjuangan UMNO pada PRU-15 jauh lebih murni. Demi sebuah kebenaran dan kewajipan.

Insya-Allah rakyat bersama UMNO kerana UMNO akan terus bersama rakyat.

#UMNOBangkit
#PRU15
#DemiAgamaBangsaNegara
#DuluKiniSelamanya


Selamat Hari Ulangtahun UMNO ke-76


Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Banyak propaganda disebarkan pengundi muda akan menolak Barisan Nasional (BN) sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berlangsung Mac lalu.

BN digambarkan akan berdepan kesulitan untuk menang PRN Johor kerana pengundi muda didakwa tidak akan memilih BN.

Hakikatnya BN bukan sahaja menang 40 kerusi DUN, malah menyapu bersih banyak kerusi DUN dengan jumlah pengundi muda terbanyak.

Dalam PRN Melaka, trend pengundi di semua saluran pengundi muda menyaksikan kemenangan di hampir semua kerusi dimenangi BN.

Justeru, tidak benarlah propaganda mereka-mereka yang cuba mencipta naratif bagi mewujudkan persepsi pengundi muda menolak BN.

Usah memandang rendah daya analitikal golongan muda. Harus mengerti golongan ini yang mempunyai keupayaan memproses informasi.

Perkembangan teknologi mendedahkan mereka kepada pelbagai maklumat untuk diteliti dan dianalisa bagi membuat rumusan yang sewajarnya.

Anak muda juga semakin arif dalam membezakan antara persepsi dan realiti, tentang rekaan dan konspirasi, pembohongan atau kebenaran.

Mereka turut mendalami natijah hasutan fitnah yang mempengaruhi fikiran sebahagian rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)

Kenyataan ini sama sekali bukan untuk bermegah, tetapi untuk menegaskan anak muda bersama BN apabila mereka memahami dan mengerti.

Sebab itu kita mengucapkan syabas kepada jentera BN kerana berjaya menangkis dan meneutralkan segala macam penipuan lawan setakat ini.

Bagaimanapun masih banyak perlu dilakukan untuk memastikan golongan muda mengetahui dengan jelas bahawa BN mendokong aspirasi mereka.

Sebagaimana kita menampilkan sinergi calon muda dan calon lama yang saling melengkapkan antara satu sama lain pada PRN di Melaka dan Johor.

Menawarkan kepada pengundi calon muda yang kaya dengan idea dan inspirasi, manakala calon lama penuh dengan pengalaman dan pengetahuan.

Begitu juga perjuangan BN untuk agenda-agenda generasi baharu dalam segenap aspek termasuk pendidikan dan peluang pekerjaan.

Keabsahan mengenai BN mendokong penuh aspirasi generasi muda negara perlu terus menerus diperjelaskan bagi membantu mereka untuk memahami.

#pru15
#pengundimuda
#yakinibn