AHMAD ZAHID HAMIDI
3.65K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Sudah lebih setahun sejak Fasal 3 Perlembagaan UMNO berkenaan asas dan tujuan parti kita dipinda pada Perhimpunan Agung UMNO 2019.

Pindaan yang bertujuan meletakkan Islam paling keterhadapan dalam perjuangan UMNO parti keramat agama, bangsa dan negara.

Sebelum pindaan, Perlembagaan UMNO menggariskan UMNO sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu.

Kewujudan UMNO sebagai sebuah parti politik demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Selepas pindaan dilakukan, UMNO telah meletakkan Islam di hadapan kemudiannya disusuli dengan bangsa dan negara.

Pindaan ke atas Perlembagaan UMNO itu tidak hanya sebagai retorik sahaja, jauh sekali daripada rencana memancing sokongan.

Pindaan itu adalah manifestasi kejujuran dan keikhlasan berterusan UMNO dalam memartabatkan syiar Islam di negara yang berdaulat ini.

Pindaan itu malah selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan UMNO sebagai parti terbesar Melayu.

Ia malah menjadi tonggak utama kekuatan UMNO selepas PRU Ke-14. Menjadi denyut nadi perjuangan UMNO yang berterusan.

Pindaan terhadap Fasal 3 itu juga dengan pengharapan perjuangan UMNO sentiasa dalam limpahan rahmat, keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.

"Dan sekiranya ahli sesuatu tempat itu beriman dan bertaqwa, maka kami akan buka bagi mereka keberkatan dari langit dan bumi" - (al-A’raf: 96)

Dengan keimanan dan keikhlasan dalam perjuangan berlandaskan kerana Allah S.W.T, maka ranjau dan kesulitan yang dihadapi pasti akan terlerai.

Juga menzahirkan sifat istiqamah, bersabar dan tidak berputus asa dalam kalangan pemimpin, ahli dan para penyokongnya.

Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua pemimpin, ahli dan penyokong UMNO terus berpegang kepada asas perjuangan ini.

Pindaan itu bagaimanapun tidak pula bermaksud UMNO sebagai parti politik yang mengenepikan hak penganut agama lain.

Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO jelas menyatakan UMNO menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebebasan beragama.

Mendukung asas-asas Perlembagaan Persekutuan
selagi mana ia membela Kepentingan Raja-raja Melayu, Bangsa Melayu, Bumiputera, Anak Negeri Sabah dan Orang Asli serta lain-lain perkara sebagaimana yang termaktub di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Prinsip Kontrak Sosial dan Undang-Undang Tubuh Negeri-Negeri di Malaysia.

Kepada Allah S.W.T kita bertawakal agar perjuangan UMNO terus mendapat keberkatan menuju kejayaan.

#PerlembagaanUMNO
#DemiAgamaBangsaNegara
#UsahaDanTawakal
#UMNOBangkit

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2075284059276827/
Ahli-ahli UMNO sekalian. Mereka yang menyatakan UMNO sudah tidak relevan suatu kesilapan besar.

Mereka itu sedang bermimpi di siang hari. Mengandaikan yang mustahil dan bukan-bukan.

UMNO sebaliknya umpama pohon besar yang sedang menanti detik kembali berbuah.

Meskipun pernah seakan-akan nyaris tumbang dipukul ribut, namun akarnya begitu utuh lagi kuat.

Pohon UMNO nan luhur tetap teguh berpacak memayungi segenap naungannya.

Rakan-rakan UMNO sekalian. UMNO dilahirkan dengan air mata pengorbanan orang Melayu.

UMNO dilahirkan di Istana Melayu dan parti terbesar orang Melayu sejak 11 Mei 1946.

UMNO mendepani rancangan Malayan Union oleh British demi survival bangsa Melayu.

UMNO mempertahankan kedaulatan institusi diraja dan Raja-Raja Melayu.

UMNO mengangkat kepentingan Melayu lagi memperkasakan syariat agama.

UMNO jua sebuah parti politik semangat nasionalisme Melayu berpaksikan Islam.

Kerana itu UMNO masih bertapak di hati Melayu disebabkan asas penubuhannya yang jelas.

Bagaimanapun UMNO tidak pernah sama sekali mengenepikan hak bukan Melayu.

Sejarah berpuluh tahun UMNO mengemudi teras pentadbiran negara sebagai bukti.

Sahabat-sahabat UMNO sekalian. UMNO akan kembali berjuang dalam PRU akan datang.

Amalan kita bermuafakat dan tidak berpecah belah. Serumpun bak serai, sesusun bak sireh.

Perjuangan UMNO pada PRU-15 jauh lebih murni. Demi sebuah kebenaran dan kewajipan.

Insya-Allah rakyat bersama UMNO kerana UMNO akan terus bersama rakyat.

#UMNOBangkit
#PRU15
#DemiAgamaBangsaNegara
#DuluKiniSelamanya

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Terima kasih kepada Yang Maha Esa telah membantu perjuangan ini. Perjuangan demi menyelamatkan rakyat dan negara.

Namun perjuangan itu belum terhenti. Bukan setakat di situ. Kini masa untuk memastikan negara kembali ke landasan yang benar.

Kembali makmur dan sejahtera seperti yang pernah kita kecapi. Sekali lagi kita berharapkan pertolongan Allah S.W.T selepas segala daya upaya.

Sementara Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan memilih Perdana Menteri marilah kita semua sebagai rakyatnya bertenang.

Meletakkan sepenuhnya kepercayaan kepada kebijaksanaan, kearifan dan kecaknaan Kebawah Duli Tuanku.

Mendoakan Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dikurniakan petunjuk oleh Allah S.W.T.

Merafak setinggi-tinggi penghargaan dan menjunjung kasih Kedaulatan Raja-Raja Pemerintah sebagai tunjang masa depan negara.

Demi Malaysia terselamat daripada kedukaan dan kesedihan angkara pandemik yang belum berkesudahan.

Kepada seluruh ahli UMNO marilah kita merapatkan saf dan bersama-sama mengharungi detik ini dengan jaya.

Berdoa supaya segala yang baik untuk parti keramat agama, bangsa dan negara kurniaan Allah S.W.T.

Kita mengerti apa yang telah berlaku dan apa yang perlu dilakukan semata-mata untuk rakyat dan negara.

#DaulatTuanku
#umnobersamarakyat
#DemiAgamaBangsaNegara
#KepadaAllahKitaBerserah

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2139110806227485/
UMNO tidak akan sesekali melupakan sejarah Pilihan Raya Umum (PRU) bertarikh 9 Mei 2018.

Sebuah sejarah tentang kebatilan mengatasi kebenaran angkara fitnah dan tipu daya.

Detik hitam parti keramat agama, bangsa dan negara tersisih daripada teras pentadbiran negara.

Namun UMNO dan Presidennya tidak pernah merajuk. Jauh sekali berpaling daripada kebenaran.

Apatah tunduk kepada kepalsuan kerana percaya di suatu hari kebenaran pasti bangkit.

Syukur alhamdulillah kebangkitan diyakini dikurniakan satu persatu seusai PRU-14.

Takdir Allah S.W.T dua parti terbesar umat Islam yang lama terpisah kembali bertaut.

Hasil iltizam pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk bermuafakat.

Piagam Muafakat Nasional (MN) dimeterai UMNO dan PAS diberkati dengan kejayaan demi kejayaan.

MN menang 7-0 PRK menzahirkan sokongan padu rakyat berbilang bangsa dan agama.

Menyebabkan kerajaan PH goyah lalu tumbang dengan sendiri selepas 22 bulan di tampuk kuasa.

MN menyokong pembentukan Kerajaan Persekutuan baharu demi kelangsungan pentadbiran.

Natijahnya UMNO kembali mengetuai pentadbiran beberapa kerajaan negeri.

Bermula di Johor pada Februari 2020 diikuti Melaka pada Mac 2020 dan Perak pada Disember 2020.

Bagaimanapun selepas beberapa bulan berlalu landskap politik negara sekali lagi berubah.

UMNO dan Presidennya tidak boleh terus menyokong kegagalan Kerajaan Persekutuan 18 bulan.

Gagal melindungi rakyat dan negara daripada pandemik Covid-19.

Justeru UMNO bertindak sekali lagi. Bersyukur perubahan sekali lagi berjaya dilakukan.

Maka benarlah UMNO parti keramat agama, bangsa dan negara.

Sentiasa bersama rakyat dan akar umbinya dalam apa jua keadaan. Dalam susah mahupun senang.

InsyaAllah tiada apa dapat melemahkan jati diri UMNO ini selagi UMNO di landasan rakyat dan negara.

Kredit Video Nrchanneltv terima kasih.

https://fb.watch/7vuXVPsICu/

#umnobersamarakyat
#dalamdiampenuhhikmah
#DemiAgamaBangsaNegara

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2142930102512222/
Saya tidak fikir Presiden UMNO bukan Perdana Menteri selepas berjaya menumbangkan kerajaan terdahulu suatu polemik.

Ia suatu 'dinamika politik' yang harus demi membebaskan rakyat dan negara daripada kegagalan tidak berkesudahan.

Jika itu satu-satunya langkah segera yang memungkinkan rakyat dan negara diselamatkan, apakah ada lebih bermakna daripada itu?

Presiden UMNO perlu sentiasa bersifat realis dengan suasana yang pragmatik demi kemaslahatan rakyat dan negara dalam setiap langkahnya.

Fokus utama semata-mata memastikan pandemik Covid-19 dapat ditangani secepat mungkin agar rakyat dalam kesusahan diselamatkan.

Terlalu ramai sudah terkorban dan kadar jangkitan masih tinggi, manakala ekonomi negara perlu dipulihkan pada kadar terpantas.

Kini masa untuk berganding bahu seusai perubahan dijayakan. Tiada yang lebih penting daripada itu dan janganlah sia-siakan harapan rakyat.

Pada masa sama Presiden UMNO mempunyai ruang untuk memperkasa dan mempersiapkan UMNO bagi berdepan PRU-15.

Kerana itulah jua wadah sebenar UMNO sebagai sebuah parti kembali mengetuai teras pentadbiran negara demi agama, bangsa dan negara.

#jawatanbukanpolemik
#umnobersamarakyat
#DemiAgamaBangsaNegara

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2143555585783007/?sfnsn=mo
Apa yang Presiden UMNO mahukan adalah UMNO menjadi parti politik yang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

UMNO sebagai sebuah parti politik memperoleh mandat kukuh untuk menerajui kembali kerajaan seperti mana pernah negara nikmati.

Sekali gus mengembalikan kegemilangannya sebagai wadah buat rakyat sandarkan kepentingan dan kesejahteraan mereka.

Untuk tujuan itu Presiden UMNO perlu fokus, usah terlalai apatah terpengaruh dengan ungkapan yang cuba mengelirukan.

Segala strategi yang direncanakan haruslah tersusun dan tersisip kemas.

Wacana ini tidak boleh dikatakan sebagai dahagakan kuasa sebaliknya fitrah sebagai parti politik mahu diyakini rakyat.

Namun sejarah menyaksikan betapa UMNO/Barisan Nasional (BN) jua yang berupaya mengemudi negara.

Malaysia telah menyaksikan kegagalan kerajaan 22 bulan mentadbir negara yang akhirnya tumbang dengan sendirinya.

Begitu juga dengan kegagalan kerajaan 18 bulan menjaga rakyat sehingga memaksa UMNO masuk campur merombak kerajaan itu.

Senario yang amat berbeza berbanding UMNO dikalahkan dengan propaganda pembohongan tidak bertepi pada PRU14.

Namun saya mengerti masih ada usaha mengangkat kisah kekalahan lalu untuk memperlekeh kemampuan UMNO bangkit.

Enggan menerima hakikat bahawa persepsi telah berubah dan rakyat tidak lagi boleh dipermainkan dengan ilusi dan propaganda yang diulang.

Realitinya majoriti rakyat telah pun memperakui UMNO tewas PRU-14 pada 9 Mei 2018 angkara fitnah dan tipu daya.

Ramai mula membuka mata negara yang konon akan bankrup dibawah pimpinan UMNO rupa-rupanya tidak begitu.

Segala dasar dan polisi pentadbiran oleh UMNO terserlah tepat lagi telus ke arah kesejahteraan dan kemakmuran yang berpanjangan.

Tohmahan terhadap pimpinan UMNO pula semakin diketahui temberang yang bermatlamatkan "character assassination".

UMNO pasti teruskan momentum kebangkitan. Sekali melangkah pantang mundur. Demi agama, bangsa dan tanah air. Kepada Allah kita berserah.

#umnobersamarakyat
#pru15masadepanbersama
#DemiAgamaBangsaNegara

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2158495690955663&id=188294724642446
Ahli UMNO usah bimbang. UMNO akan hanya menerima ahli dan pimpinan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang benar-benar ikhlas serta jujur kembali ke pangkuan parti.

Seperti biasa setiap permohonan diteliti terlebih dahulu dan setiap sudut diperhalusi termasuk kemungkinan ia suatu `liabiliti atau aset' kepada UMNO.

Presiden UMNO sama seperti anda tidak pernah melupakan bagaimana sebahagian mereka meninggalkan perjuangan UMNO untuk bersama PPBM.

Kemudian bermuafakat dengan PH/DAP melancarkan fitnah demi fitnah terhadap UMNO serta pimpinannya.

Terlalu rakus mahu merebut kuasa sehingga tiada lagi `halal dan haram' dalam tutur kata serta perbuatan mahupun kaedah.

Ramai berpendapat terdapat beberapa faktor mengapa ahli dan pemimpin PPBM ini meninggalkan UMNO sebelum atau selepas PRU-14:

Pertama berkait kenaifan apabila turut terpedaya dengan dakyah dan tohmahan PPBM ke atas UMNO serta pimpinannya.

Kedua membabitkan jiwa kecil ekoran takut berdepan serangan maha zalim kerajaan baharu sejurus UMNO tewas dalam PRU-14.

Ketiga mementingkan diri demi mengekalkan keselesaan dan kesenangan hidup seperti yang kita sedang saksikan ketika ini.

Jadi UMNO pastinya sangat berhati-hati dalam menerima sebarang permohonan pimpinan PPBM walau kita berlapang dada dalam perkara ini.

InsyaAllah UMNO tahu yang mana intan dan yang mana kaca, yang mana jujur dan yang mana beragenda songsang mahu kembali ke pangkuan parti.

Justeru Setiausaha Agung PPBM yang kelihatan sangat kurang senang dengan perkembangan itu jangan terlalu khuatir dan risau.

Sebilangan ahli dan pimpinan PPBM merisik peluang kembali kepada UMNO bukan propaganda politik, tetapi UMNO akan terima yang jujur sahaja.

#umnobersamarakyat
#ikhlasdanjujur
#DemiAgamaBangsaNegara

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/400750064755581/?d=n
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Selamat bersidang cawangan UMNO di seluruh negara bermula hari ini sehingga 30 November 2021.

Para akar umbi, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO "tiang seri" parti keramat agama, bangsa dan negara.

Kamulah harapan nusa bangsa. Pejuang dan penegak kebenaran. Paksi kekuatan UMNO yang setia.

Sejarah perjuangan UMNO sangat panjang, maka teruskan ia tanpa gentar dengan penuh keyakinan.

Perkuatkanlah, perkasakanlah, perkukuhkanlah, perhebatkanlah demi sebuah perjuangan.

Mohonlah petunjuk Yang Maha Esa semoga mendapat inayah dan kekuatan dalam sebuah kemuafakatan.

#umnobersamarakyat
#umnosebuahkemuafakatan
#demiagamabangsanegara
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Tuhan Sekalian Alam Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.

Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Ya Alllah kerana memberi kekuatan dan semangat kepada diri ini untuk terus mengangkat perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan negara.

Sesungguhnya bukan tugas mudah untuk menyelamatkan perjuangan murni ini daripada komplot kemusnahan yang dirancang seusai detik hitam 9 Mei 2018.

Engkau jua memafhumi apa yang terpaksa diri ini harungi sejak lebih tiga tahun lalu demi memastikan UMNO dan perjuangannya tidak hancur dimamah kezaliman.

Masih jelas dalam ingatan diri diugut dan digertak sang penguasa supaya membubarkan UMNO atau menerima akibat sejurus UMNO tewas PRU-14 angkara fitnah dan tipu daya.

Seterusnya dihina dan diejek oleh si pembelot yang berkiblatkan jawatan serta kedudukan dan ditekan oleh mereka yang curang supaya menggadaikan parti keramat ini.

Maka bersyukur insan ini dengan penuh tawaduk kepada Ilahi kerana tidak pernah sesekali mengizinkan ia layu dan kaku berdepan penganiayaan dan kedurjanaan.

Genggam bara api biar sampai jadi arang, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, patah sayap bertongkat paruh, namun gunung ku daki ku daki juga, yakini akhirnya kebenaran akan mengatasi kebatilan.

Presiden UMNO tetap berpegang kepada amanah parti dan pesanan lebih 3.3 juta ahlinya untuk mengorak sebuah kebangkitan dan mengembalikan kebenaran buat rakyat serta negara.

Alhamdulillah kebangkitan yang dirancang dan disusun bersama para pimpinan UMNO yang tetap setia kepada perjuangan parti selepas peristiwa 9 Mei 2018 sedang pun berlaku.

Meskipun jalannya berliku, tetapi langkah parti keramat agama, bangsa dan negara ini untuk sebuah "redemption" tidak pernah terhenti.

Namun kebatilan juga tidak pernah tidur dan sentiasa mencari peluang untuk menyekat dan meranapkan kerana tahu kebenaran yang bangkit akan meleburkan mereka.

Segala macam kelicikan sedang direncanakan ke atas UMNO dan Presidennya tanpa mempedulikan soal penganiyaan, dosa dan pahala demi mempertahankan kuasa dan kedudukan.

Barangkali juga kerana terlalu takutkan bayang-bayang sendiri setelah segala kejahatan dan pengkhianatan yang dilakukan terhadap parti terbesar orang Melayu ini.

Setinggi syukur Ya Allah kerana memperlihatkan dengan terang dan nyata kepada kami ahli UMNO dan rakyat jelata tentang muslihat pakatan dan ikatan mereka.

Pimpinan dan ahli akar umbi UMNO yang setia berharap dan berdoa kepadaMu Ya Rabbi lindungilah dan berkatilah perjuangan kami demi kemakmuran rakyat dan negara tidak tersasar.

Usah benarkan UMNO dipergunakan dan dipecah belahkan oleh musuh kami yang nyata mahupun tidak nyata. Teguhkan pendirian kami. Kukuhkan kemuafakatan dan penyatuan kami.

#umnosebuahperjuangan
#demiagamabangsanegara
#umnobersamarakyat

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/445977803566140/?sfnsn=mo
Saya ucapkan selamat bersidang kepada seluruh perwakilan ke Mesyuarat UMNO Bahagian-Bahagian seluruh negara.

Seperti pernah saya nyatakan jadikanlah persidangan kali ini sebagai suatu wacana kesatu­an fikiran yang paling utuh pernah disaksikan.

Jadikan juga ia sebagai platform untuk memperkukuhkan kemuafakatan, memperkuatkan keyakinan dan memperkasakan iltizam demi UMNO.

Tiada apa mampu melemahkan kekuatan dan kesatuan UMNO selagi kita berpegang teguh kepada kebenaran, ketulusan dan keikhlasan.

Ingatlah rakyat meletakkan harapan besar kepada UMNO untuk mengembalikan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan.

Maka menjadi tanggungjawab dan amanah kepada UMNO untuk menjadikan ia suatu kenyataan kerana UMNO adalah parti milik rakyat.

Jangan sia-siakan keyakinan rakyat seperti apa yang telah rakyat buktikan dalam PRN Melaka baru-baru ini.

#persidanganumnobahagian
#umnobersamarakyat
#DemiAgamaBangsaNegara

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/446230900207497/?sfnsn=mo
Media menyebut beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti bunga di Johor mahu keluar parti dan menyertai semula UMNO.

Kesahihan berhubung perkara itu pada akhirnya empunya diri jua ada jawapan, namun jikalah benar ia suatu refleksi yang jelas lagi nyata.

Parti yang suatu ketika dulu mendabik dada akan menggantikan UMNO sedang menghadapi defisit keyakinan dalam kalangan pemimpin sendiri.

Maka apakah rasional dan kewajarannya untuk rakyat pula diminta supaya meyakini parti tersebut sedangkan sebahagian pimpinan akar umbinya tidak?

Sebenarnya itulah perbezaan ketara antara sesuatu yang tulin dan tiruan, autentik dan rekaan. Pastinya yang original adalah berkualiti berbanding ciplak.

Asas perjuangan UMNO untuk agama, bangsa dan negara telah begitu lama disemat dalam parti ini. Ia asli, bukan retorik atau cuma agitasi politik.

Bukan juga baru terbentuk atas asas perjuangan politik individu, dendam kesumat, dengki dan sakit hati serta bertujuan menzalimi seteru.

Kesimpulannya UMNO sebenar-benarnya parti politik yang ikhlas dan jujur mementingkan rakyat dan negara dalam perjalanan politiknya.

Parti politik yang cuba menyamai UMNO untuk memperdaya sokongan pengundi hanyalah bayangan semata-mata, tidak "real" dan palsu.

#prnjohor
#umnobersamarakyat
#DemiAgamaBangsaNegara
Ahli-ahli UMNO sekalian. Mereka yang menyatakan UMNO sudah tidak relevan suatu kesilapan besar.

Mereka itu sedang bermimpi di siang hari. Mengandaikan yang mustahil dan bukan-bukan.

UMNO sebaliknya umpama pohon besar yang sedang menanti detik kembali berbuah.

Meskipun pernah seakan-akan nyaris tumbang dipukul ribut, namun akarnya begitu utuh lagi kuat.

Pohon UMNO nan luhur tetap teguh berpacak memayungi segenap naungannya.

Rakan-rakan UMNO sekalian. UMNO dilahirkan dengan air mata pengorbanan orang Melayu.

UMNO dilahirkan di Istana Melayu dan parti terbesar orang Melayu sejak 11 Mei 1946.

UMNO mendepani rancangan Malayan Union oleh British demi survival bangsa Melayu.

UMNO mempertahankan kedaulatan institusi diraja dan Raja-Raja Melayu.

UMNO mengangkat kepentingan Melayu lagi memperkasakan syariat agama.

UMNO jua sebuah parti politik semangat nasionalisme Melayu berpaksikan Islam.

Kerana itu UMNO masih bertapak di hati Melayu disebabkan asas penubuhannya yang jelas.

Bagaimanapun UMNO tidak pernah sama sekali mengenepikan hak bukan Melayu.

Sejarah berpuluh tahun UMNO mengemudi teras pentadbiran negara sebagai bukti.

Sahabat-sahabat UMNO sekalian. UMNO akan kembali berjuang dalam PRU akan datang.

Amalan kita bermuafakat dan tidak berpecah belah. Serumpun bak serai, sesusun bak sireh.

Perjuangan UMNO pada PRU-15 jauh lebih murni. Demi sebuah kebenaran dan kewajipan.

Insya-Allah rakyat bersama UMNO kerana UMNO akan terus bersama rakyat.

#UMNOBangkit
#PRU15
#DemiAgamaBangsaNegara
#DuluKiniSelamanya


Selamat Hari Ulangtahun UMNO ke-76


Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi