AHMAD ZAHID HAMIDI
3.65K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Secara tepat seramai empat ADUN daripada UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Bebas terlibat dalam apa yang berlaku di Melaka.

Justeru propaganda mahu menyalahkan parti UMNO disebalik apa yang berlaku tidak rasional kerana wakil rakyat PPBM dan Bebas turut terlibat.

Secara harfiah (literally) apa yang terjadi disebabkan masalah dalaman di Melaka dan ia melibatkan wakil rakyat daripada beberapa parti yang diketahui.

Bagaimanapun seperti kata Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan selepas berjumpa dengan ahli UMNO di Melaka.

Nasi sudah menjadi bubur. Maka parti perlu bersiap siaga mengharungi Pilihan Raya Negeri (PRN) jika itu ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kerana itu saya pernah menyatakan di Dewan Rakyat jika benar kerajaan Melaka sudah tumbang elok kita kembalikan mandat kepada rakyat.

Tetapi saya tidak mengulas lebih ketika itu disebabkan masa untuk bercakap adalah terhad sedangkan banyak lagi hal rakyat perlu diketengahkan kepada dewan.

Kemudian pada sidang media di bangunan Parlimen saya menjelaskan dengan lebih terperinci tentang pendirian saya.

Walaupun langkah terbaik untuk menangani kemelut di Melaka dengan mengadakan PRN, namun masih perlu mengambil kira faktor lain.

Maka sebaiknya ia diputuskan SPR selepas mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Dan sehingga sebarang pilihan raya mungkin diumumkan oleh SPR, Ketua Menteri Melaka akan berfungsi dalam bentuk "care taker goverment".

#PRNMelaka
#UMNOBNSiapSedia
#umnobersamarakyat

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/401923774638210/?d=n
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November 2021.

Inilah suatu pilihan raya di luar jangka, namun gendang telah dipalu maka membujur lalu melintang patah.

Walau apa cabaran UMNO akan depani demi tanggungjawabnya kepada agama, bangsa dan negara.

Dan syukur ke hadrat Ilahi jentera UMNO bagi PRN Melaka telah pun dilancarkan dengan semangat membara.

Seluruh ahli, penyokong dan pendokong UMNO siap siaga memastikan kemenangan milik mereka.

Tiada kawasan panas atau sejuk, hitam atau putih, UMNO akan harungi dengan keazaman yang jitu.

UMNO bertindak dan berstrategi secara kolektif. InsyaAllah kemuafakatan itu membawa kepada kejayaan.

#PRNMelaka
#JenteraUMNO
#UmnoDuluKiniDanSelamanya

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/410010473829540/?d=n
Sesiapa sahaja boleh membuat andaian tentang apa yang akan berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Walau apa telahan mahupun pandangan, penentu sebenar adalah rakyat Melaka yang berkuasa untuk memilih.

Mandat telah pun dikembalikan kepada mereka untuk menentukan kerajaan yang akan mentadbir Melaka.

Maka kita meyakini kebijaksanaan orang Melaka memilih parti politik yang terbaik kali ini kerana sejarah mendewasakan.

Secara umum persepsi rakyat terhadap parti-parti politik sudah jauh berubah selepas PRU-14.

Dulu sebahagian rakyat digoda dengan pelbagai janji manis dan hasutan politik kebencian terhadap UMNO.

Hari ini orang Melaka sudah merasai dan mengetahui natijah politik tipu daya yang merosakkan seperti itu.

Maka PRN Melaka langkah pertama untuk rakyat Malaysia memperbetulkan keadaan dan "restore" kemakmuran.

InsyaAllah Melaka akan memilih UMNO/BN kerana itulah kestabilan dan kemakmuran yang dirindui.

#prnmelaka
#umnobersamarakyat
#barisannasional

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/411569603673627/?d=n
Seluruh ahli dan penyokong UMNO ayuhlah kita bersama dan berpadu berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Inilah saat untuk kita para pendokong UMNO membuktikan kemuafakatan dan mempersembahkan sebuah kekuatan.

Janganlah ada lagi yang terkilaf keteguhan hati kerana itulah yang melemahkan dan meruntuhkan UMNO suatu ketika dulu.

UMNO rumah kita sejak dulu kini dan selamanya maka hayatilah, fahamilah jasa dan bakti serta kesetiaannya.

Renungilah, pelajarilah dan insafilah apa yang terpaksa rakyat dan negara hadapi apabila UMNO tertewas angkara tipu daya 2018.

Kini tiba masa untuk kita bergandingan bahu, berpakat dan bersama menebus kebenaran.

PRN Melaka adalah permulaan sebelum ke medan pertempuran paling utama Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Maka menangilah dan kuasailah ia sebagai azimat penguat semangat demi UMNO untuk agama, bangsa, negara.

Ketepikan suara-suara yang cuba meleraikan dan melemahkan kerana kini masa untuk UMNO bangkit.

Orang Melaka tegakkanlah panji-panji UMNO dan Barisan Nasional (BN) penuh megah di seluruh Melaka apabila tiba masanya.

PRN Melaka permulaan kita. PRU-15 merupakan destinasi kita. Kemakmuran rakyat dan negara adalah misi kita.

#prnmelaka
#umnobersamarakyat
#barisannasional
Saksikan betapa hebat aura penuh semangat menyinari segenap Majlis Pelancaran Jentera BN malam tadi.

Alhamdulillah riak serta raut setiap yang hadir sarat dengan keazaman dan keyakinan membara menuju medan PRN Melaka.

Mereka di pentas, di depan pentas, di kiri dan kanan pentas, di luar dewan, di dalam dewan, di dalam bangunan dan seluruhnya.

Selepas pelbagai onak dan duri diharungi kini bersepakat memadam apa jua perbezaan demi Melaka dan rakyatnya.

InsyaAllah ini suatu lagi gambaran petanda awal kesinambungan kejayaan berterusan BN mendepani pilihan raya.

Saksikan juga empat parti komponen BN sekali lagi bergandingan untuk PRN Melaka yang sangat penting sebelum PRU-15.

Gandingan paling terbukti permah menerajui negara dan negeri-negeri dalam Malaysia penuh saksama dan berwibawa.

Maka kepada seluruh rakyat Melaka marilah bersama mengembalikan kerajaan BN demi kesejahteraan masa lalu.

BN telah bersedia untuk anda semua maka sambutlah tangan kami kawan untuk masa depan Melaka negeri tercinta.

Lupakan segala fitnah, penipuan dan pembohongan yang pernah memanipulasi.Janganlah diri dipatuk dua kali.

Biarkan saja 'ulau itu melingkau di atas pagau'. Kali ini orang Melaka 'benau-benau' kasi 'gegau' demi menebus kekhilafan lalu.

#PRNMelaka
#JenteraBN
#OrangMelakaPilihBN

https://fb.watch/8W1J0_ulqq/
Kita faham ada pihak gembira menyaksikan rakyat kecewa kerana tidak dapat membuat pengeluaran wang simpanan KWSP sebanyak RM10,000.

Mereka fikir keadaan itu akan memberi manfaat politik buat mereka dalam berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi.

Tanpa mereka sedari tahap kecaknaan majoriti rakyat Malaysia termasuk orang Melaka yang akan mengundi pada 20 November ini tidak sama seperti tiga tahun lepas.

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018 telah mengajar rakyat untuk meneliti setiap keadaan dan menilai apa yang sebenar disebaliknya.

Mereka kini tahu maklumat manakah yang disampaikan kepada mereka tentang sesuatu perkara adalah fakta dan maklumat manakah yang bersifat auta.

Dalam isu dana KWSP, mereka tahu pihak manakah yang sebelum ini mendesak kerajaan membenarkan rakyat mengeluarkan wang KWSP semasa dalam kesusahan akibat Covid-19.

Mereka juga tahu pihak manakah yang sentiasa berusaha memberi alasan demi alasan untuk menafikan hak mereka mendapatkan wang berkenaan.

Dan pada hari ini mereka tahu pihak manakah yang terus mendesak pengeluaran wang KWSP sebagai "effort" membantu kelangsungan hidup rakyat.

Maka mengapa perlu mereka menyalahkan pihak yang telah dan sedang berusaha membantu mereka mendapatkan pengeluaran wang KWSP seterusnya?

Keadaan itu sebenarnya satu lagi bukti mengapa rakyat perlu memastikan Barisan Nasional (BN) dapat membentuk semula sebuah kerajaan yang solid dan teguh.

Supaya dapat meneruskan apa sahaja agenda dan perancangan membantu kesejahteraan hidup rakyat secara mutlak tanpa terikat dengan pihak yang bercanggah.

InsyaAllah sgala-galanya akan bermula di Melaka.

#kwsp
#i-citra
#prnmelaka
#umnobersamarakyat
#BNPilihanRakyat

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/418916632938924/?d=n
Marah benau pendokong PPBM kerana UMNO tidak bekerjasama dengan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Semakin kuat pula merentan serba tidak kena mengata itu dan ini tentang UMNO sejak kebelakangan ini.

Sebelum ini dengan angkuh PPBM dilapor mahu 'langgar' UMNO di Melaka, tetapi masih merungut tidak sudah-sudah.

Sehingga sanggup melancarkan propaganda tidak masuk akal konon majoriti ahli UMNO mahu bersama PPBM.

Menuduh UMNO tidak dapat bekerjasama dengan mereka disebabkan keegoan pimpinan UMNO.

Sedangkan ramai mengerti seperti apa yang kerap kali diperjelaskan bahawa itu adalah keputusan parti.

Keputusan akar umbi UMNO yang bertegas menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan PPBM.

Seperti yang ditetapkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 kira-kira 8 bulan yang lalu.

Rakyat mengerti mengapa PPBM menggelisah begitu teruk disebabkan pendirian UMNO itu.

Mereka sedang takut dengan bayang-bayang sendiri kerana sedar tentang perbuatan dan kezaliman mereka.

Berpakat bersama DAP dan Pakatan Harapan (PH) untuk memfitnah UMNO dan para pemimpinnya sejak 2016.

Bergandingan bersama DAP dan PH menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 dengan tipu daya.

Kini perlu berdepan semula dengan UMNO dalam PRN Melaka sebelum sempat memanipulasi cerita.

Selepas fitnah yang ditaburkan oleh mereka sudah tumpul dan rakyat menyedari tentang kecurangan dan hipokrasi mereka sendiri.

UMNO tenang-tenang sahaja. Kita fokus kepada gerak kerja bersama rakyat untuk BN kembali mentadbir Melaka.

Menerangkan rekod dan kemampuan kerajaan BN memakmurkan rakyat serta negeri Melaka.

Memperjelaskan segala tohmahan fitnah yang tidak benar dan mengingatkan rakyat Melaka apakah itu PPBM dan PH.

Kita perlu meyakini kebijaksanaan orang Melaka dalam menilai apa yang benar dan terbaik untuk masa depan mereka.

#prnmelaka
#umnobersamarakyat
#BNPilihanRakyat

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/419620726201848/?d=n
Kita menghormati ketetapan kepimpinan PAS untuk bersama PPBM dalam PRN Melaka.

Maka kita berharap pemimpin PAS juga menghormati ketetapan parti UMNO tidak bersama dengan PPBM.

Sesungguhnya UMNO tidak pernah berhasrat mendesak atau mengugut PAS supaya tidak bersama PPBM.

Setiap parti politik ada dasar serta perancangan tersendiri dan bebas merencanakannya.

Bagi UMNO setiap dasar dan perencanaan politiknya tidak pernah tersasar dari landasan agama, bangsa dan negara.

Benar beberapa hari lalu UMNO membangkitkan tentang ketetapan yang pernah dibuat oleh Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional.

Iaitu keputusan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional pada mesyuarat 19 Oktober 2020 dan 18 November 2020.

Perkara itu diiungkapkan semula dalam agenda meneruskan persefahaman bersama PAS bagi berdepan PRN Melaka.

Walaupun UMNO sedari awal telah bersedia untuk mengharungi PRN Melaka dengan keadaan apa sekali pun dibawah panji BN.

Asas persefahaman dengan PAS iaitu berpandukan kepada prinsip PAS akan menggunakan lambang partinya sendiri.

Bagaimanapun pimpinan PAS tampak tidak berminat memenuhi ketetapan Muafakat Nasional itu kerana mahu bersama PPBM.

Meskipun ia bermakna PAS perlu menggunakan logo PN seperti yang dikehendaki PPBM ke atas mereka.

#prnmelaka
#muafakatnasional
#umnobersamarakyat

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/421498319347422/?d=n