HORMATILAH FRONTLINERS DAN PENGHUNI YANG LAIN.
Wah. Nampak seronok ye. Benarkah saudara saudari minum bir di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC)?
Saya berharap tidak benar info saya terbaca itu. Kita kena hormati "frontliners" kita yang bertungkus lumus membantu kita.
Saudara saudari yang saya kasihani. Saudara saudari mungkin seronok. Tetapi penghuni lain mungkin kurang seronok.
Saya rayu kepada saudara saudari marilah kita saling prihatin dan sensitif sesama kita tatkala berdepan dugaan ini.
Saya mendoakan saudara saudari dan semua yang lain di situ segera sembuh daripada Covid-19.
Selepas sembuh bolehlah saudara saudari pulang ke rumah untuk minum apa sahaja.
Saya cuma sedikit musykil jika benar kejadian itu, bagaimana bir itu boleh terlepas masuk PKRC?
#KitaJagaKita
#FastRecovery
#RespectFrontliners

Assalamualaikum dan salam sejahtera, selamat pagi kepada sahabat-sahabat sekalian.
Semoga saudara saudari semua sentiasa berada dalam lindungan yang maha Esa.
Hari ini telah masuk hari ke-7 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.
Kita masih tertunggu-tunggu impak positif PKP kali ini bagi mengurangkan kadar jangkitan yang sangat tinggi.
Semalam ada yang berkata masih terlalu awal. "Sabar la. Takkan hari ni kahwin esok anak dah darjah 5".
(Macam pernah ku dengar tetapi di mana ya?)
Don't worry. Saya yakin rakyat sememangnya bersabar. Kerana itu rakyat kekal tenang.
Bagaimanapun dalam hati rakyat kian resah. Kes terus mencanak. Ekonomi masih goyah.
Kehidupan mereka masih perlu diteruskan walaupun dalam keadaan yang sukar.
Kerana itu saya percaya kerajaan tiada pilihan. Mahu tidak mahu penularan pandemik Covid-19 perlu diredakan secepat mungkin.
Kita tidak boleh terlalu bergantung kepada ketibaan vaksin 'esok' sehingga menggadai nasib rakyat 'hari ini'.
Kita juga tidak mahu Malaysia dilabelkan sebagai negara yang gagal melawan Covid-19 di mata dunia.
Ia boleh memberi kesan signifikan secara langsung dan tidak langsung kepada ekonomi negara.
Apabila ekonomi terkesan, kemaslahatan hidup rakyat juga akan terkesan.
Pandangan ramai pihak termasuk pakar kesihatan waima NGO dalam mendepani jangkitan Covid-19 perlu dipertimbang secara serius.
Namun dalam terlalu sibuk memikirkan SOP dan kaedah menangani jangkitan wabak itu, jangan sesekali kita semua lupa kepada yang maha berkuasa.
“Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah dan berdoalah kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu.” (Surah al-A’raf, ayat 180)
Kita perlu yakin setiap doa dipanjatkan kepada Allah S.W.T tidak akan ditolak. Allah Maha Pemurah, Maha Kaya, Maha Mendengar, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Percaya juga kepada kekuatan dan iradat Allah S.W.T, “Kun Fayakun” [Jadilah, maka jadilah…]
Justeru, saya teramat menyokong inisiatif pengurusan masjid atau surau melakukan zikir, munajat dan berdoa pandemik Covid-19 segera berakhir.
Ikhtiar itu boleh dilakukan dengan menggunakan alat pembesar suara di masjid atau surau dan disertai penduduk di rumah masing-masing di seluruh negara.
Semoga doa yang berterusan akhirnya di makbulkan Tuhan. Akhirat di depan. Aamiin ya rabbal alamin...
Manakala bagi penganut agama lain, bolehlah kerap berdoa mengikut anutan masing-masing.
#kitajagakita
#KembaliKepadaAllah
#KembaliKepadaFitrah

Rakan netizen beritahu ada yang tidak patuh SOP penjarakan sosial ketika membeli belah di pasar raya.
Masih ramai berdiri rapat-rapat semasa memilih barang yang mahu dibeli di pasar raya.
SOP hanya dijaga semasa masuk pasar raya, tetapi apabila berada di dalam seolah-olah tiada SOP.
Bukan semua bersikap demikian, tetapi pelanggan yang betul-betul berusaha jaga SOP naik rimas.
Semasa mereka sedang memilih barang keperluan, tiba-tiba datang pelanggan lain berdiri rapat untuk memilih barang yang sama.
Kalau tegur bimbang menimbulkan kemarahan. Segelintir orang kena hon melenting apatah 'sound direct'.
Akhirnya mereka yang terpaksa mengalah - menjarakkan diri sedangkan mereka tiba dulu di tempat barang tersebut.
Bagi yang keras kepala maka 'bergandinganlah' mereka di situ bersama-sama memilih barang.
Saya berpandangan perkara ini walau nampak remeh, namun perlu dipandang serius.
Penjarakan sosial antara komponen penting dalam usaha menyekat penularan jangkitan Covid-19.
Kita jangan 'double standard' dalam perkara ini. Penjarakan sosial diwajibkan di mana-mana sahaja.
Kita harap pengurusan pasar raya peka pada keadaan ini. Mungkin boleh tugaskan kakitangan memantau keadaan pelanggan.
Ini bukan bertujuan membebankan, tetapi demi kebaikan bersama.
#KitaJagaKita
#PenjarakanSosial
#NasihatMenasihati

Saya berasa amat sedih dengan keadaan barisan hadapan kita di pusat perubatan di seluruh negara.
Para doktor, jururawat dan semua petugas kesihatan dikatakan dalam kelesuan serta kepenatan.
Sistem penjagaan kesihatan negara dilaporkan sedang berada dalam tekanan yang luar biasa.
Jumlah kemasukan kes Covid-19 ke Unit Rawatan Rapi di Lembah Klang sahaja telah meningkat 94%.
Ini bukan perkara main-main. Ini adalah 'disaster'. Sistem penjagaan kesihatan perlu dipertingkatkan.
Tindakan segera A.S.A.P perlu diambil sebelum terlambat. Sebelum keadaan di luar kawalan.
Fasiliti kesihatan perlu ditambah, bilangan peralatan, katil, ubat-ubatan dan sebagainya.
Jika perlu jumlah kakitangan juga ditambah. Penyertaan sukarelawan dibuka dan diperluaskan lagi.
Jangan terlalu 'kemut' dalam menjaga hak dan kepentingan rakyat. Tindakan segera ini perlu diambil walaupun kerajaan melaksanakan PKP penuh.
'Total Lockdown' akan mengambil masa sebelum keadaan pandemik dapat distabilkan.
Dalam tempoh itu jika persediaan kesihatan tidak memadai yang menjadi mangsa rakyat marhain.
Rata-rata rakyat marhain bergantung sepenuhnya kepada kemudahan kesihatan yang kerajaan sediakan.
Jangan sampai sistem penjagaan kesihatan negara juga gagal diuruskan dengan baik.
Jika itu berlaku apakah masih ada harapan untuk rakyat dan negara bebas segera daripada wabak berbahaya ini?
#BantuBarisanHadapan
#KitaJagaKita
#KitaBantuKita
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2071979729607260&id=188294724642446

Facebook
Log in to Facebook
Log in to Facebook to start sharing and connecting with your friends, family and people you know.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan Facebook sekalian.
Saya difahamkan ada usaha untuk memalitkan parti UMNO dengan kegagalan kerajaan PN.
Saya fikir perkara ini wajar diperjelaskan sekali lagi supaya semua lebih terang dan faham.
Benar terdapat beberapa Ahli Parlimen daripada UMNO sedang menganggotai kerajaan PN.
Namun ia tidak pernah bermaksud yang parti UMNO terlibat dalam menentukan dasar-dasar negara.
Segala ketetapan untuk negara sebaliknya dibuat sepenuhnya oleh kerajaan PN.
Ini termasuklah tentang dasar-dasar berkait pengurusan pandemik Covid-19 di negara ini.
Penentuan dasar negara malah menjadi hak mutlak kerajaan PN sejak Ordinan Darurat dilaksanakan.
Iaitu tatkala institusi Parlimen digantung atas sebab-sebab yang masih dimusykilkan.
Justeru tidak patut ada pihak cuba 'menjebak' parti UMNO dengan kegagalan kerajaan PN menangani penularan Covid-19.
Adalah tidak adil apa sahaja kegagalan kerajaan PN cuba dikaitkan dengan parti UMNO.
Gara-gara beberapa Ahli Parlimennya menerima tawaran menganggotai kerajaan PN.
Bagaimanapun itu tidaklah pula bermaksud parti UMNO tidak mempedulikan nasib rakyat.
Banyak pandangan UMNO tujukan kepada kerajaan PN melalui platform bukan Parlimen sebelum ini.
Malangnya kebanyakan pandangan dan nasihat tentang Covid-19 itu kurang diberi perhatian.
Mengapa jadi begitu saya fikir semua boleh mengandaikan sebabnya.
Apapun kita terus berdoa yang baik-baik untuk rakyat dan negara dalam berdepan ancaman Covid-19.
#COVID19
#KerajaanGagal
#kitajagakita
#kitabantukita
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2072822516189648&id=188294724642446

Golongan peniaga kecil termasuk penjaja jalanan antara wira negara dalam berdepan ancaman pandemik Covid-19.
Mereka juga adalah adalah sebahagian dari wira negara yang telah banyak berkorban bagi membantu membendung penularan wabak itu di Malaysia.
Mereka wira tidak didendang yang telah bersama-sama mengharungi perit getir dalam 'peperangan' melawan Covid-19.
Saya berpandangan begini kerana peniaga kecil antara anggota masyarakat paling terkesan akibat pelaksanaan PKP.
Namun mereka tetap akur dengan ketetapan kerajaan ke atas mereka demi membantu melandaikan lekuk Covid-19.
Mereka akur apabila diminta menghentikan sementara perniagaan walau itu bermaksud mereka hilang pendapatan.
Mereka akur apabila diminta mengehadkan tempoh berniaga walau ia bermaksud pendapatan isi rumah berkurangan.
Secara harfiah sebahagian besar peniaga kecil mengalami kerugian demi kerugian sejak pelaksanaan PKP 1.0.
Kita tahu sebilangan mereka telah pun 'tumpas' dalam 'perjuangan' itu, manakala selebihnya terus bertahan dan bertahan.
Terkini kemerosotan jualan akibat PKP 3.0 tidak dapat dielakkan. Mereka telan walau pahit demi kemaslahatan yang lebih besar.
Saya percaya golongan ini sanggup berkorban pada waktu pandemik dengan harapan cahaya terbit segera dihujung terowong.
Bagaimanapun saya berharap kerajaan akan terus berikhtiar untuk mengurangkan impak PKP 3.0 ke atas wira-wira kita ini dengan bantuan intensif yang dapat kepada mereka.
Ia termasuk pelan tindakan bagi menyelamatkan perniagaan kecil dan pemberian bantuan secara terus kepada mereka.
Kerajaan wajar juga mempertimbangkan permintaan mereka yang tidak seberapa ini.
Waktu operasi bermula pukul 8 pagi diteliti semula memandangkan ramai peniaga ada yang mula berniaga lebih awal dari itu.
Semoga dengan penetapan had waktu operasi yang lebih signifikan dapat mengurangkan impak PKP 3.0 terhadap mereka.
#KitaJagaKita
#KitaBantuKita
#PeniagaKecilWiraNegara
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2075745312564035&id=188294724642446

Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
Kerajaan telah mengumumkan total lockdown mulai 1 Jun 2021 - 14 Jun 2021. Disarankan 21 hari total lockdown seperti Hong Kong, Vietnam dan beberapa negara lain.
Pastikan total lockdown dengan segala bentuk bantuan yang akan kembali masuk dalam kitaran ekonomi. Bantuan kepada rakyat secara relatif akan mencipta permintaan dan ekonomi akan bergerak walaupun PKP.
Kenyataan Menteri Kewangan mengesahkan kerajaan telah memimjam RM 99.3 Billion. https://www.facebook.com/watch/?v=2647955068838309
Jumlah pinjaman kerajaan termasuk Khazanah dan Petronas adalah RM 115.53 Billion. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157904641910952&id=157851205951
Untuk apa meminjam jika kebajikan rakyat diabaikan. Bantulah rakyat melalui Bantuan Prihatin 3.0 serta bakul makanan yang lebih efektif serta I-Sinar 2.0 atau I-lestari plus.
Jangan lupa gunakan Ordinan Darurat untuk Moratorium plus kerana Darurat diperolehi untuk melawan Covid-19.
21 hari PKP penuh dengan segala bantuan yang akan digunakan rakyat untuk kelangsungan hidup. Kita harus yakin dengan rakyat kerana usaha menangani pandemik ini melibatkan semua pihak.
Seperti yang pernah saya sarankan sebelum ini PKP PENUH PERLU DILAKSANAKAN DENGAN 8 SYARAT
1. PKP PENUH 21 HARI
2. MORATORIUM PUKAL
3. TAMBAHAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT DISEGERAKAN
4. KOMPUTER RIBA 150,000 DIPERCEPATKAN DAN DITAMBAH UNIT
5. PERHEBAT PROGRAM IMUNISASI KEBANGSAAN
6. SKIM BAKUL MAKANAN HENDAKLAH DITAMBAH BAIK KAEDAH PENYAMPAIAN
7. UTC DAN RTC SEBAGAI ONE STOP CENTRE BANTUAN RAKYAT MEMERLUKAN
8. TAMBAHAN HOSPITAL MEDAN
(Pusat Rawatan Risiko Rendah Covid-19 (PKRC) diseluruh negara)
Tangani Covid-19 dan jaga kelangsungan hidup rakyat kerana itulah tanggungjawab kerajaan.
#TotalLockdown
#cegahcovid
#jagarakyat
#kitajagakita
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2076986342439932&id=188294724642446

Rakyat Malaysia yang dikasihi. Kita berdepan dengan pelaksanaan 'total lockdown' selama 14 hari bermula 1 Jun 2021.
Ini antara ikhtiar kita untuk melandaikan lekuk kes jangkitan Covid-19 yang telah pun mencecah pada paras melampau.
Paras melampau yang memang kita khuatiri boleh berlaku disebalik PKP suam-suam kuku dan alasan Ordinan Darurat.
Namun apakan daya musibah sudah terjadi. Tiada peluang 'U-Turn' dalam hal ini. Ini pertempuran yang tidak kita rela, namun terpaksa diharungi.
Rakyat Malaysia yang dihormati. Negara tidak punya banyak pilihan. Jika gagal kali ini berkemungkinan akan gagal untuk tempoh yang lebih lama.
Jika dulu kita berdepan 'total lockdown' pada kadar ratusan jangkitan sehari, kini pada kadar jangkitan lebih 8,000 sehari.
Maka perjuangan 'total lockdown' kali ini pasti jauh lebih mencabar. Walau apa rintangan kita perlu berusaha menang.
Rakyat Malaysia yang disanjungi. Tempoh 14 hari bukanlah singkat. Bagi sebahagian kita menempuhinya bukan suatu cabaran yang besar.
Namun bagi yang lain ia masih merupakan satu dugaan yang amat memeritkan. Masing-masing ada kekangan tersendiri.
Justeru mari kita bersama menjaga kita. Saling membantu dan mengambil berat. Prihatin kepada masyarakat sekeliling yang memerlukan.
Saya mendoakan seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama tabah serta cekal mengharungi 'total lockdown' sehingga 14 Jun 2021.
Kita memohon ke hadrat Tuhan agar usaha ini berbaloi dan menemui titik noktah pada pengakhirannya.
Moga kadar jangkitan Covid-19 di tanah air tercinta dapat segera diturunkan.
#COVID19
#TotalLockdown
#kitabantukita
#kitajagakita
#kitajagakitaAllahjagakita
https://fb.watch/5NVgPben0K/

Sedih dan simpati membaca kisah kematian pasangan suami isteri di Pasir Gudang, Johor ini.
Suratan takdir kedua-dua warga emas itu ditemui mati di ruang tamu kediaman mereka.
Kedua-duanya dipercayai telah meninggal dunia 48 jam sebelum mayat ditemui.
Mayat si isteri disahkan positif Covid-19, manakala suami disahkan mengidap sakit kronik.
Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang soleh.
Iktibar yang harus direnungi betapa penting untuk kita terus menjaga sesama kita dalam keadaan Covid-19.
Betapa penting untuk terus mengambil peduli tentang keadaan anggota masyarakat sekeliling.
Walau dalam keadaan pandemik yang membimbangkan untuk menjenguk rakan dan jiran.
Konsep kita membantu sesama kita perlu terus ditekankan atas semangat kebersamaan.
Gunakan sehabis baik medium komunikasi sedia ada untuk saling bertanya khabar kepada ahli keluarga dan sahabat handai.
Kepada rakan-rakan di media sosial sekalian, hubungilah ibu bapa dan ahli keluarga masing-masing seberapa kerap yang mungkin.
Semoga Allah menempatkan Allahyarham Pak Bakar dan Allahyarhamah Mak Besah dikalangan hambanya yang beriman, beramal soleh dan bersama para-para syuhada. AlFatihah.
#kitajagakita
#kitabantukita
#alfatihah
#semogarohdicucurirahmat
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2085656978239535&id=188294724642446

Gambar ini dikirim oleh seorang rakan Facebook. Dia kata ini gambar ruang tamu rumahnya.
Ruang tamunya sentiasa dipenuhi pelbagai jenis belon. Jenis yang besar, yang kecil semua ada.
Belon ini dibeli untuk anaknya. Seorang kanak-kanak autisme yang tersangat obses pada belon.
Jika tidak dibeli tantrum berpanjangan. Jika tidak letak depan TV anak istimewa itu tidak puas hati.
Dia bersyukur masih ada kedai menjual belon di kawasannya pada waktu 'total lockdown'.
Kalau tidak pening juga anak merengek mahukan belon sehingga tidak boleh tidur malam.
Rata-rata kanak-kanak autisme memang akan obses kepada sesuatu. Saya dimaklumkan begitu.
Saya mendoakan para ibu bapa anak-anak istimewa diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah S.W.T.
Ganjaran diatas pengorbanan menjaga dengan penuh kasih sayang tanpa mengenal penat lelah.
Apa pun begitulah situasi dalam sesebuah keluarga. Keperluan masing-masing berbeza-beza.
Saya percaya para anggota keselamatan kita juga memahami keadaan ini.
Budi bicara mereka dalam soal begini pasti amat tinggi semasa bertugas di sekatan jalan raya.
Mungkin ada terpaksa merentas untuk mendapatkan sesuatu yang tidak penting bagi kebanyakan orang.
Namun tersangat penting bagi mereka. Cuma tidak boleh didapati dalam kawasan tempat tinggal mereka.
Tetapi ingat jangan pula cuba mengambil kesempatan untuk merentas bagi tujuan tidak penting.
Tanggungjawab kita memastikan penularan wabak covid19 ini dapat dihentikan dengan kadar segera.
Usahakan dengan cara dan kaedah pembelian barang atas talian online.
Sentiasalah berlaku jujur kepada diri, pasukan keselamatan dan juga anggota masyarakat.
#staysafe
#kitajagakita
#kitabantukita
#autisme
#anakistimewa

Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad.
Seperti semua sedia maklum saban hari kita dihidangkan dengan berita yang menyenangkan hati.
Namun terima kasih kepada yang terus peka menyediakan bantuan buat golongan memerlukan.
Realitinya masih ada dalam kalangan kita sedang berjuang untuk kelangsungan hidup.
Dalam kegembiraan fasa pandemik bakal berakhir, fahami ada yang terus berduka.
Maka jangan berhenti daripada terus mengambil berat, prihatin dan peduli.
Andai masyarakat mula teralpa, pasti keadaan lebih sukar bagi yang masih ditimpa ujian hidup.
Jangan sesekali terlupa kita masih ada tanggungjawab untuk saling membantu.
#covid19
#endemik
#kitajagakita
#AllahJagaKita
https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2158633177608581/

Pasti ramai gembira dengan pengumuman daripada Perdana Menteri YAB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan membenarkan aktiviti rentas negeri selepas negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.
Tidak lama lagi kerana kerajaan menjangkakan kurang sebulan dari sekarang ia dapat dibenarkan. Ramai terlalu rindukan kampung halaman, mahu bertemu sanak saudara dan melancong.
Namun bukan mahu "spoiler" kegembiraan semua, cuma mahu memperingatkan dalam keseronokan kembali merentas negeri teruskan berhati-hati menjaga diri terhadap risiko jangkitan Covid-19.
Kita sama sekali tidak mahukan situasi suka boleh merentas negeri akhirnya bertukar duka. Pesanan ini kerana saya amat mengambil berat keselamatan dan kesihatan anda semua.
Pertama, kita mesti prihatin terhadap fakta bahawa virus Covid-19 masih aktif di Malaysia dengan varian baharu yang lebih mudah menjangkiti. Virus ini berada di mana-mana dan mungkin di persekitaran kita.
Kedua, mereka yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 masih berisiko dijangkiti walaupun tiada gejala atau hanya mengalami gejala kategori 1 dan 2.
Ini bermaksud individu positif Covid-19 mungkin tidak menyedari telah dijangkiti dan berpotensi menjangkiti individu lain ketika melakukan aktiviti rentas negeri sekali gus mengundang penularan.
Sebagai contoh seramai 10 daripada 8,507 pengembara yang disaring sebelum dibenarkan masuk ke Langkawi setakat 17 September lalu didapati positif Covid-19 dengan lima lagi merupakan kontak rapat.
Mujur mereka dikenal pasti kerana yang mahu ke Langkawi perlu menjalani ujian Covid-19 memandangkan ia merupakan projek rintis gelembung pelancongan domestik.
Bagaimanapun tiada kewajipan bagi mereka yang akan pulang ke kampung anda mesti menjalani ujian Covid-19 selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan.
Ketiga, masih ada dalam kalangan kita belum divaksin terutama golongan remaja dan kanak-kanak, maka mereka yang belum mempunyai perlindungan imunisasi itu sangat berisiko jika dijangkiti.
Justeru pada pandangan saya mereka yang mengalami sebarang gejala atau berasa kurang sihat wajar melakukan ujian kendiri sebelum berhasrat merentas negeri sebagai langkah berjaga-jaga.
Bagus juga ujian kendiri dapat dilakukan oleh mereka yang tiada gejala. Ini untuk mengelak penularan Covid-19 dengan diri kita sebagai punca. Pasti tiada siapa mahu melihat ahli keluarga atau orang tersayang jatuh sakit.
Teruskan mengamalkan SOP termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dan sebagainya walau di mana kita berada.
Begitu juga tentang kebenaran kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang kembali dibenarkan beroperasi pada kapasiti 100%.
Majikan perlu memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat walaupun syarat ditetapkan semua pekerja mereka telah lengkap divaksin.
Pekerja yang tidak sedar telah dijangkiti boleh menjangkiti ramai rakan sekerja terutama dalam persekitaran kerja tertutup kerana jangkitan bersifat "airbone".
Apatah dalam persekitaran kerja yang sukar mengamalkan penjarakan fizikal. Selain keselamatan pekerja, keselamatan anggota keluarga mereka perlu juga dititikberatkan.
Pekerja yang tidak sedar telah dijangkiti di tempat kerja boleh menularkan jangkitan kepada ahli keluarga apabila pulang ke rumah termasuk terhadap anak-anak yang belum divaksin.
Kesimpulannya dalam kegirangan merentas negeri perlu sentiasa berwaspada dengan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya. "Prevention is better than cure".
Semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah SWT. Kita jaga kita. Allah jaga kita. InShaa Allah.
#rentasnegeri
#COVID19
#waspadacovid19

Pasti ramai seronok dengan kebenaran merentas negeri. Sudah terlalu lama rindukan kampung halaman mahu bertemu ahli keluarga dan sanak saudara.
Nasihat saya patuhilah saranan kerajaan iaitu sentiasa menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) dan lakukan ujian Covid-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan.
Dan bagi mereka yang bergejala seeloknya tangguhkan dahulu sehingga anda benar-benar sembuh daripada sebarang simptom. Pastikan kita bebas jangkitan.
Kita telah berkorban begitu lama, maka tidak rugi bersabar untuk seketika lagi sebelum kita benar-benar selamat untuk ayah, ibu, suami, isteri, adik beradik dan rakan taulan di kampung.
Marilah kita bersikap bertanggungjawab dalam perkara penting ini. Jangan kerana keseronokan yang singkat, tetapi penyesalannya tidak berkesudahan.
Pada masa sama saya sarankan orang ramai mengatur perjalanan masing-masing untuk mengelakkan kesesakan yang diramal akan berlaku di kebanyakan tempat.
Ramai menjangkakan pengumuman kebenaran rentas negeri ibarat "the biggest holidays" atau perayaan terbesar untuk rakyat Malaysia.
Begitu ramai akan memulakan pergerakan ke sana ke sini. Maka berhati-hatilah di jalan raya dan elakkan tempat yang padat dengan orang ramai untuk mengelakkan sebarang risiko jangkitan.
Kita juga berharap pihak berwajib telah bersiap siaga untuk mengendalikan kesesakan lalu lintas bagi memudahkan urusan rakyat.
#rentasnegeri
#jagasop
#kitajagakita
https://www.facebook.com/100044617711053/posts/403501474480440/?d=n

Saksikan secara langsung…
Pertandingan Peringkat Akhir Pidato Piala Presiden UMNO yang akan ditutup oleh YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO Malaysia, yang turut dihadiri oleh Timbalan Presiden UMNO, YB Dato' Seri Utama Mohamad Hasan dan diiringi oleh Ketua Penerangan UMNO, Sdr Shahril Hamdan.
#kitajagakita
#BNmenang
https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/videos/428062055571214/