Pasti ramai gembira dengan pengumuman daripada Perdana Menteri YAB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan membenarkan aktiviti rentas negeri selepas negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.
Tidak lama lagi kerana kerajaan menjangkakan kurang sebulan dari sekarang ia dapat dibenarkan. Ramai terlalu rindukan kampung halaman, mahu bertemu sanak saudara dan melancong.
Namun bukan mahu "spoiler" kegembiraan semua, cuma mahu memperingatkan dalam keseronokan kembali merentas negeri teruskan berhati-hati menjaga diri terhadap risiko jangkitan Covid-19.
Kita sama sekali tidak mahukan situasi suka boleh merentas negeri akhirnya bertukar duka. Pesanan ini kerana saya amat mengambil berat keselamatan dan kesihatan anda semua.
Pertama, kita mesti prihatin terhadap fakta bahawa virus Covid-19 masih aktif di Malaysia dengan varian baharu yang lebih mudah menjangkiti. Virus ini berada di mana-mana dan mungkin di persekitaran kita.
Kedua, mereka yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 masih berisiko dijangkiti walaupun tiada gejala atau hanya mengalami gejala kategori 1 dan 2.
Ini bermaksud individu positif Covid-19 mungkin tidak menyedari telah dijangkiti dan berpotensi menjangkiti individu lain ketika melakukan aktiviti rentas negeri sekali gus mengundang penularan.
Sebagai contoh seramai 10 daripada 8,507 pengembara yang disaring sebelum dibenarkan masuk ke Langkawi setakat 17 September lalu didapati positif Covid-19 dengan lima lagi merupakan kontak rapat.
Mujur mereka dikenal pasti kerana yang mahu ke Langkawi perlu menjalani ujian Covid-19 memandangkan ia merupakan projek rintis gelembung pelancongan domestik.
Bagaimanapun tiada kewajipan bagi mereka yang akan pulang ke kampung anda mesti menjalani ujian Covid-19 selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan.
Ketiga, masih ada dalam kalangan kita belum divaksin terutama golongan remaja dan kanak-kanak, maka mereka yang belum mempunyai perlindungan imunisasi itu sangat berisiko jika dijangkiti.
Justeru pada pandangan saya mereka yang mengalami sebarang gejala atau berasa kurang sihat wajar melakukan ujian kendiri sebelum berhasrat merentas negeri sebagai langkah berjaga-jaga.
Bagus juga ujian kendiri dapat dilakukan oleh mereka yang tiada gejala. Ini untuk mengelak penularan Covid-19 dengan diri kita sebagai punca. Pasti tiada siapa mahu melihat ahli keluarga atau orang tersayang jatuh sakit.
Teruskan mengamalkan SOP termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dan sebagainya walau di mana kita berada.
Begitu juga tentang kebenaran kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang kembali dibenarkan beroperasi pada kapasiti 100%.
Majikan perlu memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat walaupun syarat ditetapkan semua pekerja mereka telah lengkap divaksin.
Pekerja yang tidak sedar telah dijangkiti boleh menjangkiti ramai rakan sekerja terutama dalam persekitaran kerja tertutup kerana jangkitan bersifat "airbone".
Apatah dalam persekitaran kerja yang sukar mengamalkan penjarakan fizikal. Selain keselamatan pekerja, keselamatan anggota keluarga mereka perlu juga dititikberatkan.
Pekerja yang tidak sedar telah dijangkiti di tempat kerja boleh menularkan jangkitan kepada ahli keluarga apabila pulang ke rumah termasuk terhadap anak-anak yang belum divaksin.
Kesimpulannya dalam kegirangan merentas negeri perlu sentiasa berwaspada dengan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya. "Prevention is better than cure".
Semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah SWT. Kita jaga kita. Allah jaga kita. InShaa Allah.
#rentasnegeri
#COVID19
#waspadacovid19
#kitajagakita
#AllahJagaKita