AHMAD ZAHID HAMIDI
3.7K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Nampak gaya masih berterusan hal 'Bendera Putih'. Masih diperbahas. Bagi saya mudah sahaja.

Jangan "sceptical" kepada 'Bendera Putih'. Rakyat tidak pernah melihat ia sebagai suatu tindakan politik.

Yang rakyat tahu ada individu atau keluarga sedang dalam kesusahan perlukan pertolongan.

Jika mahu kepastian lebih mendalam cuba tanya penghuni rumah gantung 'Bendera Putih'.

Mereka gantung 'Bendera Putih' sebab politik atau terdesak perlu bantuan?

Saya fikir tiada siapa dengan mudah sanggup kibar 'Bendera Putih' depan rumah.

Mereka ini sanggup mengenepikan perasaan malu demi keperluan diri dan keluarga.

Maka wajar semua pihak 'husnuzon' dengan 'Bendera Putih'. Jangan "overthinking" yang bukan-bukan.

Lagipun secara tersirat ia satu pendekatan psikologi mengenai
kebertanggungjawaban.

Lihat sahaja sejurus 'Bendera Putih' dikibar laju bantuan tiba tanpa perlu memohon ke sana ke sini.

#benderaputih
#husnuzon
#KitaBantuKita
#AllahJagaKita

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2104249093046990&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua walau di mana anda berada.

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat dibawah lindungan Yang Maha Esa serta terhindar daripada jangkitan Covid-19 yang semakin memburuk di tanah air kita.

Saya faham ramai tertanya-tanya mengenai keadaan saya selepas mendengar berita yang di luar jangkaan.

Syukur alhamdulillah saya berada dalam keadaan baik tanpa sebarang simptom tidak diingini.

Saya tidak mengalami demam, batuk, selesema atau apa-apa gejala lain.

Sekarang ini saya menjalani kuarantin kendiri dan bekerja seperti biasa secara dalam talian.

Bagaimanapun iltizam saya untuk rakyat dan negara tidak akan sesekali goyah. InsyaAllah.

Saya akan terus berkhidmat dengan kapasiti yang ada. Doakan saya untuk terus berjuang.

اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

Allaahumma Laa Sahla Illaa Maa Ja’altahu Sahlaa Wa Anta Taj’alul Hazna Idza Syi’ta Sahlaa

“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan"

Selamat Berhujung Minggu.

#InsyaAllah
#AllahJagaKita

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2120257761446123&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Kajian Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) mendapati 93.8% daripada kira-kira 70,000 penghantar makanan merupakan golongan Bumiputera.

Sebanyak 80.1% daripada mereka adalah golongan muda Bumiputera berusia antara 18 hingga 30 tahun.

Seperti saya pernah katakan penghantar makanan juga "frontliners".

Kita hargai mereka kerana sanggup mengambil risiko untuk mengambil dan menghantar makanan untuk kita.

Bagaimanapun hasil kajian TERAJU juga mendapati antara faktor ramai Bumiputera menjadi penghantar makanan kerana hilang punca pendapatan disebabkan PKP.

Faktor lain disebabkan keadaan ekonomi tidak menentu dan demi kelangsungan hidup.

Mungkin sebab itu banyak kita dengar cerita ramai golongan profesional berkhidmat sebagai penghantar makanan akibat hilang pekerjaan.

Benar ada disebut faktor lain iaitu tidak perlu kelayakan tinggi dan waktu kerja fleksibel, tetapi pokoknya adalah demi kelangsungan hidup.

Kepada abang, adik, kakak, penghantar makanan kita yang memang cenderung terhadap bidang ini kita doakan mereka terus maju dan cemerlang.

Kepada yang terdesak akibat kehilangan pekerjaan dan pendapatan kita doakan mereka bertabah menghadapi dugaan dihadapi.

Inshaa Allah apabila UMNO sebagai sebuah parti kembali menerajui Kerajaan Persekutuan kita perbaiki keadaan secepat mungkin.

Teruskan berdoa, Allah sentiasa memakbulkan doa-doa hambaNya. Inshaa ALLAH

#umnobersamarakyat
#perbaikiekonomi
#peluangpekerjaan
#AllahJagaKita

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2127114694093763&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad.

Seperti semua sedia maklum saban hari kita dihidangkan dengan berita yang menyenangkan hati.

Namun terima kasih kepada yang terus peka menyediakan bantuan buat golongan memerlukan.

Realitinya masih ada dalam kalangan kita sedang berjuang untuk kelangsungan hidup.

Dalam kegembiraan fasa pandemik bakal berakhir, fahami ada yang terus berduka.

Maka jangan berhenti daripada terus mengambil berat, prihatin dan peduli.

Andai masyarakat mula teralpa, pasti keadaan lebih sukar bagi yang masih ditimpa ujian hidup.

Jangan sesekali terlupa kita masih ada tanggungjawab untuk saling membantu.

#covid19
#endemik
#kitajagakita
#AllahJagaKita

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2158633177608581/
Pasti ramai gembira dengan pengumuman daripada Perdana Menteri YAB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang akan membenarkan aktiviti rentas negeri selepas negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa.

Tidak lama lagi kerana kerajaan menjangkakan kurang sebulan dari sekarang ia dapat dibenarkan. Ramai terlalu rindukan kampung halaman, mahu bertemu sanak saudara dan melancong.

Namun bukan mahu "spoiler" kegembiraan semua, cuma mahu memperingatkan dalam keseronokan kembali merentas negeri teruskan berhati-hati menjaga diri terhadap risiko jangkitan Covid-19.

Kita sama sekali tidak mahukan situasi suka boleh merentas negeri akhirnya bertukar duka. Pesanan ini kerana saya amat mengambil berat keselamatan dan kesihatan anda semua.

Pertama, kita mesti prihatin terhadap fakta bahawa virus Covid-19 masih aktif di Malaysia dengan varian baharu yang lebih mudah menjangkiti. Virus ini berada di mana-mana dan mungkin di persekitaran kita.

Kedua, mereka yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 masih berisiko dijangkiti walaupun tiada gejala atau hanya mengalami gejala kategori 1 dan 2.

Ini bermaksud individu positif Covid-19 mungkin tidak menyedari telah dijangkiti dan berpotensi menjangkiti individu lain ketika melakukan aktiviti rentas negeri sekali gus mengundang penularan.

Sebagai contoh seramai 10 daripada 8,507 pengembara yang disaring sebelum dibenarkan masuk ke Langkawi setakat 17 September lalu didapati positif Covid-19 dengan lima lagi merupakan kontak rapat.

Mujur mereka dikenal pasti kerana yang mahu ke Langkawi perlu menjalani ujian Covid-19 memandangkan ia merupakan projek rintis gelembung pelancongan domestik.

Bagaimanapun tiada kewajipan bagi mereka yang akan pulang ke kampung anda mesti menjalani ujian Covid-19 selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan.

Ketiga, masih ada dalam kalangan kita belum divaksin terutama golongan remaja dan kanak-kanak, maka mereka yang belum mempunyai perlindungan imunisasi itu sangat berisiko jika dijangkiti.

Justeru pada pandangan saya mereka yang mengalami sebarang gejala atau berasa kurang sihat wajar melakukan ujian kendiri sebelum berhasrat merentas negeri sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagus juga ujian kendiri dapat dilakukan oleh mereka yang tiada gejala. Ini untuk mengelak penularan Covid-19 dengan diri kita sebagai punca. Pasti tiada siapa mahu melihat ahli keluarga atau orang tersayang jatuh sakit.

Teruskan mengamalkan SOP termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dan sebagainya walau di mana kita berada.

Begitu juga tentang kebenaran kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang kembali dibenarkan beroperasi pada kapasiti 100%.

Majikan perlu memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat walaupun syarat ditetapkan semua pekerja mereka telah lengkap divaksin.

Pekerja yang tidak sedar telah dijangkiti boleh menjangkiti ramai rakan sekerja terutama dalam persekitaran kerja tertutup kerana jangkitan bersifat "airbone".

Apatah dalam persekitaran kerja yang sukar mengamalkan penjarakan fizikal. Selain keselamatan pekerja, keselamatan anggota keluarga mereka perlu juga dititikberatkan.

Pekerja yang tidak sedar telah dijangkiti di tempat kerja boleh menularkan jangkitan kepada ahli keluarga apabila pulang ke rumah termasuk terhadap anak-anak yang belum divaksin.

Kesimpulannya dalam kegirangan merentas negeri perlu sentiasa berwaspada dengan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya. "Prevention is better than cure".

Semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah SWT. Kita jaga kita. Allah jaga kita. InShaa Allah.

#rentasnegeri
#COVID19
#waspadacovid19
#kitajagakita
#AllahJagaKita