AHMAD ZAHID HAMIDI
3.7K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Saya berasa amat sedih dengan keadaan barisan hadapan kita di pusat perubatan di seluruh negara.

Para doktor, jururawat dan semua petugas kesihatan dikatakan dalam kelesuan serta kepenatan.

Sistem penjagaan kesihatan negara dilaporkan sedang berada dalam tekanan yang luar biasa.

Jumlah kemasukan kes Covid-19 ke Unit Rawatan Rapi di Lembah Klang sahaja telah meningkat 94%.

Ini bukan perkara main-main. Ini adalah 'disaster'. Sistem penjagaan kesihatan perlu dipertingkatkan.

Tindakan segera A.S.A.P perlu diambil sebelum terlambat. Sebelum keadaan di luar kawalan.

Fasiliti kesihatan perlu ditambah, bilangan peralatan, katil, ubat-ubatan dan sebagainya.

Jika perlu jumlah kakitangan juga ditambah. Penyertaan sukarelawan dibuka dan diperluaskan lagi.

Jangan terlalu 'kemut' dalam menjaga hak dan kepentingan rakyat. Tindakan segera ini perlu diambil walaupun kerajaan melaksanakan PKP penuh.

'Total Lockdown' akan mengambil masa sebelum keadaan pandemik dapat distabilkan.

Dalam tempoh itu jika persediaan kesihatan tidak memadai yang menjadi mangsa rakyat marhain.

Rata-rata rakyat marhain bergantung sepenuhnya kepada kemudahan kesihatan yang kerajaan sediakan.

Jangan sampai sistem penjagaan kesihatan negara juga gagal diuruskan dengan baik.

Jika itu berlaku apakah masih ada harapan untuk rakyat dan negara bebas segera daripada wabak berbahaya ini?

#BantuBarisanHadapan
#KitaJagaKita
#KitaBantuKita

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2071979729607260&id=188294724642446
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan Facebook sekalian.

Saya difahamkan ada usaha untuk memalitkan parti UMNO dengan kegagalan kerajaan PN.

Saya fikir perkara ini wajar diperjelaskan sekali lagi supaya semua lebih terang dan faham.

Benar terdapat beberapa Ahli Parlimen daripada UMNO sedang menganggotai kerajaan PN.

Namun ia tidak pernah bermaksud yang parti UMNO terlibat dalam menentukan dasar-dasar negara.

Segala ketetapan untuk negara sebaliknya dibuat sepenuhnya oleh kerajaan PN.

Ini termasuklah tentang dasar-dasar berkait pengurusan pandemik Covid-19 di negara ini.

Penentuan dasar negara malah menjadi hak mutlak kerajaan PN sejak Ordinan Darurat dilaksanakan.

Iaitu tatkala institusi Parlimen digantung atas sebab-sebab yang masih dimusykilkan.

Justeru tidak patut ada pihak cuba 'menjebak' parti UMNO dengan kegagalan kerajaan PN menangani penularan Covid-19.

Adalah tidak adil apa sahaja kegagalan kerajaan PN cuba dikaitkan dengan parti UMNO.

Gara-gara beberapa Ahli Parlimennya menerima tawaran menganggotai kerajaan PN.

Bagaimanapun itu tidaklah pula bermaksud parti UMNO tidak mempedulikan nasib rakyat.

Banyak pandangan UMNO tujukan kepada kerajaan PN melalui platform bukan Parlimen sebelum ini.

Malangnya kebanyakan pandangan dan nasihat tentang Covid-19 itu kurang diberi perhatian.

Mengapa jadi begitu saya fikir semua boleh mengandaikan sebabnya.

Apapun kita terus berdoa yang baik-baik untuk rakyat dan negara dalam berdepan ancaman Covid-19.

#COVID19
#KerajaanGagal
#kitajagakita
#kitabantukita

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2072822516189648&id=188294724642446
Golongan peniaga kecil termasuk penjaja jalanan antara wira negara dalam berdepan ancaman pandemik Covid-19.

Mereka juga adalah adalah sebahagian dari wira negara yang telah banyak berkorban bagi membantu membendung penularan wabak itu di Malaysia.

Mereka wira tidak didendang yang telah bersama-sama mengharungi perit getir dalam 'peperangan' melawan Covid-19.

Saya berpandangan begini kerana peniaga kecil antara anggota masyarakat paling terkesan akibat pelaksanaan PKP.

Namun mereka tetap akur dengan ketetapan kerajaan ke atas mereka demi membantu melandaikan lekuk Covid-19.

Mereka akur apabila diminta menghentikan sementara perniagaan walau itu bermaksud mereka hilang pendapatan.

Mereka akur apabila diminta mengehadkan tempoh berniaga walau ia bermaksud pendapatan isi rumah berkurangan.

Secara harfiah sebahagian besar peniaga kecil mengalami kerugian demi kerugian sejak pelaksanaan PKP 1.0.

Kita tahu sebilangan mereka telah pun 'tumpas' dalam 'perjuangan' itu, manakala selebihnya terus bertahan dan bertahan.

Terkini kemerosotan jualan akibat PKP 3.0 tidak dapat dielakkan. Mereka telan walau pahit demi kemaslahatan yang lebih besar.

Saya percaya golongan ini sanggup berkorban pada waktu pandemik dengan harapan cahaya terbit segera dihujung terowong.

Bagaimanapun saya berharap kerajaan akan terus berikhtiar untuk mengurangkan impak PKP 3.0 ke atas wira-wira kita ini dengan bantuan intensif yang dapat kepada mereka.

Ia termasuk pelan tindakan bagi menyelamatkan perniagaan kecil dan pemberian bantuan secara terus kepada mereka.

Kerajaan wajar juga mempertimbangkan permintaan mereka yang tidak seberapa ini.

Waktu operasi bermula pukul 8 pagi diteliti semula memandangkan ramai peniaga ada yang mula berniaga lebih awal dari itu.

Semoga dengan penetapan had waktu operasi yang lebih signifikan dapat mengurangkan impak PKP 3.0 terhadap mereka.

#KitaJagaKita
#KitaBantuKita
#PeniagaKecilWiraNegara

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2075745312564035&id=188294724642446
Rakyat Malaysia yang dikasihi. Kita berdepan dengan pelaksanaan 'total lockdown' selama 14 hari bermula 1 Jun 2021.

Ini antara ikhtiar kita untuk melandaikan lekuk kes jangkitan Covid-19 yang telah pun mencecah pada paras melampau.

Paras melampau yang memang kita khuatiri boleh berlaku disebalik PKP suam-suam kuku dan alasan Ordinan Darurat.

Namun apakan daya musibah sudah terjadi. Tiada peluang 'U-Turn' dalam hal ini. Ini pertempuran yang tidak kita rela, namun terpaksa diharungi.

Rakyat Malaysia yang dihormati. Negara tidak punya banyak pilihan. Jika gagal kali ini berkemungkinan akan gagal untuk tempoh yang lebih lama.

Jika dulu kita berdepan 'total lockdown' pada kadar ratusan jangkitan sehari, kini pada kadar jangkitan lebih 8,000 sehari.

Maka perjuangan 'total lockdown' kali ini pasti jauh lebih mencabar. Walau apa rintangan kita perlu berusaha menang.

Rakyat Malaysia yang disanjungi. Tempoh 14 hari bukanlah singkat. Bagi sebahagian kita menempuhinya bukan suatu cabaran yang besar.

Namun bagi yang lain ia masih merupakan satu dugaan yang amat memeritkan. Masing-masing ada kekangan tersendiri.

Justeru mari kita bersama menjaga kita. Saling membantu dan mengambil berat. Prihatin kepada masyarakat sekeliling yang memerlukan.

Saya mendoakan seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama tabah serta cekal mengharungi 'total lockdown' sehingga 14 Jun 2021.

Kita memohon ke hadrat Tuhan agar usaha ini berbaloi dan menemui titik noktah pada pengakhirannya.

Moga kadar jangkitan Covid-19 di tanah air tercinta dapat segera diturunkan.

#COVID19
#TotalLockdown
#kitabantukita
#kitajagakita
#kitajagakitaAllahjagakita

https://fb.watch/5NVgPben0K/
Sedih dan simpati membaca kisah kematian pasangan suami isteri di Pasir Gudang, Johor ini.

Suratan takdir kedua-dua warga emas itu ditemui mati di ruang tamu kediaman mereka.

Kedua-duanya dipercayai telah meninggal dunia 48 jam sebelum mayat ditemui.

Mayat si isteri disahkan positif Covid-19, manakala suami disahkan mengidap sakit kronik.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang soleh.

Iktibar yang harus direnungi betapa penting untuk kita terus menjaga sesama kita dalam keadaan Covid-19.

Betapa penting untuk terus mengambil peduli tentang keadaan anggota masyarakat sekeliling.

Walau dalam keadaan pandemik yang membimbangkan untuk menjenguk rakan dan jiran.

Konsep kita membantu sesama kita perlu terus ditekankan atas semangat kebersamaan.

Gunakan sehabis baik medium komunikasi sedia ada untuk saling bertanya khabar kepada ahli keluarga dan sahabat handai.

Kepada rakan-rakan di media sosial sekalian, hubungilah ibu bapa dan ahli keluarga masing-masing seberapa kerap yang mungkin.

Semoga Allah menempatkan Allahyarham Pak Bakar dan Allahyarhamah Mak Besah dikalangan hambanya yang beriman, beramal soleh dan bersama para-para syuhada. AlFatihah.

#kitajagakita
#kitabantukita
#alfatihah
#semogarohdicucurirahmat

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2085656978239535&id=188294724642446
Gambar ini dikirim oleh seorang rakan Facebook. Dia kata ini gambar ruang tamu rumahnya.

Ruang tamunya sentiasa dipenuhi pelbagai jenis belon. Jenis yang besar, yang kecil semua ada.

Belon ini dibeli untuk anaknya. Seorang kanak-kanak autisme yang tersangat obses pada belon.

Jika tidak dibeli tantrum berpanjangan. Jika tidak letak depan TV anak istimewa itu tidak puas hati.

Dia bersyukur masih ada kedai menjual belon di kawasannya pada waktu 'total lockdown'.

Kalau tidak pening juga anak merengek mahukan belon sehingga tidak boleh tidur malam.

Rata-rata kanak-kanak autisme memang akan obses kepada sesuatu. Saya dimaklumkan begitu.

Saya mendoakan para ibu bapa anak-anak istimewa diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah S.W.T.

Ganjaran diatas pengorbanan menjaga dengan penuh kasih sayang tanpa mengenal penat lelah.

Apa pun begitulah situasi dalam sesebuah keluarga. Keperluan masing-masing berbeza-beza.

Saya percaya para anggota keselamatan kita juga memahami keadaan ini.

Budi bicara mereka dalam soal begini pasti amat tinggi semasa bertugas di sekatan jalan raya.

Mungkin ada terpaksa merentas untuk mendapatkan sesuatu yang tidak penting bagi kebanyakan orang.

Namun tersangat penting bagi mereka. Cuma tidak boleh didapati dalam kawasan tempat tinggal mereka.

Tetapi ingat jangan pula cuba mengambil kesempatan untuk merentas bagi tujuan tidak penting.

Tanggungjawab kita memastikan penularan wabak covid19 ini dapat dihentikan dengan kadar segera.

Usahakan dengan cara dan kaedah pembelian barang atas talian online.

Sentiasalah berlaku jujur kepada diri, pasukan keselamatan dan juga anggota masyarakat.

#staysafe
#kitajagakita
#kitabantukita
#autisme
#anakistimewa
Netizen Malaysia lancar kempen Bendera Putih'. Rakyat terputus bekalan makanan diseru kibar bendera putih di rumah atau di akaun media sosial.

Dengan itu anggota masyarakat dapat tahu siapa dalam keadaan terdesak dan dihulur bantuan.

Netizen Malaysia memang hebat. Kreativiti mereka tiada tolok bandingan.

Namun ada perbezaan pendapat mengenai kewajarannya.

Sebilangan menyokong. Sebilangan menganggap ia mengaibkan sesebuah keluarga.

Bagi saya ia lebih kepada manifestasi kekecewaan rakyat kerana mendapati ramai hidup dalam kesulitan.

Bagaimanapun terserah kepada penerimaan masing-masing tentang
Bendera Putih'.

Mungkin pada mereka itu kaedah paling berkesan untuk dapat bantuan segera.

Mahu menunggu i-Citra dan moratorium automatik lambat lagi.

Doa antara kita dengan Allah dan doa perlu seiring dengan usaha. Bendera Putih mungkin antara usaha.

Tetapi saya percaya anggota masyarakat perlu terus peka dengan persekitaran mereka.

Mungkin ada berasa segan untuk menyatakan mereka dan keluarga mereka dalam kesusahan.

Saya difahamkan banyak persatuan penduduk dan pengurusan surau di sesebuah kawasan mewujudkan grup Whatsapp untuk penduduk dan kariah.

Sampaikan pesanan kepada semua siapa memerlukan bantuan sila "private massage".

Supaya persatuan penduduk dan pengurusan surau dapat ikhtiarkan sesuatu untuk membantu.

Terutama bagi mereka yang sebelum ini tiada dalam senarai asnaf persatuan penduduk dan pengurusan surau.

#BantuMembantu
#PutusMakanan
#Kitabantukita
#BenderaPutih

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2102577036547529/


Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Nampak gaya masih berterusan hal 'Bendera Putih'. Masih diperbahas. Bagi saya mudah sahaja.

Jangan "sceptical" kepada 'Bendera Putih'. Rakyat tidak pernah melihat ia sebagai suatu tindakan politik.

Yang rakyat tahu ada individu atau keluarga sedang dalam kesusahan perlukan pertolongan.

Jika mahu kepastian lebih mendalam cuba tanya penghuni rumah gantung 'Bendera Putih'.

Mereka gantung 'Bendera Putih' sebab politik atau terdesak perlu bantuan?

Saya fikir tiada siapa dengan mudah sanggup kibar 'Bendera Putih' depan rumah.

Mereka ini sanggup mengenepikan perasaan malu demi keperluan diri dan keluarga.

Maka wajar semua pihak 'husnuzon' dengan 'Bendera Putih'. Jangan "overthinking" yang bukan-bukan.

Lagipun secara tersirat ia satu pendekatan psikologi mengenai
kebertanggungjawaban.

Lihat sahaja sejurus 'Bendera Putih' dikibar laju bantuan tiba tanpa perlu memohon ke sana ke sini.

#benderaputih
#husnuzon
#KitaBantuKita
#AllahJagaKita

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2104249093046990&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi