AHMAD ZAHID HAMIDI
3.7K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Gambar ini dikirim oleh seorang rakan Facebook. Dia kata ini gambar ruang tamu rumahnya.

Ruang tamunya sentiasa dipenuhi pelbagai jenis belon. Jenis yang besar, yang kecil semua ada.

Belon ini dibeli untuk anaknya. Seorang kanak-kanak autisme yang tersangat obses pada belon.

Jika tidak dibeli tantrum berpanjangan. Jika tidak letak depan TV anak istimewa itu tidak puas hati.

Dia bersyukur masih ada kedai menjual belon di kawasannya pada waktu 'total lockdown'.

Kalau tidak pening juga anak merengek mahukan belon sehingga tidak boleh tidur malam.

Rata-rata kanak-kanak autisme memang akan obses kepada sesuatu. Saya dimaklumkan begitu.

Saya mendoakan para ibu bapa anak-anak istimewa diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah S.W.T.

Ganjaran diatas pengorbanan menjaga dengan penuh kasih sayang tanpa mengenal penat lelah.

Apa pun begitulah situasi dalam sesebuah keluarga. Keperluan masing-masing berbeza-beza.

Saya percaya para anggota keselamatan kita juga memahami keadaan ini.

Budi bicara mereka dalam soal begini pasti amat tinggi semasa bertugas di sekatan jalan raya.

Mungkin ada terpaksa merentas untuk mendapatkan sesuatu yang tidak penting bagi kebanyakan orang.

Namun tersangat penting bagi mereka. Cuma tidak boleh didapati dalam kawasan tempat tinggal mereka.

Tetapi ingat jangan pula cuba mengambil kesempatan untuk merentas bagi tujuan tidak penting.

Tanggungjawab kita memastikan penularan wabak covid19 ini dapat dihentikan dengan kadar segera.

Usahakan dengan cara dan kaedah pembelian barang atas talian online.

Sentiasalah berlaku jujur kepada diri, pasukan keselamatan dan juga anggota masyarakat.

#staysafe
#kitajagakita
#kitabantukita
#autisme
#anakistimewa