AHMAD ZAHID HAMIDI
3.7K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Bersama2 kita ambil peluang dan kesempatan sempena waktu mustajab doa ini memohon kepada Allah, semoga dikabulkan...

DOA ARAFAH


1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan kalimah أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلَــــهَ إِلَّا اللهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهِ
sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.

Kurniakanlah juga padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Allah, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, pasanganku, ibu bapaku,anak2ku, keluargaku, kerabatku, jiran tetanggaku, sahabat handaiku, guru2ku, anak-anak didikku dan semua orang Islam bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Ya Allah, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Ya Allah, jangan Engkau biarkan aku sendirian. Berkati aku dan pasanganku serta anak-anakku yang sentiasa menjadi penyejuk mataku.

18. Ya Allah,jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Ya Allah, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Allah, selamatkan aku dari sifat munafik

27 Ya Allah, izinkan aku dan pasanganku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi aku dari syaitan, jin dan iblis. Lindungi aku dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapaku, kerana mereka menjagaku ketika aku masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
32. Ya Allah Lindungilah Kami keluarga kami negara kami dan sekalian negara umat Islam dari sebarang Wabak Penyakit Berbahaya, wabak kebodohan dan kejahilan serta wabak kelaparan dan ketakutan.

33. Ya Allah Tambahkan Rasa Kasih kami Kepada Rasulullah sollallahualaihiwasallam dan ahli keluarga baginda serta para ulama pewaris perjuangan baginda.
Syukur Alhamdulillah, esok seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha.

Walaupun dalam keadaan pandemik yang mencecah lima angka di negara ini.

Bersama kita berdoa dan bermunajat dengan bersungguh-sungguh supaya semuanya kembali pulih seperti biasa.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

“Dan Rabbmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina“.
( Surah Ghafir ayat 60)

Aidiladha walau masih terpaksa disambut dalam keadaan norma baharu, paling penting semangat dan mesej disebalik sambutan itu.

Ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah S.W.T

Serta kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Yang Maha Esa.

Apa yang diperintahkan itu namun semata-mata ujian ketaqwaan melaksanakan amanat dan suruhan Allah S.W.T.

Nabi Ismail yang diperintahkan untuk dikorbankan akhirnya telah digantikan dengan seekor kibas oleh Allah S.W.T.

Betapa besar kekuasaan dan iradat Allah S.W.T. “Kun Fayakun” (“Jadilah, maka jadilah…”)

Maka sebagai umat Islam kita perlu mengambil semangat dan mesej serta pengajaran disebalik kisah itu.

Kita perlu beriman dan meletakkan keyakinan penuh kepada Allah S.W.T dalam setiap perkara yang ditempuhi hidup ini.

Dalam urusan peribadi, pekerjaan, perniagaan, rumah tangga, perhubungan sesama manusia dan segala-galanya.

InsyaAllah dengan ketaqwaan yang tinggi, Allah S.W.T akan memberi ganjaran di kemudian hari walau betapa berat ujian menimpa.

Bagaimanapun haruslah selepas melakukan segala usaha dan daya upaya dalam berdepan ujian itu.

Kita tidak dapat melaksanakan apa yang lazim kita laksanakan dalam menyambut Hari Raya Aidiladha.

Tetapi bersabarlah dan meletakkan kepercayaan bahawa keadaan ini akan dapat dipulihkan dengan izinNya.

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Maksudnya: ''Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya untuk pencipta sekalian alam.''
(Surah Al-An'am :162)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2115961095209123&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ،
لَااِلٰهَ اِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ

Ibadah korban setiap kali tiba 10 Zulhijah antara cara umat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

Seikhlas hati sanggup berkorban membelanjakan harta untuk tujuan ibadah.

Sebagai tanda syukur di atas segala nikmat dan menjadi ukuran ketakwaan kepada Yang Maha Esa.

"Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) daripada orang yang bertakwa."

[Surah al-Maidah, ayat 27]

Bagaimanapun ibadah korban perlu dengan niat semata-mata untuk mendapat keredaan Allah S.W.T.

Keredaan itu yang mendatangkan perasaan kasih sayang, kebersamaan dan perkongsian.

Serta mengembirakan mereka yang menerima manfaat daging daripada ibadah korban.

Ingatlah pada hari akhirat haiwan yang dikorbankan akan menjadi saksi amalan ketaatan itu.

Menghayati semangat ibadah korban dalam kehidupan seharian membawa erti yang meluas.

Berkorban masa dan tenaga bekerja mencari rezeki untuk diri dan keluarga juga dianggap ibadah.

Anak-anak belajar bersungguh-sungguh demi masa depan juga dianggap sebagai satu pengorbanan.

Menegakkan dan mempertahankan kebenaran dianggap sebagai sebuah pengorbanan nan murni.

Pada penghujungnya segala pengorbanan ini membawa kepada maksud ketakwaan.

Justeru, ingatlah setiap apa yang kita lakukan ada konsep pengorbanan selagi ia dilaksanakan dengan hati yang suci.

Firman Allah S.W.T:

"Katakanlah sesungguhnya solatku, sembelihanku (korbanku), hidupku, dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam, tiada sekutu baginya dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama menyerahkan diri (kepada Allah)"

[Sural al-An'am, ayat 162-163]

https://fb.watch/6R-0joBijD/
Menterjemahkan erti sebuah pengorbanan itu, dengan pelbagai pengertian.

Pengorbanan para barisan hadapan negara amat dihargai dan disanjungi.

Bagi mereka tetap berkhidmat pada sambutan Hari Raya Aidiladha demi bakti kepada pertiwi.

Para "frontliners" kesihatan, keselamatan, pengangkutan, penghantaran dan ramai lagi.

Petugas pasar raya, restoran makanan segera dan lain-lain juga "frontliners" kita.

Mereka mengambil risiko dengan kes jangkitan Covid-19 yang sangat tinggi demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Cekal menjalankan tanggungjawab pada Aidiladha bagi memastikan keperluan rakyat dipenuhi.

Maka demikian semangat sambutan Hari Raya Aidiladha berkait dengan mereka jua.

Iaitu sebuah pengorbanan demi kebaikan dan ketakwaaan kepada Yang Maha Esa.

Syabas dan terima kasih rakyat Malaysia ucapkan kepada anda semua.

“Katakanlah wahai Muhammad: Beramallah kamu (akan segala yang di perintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”

[Surah at-Taubah ayat 105]

Begitu juga barisan hadapan bukan muslim pengorbanan anda sentiasa diingati.

Tetapkan semangat dan jangan sesekali mengalah dengan ujian dan cabaran sedang dihadapi.

Lumrah kehidupan manusia berdepan pelbagai dugaan namun pada akhirnya mendewasakan.

"Sacrifice is a part of life. It's supposed to be. It's not something to regret. It's something to aspire to"

#frontliners
#korban
#KEIKHLASAN
#tanggungjawab
#aidiladha
#COVID19

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2117069821764917&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sahabat saya Allahyarham Dato' Hisham Majid telah pergi buat selamanya...

Al Fatihah.
Beberapa sahabat bertanya bagaimana saya menghadapi cabaran dalam menakhodai UMNO.

Perlu mengemudi sebuah parti politik yang tewas selepas berpuluh tahun menjadi teras pemerintahan negara.

Musuh tahu UMNO mampu bangkit dan apabila kebangkitan itu berlaku pasti parti politik ini bertambah kuat.

Maka mereka berusaha memastikan parti keramat agama, bangsa dan negara ini lenyap dari persada politik tanah air.

Begitu juga musuh yang cuba mengambil kesempatan mengawal UMNO untuk manfaat politik kerana menyedari keramatnya.

Jawapan saya adalah lillahitaala (kerana Allah S.W.T). Sebagai mukmin sesuatu perkara dilakukan kerana Allah S.W.T.

Jika setiap perkara kita lakukan dengan niat ikhlas mencari keredaan ilahi, tekanan tidak sesekali melemahkan.

Jawapan saya yang seterusnya adalah kerana kebenaran. Kebenaran wajib dipertahankan dan diperjuangkan.

Jika kita tahu kita berada di landasan kebenaran, pasti tiada gundah kerana ia suatu perjuangan yang berbaloi.

Jawapan yang ketiga adalah kerana rakyat dan negara. UMNO perlu dipertahankan kerana benteng terakhir rakyat dan negara.

Perlu terus membawa suara dan aspirasi rakyat walaupun bukan lagi di puncak kuasa kerana itulah resam UMNO.

Meyakini hakikat UMNO sebuah perjuangan yang murni menjadikan jiwa tenang walau apa dugaan mendatang.

Dan hati yang kuat mampu diperoleh dengan sujud kepada Allah S.W.T kerana hanya Dia tempat mohon pertolongan.

Semoga Allah S.W.T memberkati kebangkitan UMNO dan memperkasakan hati serta semangat para perajuritnya.

#UMNOdulukiniselamanya.
#UMNObersamarakyat
#Perjuanganyangmurni
#untukagamabangsanegara

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2118138004991432&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Syukur alhamdulillah sudah masuk hari ketiga kita menyambut Hari Raya Aidiladha.

Semoga semua dalam lindungan Yang Maha Esa dan dijauhi daripada wabak Covid-19.

Hari ini saya mahu jawab sedikit propaganda yang kerap ditujukan kepada saya dan UMNO.

Konon hanya mengkritik tetapi gagal beri pandangan yang dapat membantu sejak PKP 2.0 bermula.

Tidak benar pimpinan UMNO hanya tahu kritik, namun tidak beri cadangan untuk membendung Covid-19.

Biar saya beri pencerahan betapa kita konsisten memberi cadangan kepada kerajaan PN.

Pandangan bagaimana menangani penularan Covid-19, namun pada sama dapat menjaga rakyat.

- PKP 2.0 dikuatkuasa bermula 13 Januari 2021 selepas jangkitan harian cecah 3,027 kes.

- Namun sangat longgar pasti gagal kurangkan kes maka kita cadang "total lockdown" dilaksanakan.

- Kita minta "total lockdown", tetapi bantuan mesti diberi kepada rakyat untuk bertahan.

- Antaranya bantuan tunai, moratorium pinjaman dan pengeluaran wang akaun KWSP kali kedua.

- Kesemua cadangan itu tidak dilayan dengan begitu banyak alasan dan teori.

- Dalam masa sama pimpinan UMNO berpendapat program vaksinasi perlu dipercepatkan.

- Kerajaan PN akhirnya umum "total lockdown" mulai 1 Jun 2021 kerana jangkitan telah cecah 8,000 kes sehari.

- Bagaimanapun "total lockdown" bukanlah "total lockdown" dalam erti kata yang sebenar.

- Bersifat separuh masak dan masih gagal untuk mengurangkan kes jangkitan.

- Namun rakyat menderita kerana kurang dibantu apabila sebahagian sektor ekonomi ditutup.

- Maka kita terus mencadangkan pelaksanaan "total lockdown" yang sebenar.

- Kita minta lebih banyak bantuan untuk rakyat dan suntikan vaksin dipercepatkan.

- Kerajaan PN pada 28 Jun 2021 akhirnya umum moratorium pinjaman dan skim i-Citra.

- Bagaimanapun "total lockdown" tetap tidak dilaksanakan.

- Pada 17 Julai 2021 kerajaan PN umum mahu beri kelonggaran kepada yang telah terima dua dos suntikan.

- Sedangkan kes jangkitan harian telah cecah lima angka atau sekitar 12,000 kes sehari.

- Saya minta kelonggaran diteliti kerana KKM kata mereka ini masih boleh dijangkiti dan menjangkiti.

- Jika jujur mahu rakyat segera diberi kelonggaran maka imunisasi kelompok perlu dipercepatkan.

Justeru tidak timbul isu pimpinan UMNO hanya tahu kritik, tetapi tidak beri cadangan.

Isu yang sebenar adalah tentang kisah sesebuah kegagalan dalam menguruskan pandemik.

#covid19
#demirakyat
#DemiNegara
#umnobersamarakyat

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2117878065017426&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Selamat berjuang buat Kontinjen Malaysia dalam memburu kilauan emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020

Kepadamu kami bersandar harapan dalam mengharumkan nama negara di persada dunia

Semangat kami 32 juta rakyat Malaysia tidak akan luntur dan sentiasa mengiringi perjuangan wira negara

Sekalung tahniah diucapkan kepada YB Datuk Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan atas usaha serta komitmen kementerian dalam memastikan yang terbaik buat kontinjen negara

Selamat Berjuang!

#DemiMalaysia

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2118010021670897/

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Tahap kemuncak penularan Covid-19 diramal berlaku pada pertengahan September dengan 24,000 kes sehari.

Ini bukan saya kata. Ini seperti dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pada 16 Julai 2021.

Tetapi keesokannya (17 Julai 2021) Menteri Pendidikan umum sekolah akan dibuka secara berperingkat mulai 1 September 2021.

Kecuali jika ada keperluan untuk membuat perubahan.

Ini menimbulkan persoalan cara kerajaan PN berfungsi seolah-olah kurang komunikasi dan tiada sinergi antara kementerian.

Sepatutnya Menteri Pendidikan umum PdPR akan diteruskan bermula 1 September berdasarkan ramalan KKM kecuali jika ramalan itu tersasar.

Guru dan kakitangan sudahkah mendapat vaksin penuh.

Murid sekolah masih belum divaksin dan perkara itu juga masih menimbulkan polemik sehingga hari ini.

Sebab itu rakyat terus keliru dengan pentadbiran kerajaan hari ini.

Apabila disuarakan di media sosial penyokong mereka tuduh kita hanya tahu buat bising dan merungut.

Sedangkan ahli-ahli Parlimen yang telah mendapatkan vaksin penuh pun, Parlimen masih belum dibuka.

Sebagaimana memperhalusi begitu mendalam berkaitan keselamatan, kesihatan dan lain-lain kepada ahli Parlimen untuk bertugas, begitu jugalah harus difikirkan kepada nasib rakyat dan negara.

Sebab itu sidang Parlimen sangat penting diadakan sekarang supaya isu seperti ini dapat diperhalusi secara rasmi.

Tetapi dalam erti kata sidang Parlimen yang sebenarnya. Bukan sidang Parlimen suam-suam kuku atau separuh masak.

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga Bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah Bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya".
Surah Ali `Imran Ayat 159

"Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara Bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya",
Ash-Shuraa Ayat 38

#COVID19
#Guru
#pelajar
#sekolah
#parlimenmalaysia
#umnobersamarakyat

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2118644851607414/

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi