AHMAD ZAHID HAMIDI
3.65K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Saya tahu suara-suara mendakwa kononnya Presiden UMNO melakukan kesilapan kerana terlalu mengikut kehendak akar umbi.

Suara-suara mendakwa pandangan lebih 3.3 juta akar umbi parti jangan galak dituruti kerana mereka kurang arif apa yang terbaik untuk UMNO.

Suara dari luar parti itu berfikiran kerana terlalu mengikut kemahuan akar umbi maka UMNO terpaksa berdepan pelbagai cabaran.

Tidak. UMNO tidak begitu. UMNO tidak sesekali akan mengabaikan akar umbinya. Akar umbi UMNO yang membentuk parti keramat ini.

Akar umbi 'stakeholder' utama UMNO. Pimpinan UMNO wajib menjaga kepentingan jutaan ahlinya di seluruh negara.

Ini juga bermaksud menterjemahkan apa yang dipersetujui terbaik oleh para akar umbi UMNO untuk parti ini.

Presiden UMNO sedar jika peperangan dikatakan dimenangkan oleh para prajurit, maka akar umbi UMNO adalah para prajurit parti ini.

Seramai 3,359,368 prajurit UMNO di 191 bahagian dan 21,883 cawangan di seluruh negara akan terus dihormati dan dilindungi kepentingan mereka oleh pucuk pimpinan parti.

#AkarUmbi
#PenentuMasaDepan
#UMNODuluKiniSelamanya

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2047147365423830/
Saya pertahankan UMNO bukan atas kepentingan diri.

Jika untuk kepentingan diri pasti keadaannya berbeza selepas PRU14.

Kerana itu saya akan terus pertahankan UMNO.

Tidak pernah jemu dan tidak akan sesekali berpaling.

Genggam bara api biar sampai jadi arang.

Dulu saya pertahankan demi masa depan UMNO tetap terbilang.

Hari ini saya pertahankan demi jati diri UMNO terus gemilang.

Bukan tugas yang mudah, namun inilah kewajipan.

Saya percaya pengorbanan ini bukan sia-sia.

Untuk parti keramat agama, bangsa, negara.

Tiada masa untuk menoleh. Terus maju ke depan.

Matlamat yang jujur dan ikhlas pasti diberkati Tuhan.

UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia.

#UMNO
#UMNOBangkit
#Umnoterusmara
#UMNOSebuahPerjuangan
#umnosebuahpengorbanan
#UmnoDuluKiniSelamanya

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Beberapa sahabat bertanya bagaimana saya menghadapi cabaran dalam menakhodai UMNO.

Perlu mengemudi sebuah parti politik yang tewas selepas berpuluh tahun menjadi teras pemerintahan negara.

Musuh tahu UMNO mampu bangkit dan apabila kebangkitan itu berlaku pasti parti politik ini bertambah kuat.

Maka mereka berusaha memastikan parti keramat agama, bangsa dan negara ini lenyap dari persada politik tanah air.

Begitu juga musuh yang cuba mengambil kesempatan mengawal UMNO untuk manfaat politik kerana menyedari keramatnya.

Jawapan saya adalah lillahitaala (kerana Allah S.W.T). Sebagai mukmin sesuatu perkara dilakukan kerana Allah S.W.T.

Jika setiap perkara kita lakukan dengan niat ikhlas mencari keredaan ilahi, tekanan tidak sesekali melemahkan.

Jawapan saya yang seterusnya adalah kerana kebenaran. Kebenaran wajib dipertahankan dan diperjuangkan.

Jika kita tahu kita berada di landasan kebenaran, pasti tiada gundah kerana ia suatu perjuangan yang berbaloi.

Jawapan yang ketiga adalah kerana rakyat dan negara. UMNO perlu dipertahankan kerana benteng terakhir rakyat dan negara.

Perlu terus membawa suara dan aspirasi rakyat walaupun bukan lagi di puncak kuasa kerana itulah resam UMNO.

Meyakini hakikat UMNO sebuah perjuangan yang murni menjadikan jiwa tenang walau apa dugaan mendatang.

Dan hati yang kuat mampu diperoleh dengan sujud kepada Allah S.W.T kerana hanya Dia tempat mohon pertolongan.

Semoga Allah S.W.T memberkati kebangkitan UMNO dan memperkasakan hati serta semangat para perajuritnya.

#UMNOdulukiniselamanya.
#UMNObersamarakyat
#Perjuanganyangmurni
#untukagamabangsanegara

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2118138004991432&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Syukur Alhamdulillah..

Tahniah YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dan setinggi-tinggi Penghargaan Menjunjung Kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan seluruh Raja-Raja Melayu.

#DaulatTuanku
#UmnoDuluKiniSelamanya
#umnobersamarakyat
Allhamdulillah apa yang harus dilakukan telah pun dilakukan.

Kita berharap rakyat segera terselamat daripada ancaman pandemik dan negara dapat dipulihkan segera InShaa Allah.

Dan itu sahaja niat serta hasrat tiada yang selainnya apatah lagi rakus merebut kuasa.

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

"Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu"

Sebagai Presiden UMNO kini keutamaan saya adalah masa depan parti keramat agama, bangsa dan negara.

Saya tahu wujud kerisauan dalam kalangan ahli UMNO terhadap perkembangan politik semasa.

Bagaimanapun yakinlah UMNO tetap UMNO. Kepada seluruh ahli UMNO ini jaminan saya.

Presiden UMNO tidak akan sesekali membelakangi aspirasi parti dan akar umbi.

Presiden UMNO akan tetap bersama mempertahankan jati diri UMNO parti milik rakyat.

Sama seperti yang saya lakukan sejak mengambil alih pucuk pimpinan parti selepas detik hitam 9 Mei 2018.

Tumpuan kita kini untuk mempersiapkan dan memperkasakan UMNO berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Itulah jua wadah sebenar perjuangan parti UMNO dalam konteks Malaysia sebuah negara demokrasi.

Jangan gusar dan jangan bimbang. UMNO akan selamanya UMNO. Kepada Allah S.W.T kita memanjatkan doa.

#umnobersamarakyat
#umnotetapumno
#partimilikrakyat
#UmnoDuluKiniSelamanya


https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2140688566069709/
Keputusan UMNO tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang telah dimuktamadkan.

Ia bukan sekadar sebuah ketetapan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT), tetapi lahir daripada suara di peringkat akar umbi pada Perhimpunan Agung UMNO 2020.

UMNO juga mengambil pendirian menolak pembentukan gabungan politik Perikatan Nasional (PN) dalam PRU-15 dan berdiri teguh memperkasa Barisan Nasional (BN).

Kesimpulannya kesemua ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 itu adalah berfokuskan kepada PRU-15 yang akan diadakan sejurus pandemik Covid-19 dapat ditangani.

PRU-15 sangat penting bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat demi mewujudkan kestabilan politik yang kukuh di negara ini.

Berhubung pembentukan kerajaan Keluarga Malaysia sejurus kerajaan PN tumbang Ogos lalu adalah bagi memastikan kelangsungan pentadbiran kerajaan.

Kelangsungan pentadbiran sebuah kerajaan yang cuma bersifat sementara sebelum Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Kerajaan sementara ini ditubuhkan dengan pertimbangan suasana politik yang masih tidak stabil sedangkan rakyat diancam pandemik COVID-19.

UMNO perlu mengutamakan rakyat pada setiap masa sama ada dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Begitu juga menjunjung kasih titah Raja-Raja Pemerintah.

InsyaAllah kita yakin UMNO dengan strategi dan gerak kerja yang telah dan sedang diatur akan mengembalikan kerajaan BN sebagai tonggak pentadbiran negara pada PRU-15.

Kepada Allah S.W.T kita berserah demi sebuah perjuangan untuk kepentingan rakyat dan negara.

#UMNO
#UmnoDuluKiniSelamanya
#UMNOBersamaRakyat
#PRU15NoPPBM

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/397664958397425/?d=n
Kewujudan terlalu banyak parti politik akan menyebabkan rakyat muak dengan kepelbagaian ideologi, perbezaan pendapat yang akan membawa ekonomi negara terus dalam fasa ketidaktentuan.

Landskap politik negara seharusnya terus maju ke hadapan dengan mengelakkan penambahan parti politik dan mengurangkan perbezaan ideologi serta pendapat,

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, seseorang itu bebas untuk menubuhkan sebarang persatuan, pertubuhan mahupun parti politik. Tapi kita harus lihat jika negara kita mempunyai terlalu banyak parti politik, akan menimbulkan kepelbagaian dan tidak ada satu parti dominan yang menulang belakangi sistem demokrasi bagi membentuk kerajaan.

Kami, tiada UMNO baru tiada UMNO lama. Kami ambil perkiraan, semua peringkat umur termasuk veteran. Jika ada perbezaan pendapat, ini sering diraikan setiap kepimpinan. Saya tidak fikir perlunya semangat untuk hidupkan sesuatu parti yang telah diharamkan pada 1988.

Semangat itu perlu disuntik dalam UMNO yang sekarang. Mari kita berpadu supaya kita dapat bergerak dalam landasan yang sama. Bukan UMNO, Barisan Nasional sahaja harus diperkukuhkan tapi tiba masanya kita hentikan perbezaan ideologi politik demi negara tercinta.


#UMNO
#UmnoDuluKiniSelamanya
Peranan institusi Presiden UMNO amat besar dalam memimpin dan menjaga perjalanan parti.

Presiden UMNO perlu memastikan asas penubuhan parti demi agama, bangsa dan negara terus dipertahankan.

Presiden UMNO perlu memastikan parti ini yang pernah tewas angkara fitnah kekal relevan dan kembali diyakini.

Presiden UMNO perlu memastikan parti ini terus berpihak kepada rakyat di setiap masa dan tempat.

Sebagai Presiden UMNO perlu juga menentukan UMNO kekal menjadi milik lebih 3.3 juta ahlinya.

Menjadi Presiden UMNO perlu teguh dan berani menghadapi segala rintangan dan cabaran.

Selaku Presiden UMNO perlu terus berpegang kepada kebenaran dalam keadaan apa sekali pun.

Jika Presiden UMNO terpesong daripada itu walau sekelumit cuma, maka lenyaplah jati diri UMNO.

Dengan demikian menjadi Presiden UMNO sarat dengan tanggungjawab serta pengorbanan.

Namun segala pengorbanan itu berbaloi kerana perjuangan UMNO bermakna perjuangan untuk rakyat.

Perjuangan untuk UMNO juga bermaksud perjuangan demi masa depan agama, bangsa dan negara.

Tiada kesal dan sesal walau betapa keras harga yang terpaksa dibayar demi memastikan UMNO terus utuh.

Nukilan ini tercatat tatkala mengenangkan begitu banyak kisah suka dan duka menjadi Presiden UMNO.

Semoga Allah S.W.T terus memberi kekuatan dan keazaman untuk diri mengabadikan perjuangan ini.

#institusipresiden
#umnobersamarakyat
#umnodulukiniselamanya