AHMAD ZAHID HAMIDI
3.65K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Menterjemahkan erti sebuah pengorbanan itu, dengan pelbagai pengertian.

Pengorbanan para barisan hadapan negara amat dihargai dan disanjungi.

Bagi mereka tetap berkhidmat pada sambutan Hari Raya Aidiladha demi bakti kepada pertiwi.

Para "frontliners" kesihatan, keselamatan, pengangkutan, penghantaran dan ramai lagi.

Petugas pasar raya, restoran makanan segera dan lain-lain juga "frontliners" kita.

Mereka mengambil risiko dengan kes jangkitan Covid-19 yang sangat tinggi demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

Cekal menjalankan tanggungjawab pada Aidiladha bagi memastikan keperluan rakyat dipenuhi.

Maka demikian semangat sambutan Hari Raya Aidiladha berkait dengan mereka jua.

Iaitu sebuah pengorbanan demi kebaikan dan ketakwaaan kepada Yang Maha Esa.

Syabas dan terima kasih rakyat Malaysia ucapkan kepada anda semua.

“Katakanlah wahai Muhammad: Beramallah kamu (akan segala yang di perintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”

[Surah at-Taubah ayat 105]

Begitu juga barisan hadapan bukan muslim pengorbanan anda sentiasa diingati.

Tetapkan semangat dan jangan sesekali mengalah dengan ujian dan cabaran sedang dihadapi.

Lumrah kehidupan manusia berdepan pelbagai dugaan namun pada akhirnya mendewasakan.

"Sacrifice is a part of life. It's supposed to be. It's not something to regret. It's something to aspire to"

#frontliners
#korban
#KEIKHLASAN
#tanggungjawab
#aidiladha
#COVID19

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2117069821764917&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Assalamualaikum dan salam hormat kepada rakan-rakan semua walau di mana anda berada.

Saya mendoakan semoga saudara saudari semua sentiasa dalam keadaan baik dan sejahtera hendaknya.

Saya menulis ini untuk memperjelaskan sesuatu agar rakan-rakan lebih mengerti.

Fahamilah tidak pernah terlintas di hati saya untuk bersikap riak atau takbur disebalik kerja-kerja kebajikan saya lakukan.

Bagi saya apa erti membantu sesama insan jika di fikiran mahukan kemuliaan dunia semata-mata.

Sedangkan ada nikmat serta ganjaran yang jauh lebih besar serta bermanfaat untuk dikecapi di akhirat nanti.

Bukankah 'tangan kanan memberi, tangan kiri tidak harus ketahui'.

Kerana itu saya tidak banyak menghebahkan tentang kerja-kerja kebajikan saya sebelum ini.

Sesungguhnya saya mendambakan sebuah keikhlasan yang mutlak dalam kerja-kerja kebajikan.

Kerana saya percaya membantu dengan nawaitu ikhlas tanpa mengharapkan kemuliaan dunia membuatkan amalan yang dilakukan semakin bermakna.

Bagaimanapun pertuduhan yang dikenakan terhadap saya selepas PRU-14 telah mengharuskan saya menyatakan kepada mahkamah tentang kerja-kerja kebajikan saya lakukan.

Tanpa sedikit pun bersandarkan niat mahu mengungkit, menjulang nama apatah menghebahkan kebaikan, ia semata-mata demi mendapatkan keadilan buat diri saya.

Seperti saya nyatakan di mahkamah bahawa kenyataan pendakwaan tiada satu sen pun dana Yayasan Akalbudi digunakan untuk membantu orang miskin tidak benar sama sekali.

Yayasan Akalbudi telah memberi begitu banyak sumbangan kebajikan kepada golongan miskin dan sumbangan amal jariah di dalam mahupun luar negara.

Namun hanya sebahagiannya disenaraikan adalah kerana prinsip 'tangan kanan memberi, tangan kiri tidak tahu'.

Yayasan Akalbudi adalah daripada sumber saya sendiri, pendapatan saya sendiri, elaun saya sendiri, perniagaan saya sendiri.

Saya percaya sumbangan ini yang saya lakukan dengan tujuan yang baik tidak harus dimalukan, diaibkan dan dizalimi. Saya mencari keredhaan Allah S.W.T

InsyaAllah saya akan terus tabah mengharungi perjuangan ini dengan hati penuh tawaduk dan tawakal kerana saya pasti kebenaran akan terserlah jua akhirnya.

#keikhlasan
#perjuangan
#bersihkannama


https://www.facebook.com/100044617711053/posts/528505861980000/?d=n