AHMAD ZAHID HAMIDI
3.7K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Selamat Hari Guru

“Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu”

#Guru
#ilmu
#pendidikan
Tahap kemuncak penularan Covid-19 diramal berlaku pada pertengahan September dengan 24,000 kes sehari.

Ini bukan saya kata. Ini seperti dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia pada 16 Julai 2021.

Tetapi keesokannya (17 Julai 2021) Menteri Pendidikan umum sekolah akan dibuka secara berperingkat mulai 1 September 2021.

Kecuali jika ada keperluan untuk membuat perubahan.

Ini menimbulkan persoalan cara kerajaan PN berfungsi seolah-olah kurang komunikasi dan tiada sinergi antara kementerian.

Sepatutnya Menteri Pendidikan umum PdPR akan diteruskan bermula 1 September berdasarkan ramalan KKM kecuali jika ramalan itu tersasar.

Guru dan kakitangan sudahkah mendapat vaksin penuh.

Murid sekolah masih belum divaksin dan perkara itu juga masih menimbulkan polemik sehingga hari ini.

Sebab itu rakyat terus keliru dengan pentadbiran kerajaan hari ini.

Apabila disuarakan di media sosial penyokong mereka tuduh kita hanya tahu buat bising dan merungut.

Sedangkan ahli-ahli Parlimen yang telah mendapatkan vaksin penuh pun, Parlimen masih belum dibuka.

Sebagaimana memperhalusi begitu mendalam berkaitan keselamatan, kesihatan dan lain-lain kepada ahli Parlimen untuk bertugas, begitu jugalah harus difikirkan kepada nasib rakyat dan negara.

Sebab itu sidang Parlimen sangat penting diadakan sekarang supaya isu seperti ini dapat diperhalusi secara rasmi.

Tetapi dalam erti kata sidang Parlimen yang sebenarnya. Bukan sidang Parlimen suam-suam kuku atau separuh masak.

"Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga Bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah Bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya".
Surah Ali `Imran Ayat 159

"Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna dan urusan mereka dijalankan secara Bermesyuarat sesama mereka dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya",
Ash-Shuraa Ayat 38

#COVID19
#Guru
#pelajar
#sekolah
#parlimenmalaysia
#umnobersamarakyat

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2118644851607414/

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi