AHMAD ZAHID HAMIDI
3.65K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Saya dan semua ahli parlimen sepakat untuk terus mempertahan dan memperjuangkan isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat.


#demirakyat #umnobangkit #parlimen #malaysia
Alhamdulillah saranan BN telah diterima dan I-Sinar dipermudahkan untuk kebaikan rakyat.

Tugas BN dalam memperjuangkan hak dan keperluan tidak akan terhenti dan akan diteruskan dengan desakan terhadap moratorium.

Terima kasih pada pihak berwajib dan diharapkan pelaksanaan nanti tidak menyusahkan.

Kepada Elya KWSP banyakkan senyuman selepas ini

#BN4Malaysia
#BetterNation
#DemiRakyat
Bukan hanya parti pembangkang yang boleh bercakap tentang kepentingan rakyat.

Parti politik mana sekalipun boleh bercakap tentang kepentingan rakyat.

Pemimpin politik mana sekalipun boleh bercakap tentang hak dan kepentingan rakyat.

Perkara berkait hak dan kepentingan rakyat melangkaui fahaman dan dimensi politik.

Maka tidak benar bercakap tentang kepentingan rakyat bercakap seperti pembangkang.

Adakah hanya pembangkang boleh bercakap tentang kepentingan rakyat?

Bercakap tentang kepentingan rakyat di media sosial juga bukan kesalahan.

Sebaliknya supaya rakyat tahu parti ambil peduli dan perjuangkan kepentingan mereka.

Media sosial platform tidak rasmi menyampaikan mesej kepentingan rakyat.

InsyaAllah saya akan terus bercakap tentang kepentingan rakyat di semua platform medsos.

Twitter : https://twitter.com/DrZahidHamidi
Instagram : https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/
Tiktok : http://tiktok.com/@ahmadzahidhamidi
Telegram : https://t.me/ahmadzahidhamidi

Kemudian kita sambung di platform rasmi Dewan Rakyat apabila Parlimen kembali bersidang.

#Demirakyat
#Deminegara
#Medsos
#Parlimen
#Platformtidakrasmi
Jangan terlalu ikutkan hati dan perasaan gelabah menyerang itu dan ini. Nasihat saya tenang-tenang sahaja.

Dalam hidup perlu bertenang. Jika kurang bertenang boleh "stress". Kalau "stress" terjejas kesihatan.

Maka banyakkan beristighfar. Sentiasa mengingati Allah S.W.T dan perbanyakkan selawat kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Kasihi rakyat dan negara.

Makcik Kiah dan Pak Saleh pun "bertenang" sahaja walau dapur lama kosong tidak berasap.

Meskipun dalam hati mereka tiada siapa yang tahu. Hanya Yang Maha Esa lagi Maha mengerti Maha mengetahui lagi Maha mengasihani.

Saya dan UMNO pula terlalu risaukan mereka. Sebab itu kami kerap 'menegur saling mengingatkan'.

Sesungguhnya masa itu tidak dapat kita putarkan kembali.

Jangan pula kita menjadi dalam golongan manusia yang sentiasa dalam kerugian.

Hanya mereka yang beriman dan beramal soleh, sentiasa 'Berpesan-pesan kepada kebenaran, berpesan-pesan kepada kesabaran'. Surah Al-Asr ayat 1 - 3.

Tidak mengapa memang tanggungjawab parti keramat UMNO membela nasib rakyat.

Namun suka juga saya menasihatkan cukup-cukuplah membuat pelbagai spekulasi dan khabar angin yang menambahkan lagi dosa kering.

Jangan ditambah dosa kering, dosa yang ada pun tidak terkira banyaknya, ibarat buih-buih di lautan banyaknya.

Bersamalah kita perbanyakkan bertaubat dan memohon keampunan dari Allah S.W.T yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Andaian demi andaian sebagai senjata menyerang sosok ini bukan pengubat "stress".

Hati yang tenang dan damai paling mujarab. Begitu jua saya menguruskan dalam sesuatu perkara.

InsyaAllah dalam ketenangan ada hikmah dan bijaksana. Yang pasti UMNO tetap dipertahankan.

Yang pasti UMNO terus bangkit. Yang pasti rakyat dan negara jadi keutamaan.

Walau ditekan, dihenyak, dipalu, tiada sesalan demi UMNO. Demi sebuah perjuangan. Demi rakyat dan negara.

Kepada Allah jualah kita berserah dan bertawakal.

#DemiUMNO
#DemiRakyat
#DemiNegara
#UMNOBangkit
#KepadaAllahKitaBerserah

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2106428159495750/


Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
MKT UMNO telah memutuskan apa yang difikirkan perlu dilakukan demi kepentingan rakyat dan negara malam tadi.

Beginilah keindahan UMNO parti keramat agama, bangsa dan negara. Sebuah parti demokratik berusia 75 tahun.

Segalanya diputuskan secara berperlembagaan, musyawarah dan bijaksana. Berpaksikan kemaslahatan rakyat dan negara.

Maka tidak benarlah propaganda dan persepsi yang kerap direka konon Presiden UMNO buat keputusan sendiri untuk parti.

Terbukti juga UMNO bukan sebuah parti yang boleh berkompromi apabila melibatkan kepentingan rakyat serta negara.

Terbukti juga UMNO sebuah parti yang tegas dan jitu mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Terbukti UMNO mendengar suara hati akar umbi parti dan memenuhi mandat mereka pada Perhimpunan Agung UMNO 2020.

Ternyata UMNO parti yang akan terus berpegang dan memperjuangkan prinsip demokrasi berparlimen.

UMNO akan terus bersama rakyat walau apa cabaran dan rintangan. Demi Malaysia tercinta.

#UMNO
#PartiBerprinsip
#DemiRakyat
#DemiNegara
#umnobersamarakyat

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2107393099399256&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Jumlah kes makin menghampiri 1 juta. Penggunaan katil ICU hampir mencapai kapasiti penuh.

Namun pandemik terus meningkat. Semakin ramai hilang nyawa. Tiada langsung bayang akan reda.

Betapa perit perasaan kehilangan ahli keluarga tercinta. Dalam pasrah meratap sedih dan pilu.

Apakah UMNO tidak tahu semua ini? UMNO mengerti semua ini.

Natijah ekonomi negara terus merundum. Ramai hilang mata pencarian atau pekerjaan.

Sebilangan besar rakyat hidup sengsara dalam tekanan maha dasyat tidak pernah terjangka.

Sehingga ada membunuh diri, mengangkat bendera putih mengharapkan bantuan makanan.

Apakah UMNO tidak tahu semua ini? UMNO memahami semua ini.

Adakah UMNO harus berpeluk tubuh? Memejamkan mata disebabkan kepentingan tertentu?

Tidak. UMNO wujud untuk rakyat. Maka UMNO bersuara dan terus bersuara tetapi kurang dilayan.

Malah dituduh kuat merungut, bercakap seperti pembangkang, agenda peribadi Presiden UMNO.

UMNO dituduh main politik, sedangkan mereka kekurangan "political will" menyelamatkan rakyat.

Sudah terlalu lama rakyat menderita dengan kedudukan ekonomi sangat lembab.

Bagaimanapun secara halus 'jenama' UMNO cuba dikambing hitamkan.

UMNO pula seolah-olah perlu dipertanggungjawabkan disebalik kegagalan kerajaan PN.

Bantuan diumumkan untuk rakyat walau tidak seberapa itu pun UMNO yang terpaksa mendesak.

Walau terpaksa menelan pelbagai tohmahan, kritikan dan diperlekeh.

Maka UMNO secara musyawarah mengambil keputusan yang cukup besar semalam.

Kerana UMNO tahu rakyat sudah tidak tertanggung lagi. Negara perlu dipulihkan segera.

Keadaan perlu diperbetulkan daripada yang teratas. Kapal belayar mengikut percaturan nakhoda.

Perlu dilakukan "adjustment" supaya aspirasi rakyat dapat kembali ke landasan secepat mungkin.

Justeru tidak benar sama sekali apa yang diputuskan UMNO semalam kerana dagahakan kuasa.

Jika dahagakan kuasa bukan begitu sifatnya. Lebih baik bergayut kepada kuasa sedia ada.

UMNO tidak boleh jadi `pak sanggup' menadah kegagalan kerajaan PN.

UMNO perlu mengutamakan kepentingan rakyat dan negara walaupun terpaksa menongkah arus.

#umnobersamarakyat
#DemiRakyat
#DemiNegara
#KerajaanGagal

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2108019119336654&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Kronologinya mudah sahaja untuk difahami:

Pada 16 Jun 2021 Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah menitahkan supaya Parlimen bersidang secepat mungkin.

Pada 15 Jun 2021 Perdana Menteri memaklumkan Sidang Parlimen hanya boleh diadakan pada September atau Oktober.

Pada 21 Jun 2021 UMNO mendesak supaya sidang Parlimen diadakan lebih awal. Titah secepat mungkin bermaksud segera. UMNO beri tempoh 14 hari.

Jika gagal dipenuhi maka Mesyuarat Khas MKT UMNO akan diadakan BAGI MEMUKTAMADKAN TINDAKAN SELANJUTNYA.

Pada 29 Jun 2021 Yang di-Pertuan Agong sekali lagi bertitah supaya sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

Pada 5 Julai 2021 Pejabat Perdana Menteri memaklumkan Mesyuarat Khas Parlimen hanya akan diadakan bermula 26 Julai.

Tempoh itu melebihi 14 hari ditetapkan UMNO dan dilihat masih tidak menepati titah Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu.

Pada 7 Julai 2021 Mesyuarat Khas MKT UMNO diadakan untuk menetapkan tindakan selanjutnya dan tindakan selanjutnya diambil berdasarkan tujuh pertimbangan utama.

Oleh itu pasukan siber sebelah sana sila berhenti daripada cuba mengelirukan rakyat. Tidak perlu 'spin' itu dan ini mengenai tindakan UMNO.

UMNO parti cakap serupa bikin. Apa UMNO kata UMNO akan buat demi kepentingan rakyat dan negara.

#umnobersamarakyat
#DemiRakyat
#DemiNegara

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2109044505900782&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Kadar R-naught iaitu kadar kebolehjangkitan Covid-19 pada 9 Julai 2021 telah mencapai 1.11.

Sangat tinggi walaupun selepas pelaksanaan Total Lockdown, PKPD dan Pelan Pemulihan Negara (PPN)

Malah lebih tinggi berbanding kadar 1.07 pada 1 Jun 2021 apabila PKP bermula.

Kadar jangkitan juga tidak menurun malah mencecah kes harian lebih 9,000.

Kes kematian, jangkitan aktif dan kluster aktif kekal pada paras mendukacitakan.

Ekonomi masih merundum. Bantuan diumumkan untuk rakyat tidak memadai.

Maka tidak benar tindakan UMNO desak Perdana Menteri berundur kononnya sebagai menderhaka.

Dakwaan itu propaganda terdesak. Ini yang diperkatakan sebagai "spin tahap tertinggi".

Titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah pada 16 Jun perlu dibaca secara inklusif.

Tidak wajar diambil sekerat-sekerat untuk dijadikan mekanisme mempertahankan kepentingan diri.

Terdapat beberapa perkara dititahkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah pada 16 Jun.

Keputusan UMNO pada 7 Julai adalah dengan mengambil pertimbangan keseluruhan titah tersebut.

Selepas menilai keadaan ekonomi, kesengsaraan hidup rakyat dan risiko masa depan negara.

Parti UMNO perlu terus bersama rakyat dan negara. UMNO menjunjung tinggi kedaulatan institusi diraja.

#UMNOBersamaRakyat
#PertahanInstitusiDiraja
#DemiRakyat
#DemiNegara


https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2109153295889903/


Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Rumusannya mudah sahaja untuk difahami:

UMNO umum tarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Sokongan ditamatkan dan ditarik balik serta merta berdasarkan 7 sebab mustahak:

1. Gagal menangani pandemik Covid-19.
2. Menyalahgunakan Ordinan Darurat.
3. Gagal mempertahankan sistem demokrasi Berparlimen.
4. Gagal menguruskan bantuan dan tuntutan rakyat.
5. Gagal memberi keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat.
6. Gagal mengurus kestabilan politik dan ekonomi.
7. Memperkotak-katik titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah.

Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh terhad.

Perdana Menteri baharu akan fokus kepada usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik.

Menangani Covid-19 secara inklusif dan memastikan proses vaksinasi rakyat disegerakan.

Setelah mencapai imunisasi kelompok barulah Perdana Menteri baharu menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan PRU15.

Ini bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat membentuk sebuah kerajaan yang stabil.

Kerajaan yang stabil penting untuk memastikan Malaysia bangkit semula daripada kesan pandemik.

Jadi mana datang cerita UMNO tarik balik sokongan supaya PRU15 diadakan semasa pandemik sedang berleluasa?

#UMNOBersamaRakyat
#DemiRakyat
#DemiNegara

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2109908755814357/

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Syukur alhamdulillah sudah masuk hari ketiga kita menyambut Hari Raya Aidiladha.

Semoga semua dalam lindungan Yang Maha Esa dan dijauhi daripada wabak Covid-19.

Hari ini saya mahu jawab sedikit propaganda yang kerap ditujukan kepada saya dan UMNO.

Konon hanya mengkritik tetapi gagal beri pandangan yang dapat membantu sejak PKP 2.0 bermula.

Tidak benar pimpinan UMNO hanya tahu kritik, namun tidak beri cadangan untuk membendung Covid-19.

Biar saya beri pencerahan betapa kita konsisten memberi cadangan kepada kerajaan PN.

Pandangan bagaimana menangani penularan Covid-19, namun pada sama dapat menjaga rakyat.

- PKP 2.0 dikuatkuasa bermula 13 Januari 2021 selepas jangkitan harian cecah 3,027 kes.

- Namun sangat longgar pasti gagal kurangkan kes maka kita cadang "total lockdown" dilaksanakan.

- Kita minta "total lockdown", tetapi bantuan mesti diberi kepada rakyat untuk bertahan.

- Antaranya bantuan tunai, moratorium pinjaman dan pengeluaran wang akaun KWSP kali kedua.

- Kesemua cadangan itu tidak dilayan dengan begitu banyak alasan dan teori.

- Dalam masa sama pimpinan UMNO berpendapat program vaksinasi perlu dipercepatkan.

- Kerajaan PN akhirnya umum "total lockdown" mulai 1 Jun 2021 kerana jangkitan telah cecah 8,000 kes sehari.

- Bagaimanapun "total lockdown" bukanlah "total lockdown" dalam erti kata yang sebenar.

- Bersifat separuh masak dan masih gagal untuk mengurangkan kes jangkitan.

- Namun rakyat menderita kerana kurang dibantu apabila sebahagian sektor ekonomi ditutup.

- Maka kita terus mencadangkan pelaksanaan "total lockdown" yang sebenar.

- Kita minta lebih banyak bantuan untuk rakyat dan suntikan vaksin dipercepatkan.

- Kerajaan PN pada 28 Jun 2021 akhirnya umum moratorium pinjaman dan skim i-Citra.

- Bagaimanapun "total lockdown" tetap tidak dilaksanakan.

- Pada 17 Julai 2021 kerajaan PN umum mahu beri kelonggaran kepada yang telah terima dua dos suntikan.

- Sedangkan kes jangkitan harian telah cecah lima angka atau sekitar 12,000 kes sehari.

- Saya minta kelonggaran diteliti kerana KKM kata mereka ini masih boleh dijangkiti dan menjangkiti.

- Jika jujur mahu rakyat segera diberi kelonggaran maka imunisasi kelompok perlu dipercepatkan.

Justeru tidak timbul isu pimpinan UMNO hanya tahu kritik, tetapi tidak beri cadangan.

Isu yang sebenar adalah tentang kisah sesebuah kegagalan dalam menguruskan pandemik.

#covid19
#demirakyat
#DemiNegara
#umnobersamarakyat

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2117878065017426&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Tahniah dan Terima Kasih kepada semua.

Perjuangan membela Agama Bangsa dan Negara akan terus diperkasa.

Demi Masa Depan Anak Cucu Kita.

#umnobangkit #umnodulukinidanselamanya #demirakyat