Zakat Selangor
1.5K subscribers
1.03K photos
34 videos
1 file
463 links
Aktiviti agihan & dakwah zakat di Selangor
Download Telegram
إنّا لله وإنّا إليهِ رَاجعُون

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat kita semua, khususnya umat Islam yang cintakan perjuangan pembebasan Palestin.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, beramal soleh dan moga Allah kurniakan ganjaran syahid buatnya. Amiin Ya Rabb.

#perjuanganbelumselesai #zakatselangor #muslim #peace 🍉
Klinik Zakat | Episod 7 | Musim ke-2

Jangan lupa untuk bersama kami secara LIVE pada 6 Ogos 2024 di semua platform media sosial Zakat Selangor bermula jam 10.00 pagi.

Topik perbincangan kita adalah, "Bagaimana LZS Menguruskan Agihan?".

Jangan lupa untuk share dan komen ya.

#zakatselangor #klinikzakat
Tahukah Anda ?...

Lembaga Zakat Selangor (LZS) bermula sebagai Pusat Pungutan Zakat MAIS (PPZ) pada 15 Februari 1994 dan pada 30 Oktober 1996 nama PPZ telah ditukarkan pada Pusat Zakat Selangor (MAIS) sebelum dipemerbadanan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada 31 Januari 2006 sehingga kini.

#zakatselangor #triviaLZS #JM30
🔎 Anda Merupakan Pemilik Syarikat?
🔎 Anda Wakil Bahagian Sumber Manusia/Kewangan/Pentadbiran?
🔎 Atau Anda Merupakan Pekerja?

Jom semak!

Adakah anda selaku pemilik syarikat atau selaku wakil bahagian sumber manusia/kewangan/pentadbiran sudah membuat potongan zakat bulanan untuk kakitangan anda?

Atau selaku pekerja, adakah majikan anda telah membuat potongan zakat bulanan untuk kakitangan mereka?

Jika belum & mahu mengetahui lebih lanjut maklumatnya,
Jom sertai bengel khas anjuran lzs dengan tajuk peranan majikan berkaitan zakat dan cukai.

📌 Khas untuk majikan yang belum menyertai skim potongan gaji (SPG) di LZS.
📌Kami akan sampaikan pelbagai info berkaitan zakat, Skim Potongan Gaji (SPG), sistem emajikan, agihan zakat serta pengharmonian antara zakat dan cukai LHDN.
📌 Penyertaan percuma & sijil penyertaan disediakan.
📌 Tempat terhad kepada 80 orang wakil majikan yang terawal sahaja.

Bila dan di mana ??? Zasssss, maklumatnya seperti berikut :
Tarikh : 19 ogos 2024 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Seminar 4, Mbsa Convention Centre, Seksyen 13 Shah Alam

Jom daftar cepat-cepat di link berikut !
https://forms.office.com/r/aqfcr4pvwq
https://forms.office.com/r/aqfcr4pvwq

atau imbas qr code di eposter di bawah
Pertanyaan lanjut boleh hubungi :
1. En. Mohamad shakor 019-271 7719
2. En. Mohd hatta 019-388 0573
𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 !

Sertai kami di Forum Perdana Ehwal Islam sempena Jubli Mutiara ke-30 Lembaga Zakat Selangor!

Dengan bertemakan "𝗞𝗲𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗶𝗿", majlis akan diserikan lagi dengan perkongsian ilmu dari para panelis serta kisah inspirasi tentang perjalanan Lembaga Zakat Selangor dalam membantu asnaf selama lebih 30 tahun.

📅 Tarikh: 22 Ogos 2024
📆 Hari: Khamis
🕘 Waktu: 9 Malam
📍 Tempat: Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

Ayuh datang beramai-ramai. Hadiah eksklusif ditawarkan untuk 400 penonton terawal.

🔔 TEMPAT ADALAH TERHAD! 🔔

Daftar kehadiran pada QR tertera atau klik link di bawah 👇🏻:
https://bit.ly/BorangKehadiranForumPerdana

#LembagaZakatSelangor
#JubliMutiara30Tahun
#ForumPerdanaEhwalIslam
𝗣𝗘𝗥𝗠𝗢𝗛𝗢𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗔𝗚𝗥𝗢𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗔𝗦𝗡𝗔𝗙 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗚𝗔 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥

Berhasrat untuk memulakan karier sebagai seorang petani moden?

Ayuh sertai projek 𝙋𝙚𝙧𝙩𝙖𝙣𝙞𝙖𝙣 𝙏𝙖𝙣𝙖𝙢𝙖𝙣 𝘾𝙞𝙡𝙞 secara berkelompok di Bukit Beruntung, Hulu Selangor dibawah bimbingan dan pemantauan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Syarat-syarat permohonan:
📃 Asnaf Fakir / miskin / muallaf yang telah berdaftar dengan LZS;
📃 Lelaki;
📃 Jika Ketua Keluarga adalah perempuan, maka anak lelaki boleh dipertimbangkan;
📃 Jika Ketua Keluarga adalah perempuan, maka boleh dipertimbangkan;
📃 Jika Ketua Keluarga tidak berada dalam keadaan sihat tubuh badan dan akal fikiran, maka anak lelaki boleh dipertimbangkan;
📃 Berumur 18 tahun ke atas;
📃 Sihat tubuh badan dan akal fikiran;
📃 Boleh membaca, menulis dan mengira dengan baik;
📃 Berminat untuk terlibat dengan aktiviti pertanian dan sanggup bekerja mengikut jadual serta pemantauan yang telah/akan ditetapkan;
📃 Boleh berpindah ke rumah yang disediakan;
📃 Keutamaan diberikan kepada calon yang berpengalaman dalam aktiviti pertanian; dan
📃 Tidak terlibat dengan aktiviti jenayah serta penyalahgunaan dadah.

Apa yang asnaf bakal terima sepanjang projek ini?:

📌 Bimbingan dan tunjur ajar secara teori dan praktikal
🎋Kemudahan tapak pertanian dan input pertanian disediakan
💵 Elaun sebelum menuai hasil diberikan (musim pertama sahaja.)
🏠 Boleh berpindah di rumah yang disediakan (Apartment Prima Anggerik Bukit Beruntung)
📅 Jangkaan projek tanaman cili selama tiga tahun (6 musim)

Berminat boleh daftar di link berikut;-
https://forms.gle/sJbbDAEjbjpSSqzU9

#zakatselangor #agroekonomi #agihan #asnaf
Klinik Zakat | Episod 8 | Musim ke-2

Jangan lupa untuk bersama kami secara LIVE pagi esok di semua platform media sosial Zakat Selangor bermula jam 10.00 pagi.

Topik perbincangan kita pada esok hari, "Pengalaman Dakwah Mengutip Zakat".

Jangan lupa untuk share dan komen ya.

#zakatselangor #klinikzakat
Tahukah Anda ?...

Dahulunya, Zakat Selangor ini hanya menguruskan kutipan zakat sahaja. Manakala pengurusan agihan pula diuruskan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Tapi, pada 1 Januari 1998, Bahagian Agihan Zakat telah disatukan di bawah entiti Pusat Zakat Selangor (PZS) bagi memperkukuhkan pengurusan zakat di Selangor.

#zakatselangor #triviaLZS #JM30
https://www.facebook.com/share/v/KiSS4JKSAPeYzc2q/?mibextid=WC7FNe

<LIVE> FORUM PERDANA HAL EHWAL ISLAM : KEBERKATAN MENGALIR

Lintas langsung daripada Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam
𝐑𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐮𝐡 𝐦𝐚𝐤𝐧𝐚

Jom saksikan video eksklusif dari Lembaga Zakat Selangor, bertajuk "Sama-Sama Kongsi (Merdeka)" yang pastinya menyentuh hati.

Dibintangi oleh:
Faizal Hussein
Erynne Erynna.

"Tenang bila kita baik sangka"
"Tenang bila kita merdeka"

Saksikan video penuh di sini: https://youtu.be/KkqmSjJGf_w
𝓢𝓮𝓵𝓪𝓶𝓪𝓽 𝓜𝓮𝓷𝔂𝓪𝓶𝓫𝓾𝓽 𝓗𝓪𝓻𝓲 𝓚𝓮𝓶𝓮𝓻𝓭𝓮𝓴𝓪𝓪𝓷 𝔂𝓪𝓷𝓰 𝓴𝓮-67, 𝓜𝓪𝓵𝓪𝔂𝓼𝓲𝓪!

Semoga semangat kemerdekaan ini memberi inspirasi kepada kita semua untuk terus membebaskan diri daripada perkara mazmumah dan melebihkan perkara mahmudah.

Merdeka bukan sekadar bebas, tetapi juga memberi peluang kepada semua untuk hidup dengan bermaruah.

Merdeka!

#zakatselangor #merdeka #harikebangsaan
Perginya seorang berjiwa besar walau hanya membawa teksi.

Innalillahiwainnailaihirajiun.

Allahyarham Razali Sahran telah kembali menghadap illahi pada siang hari tadi. Beliau merupakan seorang pemandu teksi juga suka membantu orang yang susah.

Selalu menjadi orang pertama salurkan maklumat berkaitan orang yang memerlukan zakat. Mohon sedekah Al Fatihah dan doakan beliau ditempatkan dikalangan para Solihin.

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu
Artinya: "Ya Allah! Ampunilah almarhum (Razali Sahran), berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya."

Kongsian info: Buat yang mengenali arwah, jenazah akan dikebumi di Tanah Perkuburan Johan Setia selepas Solat Isyak.

#alfatihah #zakatselangor #SARBAN #teksi
"Ekonomi negara tak stabil, buat kan saya susah nak cari makan..."

"macam mana saya nak keluarkan zakat, diri sendiri pun terpaksa minta bantuan..."

"saya gaji sikit, tak layak kot nak bayar zakat..."

Susah ke jadi pengeluar zakat? Jom dengarkan podcast PM Tepi malam ini jam 8.00 MALAM. Hanya di Facebook dan Youtube Zakat Selangor.

.
.
.

"eh, Iphone 16 dah keluar. Nak survey color phone lah..." 🙃


#zakatselangor #zakat #asnaf #amil #pengeluarzakat

https://www.youtube.com/watch?v=WRRH5rF6tCo
Salam Maulidur Rasul

Apakah cara yang pantas dan tepat untuk kita merasa dekat dengan baginda Nabi Muhammad ﷺ ?

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku" - Al-Nasai & Ibnu Hibban

#zakatselangor #jomselawat #SalamMaulidurRasul
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟒! 🇲🇾

Sempena Hari Malaysia, mari kita ingat untuk saling membantu dan menyokong antara satu sama lain. Di bawah semangat perpaduan, Zakat Selangor terus berusaha memastikan bantuan zakat sampai kepada mereka yang memerlukan, demi pembangunan ummah yang lebih baik.

Bersama kita membina negara yang lebih maju, adil, dan makmur.

#zakatselangor #HariMalaysia2024 #Perpaduan #PembangunanUmmah
🎨 Pertandingan Mewarna Karnival Zakat Selangor 2024! 🎨

Nak jadi juara dan tunjukkan kreativiti anak-anak yang berbakat? Sertai Pertandingan Mewarna di Karnival Zakat Selangor dan menangi hadiah-hadiah menarik! 🌈

📅 Tarikh: Ahad, 29 September 2024
📍 Lokasi: Stadium Shah Alam, Dataran Karnival
🕒 Masa: 3.30 Petang

Kategori: 🌟 7-9 Tahun
🌟 10-12 Tahun

Hadiah lumayan menanti anak-anak anda!

Jom bawa imaginasi anak terbang tinggi dengan warna-warna ceria! Ibu bapa, cepat daftar! Imbas je QR code dalam poster! 🚀

Cepat! Jangan Lepaskan Peluang Jadi Bintang Mewarna! 🌟🎨

#JomMewarna #KarnivalZakatSelangor #zakatselangor