Zakat Selangor
1.5K subscribers
1.05K photos
34 videos
1 file
467 links
Aktiviti agihan & dakwah zakat di Selangor
Download Telegram
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal bin Abu Bakar dan ditempatkan bersama orang-orang beriman. Amin.

Daripada,
Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Seluruh Warga Kerja Lembaga Zakat Selangor (MAIS).

#Alfatihah
Terima kasih Allahyarham YB Datuk Seri Salahuddin Ayub atas khidmat jasa dan turut bersama dalam menyantuni asnaf dan rakyat yang susah.

Al-Fatihah buat YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup

"Dari Dia kita datang, kepada Dia jualah kita kembali"

#zakatselangor #alfatihah
Innalillahiwainnailaihirojiun

Sebentar tadi, kami baru sahaja menerima berita mengenai salah seorang Pegawai Zakat Selangor, Ustaz Faizal Mahfidz, telah meninggal dunia di Hospital Institusi Jantung Negara (IJN).

Beliau umpama abang kami sendiri. Kehilangan beliau, cukup memberi impak pada kami. Apatah lagi pada ahli keluarga beliau sendiri.

Ternyata, Allah swt lebih menyayangi mu, Ustaz Faizal Mahfidz.

#zakatselangor
#alfatihah
Kehilangan Amil yang kami rindukan...

Beliau merupakan tulang belakang barisan hadapan di kaunter Ibu Pejabat Zakat Selangor. Keperibadian beliau saling tidak tumpah seperti seorang kakak yang suka ambil berat terhadap rakan sekerja yang lain buatkan beliau disenangi ramai.

Semestinya, anak beliau yang menduduki peperiksaan SPM hari ini paling terkesan dengan pemergian ibundanya.

Moga Allah swt sentiasa tempatkan Allahyarham Marzatul Azlina binti Mohamad bersama orang beriman serta sama-sama kita mendoakan supaya arwah memperoleh keampunan dari-Nya.

Al fatihah.

#zakatselangor
#amil
#alfatihah
Perginya seorang berjiwa besar walau hanya membawa teksi.

Innalillahiwainnailaihirajiun.

Allahyarham Razali Sahran telah kembali menghadap illahi pada siang hari tadi. Beliau merupakan seorang pemandu teksi juga suka membantu orang yang susah.

Selalu menjadi orang pertama salurkan maklumat berkaitan orang yang memerlukan zakat. Mohon sedekah Al Fatihah dan doakan beliau ditempatkan dikalangan para Solihin.

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu
Artinya: "Ya Allah! Ampunilah almarhum (Razali Sahran), berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya."

Kongsian info: Buat yang mengenali arwah, jenazah akan dikebumi di Tanah Perkuburan Johan Setia selepas Solat Isyak.

#alfatihah #zakatselangor #SARBAN #teksi