Zakat Selangor
1.5K subscribers
1.05K photos
34 videos
1 file
467 links
Aktiviti agihan & dakwah zakat di Selangor
Download Telegram
Sambil-sambil bekerja, jom dengarkan perkongsian daripada Dai LZS Ustaz Khairul Azhan di IKIM.fm dengan perkongsiannya tentang "Pengurusan Kutipan Zakat di Selangor".

Jangan lupa jam 9.30pagi, 14 Disember 2022 hanya di radio IKIM.fm

#zakatselangor
#zakat
Alhamdulillahโ€ฆkita dikurniakan sekali lagi bertamu di bulan yang penuh keberkatan ini.

Jangan kita sia-siakan kesempatan yang ada. Perbanyakan amal soleh, elakkan pembaziran, dan tinggalkan perkara yang tidak bermanfaat.

Semoga Allah menerima amal soleh kita semua.

Selamat Menghayati Ibadah di bulan Ramadan Al-Mubarak.

๐ŸŒ™ ๐Ÿ•Œ Ayuh, tunai Zakat Fitrah secara online dan bantu beri sinar Ramadan kepada saudara-saudara kita yang kurang berkemampuan.

RM7 - Beras Super Special Tempatan (5% Hancur)
RM14 - Beras Super Import / Beras Perang / Beras Pulut / Herba Ponni / Beras Wangi
RM21 - Beras Basmathi / Beras Jepun / Beras Merah

Tunai zakat secara Online di https://fpx.zakatselangor.com.my
atau di mana-mana saluran yang disediakan :
https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/bayar-online/

#kongsirezeki
#zakatselangor
#zakat
Satu lagi usaha Zakat Selangor bagi memudahkan asnaf. Kini semakan status bantuan zakat boleh dibuat melalui online.


MUDAH, KLIK sahaja di sini:
https://ezo.zakatselangor.com.my/


Selain melalui online, semakan bantuan juga boleh dilakukan dengan menghubungi talian 1-300-88-4343 atau datang terus ke cawangan Zakat Selangor berhampiran.


Berita baik! Buat yang mendaftar EZO di kaunter cawangan kami, akan peroleh cenderahati daripada LZS bermula 25 Oktober sehingga 31 Oktober 2023.


Bantu kami sebarkan ya.


*sementara cenderahati stok masih ada


#zakat
#zakatselangor
"Dirikanlah Solat & Tunaikanlah Zakat" .

Mari kita mempelajari tatacara wuduk dan solat agar ibadah kita lebih sempurna. Muat turun E-Book Panduan Wuduk dan Solat di link berikut secara percuma.

Klik di sini https://cdn2.me-qr.com/pdf/18756393.pdf

#zakatselangor #ilmu #solat #zakat
Nak tak sambil kita BERZAKAT sambil berpeluang menangi pakej PERCUTIAN?

Menarik kan! Jadi, korang ON X ON?

Macam-macam hadiah menarik menanti buat para pemenang.

Mesti ada tertanya-tanya, macam mana syarat penyertaan kan? Syaratnya seperti berikut:

- Terbuka kepada semua yang membuat pembayaran zakat melalui https://fpx.zakatselangor.com.my/
- Pemenang dipilih melalui e-cabutan yang dijangka akan dibuat pada akhir Januari 2024.
- Setiap bayaran zakat bernilai gandaan RM500 layak mendapat 1 tiket cabutan. Contoh: RM500 ke bawah = 1 tiket, RM501 - RM999 = 2 tiket, RM1,000 - RM1,499 = 3 TIKET.
- Keputusan pemilihan adalah muktamad.
- Tarikh penyertaan bermula 15 November 2023 - 31 Disember 2023.

Jom kita pulun tunaikan kewajipan berzakat bersama Lembaga Zakat Selangor.

"Sedikit bagi anda, segalanya buat mereka"

#zakatselangor
#kitabantukita
#OnXOn
#zakat
Jom bersama Ketua Pegawai Eksekutif LZS, En Mohd Sabirin Mohd Sarbini dalam segmen "Kongsi Rezeki Dengan Zakat Sebelum 31 Disember 2023", secara LIVE di Malaysia Hari Ini (MHI) pada hari Selasa, 19 Disember 2023, jam 9.30 pagi.

Pelbagai perkongsian dan info terkini berkaitan Lembaga Zakat Selangor untuk para asnaf dan pengeluar zakat.

Jumpa esok!

#zakatselangor
#MHI #zakat
Sukar untuk ke cawangan kami?

Jangan risau, kami juga ada Zakat On Wheels (ZOW) sedia menyantuni anda untuk taksiran zakat, pembayaran zakat, cetakan penyata zakat tahunan, permohonan bantuan zakat & semakan permohanan bantuan.

ZOW kami akan bertapak di:

- Masjid Raja Haji Fisabilillah ( @Cyberjaya )
- Masjid Bandar Baru Sungai Buloh ( @Sungai Buloh )
- Masjid Tun Abdul Aziz Petaling Jaya (Masjid Bulat @Petaling Jaya )

Bermula 1 - 29 Disember 2023 (Isnin - Jumaat) & 30 - 31 Disember 2023 (Sabtu - Ahad) , pada jam 10.00 pagi - 4.00 petang.

Jom pakat tunaikan kewajipan berzakat hujung tahun ini!

#zakatselangor
#zakat
#ZOW
#kitabantukita
BICARA BARAKAH BERSAMA DAI LZS @ IkimFM.

Dai LZS : Ustaz Hj. Muhammad Rafee bin Rahman
Tajuk : "Setiap ujian pasti ada hikmah disebaliknya"
Tarikh : 27 Disember 2023
Masa. : 9.30 pagi
Platform : Saluran Radio / Live FB IkimFM

#ikim #zakat #bicarabarakah
Jelajah Da'i : Tazkirah & Khutbah Khas | 29 Disember 2023 | 12.30 tengah hari

Insya-Allah, jelajah akhir tahun ini akan dibuat di beberapa masjid seperti:

- Masjid Kampung Sementa Klang
- Masjid UNITEN
- Masjid Nurul Iman Kg. Tengah
- Masjid Kota Damansara
- Masjid Kampung Sg. Merab

Sama-sama kita mengimarahkan masjid, datang awal dan dengar tazkirah sebelum Khutbah Jumaat. Insya-Allah, tinggi fadhilatnya bagi siapa yang hadir ke masjid awal.

#zakatselangor
#khutbahjumaat
#zakat
#kitabantukita
Selamat menyambut tahun 2024 kepada sahabat Zakat Selangor.

Semoga tahun baru ini mampu meningkatkan amal kita semua. Seterusnya kita dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih baik dan sentiasa diberkati Allah SWT.

Sokongan dan kepercayaan anda, sentiasa menjadi dorongan untuk kami melaksanakan amanah ini sebaiknya. Terima kasih.

#zakat #zakatselangor #selamattahunbaru
PEMAKLUMAN PERPINDAHAN SEMENTARA OPERASI CAWANGAN LZS.

Bermula 5 JANUARI 2024 :
1๏ธโƒฃ LZS Cawangan Bandar Baru Bangi akan beroperasi di TINGKAT 1 bangunan tersebut.

No. 163A, Jalan 8/1, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Maaf atas segala kesulitan yang berlaku ketika tempoh naiktaraf fasiliti kami.

#zakat
#zakatselangor
‎ูŠูŽุง ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ู„ูŽุง ุชูŽุฎููˆู†ููˆุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ูˆูŽุงู„ุฑู‘ูŽุณููˆู„ูŽ ูˆูŽุชูŽุฎููˆู†ููˆุง ุฃูŽู…ูŽุงู†ูŽุงุชููƒูู…ู’ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุชูู…ู’ ุชูŽุนู’ู„ูŽู…ููˆู†ูŽ

Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui." - Surah Al- Anfal: 27

Ini adalah pendirian tegas kami tentang Amanah & Integriti.

#zakatselangor
#amanah
#integriti
#zakat
Jelajah Da'i: Tazkirah & Khutbah | 16 Februari 2024 | 12.30 tengah hari

Insya-Allah, bersempena sambutan 30 Tahun LZS (Jubli Mutiara) dalam industri zakat, jelajah kali ini akan dibuat di beberapa masjid seperti:

- Masjid Badariah, Batu 12 Kapar
- Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya
- Masjid Al-Madaniah, USJ
- Masjid Jamiul Muhammadiah Kg. Kuantan Bestari Jaya
- Masjid Nurul Islamiah, Sg. Choh, Rawang

Sama-sama kita mengimarahkan masjid, datang awal dan dengar tazkirah sebelum Khutbah Jumaat. Insya-Allah, tinggi fadhilatnya bagi siapa yang hadir ke masjid awal.

#zakatselangor
#khutbahjumaat
#zakat
#kitabantukita
SELAMAT MENYAMBUT NUZUL AL-QURAN 1445 HIJRAH.

Al-Quran merupakan panduan yang akan membawa kita kebahagiaan dan ketenangan di dunia serta memberi cahaya di akhirat kelak.

Perbaiki hubungan kita dengan Al-Quran dengan membaca, menghayati serta beramal dengannya.

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran 1445H.

Tunai zakat secara online di https://fpx.zakatselangor.com.my atau di mana-mana saluran yang disediakan ( https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/bayar-online/ )

#zakat
#zakatselangor
"Zakat & KWSP Akaun 3"

Pasti ramai tertunggu-tunggu zakat ke atas KWSP Akaun 3. Insya-Allah, Zakat Selangor akan membuat perkongsian ilmu ini bersama para pengeluar zakat di saluran radio IKIM.fm pada 3 Jun 2024, jam 9.30 PAGI ini.

Jom kita dengarkan perkongsian ini oleh Ustaz Mohammad Farid bin Mohammad Zainal, Divisyen Syariah & Dakwah.

Pakat-pakat share info ini ya๐Ÿ˜‡

#zakatselangor #KWSP3 #zakat
๐ŸŒ™ Selamat Menyambut Awal Muharram 1446H ๐ŸŒ™

Sambutan Awal Muharam atau Maal Hijrah ini amat penting kerana berlakunya peristiwa sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622M.

Dalam semangat tahun baru hijrah, marilah kita mengambil iktibar dari firman Allah dalam Surah Al-Hashr, ayat 8 dan 9:

"(Pemberian itu hendaklah diuntukkan) kepada orang-orang fakir yang berhijrah, yang telah diusir keluar dari kampung halamannya dan harta bendanya (kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam), untuk mencari limpah kurnia dari Allah dan keredaanNya, serta menolong (agama) Allah dan RasulNya; mereka itulah orang-orang yang benar (imannya dan amalnya).

Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya." (QS. Al-Hashr: 8 & 9)

Semangat hijrah bukan hanya tentang perpindahan fizikal, tetapi juga perubahan hati dan niat. Dalam usaha kita mencari keredaan Allah, kita berpeluang membantu mereka yang memerlukan dengan zakat kita.

Marilah kita sama-sama berhijrah ke arah kebaikan dengan menghulurkan zakat kepada yang memerlukan. Semoga tahun baru hijrah ini membawa keberkatan dan rahmat kepada kita semua.

Ikhlas daripada Pengerusi, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan & Warga Kerja Lembaga Zakat Selangor.

#zakatselangor #awalmuharam #maalhijrah #1446H
#AwalMuharram #TahunBaruHijrah #Zakat #HijrahKeberkatan
๐‹๐ž๐ฆ๐›๐š๐ ๐š ๐™๐š๐ค๐š๐ญ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ ๐ฆ๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ง๐ ๐ข ๐€๐ง๐ฎ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ก ๐’๐ฎ๐ฌ๐ญ๐š๐ข๐ง๐š๐›๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ฒ & ๐‚๐’๐‘ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐€๐ฐ๐š๐ซ๐๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’


Alhamdulillah.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah memenangi Anugerah Sustainability & CSR Malaysia Awards 2024 bagi kategori Organization of the Year (Zakat Management) Public Well-Being Leadership Award.

Anugerah ini mengiktiraf inisiatif luas yang telah dilaksanakan hasil daripada usaha seluruh Amil LZS dan mempamerkan kepimpinan Environment Social Governance (ESG).

Kami komited akan meneruskan serta mengembangkan lagi pendekatan ESG pada masa akan datang disamping terus menyantuni para asnaf dan para pengeluar zakat kami.

Insya-Allah.

#zakatselangor #kelestarian #ESG #CSRMalaysia #zakat
"Ekonomi negara tak stabil, buat kan saya susah nak cari makan..."

"macam mana saya nak keluarkan zakat, diri sendiri pun terpaksa minta bantuan..."

"saya gaji sikit, tak layak kot nak bayar zakat..."

Susah ke jadi pengeluar zakat? Jom dengarkan podcast PM Tepi malam ini jam 8.00 MALAM. Hanya di Facebook dan Youtube Zakat Selangor.

.
.
.

"eh, Iphone 16 dah keluar. Nak survey color phone lah..." ๐Ÿ™ƒ


#zakatselangor #zakat #asnaf #amil #pengeluarzakat

https://www.youtube.com/watch?v=WRRH5rF6tCo
Perbanyakan selawat ke atas junjungan Nabi s.a.w di penghulu segala hari. Semoga menjadi bekal kita di akhirat kelak.

Daripada Abdullah bin 'Amr RA, bahawa Nabi bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku satu selwat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat."

Riwayat Muslim (3840

'Sedikit bagi anda, segalanya buat mereka'

#zakat
#zakatselangor
#asnaf
Stigma masyarakat terhadap golongan Miskin ini selalu dikaitkan dengan sifat malas mereka.

Apakah benar mereka malas? Atau mereka sebenarnya tidak diberikan kemudahan (accessibility) seperti kebanyakan orang lain?

Atau disebabkan hanya beberapa orang saja yang malas, habis semua dikatakan pemalas, ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga.

Jom kita tonton podcast daripda Financial Faiz bersama Tn Ahmad Fadhil Bin Hassan, Ketua Pegawai Operasi LZS.


#zakatselangor #asnaf #financialfaiz #zakat


https://www.youtube.com/watch?v=ESCvOORpYMc