MEKANIK IMAN.
332 subscribers
1.84K photos
529 videos
99 files
4.2K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Fajar

وَٱلۡفَجۡرِ * وَلَیَالٍ عَشۡرࣲ

"Demi waktu fajar. Dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah)".
(Al-Fajr: 1-2)

Allah bersumpah demi waktu fajar. Iaitu waktu subuh sebelum terbitnya matahari. Waktunya tidak panjang, hanya antara sejam lebih dan tempohnya  mengikut musim.

Apakah pula maksud { وَٱلْفَجْرِ} waktu fajar ini:

i- Kata Ibnu Abbas { وَٱلْفَجْرِ} ini ialah waktu fajar pagi sebelum keluarnya matahari. Keluarnya cahaya merah di ufuk timur setiap hari sebelum terbitnya matahari iaitu waktu subuh.

ii- Fajar pada hari haji yang besar (Haji Akbar); iaitu hari Raya Korban. Kerana semua orang berkumpul di masjid masing-masing untuk menyembelih korban.

iii- Ada ulama' kata, fajar itu iaitu fajar pada hari 1hb -10hb Zulhijjah (10 awal Zulhijjah), sebagaimana dalam ayat kedua. Majoriti ulamak setuju dengan pendapat ini!

Memasuki bulan Zulhijjah semalam, elok kita saling ingat memperingati bahawa 10 hari terawal daripada Zulhijjah merupakan hari terbaik di dunia, hari paling afdhal di sisi Allah 'Azza wa Jalla.

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.

"Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini - Baginda mengatakan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah, juga tidak dapat menandinginya? Baginda bersabda: "Walaupun jihad di jalan Allah, tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali".
(Hadith Riwayat al-Bukhari)

Daripada Sayidina Jabir bin Abdullah r.a dia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Hari yang paling afdal di dunia ialah hari-hari 10, iaitu 10 hari (yang pertama) bulan Zulhijjah".
(Hadith Riwayat al-Bazzar)

Sebagai persediaan, sama-sama kita rancang amalan-amalan yang boleh dipertingkatkan demi meraih kelebihan yang Allah sediakan:

1) Solat – fadhu dan sunat
2) Puasa sunat mulai 1 hingga 9 Zulhijjah. Jika tidak dapat semua, cuba sedaya upaya untuk lakukan pada 9 Zulhijjah kerana fadhilatnya dihapuskan dosa dua tahun
3) Tilawah al-Quran sebanyak mungkin, sedaya upaya cuba habiskan satu juzuk sehari.
4) Selawat ke atas Nabi SAW sebanyak yang mungkin.
5) Istighfar sebanyak yang mampu, paling kurang 100 kali sehari
6) Zikir 
لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
 
100 kali pagi dan 100 kali petang
7) Membaca sekurang-kurangnya satu tajuk sehari dengan tujuan menambah ilmu
8) Berdakwah dengan menyampaikan sekurang-kurangnya satu ayat sehari
9) Bersedekah dengan ikhlas mengikut kemampuan
10) Menghubung silaturrahim
11) Merapatkan hubungan dengan jiran
12) Melawat orang sakit
13) Bertakbir mulai subuh pada hari ke 9, iaitu hari Arafah hingga  asar hari ke 13, iaitu hari akhir Tasyriq
14) Solat sunat hari raya pada hari ke 10
15) Berkorban bagi yang mampu pada hari ke 10, 11, 12, 13hb.
16) Dan banyak lagi.

Selamat beramal, moga-moga Allah terima segala amalan kita dan hapuskan dosa-dosa kita.
TERAPI AMPUH BAGI HATI YANG SAKIT

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata,

"Apabila seseorang mendapati dadanya merasa tidak lapang, tidak memperoleh manisnya iman dan cahaya hidayah, maka hendaknya ia memperbanyak taubat dan istighfar serta senantiasa untuk bersungguh-sungguh sesuai kemampuannya. Dan hendaknya ia menunaikan kewajiban-kewajiban yang lahir maupun yang batin serta senantiasa berada di jalan yang lurus."

📚 Al Fatawa Al Kubro, 5/62
Muhasabah malam ini

Kita adalah makhluk yang suka menyalahkan orang lain,

Tetapi tidak menyadari bahwa masalah itu biasanya datang dari kita sendiri.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bersegera Dengan Amal Soleh

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: بَادِرُوا بِالْأَعْمَالِ سَبْعًا هَلْ تَنْتَظِرُونَ إِلَّا فَقْرًا مُنْسِيًا أَوْ غِنًى مُطْغِيًا أَوْ مَرَضًا مُفْسِدًا أَوْ هَرَمًا مُفَنِّدًا أَوْ مَوْتًا مُجْهِزًا أَوْ الدَّجَّالَ فَشَرُّ غَائِبٍ يُنْتَظَرُ أَوْ السَّاعَةَ فَالسَّاعَةُ أَدْهَى وَأَمَرُّ

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Segeralah melakukan amal soleh (sebelum datang) tujuh perkara. Apakah yang kamu perlu tunggu melainkan kefakiran yang akan melupakan kamu (daripada beramal), atau kekayaan yang akan menimbulkan rasa angkuh yang melampui batas, atau penyakit yang merosak (sehingga sukar untuk beramal soleh), atau masa tua yang menimbulkan kenyanyukan dan keuzuran, atau kematian yang cepat (secara tiba-tiba), atau adanya Dajjal sebagai makhluk jahat yang paling ditunggu-tunggu, atau datang hari kiamat dan hari kiamat itu lebih berat dan lebih sukar." (HR Tirmizi, No: 2306) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sesungguhnya Allah SWT yang menciptakan manusia daripada tiada kepada ada. Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian. Lalu akan dihidupkan kembali di alam akhirat yang kekal selama-lamanya.

2.  Jangan mensia-siakan waktu yang masih ada sebelum datang penyesalan yang tiada berguna. Perbanyakan istighfar (memohon keampunan) dan tinggalkan maksiat serta seringlah mengingati kematian kerana kita tidak tahu bila saat kematian akan tiba. Sesungguhnya dengan mengingati kematian seseorang Muslim itu akan sentiasa teruja melakukan ketaatan.

3.  Setiap Muslim hendaklah segera beramal dan memperbaiki agar amal lebih baik sebelum datangnya tujuh perkara berikut :

a)  Kemiskinan yang melupakan  kewajipan seperti tidak kisah soal halal dan haram.
b)  Kekayaan yang menimbulkan rasa angkuh dan sombong.
c)  Penyakit berat sehingga sukar untuk beramal soleh.
d)  Tua yang menyebabkan nyanyuk dan keuzuran.
e)  Kematian mengejut.
f)  Kemunculan Dajjal sebagai makhluk jahat.
g)  Hari Kiamat yang sangat mengerikan.

Ambil kesempatan di awal Zulhijjah yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini untuk memperbanyakkan amal soleh.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

10hb Jun 2024
03hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Nasihat Ibnu Al Jauzy:

"Jika ingin bebas dari kesulitan, maka hilangkanlah dosa dari dirimu"

Ertinya, kesulitan hidup, sumbernya adalah akibat dari dosa-dosamu
03 Zulhijjah 1445H
10 Jun 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Manusia menjadi pejuang bila ada pegangan yang diyakini terhunjam di dalam hatinya. Dia sanggup berbuat apa sahaja demi keyakinan perjuangannya.

Perjuangan melahirkan para pejuangnya yang sanggup bersungguh-sungguh meluahkan usaha dan pemikiran, juga mampu mengharungi susah payah perjuangan.

Begitulah para pejuang aqidah dan iman yang mesti ada pada diri kereka dua unsur jihad dan perjuangan iaitu sanggup bersungguh-sungguh dan sanggup bersusah payah.

إِنَّ اللَّـهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ ۚ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ ۖ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ ۚ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّـهِ ۚ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ ۚ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.
(At-Taubah: 111)

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْا مِن قَبْلِكُم ۖ مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاءُ وَالضَّرَّاءُ وَزُلْزِلُوا حَتَّىٰ يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ مَتَىٰ نَصْرُ اللَّـهِ ۗ أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّـهِ قَرِيبٌ

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
(Al-Baqarah: 214)

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللَّـهُ الَّذِينَ جَاهَدُوا مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar.
(Ali 'Imran: 142)

Perjuangan yang paling sukar untuk menjadi seorang yang baik ialah membuang rasa lebih baik daripada orang lain.

Selagi ada rasa itu, selagi itulah kita belum menjadi orang yang baik. Bahkan kitalah mungkin orang yang paling jahat.

Bukankah permulaan kejahatan syaitan itu bermula dengan rasa aku lebih baik daripada kamu!

Mengejar sesuatu yang hebat itu pasti sukar. Kita perlu bermujahadah untuk meraih satu janji yang hebat ini. Maksud mujahadah adalah fighting untuk tunduk hawa nafsu kita. Syurga itu amat hebat maka untuk memperolehi sesuatu yang hebat itu kita perlu perhebatkan diri.

Justeru, latihlah nafsu mu untuk menanggung susah payah dalam perjuangan, dan engkau bukan pejuang jika tidak bersungguh-sungguh dalam kerja perjuangan...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Tiada sebarang keistimewaan pada kejahilan yang kita miliki,

Kerana ia adalah kegelapan buat kita meskipun kita berada di bawah sinaran cahaya.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Upah Penyembelih dan Petugas Korban

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لَا أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

Daripada Ali RA ia berkata; "Aku disuruh Rasulullah SAW mengurus penyembelihan haiwan korban, menyedekahkan daging dan kulitnya, serta mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Tetapi aku dilarang oleh baginda mengambil upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Maka untuk upahnya kami ambilkan dari wang kami sendiri." (Sahih Muslim No: 2320) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Antara ibadat yang dituntut pada hari Raya Eidul Adha 10 Zulhijjah dan Hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah ialah melaksanakan Ibadat korban.

2.Daging serta apa-apa sahaja daripada binatang korban hendaklah disedekahkan kepada yang berhak seperti fakir miskin juga jiran tetangga.

3.Memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau petugas sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah dilarang kerana ia termasuk dalam hukum jual beli, iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja mereka.

4.Imam an-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim menyebut: “Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu bahagian dari bahagian korban kepada mereka. Ia tidak dibolehkan” (9/435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut).

5.Telah sepakat al-Imam al-Syafii dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafii bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan umrah serta sembelihan korban dijual. Sama ada ia korban nazar atau sunat. Hal ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih. (8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr) kecuali penerima daging korban yang miskin atau fakir.

6.Hadis ini bukan melarang memberikan upah kepada para penyembelih atau pelapah. Larangan hanya jika upah itu diambil dari bahagian korban. Upah itu boleh diberikan dalam bentuk lain seperti wang atau selainnya yang tidak dari bahagian korban. Kerja dan tenaga seseorang itu patut dibayar upah.

7.Saidina Ali menyebut: Untuk upahnya (penyembelih dan pelapah), kami ambil dari wang kami sendiri.

8.Walaupun begitu, jika diberi kepada penyembelih atau petugas dari apa yang dikorban disebabkan kemiskinannya atau sebagai hadiah kerana dia jiran dan sebagainya, maka ini tidak mengapa. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)

9.Antara kesalahan yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban tanpa izin dari empunya korban. Biasanya hal ini dilakukan oleh pelapah dan petugas yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Kadang-kala mereka merasa berhak kerana menolong atau kerana AJK.

10.Ada yang meletakkan bahagian yang mereka sukai itu berasingan dan mengambil apabila selesai urusan korban. Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan.  Ingatlah Firman Allah:

ياأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ

“Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29).

Justeru itu, kepada mereka yang akan menjadi petugas korban, JANGAN sekali-kali mengambil sendiri bahagian dari sembelihan korban sebagai habuan seperti kaki, kepala, ekor, perut dan lainnya melainkan yang dihadiahkan oleh orang yang berkorban atau yang diterima seperti agihan kepada penerima lain yang layak.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

11hb Jun 2024
04hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Iman dan taqwa

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

"Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan".
(al-A’raf: 96)

Berkata Prof. Dr. Hamka:
"Keimanan dan takwa kepada Allah membukakan pintu rezeki".

Jom hayati kisah dibawah ini untuk keinsafan semua:

Seorang raja pergi berburu bersama dengan hulubalangnya. Tiba-tiba dia tenampak seekor binatang buruan. Dia mengekori binatang itu sehingga terpisah dari hulubalangnya. Dengan tidak semena-mena hujan turun dengan lebatnya. Dia kehilangan arah dan terputus hubungan. Dia berjalan sendirian. Tidak tahu ke mana hendak dituju. Tiba-tiba dia terpandang sebuah khemah. Dia berjalan ke arah khemah tersebut. Di muka pintu tercegat seorang perempuan tua. Dia mempersilakan raja masuk ke dalam khemah. Siang berinsut pergi dan malam mula melabuhkan tirainya. Seorang gadis remaja pulang membawa seekor lembu yang dibelanya di padang rumput di siang hari. Lembu itu dibawa masuk bersamanya ke dalam khemah. Perempuan tua menghampiri lembu. Di tangannya sebuah balang. Dia memerah susu sehingga penuh balang yang dipegangnya. Raja memerhatikan apa yang dilakukan oleh perempuan tua dengan puterinya. Dia terfikir, sepatutnya bagi setiap ekor lembu dikenakan cukai sebab ia mengeluarkan susu yang banyak. Di pertengahan malam, perempuan tua berkata anaknya: "Wahai anakku, bangun dan perahkan susu untukku!"

Si anak bangun melaksanakan apa yang diperintahkan ibunya. Namun lembunya tidak mengeluarkan susu walaupun setitik. Dia memanggil ibunya: "Wahai ibu, sesungguhnya raja telah menyimpan niat yang tidak baik terhadap kita!" Ibunya bertanya: "Bagaimana engkau tahu wahai anakku?" Si anak menjawab: "Tengoklah lembu kita ini, ia tidak mengeluarkan susu walau setitik pun." Ibu berkata: "Tunggulah sekejap." Raja yang mendengar percakapan kedua beranak itu sangat hairan. Dia tertanya-tanya di dalam hati, dari mana gadis itu mengetahui niat di hatiku? Kalau begitu, aku tidak akan lakukan apa yang aku fikirkan tadi!"

Selepas menunggu seketika seperti yang disuruh ibunya, dia mendengar ibunya berkata: "Anakku, cuba engkau perah semula susu lembu itu!" Si anak lantas mendapatkan lembunya dan memerah susunya. Dia dapati lembunya mengeluarkan susu sepenuh balang seperti kebiasaannya. Lalu dia memberitahu ibunya: "Wahai ibu, niat buruk yang berlegar di dalam hati raja telah lesap. Lembu kita sudah mengeluarkan susu dengan banyaknya!". Keesokan harinya para hulubalang yang mencari raja menemuinya di khemah itu. Dia menitahkan hulubalang membawa kedua-dua beranak itu ke istana dan melayani mereka dengan sebaik-baiknya. Di suatu kesempatan dia bertanya kepada kedua beranak itu, bagaimana mereka tahu ada niat tidak baik dan kemudian niat itu telah padam?. Perempuan tua berkata: "Kami telah ditinggal di situ sejak sekian tahun lamanya. Sepanjang yang patik alami, jika kami diperintah dengan adil, negeri kami akan subur, rezeki kami lapang dan hidup kami senang. Sebaliknya jika diperintah dengan zalim, kehidupan kami jadi sempit, hasil pendapatan kami pun merosot".
(Zaadul Murabbin)

Teringat suasana hari ini. Pemimpin baru melakar niat, Allah terus tarik nikmat. Di  zaman kita sekarang bukan niat, malah rakyat sudah dijerat dengan berbagai cukai yang berat, ditarik subsidi bahan api, kenaikan pelbagai tarif dan kehidupan dipenuhi hiburan dunia. Mungkinkah segala kesulitan yang kita hadapi dan hilangnya keluasan rezeki berpunca daripada ketidakadilan pemerintah serta kezaliman mereka?

Sama-samalah kita fikirkan dan insafilah diri.
04 Zulhijjah 1445H
11 Jun 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

Memberi nasihat jangan sampai menyakiti.

Berilah nasihat kerana...

1) Mengharapkan redha Allah Ta’ala

Kerana hanya dengan niat inilah , seseorang itu berhak atas pahala dan ganjaran dari Allah Ta’ala di samping berhak untuk diterima nasihatnya.

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

“Sesungguhnya setiap amal itu bergantung kepada niatnya dan sesungguhnya setiap orang itu hanya akan mendapatkan sesuai dengan apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya (dinilai) kepada Allah dan RasulNya, dan barangsiapa yang hijrahnya karena dunia yang hendak diraihnya atau karena wanita yang hendak dinikahinya, maka (hakikat) hijrahnya itu hanyalah kepada apa yang menjadi tujuan hijrahnya.”
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2) Bukan bertujuan memalukan orang yang dinasihati

Seseorang yang hendak memberikan nasihat harus berusaha untuk tidak memalukan orang yang hendak dinashati. Ini adalah musibah yang sering terjadi pada kebanyakan orang, saat dia memberikan nasihat dengan nada yang kasar. Cara seperti ini boleh memberi kesan buruk atau menjadikan keadaan lebih teruk. Dan nasihat pun tidak mencapai sebagaimana yang diharapkan.

3) Menasihati secara rahsia

Nasihat sering disampaikan dengan terang-terangan ketika hendak menasihati orang ramai seperti ketika menyampaikan ceramah. Namun kadangkala nasihat harus disampaikan secara rahsia kepada seseorang yang memerlukan sentuhan atas kesalahannya. Dan umumnya seseorang hanya dapat menerimanya ketika dia sendirian dan suasana hatinya baik. Itulah masa yang tepat untuk menasihati secara rahsia, dan bukan secara terbuka. Sebaiknya nasihat yang baik jika disampaikan di tempat yang tidak tepat dan dalam suasana hati yang sedang marah maka nasihat tersebut hanya bagaikan asap yang berkepul dan seketika menghilang tanpa bekas.

Al Hafizh Ibnu Rajab rahimahullah ta’ala berkata:
“Apabila para salaf hendak memberikan nasihat kepada seseorang, maka mereka menasihatinya secara rahsia. Barangsiapa yang menashati saudaranya berduaan saja maka itulah nasihat. Dan barangsiapa yang menasihatinya di depan orang banyak maka sebenarnya dia memalukannya.”
(Jami’ Al ‘Ulum wa Al Hikam)

Abu Muhammad Ibnu Hazm Azh Zhahiri rahimahullahu ta’ala berkata,
“Jika kamu hendak memberi nasihat sampaikanlah secara rahsia bukan terang-terangan dan dengan sindiran bukan terang-terangan. Terkecuali jika bahasa sindiran tidak dipahami oleh orang yang kamu nasihati, maka berterus teranglah!”
(Al Akhlaq wa As Siyar)

4) Menasihati dengan lembut, sopan, dan penuh kasih sayang

Seseorang yang hendak memberikan nasehat haruslah bersikap lembut, sensitif, dan beradab di dalam menyampaikan nasihat. Sesungguhnya menerima nasihat itu diumpamakan seperti membuka pintu. Pintu tidak akan terbuka kecuali dibuka dengan kunci yang tepat. Seseorang yang hendak dinasihati adalah seorang pemilik hati yang sedang terkunci dari suatu perkara, jika perkara itu yang diperintahkan Allah maka dia tidak melaksanakannya atau jika perkara itu termasuk larangan Allah maka ia melanggarnya.

(Bersambung esok bahagian akhir)

~ Abu Imtiyaz ~
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Empat Bulan Haram

عن أبي بكرة نفيع بن الحارث رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال‏:‏   الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو القَعْدَةِ وَذُو الحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضَرَ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

Daripada Abi Bakrah Nafi’ bin al Harith RA, dari Nabi SAW bersabda: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban.” (HR Bukhari No: 4054) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Bulan Haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) bermaksud bulan ini diharamkan berperang juga sebarang kezaliman dan setiap kezaliman yang dilakukan dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain.

2.  Imam al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas RA yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan pada bulan bulan ini juga adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. (Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 130/4)

3. Ambillah kesempatan ketika berada di salah satu bulan haram yang mulia ini iaitu bulan Zulhijjah khususnya di awal 10 haribulan serta hari tasyrik 11, 12 dan 13 untuk melakukan pelbagai amal soleh. Antara amal soleh yang boleh dilakukan:

a)  Perbanyakkan zikir, membaca al-Quran, berdoa dan memohon  keampunan
b)  Puasa sunat sekurang-kurangnya pada 9hb Zulhijjah
c)  Hidupkan malam hari dengan ibadat qiamullail
d)  Perbanyakkan bersedekah dan melakukan amal kebajikan yang lain
e)  Berusahalah melaksanakan ibadat kurban
f)  Berusahalah meninggalkan maksiat dan perkara yang tidak berfaedah

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

12hb Jun 2024
05hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Taubat

فَفِرُّوۤا۟ إِلَى ٱللَّهِۖ إِنِّی لَكُم مِّنۡهُ نَذِیرࣱ مُّبِینࣱ

"(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata".
(adh-Dhāriyāt: 50)

Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyah menafsirkan perkataan ‘Fafirru’ di sini bermakna panggilan dari kejauhan. Allah memanggil hamba-hambaNya pulang. Kembalilah! Betapa indahnya panggilan khusus dari Allah SWT buat hamba-hambaNya. Betapa luasnya pintu yang telah dibuka. Allah SWT masih memberi peluang dan memanggil hamba-hambanya kembali insaf dan bertaubat.

Jom hayati kisah yang penuh iktibar ini:

Beberapa ketika sebelum menjelang fajar, kelihatan seorang nelayan sedang duduk di tepi pantai. Dia ternampak satu kantung yang penuh berisi anak batu. Dia memungut kantung tersebut. Dia mengambil sebiji anak batu daripada kantung dan dicampakkannya ke dalam laut. Ketika anak batu jatuh mencecah air laut yang tenang, terjadi satu bunyi yang menyenangkan telinganya. Lalu dia mengulanginya lagi dan lagi.

Dia rasa seronok dan puas dengan aktiviti itu. Tanpa disedari matahari mula menyimbahkan cahayanya. Warna kantung serta isinya baru terlihat dengan jelas. Isi yang tadinya penuh tidak tinggal lagi kecuali satu biji sahaja. Di bawah sinar matahari yang baru memancar, nelayan itu mendapati bahawa apa yang terkandung di dalam kantung itu, yang telah dibalingnya satu demi untuk menikmati suara percikan air laut dihempas objek yang dibalingnya, bukan anak batu. Sebaliknya ia merupakan batu-batu permata yang berharga. Maka, apakah yang mampu dilakukan selain menjerit, meluahkan penyesalan yang tidak berkesudahan.

"Aduhai… sekiranya aku tahu ia permata yang berharga, pasti aku tidak membuangnya walaupun sebiji."

Fikirkanlah! Kantung berisi permata itu adalah usia kita yang kita buang sia-sia detik demi detik. Suara percikan air itu kesenangan dunia yang sementara. Kegelapan malam itu adalah kelalaian yang membungkus hati dan minda kita.  Sinaran matahari itu adalah saat kematian yang pasti, di mana apa yang telah terbuang tidak mungkin dapat diambil kembali lagi .

وَلَمَّا سُقِطَ فِیۤ أَیۡدِیهِمۡ وَرَأَوۡا۟ أَنَّهُمۡ قَدۡ ضَلُّوا۟ قَالُوا۟ لَىِٕن لَّمۡ یَرۡحَمۡنَا رَبُّنَا وَیَغۡفِرۡ لَنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِینَ

"Dan setelah mereka menyesal (akan apa yang mereka lakukan) dan mengetahui bahawa mereka telah sesat, berkatalah mereka: "Sesungguhnya jika Tuhan kami tidak memberi rahmat kepada kami dan mengampunkan kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".
(al-Aʿrāf: 149)

Oleh itu, mulai sekarang, sedarlah! Hargailah baki usia kita sebelum ia ditamatkan tanpa notis. Insafilah. Kembalilah ke sisiNya sebelum kita dipanggil untuk kembali kepadaNya selama-lamanya.
05 Zulhijjah 1445H
12 Jun 2024M

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

(Bahagian akhir)
Memberi nasihat jangan sampai menyakiti.

Oleh itu, harus ditemukan kunci yang betul untuk membuka hati yang tertutup. Tidak ada kunci yang lebih baik dan lebih tepat kecuali nasihat yang disampaikan dengan lemah lembut, diutarakan dengan beradab, dan dengan ucapan yang penuh dengan kasih sayang.

إِنَّ الرِّفْقَ لاَ يَكُونُ فِى شَىْءٍ إِلاَّ زَانَهُ وَلاَ يُنْزَعُ مِنْ شَىْءٍ إِلاَّ شَانَهُ

“Setiap sikap kelembutan yang ada pada sesuatu, pasti akan menghiasinya. Dan tidaklah ia dicabut dari sesuatu, kecuali akan memperburuknya.
(Hadith Riwayat Muslim)

Fir’aun yang seorang yang kejam dan keras di masa Nabi Musa namun Allah tetap memerintahkan Nabi Musa dan Nabi Harun agar menasihatinya dengan lemah lembut.

‎فَقُولا لَهُ قَوْلا لَيِّنًا

“Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya (Fir’aun) dengan kata-kata yang lemah lembut.”
(Taha: 44)

Nasihat yang diberi secara keras dan kasar hanya akan menyebabkan banyak pintu yang tertutup . Banyak orang yang diberi nasihat, namun tertutup dari pintu hidayah. Banyak kerabat dan karib yang hatinya semakin jauh. Banyak pahala yang terbuang begitu saja. Dan sudah tentu banyak ruang bantuan yang diberikan kepada syaitan untuk merosak hubungan persaudaraan.

5) Tidak memaksa kehendak

Salah satu kewajiban seorang mukmin adalah menasihati saudaranya ketika ia melakukan keburukan. Namun dia tidak berkewajiban untuk memaksanya mengikuti nasihatnya. Seorang pemberi nasihat hanyalah seseorang yang menunjukkan jalan, bukan seseorang yang memerintahkan orang lain untuk mengerjakannya.

Ibnu Hazm Az Zhahiri mengatakan:
“Janganlah kamu memberi nasihat dengan mensyaratkan nasihatmu harus diterima. Jika kamu melanggar batas ini, maka kamu adalah seorang yang zalim…”
(Al Akhlaq wa As Siyar)

6) Mencari waktu yang tepat

Bukan setiap masa, orang yang hendak dinasihati itu bersedia untuk menerima nasihat. Adakalanya jiwanya sedang resah, marah, sedih, atau hal lain yang membuatnya menolak nasihat tersebut.

Ibnu Mas’ud ra menyebut:
“Sesungguhnya adakalanya hati bersemangat dan mudah menerima, dan adakalanya hati lesu dan mudah menolak. Maka ajaklah hati ketika dia bersemangat dan mudah menerima dan tinggalkanlah ketika dia malas dan mudah menolak.”
(Al Adab Asy Syar’iyyah, Ibnu Muflih)

Jika seseorang ternyata tidak mampu menasihati dengan baik maka dianjurkan untuk diam dan hal itu lebih baik kerana ianya akan lebih menjaga dari perkataan-perkataan yang akan memperburuk keadaan dan dia boleh meminta tolong kawannya agar menasihati orang yang dimaksudkan.

مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا، أَوْ لِيَصْمُتْ

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir hendaklah berkata yang baik atau diam…”
(Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin dalam Syarhu Al Arba’in An Nawawi memberikan beberapa faedah dari nukilan hadith di atas iaitu wajibnya diam kecuali dalam kebaikan dan anjuran untuk menjaga lisan.

Justeru, jangan pernah putus asa untuk memohon pertolongan Allah kerana pada hakikatnya Allah lah Yang Maha Membolak balikkan hati seseorang. Biar sekeras mana pun hati seseorang namun tidak ada yang mustahil jika Allah berkehendak untuk melembutkan hatinya dan menunjukkan kepada jalan-Nya...

~ Abu Imtiyaz ~
Muhasabah malam ini

Kebaikan yang tiada keburukan padanya adalah bersyukur ketika sihat dan bersabar ketika diuji dengan musibah.

Tetapi banyak manusia yang dianugerahi berbagai kenikmatan namun tidak mensyukurinya dan yang ditimpa suatu musibah tetapi tidak bersabar atasnya.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sunat Takbir Raya Bermula 9hb Zulhijjah

عَنْ عَلِيِّ وَعَمَّارٍ رضي الله عنهما أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُكَبِّرُ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ صَلاةَ الْغَدَاةِ  وَيَقْطَعُهَا صَلاةَ الْعَصْرِ  آخِرَ أَيَّامِ التَّشْرِيقِ

Daripada Ali dan Ammar RA: Sesungguhnya Nabi SAW bertakbir pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) selepas solat Subuh dan memberhentikannya selepas solat Asar hari Tasyriq yang akhir (13hb Zulhijjah). (HR al-Hakim  No: 1111) Status : Isnad Sahih

Pengajaran:

1.Bagi yang tidak mengerjakan haji, takbir raya bagi hari raya Eidil Adha bermula daripada Subuh 9hb Zulhijjah sehingga waktu Asar hari Tasyriq yang terakhir (13hb Zulhijjah) berdasarkan pendapat Imam al-Nawawi yang dipilih dalam Kitab al-Tashih, al-Majmuk, al-Azkar (Asah) dan Raudhah al-Talibin (Azhar).

2.Takbir ini dipanggil Takbir Muqayyad iaitu takbir yang dilafazkan mengiringi solat sama ada solat fardu, sunat, tunai, qada’ dan solat jenazah.

3.Sunat terus bertakbir sebaik sahaja selesai solat setiap solat bermula solat subuh 9hb Zulhijjah sehingga selepas solat Asar 13hb Zulhijjah.

4.Sunat mengkemudiankan zikir selepas Takbir Muqayyad.

Marilah kita bersedia untuk melaksanakan Takbir Muqayyad dan Takbir Mursal (takbir bermula terbenam matahari masuknya hari raya).

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

13hb Jun 2024
06hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Taubat

وَتُوبُوۤا۟ إِلَى ٱللَّهِ جَمِیعًا أَیُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".
(an-Nūr: 31)

Di dalam ayat ini, Allah SWT menyeru hamba-hambaNya yang beriman supaya bertaubat.
Seruan supaya bertaubat secara tidak langsung mengandungi beberapa maksud:

1) Semua orang yang beriman tidak terlepas daripada dosa kecuali para nabi dan rasul yang maksum.

2) Apabila Allah SWT menyeru supaya bertaubat, ini bermakna Allah menawarkan keampunan untuk hambaNya kerana tidak ada erti jika di suruh taubat tetapi bila hambaNya bertaubat Dia tidak mengampunkan mereka. Ini diperkukuhkan lagi dengan ungkapan terakhir di penghujung ayat: 'supaya kamu berjaya'.

3) Semua kita inginkan kejayaan. Maka dalam ayat di atas, Allah SWT membuka satu jalan kepada untuk menuju kejayaan, iaitu dengan jalan taubat. Perlu difahami bahawa maksud kejayaan di sisi Allah tidak sama dengan kejayaan yang manusia faham. Sebahagian manusia mungkin memahami maksud kejayaan itu sekadar apa yang dicapai di dunia semata-mata. Tetapi di sisi Allah, maksud kejayaan yang sebenar ialah selamat daripada azab api neraka dan berjaya melangkah ke syurga.

4) Alangkah jauh beza sifat Maha Pengampun Allah dengan manusia. Allah menyeru hambaNya yang berdosa agar bertaubat kerana Dia mahu mengampunkan mereka. Sedangkan kita manusia, apabila orang buat salah pada kita, usahkan hendak panggil, malah kadang-kadang orang itu sudah datang untuk minta maaf pun sukar untuk dimaafkan.

وَجَزَ ٰ⁠ۤؤُا۟ سَیِّئَةࣲ سَیِّئَةࣱ مِّثۡلُهَاۖ فَمَنۡ عَفَا وَأَصۡلَحَ فَأَجۡرُهُۥ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ لَا یُحِبُّ ٱلظَّـٰلِمِینَ

"Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim".
(ash-Shūrā 40)

Semoga kita semua termasuk dalam golongan hambaNya yang bertaubat dan menghayati sifat suka memaafkan sesama insan.
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Sunat Arafah

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ  أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة

Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah. (Sunan Tirmizi No: 680) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Disunahkan berpuasa pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji

2.Orang yang berpuasa pada hari Arafah akan mendapat ganjaran keampunan setahun sebelum dan setahun selepas

3.Ganjaran puasa sunat Arafah seolah-olah berpuasa selama dua tahun.

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَلِمَةً تُشْبِهُ عَدْلَ ذَلِكَ قَالَ صَوْمُ عَرَفَةَ بِصَوْمِ سَنَتَيْنِ وَصَوْمُ عَاشُورَاءَ بِصَوْمِ سَنَة

Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi SAW mengucapkan kata-kata yang mirip dengan kesamaannya, ia berkata; Puasa 'Arafah seperti puasa dua tahun dan puasa 'Asyura` sama seperti puasa setahun. (Musnad Ahmad No: 21568)

4.Rasulullah SAW dan para sahabat tidak menunaikan puasa Arafah ketika melaksanakan ibadah Haji, namun boleh sahaja untuk berpuasa.

سُئِلَ ابْنُ عُمَرَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ بِعَرَفَةَ فَقَالَ حَجَجْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ أَبِي بَكْرٍ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُمَرَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُثْمَانَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَأَنَا لَا أَصُومُهُ وَلَا آمُرُ بِهِ وَلَا أَنْهَى عَنْهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ أَيْضًا عَنْ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَجُلٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَأَبُو نَجِيحٍ اسْمُهُ يَسَارٌ وَقَدْ سَمِعَ مِنْ ابْنِ عُمَر

Ibnu Umar RA ditanya tentang puasa Arafah di 'Arafah, dia menjawab, saya pernah melaksanakan haji bersama Nabi SAW dan dia tidak puasa di Arafah, saya juga pernah haji bersama Abu Bakar beliau juga tidak puasa 'Arafah, pernah juga bersama Umar dan dia tidak berpuasa, demikian halnya bersama 'Utsman, beliau juga tidak berpuasa dan saya tidak berpuasa juga tidak menyuruh orang lain untuk berpuasa dan tidak juga melarangnya. (HR Tirmizi No: 682) Status: Isnad Sahih

Marilah kita mengambil kesempatan untuk melaksanakan puasa sunat hari Arafah pada Ahad ini 16hb Jun 2024 bagi kita di Malaysia. Ayuh ingatkan ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan kita untuk merebut peluang yang hanya datang setahun sekali. Tahun depan belum tentu kita menemuinya.
 
#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

14hb Jun 2024
07hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Perjalanan Mengerjakan Ibadah Haji

Semoga semua jemaah haji diberikan oleh Allah SWT kesabaran dan ketenangan serta didoakan mendapat sebaik-baik ganjaran haji yang MABRUR.

https://www.facebook.com/share/p/KPgXFiai7FaEBAAr/?mibextid=xfxF2i