MEKANIK IMAN.
332 subscribers
1.84K photos
529 videos
99 files
4.21K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
๐Ÿ‘‰ https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Empat Bulan Haram

ุนู† ุฃุจูŠ ุจูƒุฑุฉ ู†ููŠุน ุจู† ุงู„ุญุงุฑุซ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ ุนู† ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚ุงู„‏:‏   ุงู„ุฒู‘ูŽู…ูŽุงู†ู ู‚ูŽุฏู’ ุงุณู’ุชูŽุฏูŽุงุฑูŽ ูƒูŽู‡ูŽูŠู’ุฆูŽุชูู‡ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุฎูŽู„ูŽู‚ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽูˆูŽุงุชู ูˆูŽุงู„ุฃูŽุฑู’ุถูŽุŒ ุงู„ุณู‘ูŽู†ูŽุฉู ุงุซู’ู†ูŽุง ุนูŽุดูŽุฑูŽ ุดูŽู‡ู’ุฑู‹ุงุŒ ู…ูู†ู’ู‡ูŽุง ุฃูŽุฑู’ุจูŽุนูŽุฉูŒ ุญูุฑูู…ูŒุŒ ุซูŽู„ุงูŽุซูŽุฉูŒ ู…ูุชูŽูˆูŽุงู„ููŠูŽุงุชูŒ: ุฐููˆ ุงู„ู‚ูŽุนู’ุฏูŽุฉู ูˆูŽุฐููˆ ุงู„ุญูุฌู‘ูŽุฉู ูˆูŽุงู„ู…ูุญูŽุฑู‘ูŽู…ูุŒ ูˆูŽุฑูŽุฌูŽุจู ู…ูุถูŽุฑูŽุŒ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุฌูู…ูŽุงุฏูŽู‰ ูˆูŽุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ

Daripada Abi Bakrah Nafiโ€™ bin al Harith RA, dari Nabi SAW bersabda: โ€œWaktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab Mudhor terletak antara Jamadi al-Akhir dan Syaโ€™ban.โ€ (HR Bukhari No: 4054) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Bulan Haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab) bermaksud bulan ini diharamkan berperang juga sebarang kezaliman dan setiap kezaliman yang dilakukan dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain.

2.  Imam al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas RA yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan pada bulan bulan ini juga adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. (Lihat: Tafsir Ibn Kathir, 130/4)

3. Ambillah kesempatan ketika berada di salah satu bulan haram yang mulia ini iaitu bulan Zulhijjah khususnya di awal 10 haribulan serta hari tasyrik 11, 12 dan 13 untuk melakukan pelbagai amal soleh. Antara amal soleh yang boleh dilakukan:

a)  Perbanyakkan zikir, membaca al-Quran, berdoa dan memohon  keampunan
b)  Puasa sunat sekurang-kurangnya pada 9hb Zulhijjah
c)  Hidupkan malam hari dengan ibadat qiamullail
d)  Perbanyakkan bersedekah dan melakukan amal kebajikan yang lain
e)  Berusahalah melaksanakan ibadat kurban
f)  Berusahalah meninggalkan maksiat dan perkara yang tidak berfaedah

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

12hb Jun 2024
05hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sunat Takbir Raya Bermula 9hb Zulhijjah

ุนูŽู†ู’ ุนูŽู„ููŠูู‘ ูˆูŽุนูŽู…ู‘ูŽุงุฑู ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ู…ุง ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠูู‘ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠููƒูŽุจูู‘ุฑู ู…ูู†ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ ุตูŽู„ุงุฉูŽ ุงู„ู’ุบูŽุฏูŽุงุฉู  ูˆูŽูŠูŽู‚ู’ุทูŽุนูู‡ูŽุง ุตูŽู„ุงุฉูŽ ุงู„ู’ุนูŽุตู’ุฑู  ุขุฎูุฑูŽ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุงู„ุชู‘ูŽุดู’ุฑููŠู‚ู

Daripada Ali dan Ammar RA: Sesungguhnya Nabi SAW bertakbir pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) selepas solat Subuh dan memberhentikannya selepas solat Asar hari Tasyriq yang akhir (13hb Zulhijjah). (HR al-Hakim  No: 1111) Status : Isnad Sahih

Pengajaran:

1.Bagi yang tidak mengerjakan haji, takbir raya bagi hari raya Eidil Adha bermula daripada Subuh 9hb Zulhijjah sehingga waktu Asar hari Tasyriq yang terakhir (13hb Zulhijjah) berdasarkan pendapat Imam al-Nawawi yang dipilih dalam Kitab al-Tashih, al-Majmuk, al-Azkar (Asah) dan Raudhah al-Talibin (Azhar).

2.Takbir ini dipanggil Takbir Muqayyad iaitu takbir yang dilafazkan mengiringi solat sama ada solat fardu, sunat, tunai, qadaโ€™ dan solat jenazah.

3.Sunat terus bertakbir sebaik sahaja selesai solat setiap solat bermula solat subuh 9hb Zulhijjah sehingga selepas solat Asar 13hb Zulhijjah.

4.Sunat mengkemudiankan zikir selepas Takbir Muqayyad.

Marilah kita bersedia untuk melaksanakan Takbir Muqayyad dan Takbir Mursal (takbir bermula terbenam matahari masuknya hari raya).

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

13hb Jun 2024
06hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Puasa Sunat Arafah

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‚ูŽุชูŽุงุฏูŽุฉูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุตููŠูŽุงู…ู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ ุฅูู†ู‘ููŠ ุฃูŽุญู’ุชูŽุณูุจู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽู†ู’ ูŠููƒูŽูู‘ูุฑูŽ ุงู„ุณู‘ูŽู†ูŽุฉูŽ ุงู„ู‘ูŽุชููŠ ู‚ูŽุจู’ู„ูŽู‡ู ูˆูŽุงู„ุณู‘ูŽู†ูŽุฉูŽ ุงู„ู‘ูŽุชููŠ ุจูŽุนู’ุฏูŽู‡ู  ุฃูŽู‡ู’ู„ู ุงู„ู’ุนูู„ู’ู…ู ุตููŠูŽุงู…ูŽ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุจูุนูŽุฑูŽููŽุฉ

Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah. (Sunan Tirmizi No: 680) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Disunahkan berpuasa pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji

2.Orang yang berpuasa pada hari Arafah akan mendapat ganjaran keampunan setahun sebelum dan setahun selepas

3.Ganjaran puasa sunat Arafah seolah-olah berpuasa selama dua tahun.

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‚ูŽุชูŽุงุฏูŽุฉูŽ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ูƒูŽู„ูู…ูŽุฉู‹ ุชูุดู’ุจูู‡ู ุนูŽุฏู’ู„ูŽ ุฐูŽู„ููƒูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุตูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ ุจูุตูŽูˆู’ู…ู ุณูŽู†ูŽุชูŽูŠู’ู†ู ูˆูŽุตูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุงุดููˆุฑูŽุงุกูŽ ุจูุตูŽูˆู’ู…ู ุณูŽู†ูŽุฉ

Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi SAW mengucapkan kata-kata yang mirip dengan kesamaannya, ia berkata; Puasa 'Arafah seperti puasa dua tahun dan puasa 'Asyura` sama seperti puasa setahun. (Musnad Ahmad No: 21568)

4.Rasulullah SAW dan para sahabat tidak menunaikan puasa Arafah ketika melaksanakan ibadah Haji, namun boleh sahaja untuk berpuasa.

ุณูุฆูู„ูŽ ุงุจู’ู†ู ุนูู…ูŽุฑูŽ ุนูŽู†ู’ ุตูŽูˆู’ู…ู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ ุจูุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุญูŽุฌูŽุฌู’ุชู ู…ูŽุนูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุตูู…ู’ู‡ู ูˆูŽู…ูŽุนูŽ ุฃูŽุจููŠ ุจูŽูƒู’ุฑู ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุตูู…ู’ู‡ู ูˆูŽู…ูŽุนูŽ ุนูู…ูŽุฑูŽ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุตูู…ู’ู‡ู ูˆูŽู…ูŽุนูŽ ุนูุซู’ู…ูŽุงู†ูŽ ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุตูู…ู’ู‡ู ูˆูŽุฃูŽู†ูŽุง ู„ูŽุง ุฃูŽุตููˆู…ูู‡ู ูˆูŽู„ูŽุง ุขู…ูุฑู ุจูู‡ู ูˆูŽู„ูŽุง ุฃูŽู†ู’ู‡ูŽู‰ ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽุจููˆ ุนููŠุณูŽู‰ ู‡ูŽุฐูŽุง ุญูŽุฏููŠุซูŒ ุญูŽุณูŽู†ูŒ ูˆูŽู‚ูŽุฏู’ ุฑููˆููŠูŽ ู‡ูŽุฐูŽุง ุงู„ู’ุญูŽุฏููŠุซู ุฃูŽูŠู’ุถู‹ุง ุนูŽู†ู’ ุงุจู’ู†ู ุฃูŽุจููŠ ู†ูŽุฌููŠุญู ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠู‡ู ุนูŽู†ู’ ุฑูŽุฌูู„ู ุนูŽู†ู’ ุงุจู’ู†ู ุนูู…ูŽุฑูŽ ูˆูŽุฃูŽุจููˆ ู†ูŽุฌููŠุญู ุงุณู’ู…ูู‡ู ูŠูŽุณูŽุงุฑูŒ ูˆูŽู‚ูŽุฏู’ ุณูŽู…ูุนูŽ ู…ูู†ู’ ุงุจู’ู†ู ุนูู…ูŽุฑ

Ibnu Umar RA ditanya tentang puasa Arafah di 'Arafah, dia menjawab, saya pernah melaksanakan haji bersama Nabi SAW dan dia tidak puasa di Arafah, saya juga pernah haji bersama Abu Bakar beliau juga tidak puasa 'Arafah, pernah juga bersama Umar dan dia tidak berpuasa, demikian halnya bersama 'Utsman, beliau juga tidak berpuasa dan saya tidak berpuasa juga tidak menyuruh orang lain untuk berpuasa dan tidak juga melarangnya. (HR Tirmizi No: 682) Status: Isnad Sahih

Marilah kita mengambil kesempatan untuk melaksanakan puasa sunat hari Arafah pada Ahad ini 16hb Jun 2024 bagi kita di Malaysia. Ayuh ingatkan ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan kita untuk merebut peluang yang hanya datang setahun sekali. Tahun depan belum tentu kita menemuinya.
 
#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

14hb Jun 2024
07hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Hari Arafah  Diampunkan Dosa dan Waktu Doa Mustajab

ุนูŽู†ู’ ุงุจู’ู†ู ุงู„ู’ู…ูุณูŽูŠู‘ูŽุจู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉู ุฅูู†ู‘ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽ ู…ูู†ู’ ุฃูŽู†ู’ ูŠูุนู’ุชูู‚ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูููŠู‡ู ุนูŽุจู’ุฏู‹ุง ู…ูู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู ู…ูู†ู’ ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽูŠูŽุฏู’ู†ููˆ ุซูู…ู‘ูŽ ูŠูุจูŽุงู‡ููŠ ุจูู‡ูู…ู’ ุงู„ู’ู…ูŽู„ูŽุงุฆููƒูŽุฉูŽ ููŽูŠูŽู‚ููˆู„ู ู…ูŽุง ุฃูŽุฑูŽุงุฏูŽ ู‡ูŽุคูู„ูŽุงุกู

Daripada Ibnul Musayyab ia berkata, Aisyah berkata; Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?โ€ [Sahih Muslim No. 3354]. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Antara keutamaan Hari Arafah ialah mendapat keampunan Allah. Ibnu Rajab Al Hambali mengatakan, โ€œHari Arafah adalah hari pembebasan dari api neraka. Pada hari itu, Allah akan membebaskan siapa saja yang sedang wukuf di Arafah dan penduduk negeri kaum muslimin yang tidak melaksanakan wukuf. Oleh kerana itu, hari setelah hari Arafah iaitu hari Idul Adha adalah hari raya bagi kaum muslimin di seluruh dunia. Baik yang melaksanakan haji dan yang tidak melaksanakannya sama-sama akan mendapatkan pembebasan dari api neraka dan ampunan pada hari Arafah.

2.Selain daripada tuntutan berpuasa sunat pada hari arafah bagi yang tidak menunaikan ibadat haji, digalakkan juga untuk berdoa kerana hari Arafah antara sebaik-baik waktu untuk berdoa.

ุนูŽู†ู’ ุนูŽู…ู’ุฑููˆ ุจู’ู†ู ุดูุนูŽูŠู’ุจู ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠู‡ู ุนูŽู†ู’ ุฌูŽุฏู‘ูู‡ู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฎูŽูŠู’ุฑู ุงู„ุฏู‘ูุนูŽุงุกู ุฏูุนูŽุงุกู ูŠูŽูˆู’ู…ู ุนูŽุฑูŽููŽุฉูŽ ูˆูŽุฎูŽูŠู’ุฑู ู…ูŽุง ู‚ูู„ู’ุชู ุฃูŽู†ูŽุง ูˆูŽุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ููˆู†ูŽ ู…ูู†ู’ ู‚ูŽุจู’ู„ููŠ ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ู„ูŽุง ุดูŽุฑููŠูƒูŽ ู„ูŽู‡ู ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒู ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ู‘ู ุดูŽูŠู’ุกู ู‚ูŽุฏููŠุฑูŒ

Dari โ€˜Amr bin Syuโ€™aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: "LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAHU LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagiโ€“Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu)โ€. [HR. Tirmizi no. 3509]. Status: Hadis Hasan.

3.Bagi mereka yang pergi menunaikan ibadat Haji, antara waktu dan tempat doa mustajab adalah pada hari Arafah dan di padang Arafah bermula selepas gelincir matahari 9hb Zulhijjah hingga terbit fajar 10hb Zulhijjah.

4.Syaikh Sholih Al Munajjid: Mustajabnya doa tersebut adalah umum, sama ada yang menunaikan ibadat haji ataupun yang tidak menunaikan haji disebabkan  keutamaan yang ada adalah keutamaan hari arafah. Sedangkan yang berada di Arafah (yang sedang wukuf pada tanggal 9 Dzulhijjah), ia berarti menggabungkan antara keutamaan waktu dan tempat.

5.Antara zikir yang paling baik dilafazkan dihari Arafah ialah 

ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุญู’ุฏูŽู‡ู ู„ูŽุง ุดูŽุฑููŠูƒูŽ ู„ูŽู‡ู ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ู…ูู„ู’ูƒู ูˆูŽู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ู‘ู ุดูŽูŠู’ุกู ู‚ูŽุฏููŠุฑูŒ

Rebutlah peluang kelebihan hari wukuf di arafah dengan puasa sunat (bagi yang tidak mengerjakan ibadat haji) dan perbanyakan doa dan zikir.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

15hb Jun 2024
08hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sembelihan Korban Selepas Solat Sunat Hari Raya

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽู†ูŽุณู ุจู’ู†ู ู…ูŽุงู„ููƒู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู…ูŽู†ู’ ุฐูŽุจูŽุญูŽ ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ููŽุฅูู†ู‘ูŽู…ูŽุง ุฐูŽุจูŽุญูŽ ู„ูู†ูŽูู’ุณูู‡ู ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุฐูŽุจูŽุญูŽ ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ููŽู‚ูŽุฏู’ ุชูŽู…ู‘ูŽ ู†ูุณููƒูู‡ู ูˆูŽุฃูŽุตูŽุงุจูŽ ุณูู†ู‘ูŽุฉูŽ ุงู„ู’ู…ูุณู’ู„ูู…ููŠู†ูŽ

Daripada Anas bin Malik RA, dia berkata; Nabi SAW bersabda: Barang siapa menyembelih (binatang korban) sebelum solat (Eid), maka ia menyembelih untuk dirinya sendiri, dan barang siapa menyembelih setelah solat (Eid), maka ibadah korbannya telah sempurna dan bertindak sesuai dengan sunnah kaum Muslimin." (HR Bukhari No: 5120) Status : Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Penyembelihan korban adalah amal yang lebih disukai Allah pada Hari Raya Eidul Adha dan hari-hari tasyrik (11, 12 & 13 Zulhijjah) daripada setiap Muslim yang berkemampuan.

2.Mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban hendaklah melakukan sembelihan selepas solat sunat Eidul Adha.

3.Sembelihan Korban yang dilaksanakan sebelum solat sunat hari raya tidak menjadi ibadat korban, malah hanya akan menjadi sembelihan untuk makan biasa. 

4.Justeru itu, laksanakanlah ibadah korban dengan memastikan waktu sembelihan selepas solat sunat Eidul Adha pada 10hb Zulhijjah sehingga hari tasyrik terakhir 13hb sebelum waktu maghrib.

5.Laksanakan korban dengan binatang yang terbaik berdasarkan kemampuan kewangan di samping cara penyembelihan dan pengagihan daging yang sempurna.

Berusahalah melakukan sembelihan korban pada waktu yang ditetapkan di samping dilaksanakan dengan sempurna dengan mengambil kira SOP yang ditetapkan di satu-satu kawasan. Moga Allah menerima amal ibadah korban kita.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

16hb Jun 2024
09hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tempoh Makan Daging Korban

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ูŽู†ู ุจู’ู†ู ุนูŽุงุจูุณู ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูู„ู’ุชู ู„ูุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ุฃูŽู†ูŽู‡ูŽู‰ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุฃูŽู†ู’ ุชูุคู’ูƒูŽู„ูŽ ู„ูุญููˆู…ู ุงู„ู’ุฃูŽุถูŽุงุญููŠู‘ู ููŽูˆู’ู‚ูŽ ุซูŽู„ูŽุงุซู ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ู…ูŽุง ููŽุนูŽู„ูŽู‡ู ุฅูู„ู‘ูŽุง ูููŠ ุนูŽุงู…ู ุฌูŽุงุนูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ูููŠู‡ู ููŽุฃูŽุฑูŽุงุฏูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูุทู’ุนูู…ูŽ ุงู„ู’ุบูŽู†ููŠู‘ู ุงู„ู’ููŽู‚ููŠุฑูŽ ูˆูŽุฅูู†ู’ ูƒูู†ู‘ูŽุง ู„ูŽู†ูŽุฑู’ููŽุนู ุงู„ู’ูƒูุฑูŽุงุนูŽ ููŽู†ูŽุฃู’ูƒูู„ูู‡ู ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุฎูŽู…ู’ุณูŽ ุนูŽุดู’ุฑูŽุฉูŽ ู‚ููŠู„ูŽ ู…ูŽุง ุงุถู’ุทูŽุฑู‘ูŽูƒูู…ู’ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ููŽุถูŽุญููƒูŽุชู’ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ู…ูŽุง ุดูŽุจูุนูŽ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ู‘ูŽุฏู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู…ูู†ู’ ุฎูุจู’ุฒู ุจูุฑู‘ู ู…ูŽุฃู’ุฏููˆู…ู ุซูŽู„ูŽุงุซูŽุฉูŽ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ู„ูŽุญูู‚ูŽ ุจูุงู„ู„ู‘ูŽู‡

Daripada 'Abdurrahman bin Abis dari Bapanya ia berkata; "Aku bertanya kepada Aisyah; 'Apakah Nabi SAW melarang untuk makan daging sembelihan hari raya Adha lebih dari tiga hari? ' Aisyah menjawab; "Baginda tidak melakukan itu kecuali pada tahun kesulitan (manusia kelaparan), sehingga baginda berharap orang kaya memberi makan kepada yang miskin. Dan sungguh, kami boleh makan daging kambing setelah lima belas hari." Lalu dikatakan; 'Apa yang mendorong kalian melakukan itu? ' Aisyah tertawa, lalu ia berkata; 'Keluarga Muhammad SAW tidak pernah merasa kenyang kerana makan roti atau gandum lebih dari tiga hari hingga baginda bertemu dengan Allah.' (HR Bukhari No: 5003) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Daging korban sebahagian untuk disedekahkan dan 1/3 boleh diambil untuk dimasak dan dimakan serta boleh juga disimpan

2.Daging korban boleh disimpan lebih dari 3 hari tasyriq (tiada batas maksimum). Ia merupakan pendapat majoriti ulama dari kalangan sahabat, tabiโ€™in serta empat imam mazhab.

3.Rasulullah SAW tidak berlebihan dalam bab makan, hingga boleh berjimat memakan daging korban secara berdikit dalam tempoh yang agak lama.

4.Orang mukmin makannya apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Elakkan berlebihan dalam makan dan minum. Seperti dalam hadis lain:

ุจูุญูŽุณู’ุจู ุงุจู’ู†ู ุขุฏูŽู…ูŽ ุฃููƒูู„ูŽุงุชูŒ ูŠูู‚ูู…ู’ู†ูŽ ุตูู„ู’ุจูŽู‡ูุŒ ููŽุฅูู†ู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ู„ูŽุง ู…ูŽุญูŽุงู„ูŽุฉูŽ ููŽุซูู„ูุซูŒ ู„ูุทูŽุนูŽุงู…ูู‡ู ูˆูŽุซูู„ูุซูŒ ู„ูุดูŽุฑูŽุงุจูู‡ู ูˆูŽุซูู„ูุซูŒ ู„ูู†ูŽููŽุณูู‡

โ€œCukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah 1/3 untuk makanannya, 1/3 untuk minumannya, dan 1/3 untuk nafasnya.โ€ (HR Tirmidzi No: 2380)

Semoga kita bersifat RAHMAH dengan mengagihkan bahagian korban sebaiknya dan tidak berlebihan dalam makan dan minum.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

17hb Jun 2024
10hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mengingati Neraka

ุนู† ุงู„ู†ุนู…ุงู† ุจู† ุจุดูŠุฑ  ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ู…ุง  ู‚ุงู„ : ุณู…ุนุช ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู…  ูŠู‚ูˆู„
ุฃูŽู†ู’ุฐูŽุฑู’ุชููƒูู…ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑูŽ ุฃูŽู†ู’ุฐูŽุฑู’ุชููƒูู…ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑูŽ" ููŽู…ูŽุง ุฒูŽุงู„ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ูู‡ูŽุง ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ู„ูŽูˆู’ ูƒูŽุงู†ูŽ ูููŠ ู…ูŽู‚ูŽุงู…ููŠ ู‡ูŽุฐูŽุง ุณูŽู…ูุนูŽู‡ู ุฃูŽู‡ู’ู„ู ุงู„ุณู‘ููˆู‚ู ูˆูŽุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุณูŽู‚ูŽุทูŽุชู’ ุฎูŽู…ููŠุตูŽุฉูŒ ูƒูŽุงู†ูŽุชู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ุนูู†ู’ุฏูŽ ุฑูุฌู’ู„ูŽูŠู’ู‡ู

Daripada Nuโ€™man bin Basyir RA katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW berkhutbah dengan berkata: โ€œAku berikan peringatan kepada kamu semua akan neraka, Aku berikan peringatan kepada kamu semua akan neraka.โ€ Sentiasalah baginda mengulanginya sehingga seandainya baginda berada di kedudukan aku ini, orang-orang yang berada di (hujung) pasar akan mendengarnya. (baginda mengulangi ungkapan tersebut) sehingga kain baginda yang berada di atas bahu terjatuh ke kaki baginda tanpa disedari.โ€ (HR Tirmizi No: 5687) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Neraka adalah suatu tempat yang menggerunkan. Kawasannya bersangatan dalam. Azab yang disediakan di dalamnya berbentuk kepanasan yang melampau dan membakar. Cemeti-cemetinya diperbuat daripada besi.

2.  Nabi SAW sering memberikan peringatan tentang neraka. Bersungguhnya baginda dalam memberi peringatan itu sehingga baginda meninggikan suara dan mengulang beberapa kali.

3. Kita diperintahkan untuk sentiasa mengingati hari pembalasan. Seperti pesan saidina Umar:

ุฃูŽูƒู’ุซูุฑููˆุง ุฐููƒู’ุฑูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุญูŽุฑู‘ูŽู‡ูŽุง ุดูŽุฏููŠุฏูŒ ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽ ู‚ูŽุนู’ุฑูŽู‡ูŽุง ุจูŽุนููŠุฏูŒ ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽ ู…ูŽู‚ูŽุงู…ูุนูŽู‡ูŽุง ุญูŽุฏููŠุฏูŒ

โ€œPerbanyakkanlah mengingati neraka. Sesungguhnya kepanasannya bersangatan, lantainya amat dalam dan cemeti-cemetinya adalah besi.โ€

4.  Dalam berdakwah, hendaklah digabungkan unsur-unsur memberi khabar gembira tentang syurga dan khabar ancaman dengan neraka. Agar ada dorongan melakukan kebaikan kerana mengharapkan syurga dan berusaha menjauhi dosa kerana gerunkan azab neraka.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

18hb Jun 2024
11hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Permudahkan Jangan Menyukarkan

ุนูŽู†ู ุงุจู’ู†ู ุนูŽุจู‘ูŽุงุณู ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุนูŽู„ู‘ูู…ููˆุง ูˆูŽูŠูŽุณู‘ูุฑููˆุง ูˆูŽู„ูŽุง ุชูุนูŽุณู‘ูุฑููˆุง ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุบูŽุถูุจู’ุชูŽ ููŽุงุณู’ูƒูุชู’ ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุบูŽุถูุจู’ุชูŽ ููŽุงุณู’ูƒูุชู’ ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุบูŽุถูุจู’ุชูŽ ููŽุงุณู’ูƒูุชู’

Daripada Ibnu Abbas, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "hendaklah kalian mengajar, mempermudah dan jangan mempersulit. Bila engkau marah maka diamlah. Bila engkau marah maka diamlah. Bila engkau marah maka diamlah." (HR Ahmad No: 2556) Status Isnad Sahih

Pengajaran:

1.  Berusahalah setiap kita menjadi guru, pendakwah, pendidik bagi menyampaikan ilmu untuk membimbing orang lain menjadi insan solleh.

2.  Dalam membimbing, kita perlu mempermudahkan orang yang dibimbing dan dinasihati agar mereka dapat memahami dan beramal dengannya.

3.  Sebagai guru dan penasihat, kita akan berhadapan dengan pelbagai karenah dan perangai anak murid atau orang yang kita sampaikan dan nasihati. Kesabaran adalah perlu ketika berhadapan dengan pelbagai ujian dan perangai murid.

4.  Rasulullah SAW mengulang tiga kali agar kita "DIAM" jika kita marah. Sebarang tindak balas akibat dari marah akan memudaratkan kita dan orang lain.

Ayuh menjadi orang yang memudahkan orang lain, sentiasa bersabar menghadapi orang lain.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

19hb Jun 2024
12hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mensyukuri Nikmat

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุงู†ู’ุธูุฑููˆุง ุฅูู„ูŽู‰ ู…ูŽู†ู’ ู‡ููˆูŽ ุฃูŽุณู’ููŽู„ูŽ ู…ูู†ู’ูƒูู…ู’ ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽู†ู’ุธูุฑููˆุง ุฅูู„ูŽู‰ ู…ูŽู†ู’ ู‡ููˆูŽ ููŽูˆู’ู‚ูŽูƒูู…ู’ ููŽู‡ููˆูŽ ุฃูŽุฌู’ุฏูŽุฑู ุฃูŽู†ู’ ู„ูŽุง ุชูŽุฒู’ุฏูŽุฑููˆุง ู†ูุนู’ู…ูŽุฉูŽ ุงูŽู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูู…ู’

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW  bersabda: โ€œLihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu, kerana yang demikian itu lebih patut, agar kamu tidak memandang remeh nikmat yang telah Allah berikan kepada kamu.โ€ (HR Muslim No: 2963) Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1.Setiap kita wajib bersyukur di atas segala nikmat yang Allah kurniakan.

2.Satu cara untuk kita sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang Allah kurniakan adalah dengan sentiasa melihat orang yang lebih rendah daripada kita dalam perkara yang berkaitan dengan nikmat dunia seperti tubuh badan yang menarik dan sihat, pemilikan harta, pangkat dan kedudukan.

3.Bersyukurlah diatas segala nikmat yang dikurniakan kepada kita. Semoga dengan memiliki sifat bersyukur akan menjauhkan kita dari penyakit tamak,  hasad, dengki dan panjang angan-angan.

4.Manusia jika melihat kepada orang yang lebih tinggi levelnya dari sisi dunia, maka jiwanya akan menuntut yang serupa dan mulai mengerdilkan kenikmatan yang Allah berikan kepadanya, kemudian bertekad untuk menambah hartanya agar dia dapat mengejar kekayaan orang tersebut atau minima menyamainya. Namun jika dia melihat kepada orang yang lebih rendah darajatnya dalam hal dunia dan harta, akan terpampang di hadapannya kenikmatan Allah yang besar kepadanya, maka dia akan bersyukur atas kenikmatan itu, bersikap rendah hati, serta akan melakukan amalan-amalan kebaikan.

5.Dalam hal kehidupan dunia, berusahalah sebaik mungkin untuknya namun jangan sering  memandang orang yang berada di atas kita. Bersyukurlah dengan apa yang telah kita miliki kini. Tidak perlu irihati dengan apa yang dimiliki oleh orang lain. Lihatlah orang yang berada di bawah kita. Masih ramai orang yang tidak seberuntung kita. Kerana hal ini akan menjauhkan kita dari bersyukur. Allah SWT telah berfirman

ู„ูŽุฆูู†ู’ ุดูŽูƒูŽุฑู’ุชูู…ู’ ู„ูŽุฃูŽุฒููŠุฏูŽู†ู‘ูŽูƒูู…ู’  ูˆูŽู„ูŽุฆูู†ู’ ูƒูŽููŽุฑู’ุชูู…ู’ ุฅูู†ู‘ูŽ ุนูŽุฐูŽุงุจููŠ ู„ูŽุดูŽุฏููŠุฏูŒ

โ€œSesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedihโ€. (Surah Ibrahim ayat : 7)

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

20hb Jun 2024
13hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Jangan Berbuat Zalim Dan Bakhil

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุฅููŠู‘ูŽุงูƒูู…ู’ ูˆูŽุงู„ุธู‘ูู„ู’ู…ูŽ ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ุธู‘ูู„ู’ู…ูŽ ุธูู„ูู…ูŽุงุชูŒ ุนูู†ู’ุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูŠูŽูˆู’ู…ูŽ ุงู„ู’ู‚ููŠูŽุงู…ูŽุฉู ูˆูŽุฅููŠู‘ูŽุงูƒูู…ู’ ูˆูŽุงู„ู’ููุญู’ุดูŽ ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู„ูŽุง ูŠูุญูุจู‘ู ุงู„ู’ููุญู’ุดูŽ ูˆูŽุงู„ุชู‘ูŽููŽุญู‘ูุดูŽ ูˆูŽุฅููŠู‘ูŽุงูƒูู…ู’ ูˆูŽุงู„ุดู‘ูุญู‘ูŽ ููŽุฅูู†ู‘ูŽู‡ู ุฏูŽุนูŽุง ู…ูŽู†ู’ ู‚ูŽุจู’ู„ูŽูƒูู…ู’ ููŽุงุณู’ุชูŽุญูŽู„ู‘ููˆุง ู…ูŽุญูŽุงุฑูู…ูŽู‡ูู…ู’ ูˆูŽุณูŽููŽูƒููˆุง ุฏูู…ูŽุงุกูŽู‡ูู…ู’ ูˆูŽู‚ูŽุทู‘ูŽุนููˆุง ุฃูŽุฑู’ุญูŽุงู…ูŽู‡ูู…ู’

Daripada Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah kalian berbuat zalim, kerana kezaliman akan menjadi kegelapan pada hari kiamat di sisi Allah, janganlah berbuat keji kerana Allah tidak suka kekejian dan perbutan keji, janganlah berbuat kikir, kerana itu yang menyebabkan kerosakan orang-orang sebelum kalian, sehingga mereka menghalalkan kehormatan, menumpahkan darah dan memutus hubungan silaturahim mereka."  (HR Ahmad No: 9202) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Muslim dilarang melakukan kezaliman kepada dirinya dan orang lain.

2.Perbuatan zalim ialah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya mencuri, meninggalkan solat, mencela orang lain. Perbuatan ini adalah maksiat dan dosa. Kezaliman yang paling besar adalah perbuatan syirik yang tidak diampunkan oleh Allah.

3.Allah tidak suka kepada orang yang melakukan perbuatan keji atau buruk

4.Muslim juga dilarang bersifat kikir atau bakhil. Bakhil adalah buah dan akibat dari kecintaan kepada dunia.

5.Orang yang bakhil akan berusaha memiliki harta dengan apa juga cara asalkan mereka dapat dan memiliki tanpa mengira dengan cara yang halal atau haram, sanggup menumpahkan darah dan memutus hubungan silaturahim.

Jauhilah sifat zalim, keji dan bakhil.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

21hb Jun 2024
14hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Dua Titisan dan Kesan Yang Dicintai Allah SWT

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ุฃูู…ูŽุงู…ูŽุฉูŽ ุนูŽู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ุดูŽูŠู’ุกูŒ ุฃูŽุญูŽุจู‘ูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูู†ู’ ู‚ูŽุทู’ุฑูŽุชูŽูŠู’ู†ู ูˆูŽุฃูŽุซูŽุฑูŽูŠู’ู†ู ู‚ูŽุทู’ุฑูŽุฉูŒ ู…ูู†ู’ ุฏูู…ููˆุนู ูููŠ ุฎูŽุดู’ูŠูŽุฉู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽู‚ูŽุทู’ุฑูŽุฉู ุฏูŽู…ู ุชูู‡ูŽุฑูŽุงู‚ู ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุฃูŽู…ู‘ูŽุง ุงู„ู’ุฃูŽุซูŽุฑูŽุงู†ู ููŽุฃูŽุซูŽุฑูŒ ูููŠ ุณูŽุจููŠู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุฃูŽุซูŽุฑูŒ ูููŠ ููŽุฑููŠุถูŽุฉู ู…ูู†ู’ ููŽุฑูŽุงุฆูุถู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู.

Daripada Abu Umamah RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Tiada sesuatu perkara yang paling disukai oleh Allah melainkan dua titisan dan dua kesan. Titisan air mata yang menangis kerana takutkan kepada Allah SWT dan titisan darah yang tumpah pada jalan Allah. Adapun dua kesan yang Allah sukai adalah kesan pada jalan Allah dan kesan fardhu daripada kefardhuan Allah SWT." (HR Tirmizi No: 1669) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Allah SWT amat menyukai akan amalan hamba-Nya yang dilakukan secara ikhlas semata-mata kerana-Nya dan semakin banyak susah payah yang dihadapi, maka semakin bertambahlah ganjaran pahala.

2.  Antara amalan yang disukai oleh Allah SWT adalah dua titisan dan dua kesan. Antara dua titisan itu yang pertama adalah titisan air mata yang takut kepada Allah SWT terhadap dosa-dosa yang telah dilakukan. Rasulullah SAW menyebutkan tujuh golongan yang akan mendapat naungan di hari kiamat salah satu daripadanya adalah:

ูˆูŽุฑูŽุฌูู„ูŒ ุฐูŽูƒูŽุฑูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุฎูŽุงู„ููŠู‹ุง ููŽููŽุงุถูŽุชู’ ุนูŽูŠู’ู†ูŽุงู‡ู

โ€œdan lelaki yang mengalir air matanya ketika bersendirian kerana takut kepada Allahโ€

Titisan kedua yang disukai Allah adalah titisan darah yang ditumpahkan kerana berjuang di jalan Allah SWT.

3.  Dua kesan yang disukai Allah, pertama adalah kesan luka semasa berjuang untuk jalan Allah SWT dan kedua adalah kesan kerana melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga kita tergolong dalam golongan tersebut.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

22hb Jun 2024
15hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Yang Istiqamah Lebih Dikasihi Walaupun Sedikit

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูŽุง ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽุญู’ุชูŽุฌูุฑู ุญูŽุตููŠุฑู‹ุง ุจูุงู„ู„ู‘ูŽูŠู’ู„ู ููŽูŠูุตูŽู„ู‘ููŠ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽูŠูŽุจู’ุณูุทูู‡ู ุจูุงู„ู†ู‘ูŽู‡ูŽุงุฑู ููŽูŠูŽุฌู’ู„ูุณู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ููŽุฌูŽุนูŽู„ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ูŠูŽุซููˆุจููˆู†ูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ููŽูŠูุตูŽู„ู‘ููˆู†ูŽ ุจูุตูŽู„ูŽุงุชูู‡ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูƒูŽุซูุฑููˆุง ููŽุฃูŽู‚ู’ุจูŽู„ูŽ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ูŠูŽุง ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุฎูุฐููˆุง ู…ูู†ู’ ุงู„ู’ุฃูŽุนู’ู…ูŽุงู„ู ู…ูŽุง ุชูุทููŠู‚ููˆู†ูŽ ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู„ูŽุง ูŠูŽู…ูŽู„ู‘ู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ุชูŽู…ูŽู„ู‘ููˆุง ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽ ุฃูŽุญูŽุจู‘ูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุนู’ู…ูŽุงู„ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู…ูŽุง ุฏูŽุงู…ูŽ ูˆูŽุฅูู†ู’ ู‚ูŽู„ู‘ูŽ

Daripada Aisyah RA bahawa pada suatu malam Nabi SAW mengambil tikar yang diperbuat daripada pelepah dan daun tamar untuk dijadikan dinding tempat baginda bersolat di waktu malam dan di waktu siang baginda menghamparkan tikar daun tamar itu dan duduk di atasnya, orangpun datang berkumpul kepada Rasulullah lalu solat sepertinya sehingga ramai yang mengikutinya, Rasulullah datang dan menemui mereka lalu bersabda: "Wahai sekalian manusia, beramallah sekadar kemampuan kamu, bahawasanya, Allah tidak akan berasa jemu sehingga kalian merasa jemu. Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai Allah adalah amalan yang dikerjakan secara berkekalan walaupun sedikit." (HR Bukhari No: 5413) Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW adalah contoh terbaik dalam kehidupan seharian dan dalam beribadat. Sebagai manusia maksum yang dosa-dosanya diampunkan Allah, walaupun di siang harinya sibuk dengan urusan bermasyarakat dan Negara namun baginda masih kuat untuk beribadat di malam hari dan memohon keampunan daripada Allah.

2.  Rasulullah SAW amat bersederhana dalam kehidupan. Baginda tidak menyediakan tempat yang khusus dan indah untuk beribadat. Menggunakan tikar yang diperbuat daripada pelepah tamar yang juga digunakan diwaktu siang sebagai tempat alas duduk dan di waktu malam dijadikan dinding untuk baginda jadikan penghadang untuk solat malam.

3.  Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW bertujuan untuk mengajar kita secara praktikal supaya hidup dengan cara yang mudah, reda dengan apa yang ada serta beribadat dengan cara yang tidak memberatkan.

4.  Perbuatan Rasulullah SAW melaksanakan solat sunat di malam hari itu telah menyebabkan ramai sahabat berhimpun untuk mengikutinya. Bagi mengelakkan ianya dianggap โ€œwajibโ€ oleh para sahabat, lalu Rasulullah memberikan arahan dan panduan beribadat iaitu buatlah  sekadar yang termampu dan tidak diberatkan agar ia tidak berasa jemu.

5.  Amalan yang paling baik dan dikasihi Allah ialah amalan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

23hb Jun 2024
16hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Amalan Ke Syurga Dengan Selamat

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ู„ู‡ู ุจู’ู†ู ุณูŽู„ูŽุงู…ู ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู„ูŽู…ู‘ูŽุง ู‚ูŽุฏูู…ูŽ ุฑูŽุณููˆู’ู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุฏููŠู’ู†ูŽุฉูŽ  ุงูู†ู’ุฌูŽููŽู„ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู  ูˆูŽู‚ููŠู’ู„ูŽ : ู‚ูŽุฏูู…ูŽ ุฑูŽุณููˆู’ู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ  ููŽุฌูุฆู’ุชู ูููŠ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ู„ูุฃูŽู†ู’ุธูุฑูŽ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู  ููŽู„ูŽู…ู‘ูŽุง ุงุณู’ุชูŽุจูŽู†ู’ุชู ูˆูŽุฌู’ู‡ูŽ ุฑูŽุณููˆู’ู„ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุนูŽุฑูŽูู’ุชู ุฃูŽู†ู‘ูŽ ูˆูŽุฌู’ู‡ูŽู‡ู ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ุจููˆูŽุฌู’ู‡ู ูƒูŽุฐู‘ูŽุงุจู  ููŽูƒูŽุงู†ูŽ ุฃูŽูˆู‘ูŽู„ูŽ ุดูŽูŠู’ุกู ุชูŽูƒูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ุจูู‡ู ุฃูŽู†ู’ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ( ูŠูŽุง ุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู  ุฃูŽูู’ุดููˆู’ุง ุงู„ุณู‘ูŽู„ูŽุงู…ูŽ  ูˆูŽุฃูŽุทู’ุนูู…ููˆู’ุง ุงู„ุทู‘ูŽุนูŽุงู…ูŽ  ูˆูŽุตูู„ููˆู’ุง ุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุญูŽุงู…ูŽ  ูˆูŽุตูŽู„ู‘ููˆู’ุง ุจูุงู„ู„ู‘ูŽูŠู’ู„ู ูˆูŽุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ู†ููŠูŽุงู…ูŒ  ุชูŽุฏู’ุฎูู„ููˆู’ุง ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ ุจูุณูŽู„ูŽุงู…ู).

Daripada โ€˜Abdullah bin Salรขm, ia berkata: โ€œKetika Rasรปlullรขh SAW datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju kepada baginda (kerana ingin melihatnya). Ada yang mengatakan: Rasรปlullรขh SAW telah datang, lalu aku mendatanginya ditengah kerumunan orang ramai untuk melihatnya. Ketika aku melihat wajah Rasรปlullรขh SAW, aku mengetahui bahawa wajahnya bukanlah wajah pembohong. Perkara pertama yang baginda ucapkan adalah: โ€˜Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, sambungkan silaturrahim, dan solatlah di waktu malam ketika orang lain sedang tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.โ€ (Sunan Tirmidzi no: 2485) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1.Islam itu cantik dan indah. Abdullah bin Salam tertarik dan masuk Islam kerana melihat keindahan Islam yang ada pada diri Rasulullah SAW dan apa yang baginda tuturkan.

2.Jadikanlah diri kita sebagai qudwah atau contoh ikutan melalui dakwah bil hal dengan keindahan dan kecantikan Islam pada diri kita.

3.Antara amalan yang menempatkan seseorang kedalam syurga adalah:

a.  Menyebarkan salam iaitu selalu mengucapkan salam setiap kali bertemu sesama Muslim. Seorang Muslim yang tidak mahu mengucapkan salam setiap kali bertemu dianggap bakhil. Nabi SAW bersabda :

ุฃูŽุนู’ุฌูŽุฒู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ู…ูŽู†ู’ ุนูŽุฌูุฒูŽ ูููŠู’ ุงู„ุฏู‘ูุนูŽุงุกู ูˆูŽุฃูŽุจู’ุฎูŽู„ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู ู…ูŽู†ู’ ุจูŽุฎูู„ูŽ ุจูุงู„ุณู‘ูŽู„ุงูŽู…ู.

Selemah-lemah manusia adalah orang yang lemah (malas) berdoa kepada Allรขh, dan sebakhil-bakhil manusia adalah orang yang bakhil mengucapkan salam (HR Thabarani dalam Muโ€™jamul Ausath (no. 5587) dan lainnya. Lihat Silsilah al-Ahรขdรฎts ash-Shahรฎhah (no. 601). Status: Hadis Hasan

b.  Memberi makan kepada orang yang memerlukan seperti tetamu, jiran tetangga atau orang yang memerlukan. Orang yang memberi atau bersedekah, nescaya Allah akan menambahkan rezeki kepadanya. Hadis Nabi SAW menyebutkan:

ู…ูŽุง ู†ูŽู‚ูŽุตูŽุชู’ ุตูŽุฏูŽู‚ูŽุฉูŒ ู…ูู†ู’ ู…ูŽุงู„ู โ€ฆ

Sedekah tidak mengurangi hartaโ€ฆ  (Sahรฎh Muslim No. 2588).

ุฃูŽู†ู’ููู‚ู’ ุฃูู†ู’ููู‚ู’ ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูŽ

Berinfaqlah! Niscaya Aku akan berinfaq kepadamu.  (Sahรฎh Bukhรขri No: 4684)

c.  Menyambung silaturahim dengan semua kerabat sama ada melalui perkataan, perbuatan, dan tingkahlaku.

Al-Arhรขm adalah jamak dari rahim. Maksudnya kerabat yang memiliki hubungan kekeluargaan dari ibu atau bapa, seperti datok, nenek, bapa saudara, ibu saudara, sepupu dan lain-lain. Allรขh SWT berfirman :

ูˆูŽุงุชู‘ูŽู‚ููˆุง ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ุชูŽุณูŽุงุกูŽู„ููˆู†ูŽ ุจูู‡ู ูˆูŽุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุญูŽุงู…ูŽ

Bertakwalah kepada Allรขh yang dengan nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan [an-Nisรขโ€™/4:1]

Silaturrahim merupakan sebab masuk syurga. Memutuskan silaturrahim menyebabkan laknat dan jauh dari rahmat Allรขh Azza wa Jalla .

d.  Solat di waktu malam, ketika manusia sedang tidur. Ia mencakupi solat wajib, seperti โ€˜Isya dan Subuh, juga mencakupi solat sunat malam, kerana malam adalah waktu orang tidur.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

24hb Jun 2024
17hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Penyebab Ramai Dihumban Ke Neraka

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุนูŽู†ู’ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฅูู†ู‘ูŽ ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽ ู…ูŽุง ูŠูุฏู’ุฎูู„ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุฌู’ูˆูŽููŽุงู†ู ู‚ูŽุงู„ููˆุง ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽู…ูŽุง ุงู„ู’ุฃูŽุฌู’ูˆูŽููŽุงู†ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู’ููŽุฑู’ุฌู ูˆูŽุงู„ู’ููŽู…ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽุชูŽุฏู’ุฑููˆู†ูŽ ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽ ู…ูŽุง ูŠูุฏู’ุฎูู„ู ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ ุชูŽู‚ู’ูˆูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุญูุณู’ู†ู ุงู„ู’ุฎูู„ูู‚ู

Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Sesungguhnya kebanyakkan penyebab manusia masuk neraka adalah disebabkan dua lubang.  Para sahabat bertanya; "Wahai Rasulullah, apakah dua lubang itu?" maka baginda bersabda: "Kemaluan dan mulut. Baginda bersabda: Tahukah kalian apa penyebab kebanyakan orang masuk syurga? Jawab baginda:  taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik." (HR Ahmad No: 9319) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Seseorang akan ditempatkan kedalam neraka ataupun syurga bergantung pada amalan semasa di dunia.

2.  Kebanyakan penghuni neraka adalah berpunca daripada dosa mulut dan kemaluan:

a.  Dosa kemaluan seperti berzina, liwat, homoseks, lesbian, gay tidak menjaga auratnya selain mahram dan sebagainya.

b.  Dosa mulut atau lidah seperti makan dan minum dari sumber yang haram, mengucapkan ucapan kufur, laknat, qazaf, mengumpat, memfitnah, menghina, merendah-rendahkan orang lain, mengadu domba dan lain-lain termasuk yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan di media sosial.

3.  Mudahnya orang pada hari ini melakukan dosa mulut yang diterjemahkan dalam bentuk tulisan. Memperkatakan serta forward sesuatu yang mengaibkan peribadi seseorang, mengumpat, memfitnah, mengadu domba di media elektronik dan diviralkan seperti FB, WhatsApp, telegram, tanpa terdetik dihatinya bahawa apa yang diperkatakan, yang ditulis dan diviral akan diminta pertanggungjawaban dihadapan Allah.

4.  Syeikh al-Mubarakfuri menyatakan makna mulut di dalam hadis ini ialah menjaga lidahnya kerana menjaga lidah boleh menyelamatkan keseluruhan urusan agamanya dan memakan yang halal kerana itu adalah penghulu kepada ciri ketaqwaan. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 6/120]

5.  Seseorang akan ditempatkan kedalam syurga disebabkan rahmat Allah atas amalan soleh yang dilakukan.

6.  Kebanyakan penyebab seseorang masuk syurga nanti adalah berpunca dari sifat taqwanya serta akhlak terpuji yang dimiliki.

Peliharalah kemaluan dan mulut dari sesuatu yang berdosa yang menjadi penyebab dihumbankan ke neraka. Marilah kita suburkan sifat taqwa dan akhlak mulia dalam diri masing-masing agar dengan rahmat Allah ia menjadi penyebab kita memasuki syurga.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

25hb Jun 2024
18hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kewajipan Menjaga Lidah dan Kemaluan

ุนูŽู†ู’ ุณูŽู‡ู’ู„ู ุจู’ู†ู ุณูŽุนู’ุฏู ุนูŽู†ู’ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ู…ูŽู†ู’ ูŠูŽุถู’ู…ูŽู†ู’ ู„ููŠ ู…ูŽุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ู„ูŽุญู’ูŠูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽู…ูŽุง ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ุฑูุฌู’ู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฃูŽุถู’ู…ูŽู†ู’ ู„ูŽู‡ู ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ

Daripada Sahl bin Sa'd RA, daripada Rasulullah SAW, Baginda bersabda: "Sesiapa yang menjamin bagiku apa yang ada di antara tulang dagunya (mulut dan lidah) dan apa yang ada di antara dua kakinya (kemaluan), maka aku menjamin baginya syurga.โ€(HR Bukhari No: 6474) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Allah SWT telah mencipta syurga dan neraka di akhirat sebagai destinasi abadi seseorang hamba. Orang yang melakukan amal kebaikan, balasan syurga akan menanti dan sebaliknya jika melakukan amal kejahatan maka nerakalah tempatnya.

2.  Jaminan syurga kepada seseorang Muslim yang dapat menjaga mulut, lidah dan kemaluannya. Menjaga mulut ialah menjauhi makanan dan minum dari sumber yang haram. Menjaga lidah pula dengan menjauhi dosa lidah melalui umpatan, fitnah, cacian disamping memperbanyakkan berzikir, memohon keampunan dan bertaubat daripada dosa-dosa yang telah dilakukan. Seterusnya menjaga kemaluan daripada hubungan yang tidak halal dan yang diharamkan.

3.  Awasi lidah daripada tergelincir serta menjerumuskan diri kepada ruang fitnah pasangan yang bukan mahram yang akhirnya dengan kelembutan lidah yang tidak bertulang menjerumuskan kepada dosa-dosa kemaluan dan sebagainya. Dengan lidah menjadi punca dosa dan dimasukkan seseorang ke dalam neraka.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

26hb Jun 2024
19hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berhati-hati Dalam Berbicara

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ  ู‚ูŽุงู„ูŽ : ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ : ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ุฑู‘ูŽุฌูู„ูŽ ู„ูŽูŠูŽุชูŽูƒูŽู„ู‘ูŽู…ู ุจูุงู„ูƒูŽู„ูู…ูŽุฉู ู„ูŽุง ูŠูŽุฑูŽู‰ ุจูู‡ูŽุง ุจูŽุฃู’ุณู‹ุง ูŠูŽู‡ู’ูˆููŠ ุจูู‡ูŽุง ุณูŽุจู’ุนููŠู†ูŽ ุฎูŽุฑููŠูู‹ุง ูููŠ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑู

Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:  Sesungguhnya seseorang terkadang berbicara dengan kata-kata yang dia sangkakan tidak mengapa, lalu (tanpa diduga) dia terjerumus dengan sebabnya ke dalam neraka (yang kedalamannya) sejauh perjalanan tujuh puluh tahun. (HR Tirmizi No: 2314) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Dalam menyampaikan berita, seseorang mesti bertanggungjawab dalam segala ucapan dan penyampaiannya sama ada secara lisan mahupun tulisan. 

2.  Al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa sebahagian manusia memandang remeh perkataan yang diucapkannya sehingga dia tidak menyangka perkataan tersebut menjadi penyebab kepada dia dihumban ke neraka. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 12/79).

3.  Setiap berita yang disampaikan mestilah benar serta tidak akan mengundang kepada keaiban dan pembohongan. Jangan sampai mengundang kemurkaan  Allah SWT dan berlaku kekacauan di dalam masyarakat. Firman Allah SWT:

ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุฌูŽุงุกููˆุง ุจูุงู„ู’ุฅููู’ูƒู ุนูุตู’ุจูŽุฉูŒ ู…ูู‘ู†ูƒูู…ู’  ู„ูŽุง ุชูŽุญู’ุณูŽุจููˆู‡ู ุดูŽุฑู‘ู‹ุง ู„ู‘ูŽูƒูู…  ุจูŽู„ู’ ู‡ููˆูŽ ุฎูŽูŠู’ุฑูŒ ู„ู‘ูŽูƒูู…ู’  ู„ููƒูู„ูู‘ ุงู…ู’ุฑูุฆู ู…ูู‘ู†ู’ู‡ูู… ู…ู‘ูŽุง ุงูƒู’ุชูŽุณูŽุจูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ุฅูุซู’ู…ู  ูˆูŽุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ุชูŽูˆูŽู„ู‘ูŽู‰ูฐ ูƒูุจู’ุฑูŽู‡ู ู…ูู†ู’ู‡ูู…ู’ ู„ูŽู‡ู ุนูŽุฐูŽุงุจูŒ ุนูŽุธููŠู…ูŒ

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). (Surah An-Nur, 11).

Al-Maraghi berkata: Allah SWT menerangkan hukuman yang menimpa ke atas orang yang ikut serta menyebarkan berita dusta; mereka semua akan mendapat hukuman yang setimpal dengan peranan yang dimainkan. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 9/4730).

Moga kita sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan sebarang maklumat termasuk di media sosial.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

27hb Jun 2024
20hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bergurau Yang Dibenarkan

ุนูŽู†ู ุงู„ู’ุญูŽุณูŽู†ู ู‚ูŽุงู„ูŽ: ุฃูŽุชูŽุชู’ ุนูŽุฌููˆุฒูŒ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู†ูŽู‘ุจููŠูู‘ ุตูŽู„ูŽู‘ู‰ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ูŽู‘ู…ูŽุŒ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽุชู’: ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูุŒ ุงุฏู’ุนู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูุฏู’ุฎูู„ูŽู†ููŠ ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉูŽ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ูŠูŽุง ุฃูู…ูŽู‘ ููู„ุงูŽู†ูุŒ ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู’ุฌูŽู†ูŽู‘ุฉูŽ ู„ุงูŽ ุชูŽุฏู’ุฎูู„ูู‡ูŽุง ุนูŽุฌููˆุฒูŒ. ู‚ูŽุงู„ูŽ: ููŽูˆูŽู„ูŽู‘ุชู’ ุชูŽุจู’ูƒููŠ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ: ุฃูŽุฎู’ุจูุฑููˆู‡ูŽุง ุฃูŽู†ูŽู‘ู‡ูŽุง ู„ุงูŽ ุชูŽุฏู’ุฎูู„ูู‡ูŽุง ูˆูŽู‡ููŠูŽ ุนูŽุฌููˆุฒูŒ ุฅูู†ูŽู‘ ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ ูŠูŽู‚ููˆู„ู : ุฅูู†ูŽู‘ุง ุฃูŽู†ู’ุดูŽุฃู’ู†ูŽุงู‡ูู†ูŽู‘ ุฅูู†ู’ุดูŽุงุกู‹ ููŽุฌูŽุนูŽู„ู’ู†ูŽุงู‡ูู†ูŽู‘ ุฃูŽุจู’ูƒูŽุงุฑู‹ุง ุนูุฑูุจู‹ุง ุฃูŽุชู’ุฑูŽุงุจู‹ุง (ุงู„ูˆุงู‚ุนุฉ ุขูŠุฉ ุฑู‚ู… : 35 - 37)

Daripada Al-Hasan RA, dia berkata, โ€œSeorang nenek tua mendatangi Nabi SAW. Nenek itu pun berkata, โ€˜Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar Dia memasukkanku ke dalam syurga!โ€™ Baginda pun mengatakan, โ€˜Wahai Ibu si Polan! Sesungguhnya syurga tidak dimasuki oleh nenek tua. Nenek tua itu pun pergi sambil menangis. Baginda pun mengatakan, โ€˜Khabarkanlah kepadanya bahwasanya wanita tersebut tidak akan masuk syurga dalam keadaan seperti nenek tua. Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya kami menciptakan mereka (Bidadari-bidadari) dengan langsung (35). Dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan (36). Penuh cinta lagi sebaya umurnya (37).โ€ (Al-Waqiโ€™ah) (HR At-Tirmizi No: 238) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Rasulullah bergurau dengan sahabat untuk mengembirakan, namun dalam batas yang tidak berlebihan hingga membawa sifat berbohong.

2.  Rasulullah bergurau dengan perempuan tua, walaupun pada awalnya menyedihkan namun diakhirnya mengembirakan dan menyebabkan perempuan itu tersenyum dan tertawa gembira.

3.  Orang yang terlalu serius dalam urusan kehidupannya akan cepat penat dan kecewa.

4.  Kita boleh bergurau dengan kadar yang tidak berlebihan serta berusaha mengawal lidahnya ketika bergurau agar bertutur dalam perkara yang bermanfaat dan menjauhi dusta.

5.  Wasiat Hassan Al-Banna: Jangan terlalu banyak bergurau kerana orang Islam yang sedang berjuang tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

28hb Jun 2024
21hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berdusta Untuk Menjadikan Orang Tertawa

ุนูŽู†ู’ ุจูŽู‡ู’ุฒู ุจู’ู†ู ุญูŽูƒููŠู…ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุญูŽุฏู‘ูŽุซูŽู†ููŠ ุฃูŽุจููŠ ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ ุณูŽู…ูุนู’ุชู ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ูˆูŽูŠู’ู„ูŒ ู„ูู„ู‘ูŽุฐููŠ ูŠูุญูŽุฏู‘ูุซู ููŽูŠูŽูƒู’ุฐูุจู ู„ููŠูุถู’ุญููƒูŽ ุจูู‡ู ุงู„ู’ู‚ูŽูˆู’ู…ูŽ ูˆูŽูŠู’ู„ูŒ ู„ูŽู‡ู ูˆูŽูŠู’ู„ูŒ ู„ูŽู‡ู

Daripada Bahz bin Hakim katanya, telah mengkhabarkan kepada ku dari ayahku, ia mendengar Rasulullah bersabda: Celakalah orang yang berbicara kemudian dia berdusta agar suatu kaum tertawa kerananya. Kecelakaan untuknya. Kecelakaan untuknya.โ€ (HR Abu Daud No: 4338) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Elakkan guruan yang di dalamnya ada unsur berdusta, mengumpat, menghina  juga meremehkan orang lain hanya kerana ingin menghiburkan orang atau menyebabkan orang  tertawa.

2.  Celakalah orang yang menyampaikan sesuatu kepada orang lain yang menyebabkan orang lain tertawa, sama ada melalui pertuturan, lakonan, lukisan, gambar juga tulisan yang didalamnya mengandungi pembohongan, penghinaan juga meremehkan orang lain.

3. Celakalah orang yang sengaja melakukan pendustaan terhadap sesuatu hanya kerana ingin orang lain yang mendengar atau membaca tertawa.

4.  Orang yang beriman tidak akan berbicara serta melakukan sesuatu melainkan yang benar dan baik.

Jadilah kita Mukmin yang benar lagi baik dalam perbuatan dan pertuturan.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

29hb Jun 2024
22hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Banyak Ketawa Mematikan Hati

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู„ูŽุง ุชููƒู’ุซูุฑููˆุง ุงู„ุถู‘ูŽุญููƒูŽ ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ูƒูŽุซู’ุฑูŽุฉูŽ ุงู„ุถู‘ูŽุญููƒู ุชูู…ููŠุชู ุงู„ู’ู‚ูŽู„ู’ุจูŽ

Daripada Abu Hurairah dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kalian banyak tertawa, kerana banyak tertawa akan mematikan hati." (HR Ibnu Majah No: 4183) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Ketawa adalah fitrah manusia, namun perlu berkadaran bukan berlebihan.

2.  Kata Abul-Fath Al-Busti, seorang penyair terkenal:

Berikanlah istirehat pada tabiat kerasmu yang serius
Relekkan dahulu dan hiasilah dengan sedikit gurau senda
Tetapi jika engkau berikan gurau senda kepadanya, jadikanlah ia
Seperti kadar engkau memasukkan garam kepada makanan

3.  Jangan banyak tertawa kerana ia akan mematikan hati. Kata al-Mawardi:

ูˆูŽุฃูŽู…ูŽู‘ุง ุงู„ุถูŽู‘ุญููƒู ููŽุฅูู†ูŽู‘ ุงุนู’ุชููŠูŽุงุฏูŽู‡ู ุดูŽุงุบูู„ูŒ ุนูŽู†ู’ ุงู„ู†ูŽู‘ุธูŽุฑู ูููŠ ุงู„ู’ุฃูู…ููˆุฑู ุงู„ู’ู…ูู‡ูู…ูŽู‘ุฉู ุŒ ู…ูุฐู’ู‡ูู„ูŒ ุนูŽู†ู’ ุงู„ู’ูููƒู’ุฑู ูููŠ ุงู„ู†ูŽู‘ูˆูŽุงุฆูุจู ุงู„ู’ู…ูู„ูู…ูŽู‘ุฉู. ูˆูŽู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู„ูู…ูŽู†ู’ ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽ ู…ูู†ู’ู‡ู ู‡ูŽูŠู’ุจูŽุฉูŒ ูˆูŽู„ูŽุง ูˆูŽู‚ูŽุงุฑูŒุŒ ูˆูŽู„ูŽุง ู„ูู…ูŽู†ู’ ูˆูุตูู…ูŽ ุจูู‡ู ุฎูŽุทูŽุฑูŒ ูˆูŽู„ูŽุง ู…ูู‚ู’ุฏูŽุงุฑูŒ.

Adapun tertawa, apabila seseorang membiasakannya dan terlalu banyak tertawa, maka ia akan melalaikan dan melupakannya dari melihat perkara yang penting. Orang yang banyak tertawa, tidak akan memiliki wibawa dan kehormatan. Orang yang terkenal banyak ketawa tidak akan memiliki kedudukan dan martabat

4.  Ingatlah pesanan Rasulullah: Dari Abu Hurairah ia berkata: Suatu ketika Nabi SAW mendatangi sekelompok sahabat yang sedang tertawa sambil berbincang. Baginda bersabda: Demi jiwaku ditangan Nya, andai kata kalian tahu apa yang aku ketahui nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis (HR Ibnu Hibban 2/73) Status: Sahih dalam kitab Silsilah Ahadits Ash-Sahihah (3193).

5.  Wasiat Hasan Al-Bana: Jangan terlalu banyak tertawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah akan tenteram dan tenang.

Marilah kita hidup dalam suasana banyak senyuman dan mengurangkan ketawa yang melalaikan. 

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

30hb Jun 2024
23hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Penyebab Ramai Masuk Syurga Atau Neraka

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุณูุฆูู„ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู…ูŽุง ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑู ู…ูŽุง ูŠูุฏู’ุฎูู„ู ุงู„ู’ุฌูŽู†ู‘ูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ุชู‘ูŽู‚ู’ูˆูŽู‰ ูˆูŽุญูุณู’ู†ู ุงู„ู’ุฎูู„ูู‚ู ูˆูŽุณูุฆูู„ูŽ ู…ูŽุง ุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑู ู…ูŽุง ูŠูุฏู’ุฎูู„ู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุฑูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู’ุฃูŽุฌู’ูˆูŽููŽุงู†ู ุงู„ู’ููŽู…ู ูˆูŽุงู„ู’ููŽุฑู’ุฌู

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Nabi SAW pernah di tanya; "Perkara apa yang banyak menyebabkan orang masuk syurga?" baginda menjawab: "Taqwa kepada Allah dan akhlak yang mulia." Baginda di tanya lagi; "Perkara apa yang banyak menyebabkan orang masuk neraka?" baginda menjawab: "Dua rongga yang terbuka iaitu mulut dan kemaluan." (HR Ibnu Majah No: 4236) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1.  Bertaqwa kepada Allah dan memiliki akhlak yang mulia antara perkara yang banyak menyebabkan orang masuk syurga dengan rahmat Allah.

2.  Dua perkara yang banyak menyebabkan orang masuk neraka ialah dua rongga yang terbuka iaitu mulut dan kemaluan.

3.  Syeikh Abdullah al-Talidi dalam Jawahir al-Bihar menyatakan: maksud mulut di dalam hadis adalah orang yang tidak menjaga serta berusaha untuk menjaga daripada dosa-dosa mulut seperti mengucapkan ucapan kufur, laknat, qazaf, mengejek, menipu, mengumpat, mengadu domba, persaksian palsu dan sebagainya. Selain itu, makna kemaluan pula adalah orang yang tidak menjaga kemaluannya daripada zina, liwat, tidak menjaga auratnya di hadapan selain daripada mahramnya seperti isterinya dan sebagainya.

4.  Syeikh al-Mubarakfuri dalam Tuhfah al-Ahwazi menyatakan: makna mulut di dalam hadis ini ialah menjaga lidahnya kerana menjaga lidah boleh menyelamatkan keseluruhan urusan agamanya dan memakan yang halal kerana itu adalah penghulu kepada ciri ketaqwaan.

Jadilah orang yang bertaqwa dan memiliki akhlak yang mulia. Peliharalah mulut dan kemaluan.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

01hb Julai 2024
24hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram