MEKANIK IMAN.
332 subscribers
1.84K photos
529 videos
99 files
4.2K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Pengajaran

وَدَخَلَ مَعَهُ ٱلسِّجۡنَ فَتَیَانِۖ قَالَ أَحَدُهُمَاۤ إِنِّیۤ أَرَىٰنِیۤ أَعۡصِرُ خَمۡرࣰاۖ وَقَالَ ٱلۡـَٔاخَرُ إِنِّیۤ أَرَىٰنِیۤ أَحۡمِلُ فَوۡقَ رَأۡسِی خُبۡزࣰا تَأۡكُلُ ٱلطَّیۡرُ مِنۡهُۖ نَبِّئۡنَا بِتَأۡوِیلِهِۦۤۖ إِنَّا نَرَىٰكَ مِنَ ٱلۡمُحۡسِنِینَ

Dan masuklah bersama-samanya ke penjara dua orang khadam raja. Salah seorang di antaranya (bertanya kepada Yusuf dengan) berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku memerah anggur ". Dan berkata pula yang seorang lagi: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku menjunjung roti atas kepalaku, yang sebahagiannya dimakan oleh burung." (kemudian keduanya berkata): "Terangkanlah kepada kami akan takbirnya. Sesungguhnya kami memandangmu termasuk dalam kalangan orang yang baik".
(Yūsuf: 36)

Jom kita renungi kisah Nabi Yusuf Alaihissalam yang diceritakan di dalam al-Quran. Siapa yang ceritakan kisah ini kepada kita? Itulah Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Ia bukan rekaan, bukan sesuatu yang diada-adakan. Ia suatu kisah kehidupan yang benar-benar berlaku. Diceritakan sebagai iktibar dan pengajaran sepanjang zaman.

Nabi Yusuf Alaihissalam, abang-abangnya mahu membunuhnya semasa dia masih kecil, tetapi dia tidak mati. Mereka mahu melenyapkan semua kesan-kesannya, tetapi Allah angkat darjatnya. Kemudian dia dijual sebagai hamba, tetapi akhirnya dia menjadi orang yang berkuasa.

Mereka ingin hapuskan kasih sayang dari hati ayah mereka terhadapnya, tetapi sebaliknya perasaan itu tambah mendalam.
(Yūsuf: 85)

Oleh itu, jangan risau apa yang dirancang oleh manusia untuk menyakiti kita. Sesungguhnya kehendak Allah mengatasi segala-galanya.

Lihat babak-babak yang dilalui seterusnya. Nabi Yusuf dimasukkan ke dalam penjara kerana kesalahan yang tidak pernah dilakukannya. Di dalam penjara, dia merupakan ‘banduan’ terbaik sebagaimana diperakui oleh penghuninya.
(Yusuf: 36)

Namun, banduan lain keluar dahulu daripadanya, dan dia (Nabi Yusuf) walaupun baik tetap meringkuk di dalam penjara beberapa tahun lamanya. Salah seorang temannya keluar untuk menjadi menjadi khadam, seorang lagi keluar untuk dibunuh, dan dia menunggu dan menunggu.

Akhirnya dia keluar untuk menjadi seorang penguasa di Mesir, bertemu dengan kedua orang tuanya, keluarga yang terpisah bercantum semula. Alangkah bahagianya!

وَقَالَ ٱلۡمَلِكُ ٱئۡتُونِی بِهِۦۤ أَسۡتَخۡلِصۡهُ لِنَفۡسِیۖ فَلَمَّا كَلَّمَهُۥ قَالَ إِنَّكَ ٱلۡیَوۡمَ لَدَیۡنَا مَكِینٌ أَمِینࣱ

"Dan (setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu), raja berkata: "Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang yang khas untuk aku bermesyuarat dengannya. Setelah (Yusuf dibawa mengadap, dan raja) berkata-kata dengannya (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya: "Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami".

قَالَ ٱجۡعَلۡنِی عَلَىٰ خَزَاۤىِٕنِ ٱلۡأَرۡضِۖ إِنِّی حَفِیظٌ عَلِیمࣱ

Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya".
(Yūsuf: 54-55)

Akhirnya dihimpunkan mereka dalam satu keluarga yang damai lagi bahagia.

فَلَمَّا دَخَلُوا۟ عَلَىٰ یُوسُفَ ءَاوَىٰۤ إِلَیۡهِ أَبَوَیۡهِ وَقَالَ ٱدۡخُلُوا۟ مِصۡرَ إِن شَاۤءَ ٱللَّهُ ءَامِنِینَ

"Maka ketika mereka (Nabi Yaakub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya, sambil berkata: "Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah kamu berada di dalam aman".
(Yūsuf: 99)

Maka sesiapa yang terasa lambatnya penyelesaian tiba dalam ujian hidupnya, maka jadikan kisah Nabi Yusuf ini sebagai obor harapan yang sentiasa menyala.
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Hari Arafah  Diampunkan Dosa dan Waktu Doa Mustajab

عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ قَالَ قَالَتْ عَائِشَةُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِي بِهِمْ الْمَلَائِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلَاءِ

Daripada Ibnul Musayyab ia berkata, Aisyah berkata; Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka (menunjukkan keutamaan) kepada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” [Sahih Muslim No. 3354]. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Antara keutamaan Hari Arafah ialah mendapat keampunan Allah. Ibnu Rajab Al Hambali mengatakan, “Hari Arafah adalah hari pembebasan dari api neraka. Pada hari itu, Allah akan membebaskan siapa saja yang sedang wukuf di Arafah dan penduduk negeri kaum muslimin yang tidak melaksanakan wukuf. Oleh kerana itu, hari setelah hari Arafah iaitu hari Idul Adha adalah hari raya bagi kaum muslimin di seluruh dunia. Baik yang melaksanakan haji dan yang tidak melaksanakannya sama-sama akan mendapatkan pembebasan dari api neraka dan ampunan pada hari Arafah.

2.Selain daripada tuntutan berpuasa sunat pada hari arafah bagi yang tidak menunaikan ibadat haji, digalakkan juga untuk berdoa kerana hari Arafah antara sebaik-baik waktu untuk berdoa.

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: "LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAHU LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi–Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu)”. [HR. Tirmizi no. 3509]. Status: Hadis Hasan.

3.Bagi mereka yang pergi menunaikan ibadat Haji, antara waktu dan tempat doa mustajab adalah pada hari Arafah dan di padang Arafah bermula selepas gelincir matahari 9hb Zulhijjah hingga terbit fajar 10hb Zulhijjah.

4.Syaikh Sholih Al Munajjid: Mustajabnya doa tersebut adalah umum, sama ada yang menunaikan ibadat haji ataupun yang tidak menunaikan haji disebabkan  keutamaan yang ada adalah keutamaan hari arafah. Sedangkan yang berada di Arafah (yang sedang wukuf pada tanggal 9 Dzulhijjah), ia berarti menggabungkan antara keutamaan waktu dan tempat.

5.Antara zikir yang paling baik dilafazkan dihari Arafah ialah 

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Rebutlah peluang kelebihan hari wukuf di arafah dengan puasa sunat (bagi yang tidak mengerjakan ibadat haji) dan perbanyakan doa dan zikir.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

15hb Jun 2024
08hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Zalim

وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا فَفَسَقُوا فِيهَا فَحَقَّ عَلَيْهَا الْقَوْلُ فَدَمَّرْنَاهَا تَدْمِيرًا

"Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya".
(al-Isra’: 16)

Berkata Imam -Syaukani rahimahullah: Firman Allah,
‘وَإِذَا أَرَدْنَا أَن نُّهْلِكَ قَرْيَةً أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا’
Yakni Kami akan perintahkan mereka untuk melakukan ketaatan dan kebaikan, namun mereka melakukan maksiat dan melakukan kejahatan. Terdapat pendapat yang menyebut bahawa, yang dimaksudkan dengan ‘أَمَرْنَا مُتْرَفِيهَا’ adalah, yakni Kami akan memperbanyakkan orang-orang yang melakukan kefasikan di negeri tersebut. Makna ‘مُتْرَفِيهَا’ adalah orang-orang yang mendapat kenikmatan, yang terlena dalam kenikmatan mereka. Mereka adalah orang yang bertindak dengan sewenang-wenangnya dan juga penguasa yang zalim serta orang-orang kaya yang fajir.
(Fathul Qadir)

Bacalah kisah dan riwayat tentang umat-umat terdahulu sama ada daripada al-Quran atau hadis nabi menunjukkan apabila mereka samseng dan takabbur di muka bumi serta bertindak zalim menindas golongan miskin dan rakyat jelata. Maka, mereka berakhir dengan kehinaan dan kehancuran serta buruk akibatnya dengan azab Allah SWT. 

Juga antara penyebab turun azab kemusnahan dari Allah ialah kerana tidak adil dalam perlaksanaan hukuman, bukan kerana tidak jalankan hukuman.

Sabda Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya telah dibinasakan umat sebelum kamu kerana apabila orang berkedudukan tinggi dalam kalangan mereka mencuri, mereka biarkan. Apabila orang lemah berkedudukan rendah dalam kalangan mereka mencuri, mereka laksanakan hudud (hukuman) ke atasnya".
(Hadith Riwayat al-Bukhari)

Begitu juga, sebab azab pemusnahan dari Allah ialah bila kezaliman tidak dihalang.

Imam Ahmad dan Ashab as-Sunan meriwayatkan bahawa Sayidina Abu Bakar r.a berkata: “Ketahuilah bahawa seandainya manusia itu apabila mereka melihat orang zalim melakukan kezaliman, mereka tidak memegang tangannya untuk menghalangnya, tidak lama Allah akan merangkumi mereka semua dengan siksaanNya".

Allah SWT tidak turunkan azab pemusnahan umum hanya dengan sebab kekufuran tetapi dengan sebab kejahatan dan kezaliman dengan makhluk.

Berkata Sheikh Dr Wahbah az-Zuhaili di dalam kitab Tafsir al-Munirnya: "Tidak diturunkan azab dengan mencabut akar umbi sesuatu kaum kerana kaum itu sekadar beriktiqad dengan aqidah syirik dan kufur sahaja, sebaliknya azab diturunkan apabila mereka melakukan kejahatan di dalam urusan sesama mereka serta melakukan kezaliman dan penindasan".

اللَّهُمَّ إنَّا نَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَاقِيَةَ فِي دِيْنِنَا وَدُنْيَانَا وَأَهْلِنَا وَمَالِنَا، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِنَا وَآمِنْ رَوْعَاتِنَا ، اللَّهُمَّ احْفَظْنَا مِنْ بَيْنَ أَيْدِيْنَا وَمِنْ خَلْفِنَا وَعَنْ أَيْمَانِنَا وَعَنْ شَمَائِلَنَا وَمَنْ فَوْقِنَا ، وَنَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ نُغْتَالَ مِنْ تَحْتِنَا

"Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiyat) di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pada-Mu keampunan dan keselamatan (‘afiyat) dalam agama, dunia, keluarga dan harta kami. Ya Allah, tutupilah aib kami dan berilah ketenteraman di hati kami. Ya Allah, jagalah kami dari depan, belakang, kanan, kiri, dan atas kami. Kami memohon perlindungan dengan keagungan-Mu agar tidak disambar dari bawah kami"

Oleh yang demikian, sesiapa yang melakukan kezaliman dan kederhakaan serta sesuatu yang menuju ke arah sebab-sebab kebinasaan nescaya Allah SWT akan membinasakan mereka.
Waktu Doa Mustajab Hari Arafah.
Sebaik - baik Doa di Hari Arafah.
Doa Arafah 1443H-1.pdf
3.2 MB
Himpunan Doa Hari Arafah.
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Sembelihan Korban Selepas Solat Sunat Hari Raya

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ الصَّلَاةِ فَإِنَّمَا ذَبَحَ لِنَفْسِهِ وَمَنْ ذَبَحَ بَعْدَ الصَّلَاةِ فَقَدْ تَمَّ نُسُكُهُ وَأَصَابَ سُنَّةَ الْمُسْلِمِينَ

Daripada Anas bin Malik RA, dia berkata; Nabi SAW bersabda: Barang siapa menyembelih (binatang korban) sebelum solat (Eid), maka ia menyembelih untuk dirinya sendiri, dan barang siapa menyembelih setelah solat (Eid), maka ibadah korbannya telah sempurna dan bertindak sesuai dengan sunnah kaum Muslimin." (HR Bukhari No: 5120) Status : Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Penyembelihan korban adalah amal yang lebih disukai Allah pada Hari Raya Eidul Adha dan hari-hari tasyrik (11, 12 & 13 Zulhijjah) daripada setiap Muslim yang berkemampuan.

2.Mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban hendaklah melakukan sembelihan selepas solat sunat Eidul Adha.

3.Sembelihan Korban yang dilaksanakan sebelum solat sunat hari raya tidak menjadi ibadat korban, malah hanya akan menjadi sembelihan untuk makan biasa. 

4.Justeru itu, laksanakanlah ibadah korban dengan memastikan waktu sembelihan selepas solat sunat Eidul Adha pada 10hb Zulhijjah sehingga hari tasyrik terakhir 13hb sebelum waktu maghrib.

5.Laksanakan korban dengan binatang yang terbaik berdasarkan kemampuan kewangan di samping cara penyembelihan dan pengagihan daging yang sempurna.

Berusahalah melakukan sembelihan korban pada waktu yang ditetapkan di samping dilaksanakan dengan sempurna dengan mengambil kira SOP yang ditetapkan di satu-satu kawasan. Moga Allah menerima amal ibadah korban kita.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

16hb Jun 2024
09hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Haji

وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

"Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya".
(Ali Imran: 97)

Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff menyatakan, para ulama' telah bersepakat bahawa hukum mengerjakan ibadah haji adalah fardhu ain. Dalam erti kata lain, jika ia adalah hajjah al-Islam (haji kali pertama) dan memenuhi syarat-syarat wajib untuk mengerjakan haji, maka ia adalah fardhu ain ke atasnya. Syarat-syarat tersebut ialah Islam, mumayyiz, baligh, merdeka dan istita‘ah (berkemampuan.
(al-Taqrirat al-Sadidah)

Saat ini kita berada di musim haji. Jutaan umat Islam telah berkumpul untuk menunaikan ibadah haji di bumi Mekah al-Mukarramah.

Tanggal 9 Zulhijjah, merupakan hari Arafah. Apa itu hari Arafah dan apa kelebihannya?

1) Hari Arafah adalah hari raya buat umat Islam. Daripada Sayidina Uqbah bin Amir r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
 
يَوْمُ عَرَفَةَ، وَيَوْمُ النَّحْرِ، وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ، وَهِيَ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ

"Hari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum".
(Hadith Riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi dan al-Nasa’ie)

2) Hari Arafah adalah rukun daripada haji. Daripada Sayidina Abdulrahman bin Ya’mur r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:
 
الحَجُّ عَرَفَةُ

"Haji adalah Arafah".
(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

3) Hari kebesaran untuk berdoa. Daripada Sayidina Abdullah bin ‘Amr r.a bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

"Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah".
(Hadith Riwayat at-Tirmidzi)

Bersempena hari Arafah, umat Islam digalakkan berpuasa sunat pada hari tersebut dan dijanjikan ganjaran penghapusan dosa setahun sebelum dan setahun selepas.
 
Daripada Sayidina Abi Qatadah r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda, apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah. Sabda Nabi SAW:
 
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

"Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang".
(Hadith Riwayat Muslim)

Imam an-Nawawi berkata:
"Puasa pada hari ‘Arafah, aku berharap kepada Allah agar menghapuskan (dengannya) dosa-dosa pada tahun lalu dan tahun yang akan datang, bermaksud menghapuskan dosa-dosa bagi orang yang berpuasa pada hari itu selama dua tahun. Mereka (para ulamak) berkata: Maksudnya adalah menghapus dosa-dosa kecil".
(Syarh an-Nawawi ‘ala Sahih Muslim)

Hari Arafah adalah satu hari yang istimewa dalam bulan Zulhijjah yang memiliki pelbagai kelebihan. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah merebut peluang dan kesempatan ini untuk beramal soleh agar kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
Selamat Hari Raya Eidul Adha 1445H

Jika kita belum mampu menyembelih binatang Qurban, maka sembelihlah sifat sombong dalam diri kita

Jika kita belum mampu melempar di Jamrah Aqabah, maka lemparlah sifat kebencian dan egoisme dalam hati kita

Jika kita belum mampu mengelilingi kabah, maka kelilingilah sanak saudara, jiran tetangga, dan sahabat handai untuk menjalin ukhuwah dan silaturrahim.

Sebahagian salaf menyebut:

ليس العيد لمن لبس الجديد ، إنما العيد لمن طاعاته تزيد

ليس العيد لمن تجمل باللباس و الركوب ، إنما العيد لمن غفرت له الذنوب

Bukanlah hari raya itu pada orang yang memakai pakaian baru, tetapi sebenarnya hari raya itu adalah bagi orang yang ketaatannya bertambah.

Bukanlah hari raya itu bagi orang yang kelihatan cantik pada pakaian dan kenderaan, tetapi hari raya itu sebenarnya adalah bagi orang yang telah diampunkan baginya segala dosa.

Imam Hasan Al-Basri rahimahullah  berkata;

كل يوم لا يُعصى الله فيه فهو عيد

Setiap hari yang padanya tidak dilakukan derhaka kepada Allah maka ia adalah hari raya.

Selamat Menyambut Hari Raya Eiduladha buat seluruh Muslimin dan Muslimat. Semoga segala pengorbanan yang kita lakukan diterima Allah SWT dan menjadikan kita lebih dekat kepada-Nya.

تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
كُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ

Ikhlas dari Dr Ajmain Safar
Selamat Hari Raya Aidiladha 1445 Hijriah buat semua..

Semoga segala pengorbanan kita di terima di sisi Allah SWT..

Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamiin...

#MekanikIman
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tempoh Makan Daging Korban

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَابِسٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ أَنَهَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تُؤْكَلَ لُحُومُ الْأَضَاحِيِّ فَوْقَ ثَلَاثٍ قَالَتْ مَا فَعَلَهُ إِلَّا فِي عَامٍ جَاعَ النَّاسُ فِيهِ فَأَرَادَ أَنْ يُطْعِمَ الْغَنِيُّ الْفَقِيرَ وَإِنْ كُنَّا لَنَرْفَعُ الْكُرَاعَ فَنَأْكُلُهُ بَعْدَ خَمْسَ عَشْرَةَ قِيلَ مَا اضْطَرَّكُمْ إِلَيْهِ فَضَحِكَتْ قَالَتْ مَا شَبِعَ آلُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خُبْزِ بُرٍّ مَأْدُومٍ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ حَتَّى لَحِقَ بِاللَّه

Daripada 'Abdurrahman bin Abis dari Bapanya ia berkata; "Aku bertanya kepada Aisyah; 'Apakah Nabi SAW melarang untuk makan daging sembelihan hari raya Adha lebih dari tiga hari? ' Aisyah menjawab; "Baginda tidak melakukan itu kecuali pada tahun kesulitan (manusia kelaparan), sehingga baginda berharap orang kaya memberi makan kepada yang miskin. Dan sungguh, kami boleh makan daging kambing setelah lima belas hari." Lalu dikatakan; 'Apa yang mendorong kalian melakukan itu? ' Aisyah tertawa, lalu ia berkata; 'Keluarga Muhammad SAW tidak pernah merasa kenyang kerana makan roti atau gandum lebih dari tiga hari hingga baginda bertemu dengan Allah.' (HR Bukhari No: 5003) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Daging korban sebahagian untuk disedekahkan dan 1/3 boleh diambil untuk dimasak dan dimakan serta boleh juga disimpan

2.Daging korban boleh disimpan lebih dari 3 hari tasyriq (tiada batas maksimum). Ia merupakan pendapat majoriti ulama dari kalangan sahabat, tabi’in serta empat imam mazhab.

3.Rasulullah SAW tidak berlebihan dalam bab makan, hingga boleh berjimat memakan daging korban secara berdikit dalam tempoh yang agak lama.

4.Orang mukmin makannya apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang. Elakkan berlebihan dalam makan dan minum. Seperti dalam hadis lain:

بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ، فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِه

“Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah 1/3 untuk makanannya, 1/3 untuk minumannya, dan 1/3 untuk nafasnya.” (HR Tirmidzi No: 2380)

Semoga kita bersifat RAHMAH dengan mengagihkan bahagian korban sebaiknya dan tidak berlebihan dalam makan dan minum.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

17hb Jun 2024
10hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Mengingati Neraka

عن النعمان بن بشير  رضي الله عنهما  قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم  يقول
أَنْذَرْتُكُمُ النَّارَ أَنْذَرْتُكُمُ النَّارَ" فَمَا زَالَ يَقُولُهَا حَتَّى لَوْ كَانَ فِي مَقَامِي هَذَا سَمِعَهُ أَهْلُ السُّوقِ وَحَتَّى سَقَطَتْ خَمِيصَةٌ كَانَتْ عَلَيْهِ عِنْدَ رِجْلَيْهِ

Daripada Nu’man bin Basyir RA katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW berkhutbah dengan berkata: “Aku berikan peringatan kepada kamu semua akan neraka, Aku berikan peringatan kepada kamu semua akan neraka.” Sentiasalah baginda mengulanginya sehingga seandainya baginda berada di kedudukan aku ini, orang-orang yang berada di (hujung) pasar akan mendengarnya. (baginda mengulangi ungkapan tersebut) sehingga kain baginda yang berada di atas bahu terjatuh ke kaki baginda tanpa disedari.” (HR Tirmizi No: 5687) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Neraka adalah suatu tempat yang menggerunkan. Kawasannya bersangatan dalam. Azab yang disediakan di dalamnya berbentuk kepanasan yang melampau dan membakar. Cemeti-cemetinya diperbuat daripada besi.

2.  Nabi SAW sering memberikan peringatan tentang neraka. Bersungguhnya baginda dalam memberi peringatan itu sehingga baginda meninggikan suara dan mengulang beberapa kali.

3. Kita diperintahkan untuk sentiasa mengingati hari pembalasan. Seperti pesan saidina Umar:

أَكْثِرُوا ذِكْرَ النَّارِ فَإِنَّ حَرَّهَا شَدِيدٌ وَإِنَّ قَعْرَهَا بَعِيدٌ وَإِنَّ مَقَامِعَهَا حَدِيدٌ

“Perbanyakkanlah mengingati neraka. Sesungguhnya kepanasannya bersangatan, lantainya amat dalam dan cemeti-cemetinya adalah besi.”

4.  Dalam berdakwah, hendaklah digabungkan unsur-unsur memberi khabar gembira tentang syurga dan khabar ancaman dengan neraka. Agar ada dorongan melakukan kebaikan kerana mengharapkan syurga dan berusaha menjauhi dosa kerana gerunkan azab neraka.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

18hb Jun 2024
11hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Korban

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ ۖ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ

"Dan bacakanlah ke atas mereka itu berkenaan berita dua anak Nabi Adam dengan kebenaran, ketika mana keduanya melaksanakan ibadah korban, lalu diterima korban salah seorangnya dan tidak diterima korban yang satu lagi. (Qabil) berkata: Nescaya aku akan membunuh kamu. Sesungguhnya Allah hanya menerima dari kalangan orang yang bertakwa".
(al-Maidah: 27)

Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa perbuatan korban ada dinyatakan di dalam al-Quran. Sekiranya kita melihat kepada tafsiran para ulama' terhadap ayat ini, ia sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Hafiz Ibn Kathir rahimahullah daripada Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Ash r.a beliau berkata: "Sesungguhnya dua anak Adam yang melaksanakan korban lalu diterima korban salah seorang dari mereka dan tidak diterima korban dari yang satu lagi. Salah seorangnya (Qabil) adalah merupakan pemilik kebun dan yang satu lagi merupakan pemilik kambing. Keduanya diperintahkan untuk melakukan korban. Pemilik kambing mempersembahkan kambing paling bernilai, paling gemuk, dan yang terbaik yang dimilikinya. Manakala pemilik kebun mempersembahkan hasil tanamannya yang paling buruk dan tidak elok. Lalu Allah SWT menerima korban pemilik kambing dan tidak menerima korban pemilik kebun tersebut.
(Tafsir al-Quran al-Azhim)

Hari raya hari bahagia, riang gembira. Hari Raya Qurban merupakan hari kemenangan dan kegembiraan. Allah limpahkan perasaan itu di dalam hati hamba-hambaNya yang beriman, yang sabar, tabah dan berterusan dalam perjuangan.

Hari Raya Korban adalah hari di mana kita belajar makna penebusan dan pengorbanan. Maka alangkah bahagianya mereka yang menghulur dan memberi, yang berbelanja dan berkorban, yang mengharap ganjaran dan keredhaan Tuhan. Mereka itulah orang yang paling layak untuk bergembira. Mereka itulah yang paling besar ganjarannya.

Allah SWT takdirkan sebahagian kita bergembira pada hari raya dengan bertemu orang-orang tersayang dari kalangan ahli dunia, iaitu kaum kerabat serta sahabat-sahabat. Sebahagian yang lain terutama di bumi Palestin, Allah anugerahkan mereka kegembiraan terpilih sebagai syuhada' yang mulia dan terpilih. Itulah nilai pengorbanan demi mendapat sesuatu yang membahagiakan.

Setiap umat Islam diseru untuk berusaha sedaya upaya mengambil kesempatan melaksanakan ibadah qurban ini yang hanya berlaku sekali dalam setahun dan mengambil iktibar untuk menjadi muslim yang soleh.

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ

"Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)".
(al-Kawthar: 2)

Semoga amalan korban kita diterima disisi Allah SWT, aamiiin...
Forwarded from 1 Hari 1 Hadis
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Permudahkan Jangan Menyukarkan

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِّمُوا وَيَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَإِذَا غَضِبْتَ فَاسْكُتْ وَإِذَا غَضِبْتَ فَاسْكُتْ وَإِذَا غَضِبْتَ فَاسْكُتْ

Daripada Ibnu Abbas, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "hendaklah kalian mengajar, mempermudah dan jangan mempersulit. Bila engkau marah maka diamlah. Bila engkau marah maka diamlah. Bila engkau marah maka diamlah." (HR Ahmad No: 2556) Status Isnad Sahih

Pengajaran:

1.  Berusahalah setiap kita menjadi guru, pendakwah, pendidik bagi menyampaikan ilmu untuk membimbing orang lain menjadi insan solleh.

2.  Dalam membimbing, kita perlu mempermudahkan orang yang dibimbing dan dinasihati agar mereka dapat memahami dan beramal dengannya.

3.  Sebagai guru dan penasihat, kita akan berhadapan dengan pelbagai karenah dan perangai anak murid atau orang yang kita sampaikan dan nasihati. Kesabaran adalah perlu ketika berhadapan dengan pelbagai ujian dan perangai murid.

4.  Rasulullah SAW mengulang tiga kali agar kita "DIAM" jika kita marah. Sebarang tindak balas akibat dari marah akan memudaratkan kita dan orang lain.

Ayuh menjadi orang yang memudahkan orang lain, sentiasa bersabar menghadapi orang lain.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

19hb Jun 2024
12hb Zulhijjah 1445H

Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Korban

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ

"Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan berkorbanlah (sebagai bersyukur)".
(al-Kawthar: 2)

Maksud ‘berkorbanlah’ di dalam ayat di atas mengikut pendapat yang paling sahih ialah mengorbankan atau menyembelih binatang-binatang korban. Hal ini sepertimana yang disebut di dalam tafsir Imam Ibn Kathir:" "Yang benar bahawa yang dimaksudkan dengan al-Nahr adalah menyembelih korban, iaitu menyembelih unta dan sejenisnya".
(Tafsir al-Quran al-‘Azim)

Bagi peserta korban, adalah disunatkan untuk memakan sebahagian daripada daging korban sunat yang dilakukan.

فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ

"Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin".
(al-Hajj: 28)

Terdapat juga hadith yang diriwayatkan oleh Sayidina Jabir r.a, bahawa Baginda SAW telah melakukan korban dan memakan daging korban.

فَنَحَرَ ثَلَاثًا وَسِتَّينَ بَدَنَةً بِيَدِهِ ثُمَّ أَعْطَى عَلِيًّا فَنَحَرَ مَا غَبَرَ وَأَشْرَكَهُ فِي هَدْيِهِ ثُمَّ أَمَرَ مِنْ كُلِّ بَدَنة بِبَضْعَةٍ فَجَعَلَتْ فِي قِدرٍ فَطَبَخَتْ فَأَكَلَا مِن لَحْمِهَا وَشُرْبَا مِن مَرْقِهَا

“Baginda SAW menyembelih 63 ekor unta dengan tangannya, kemudian Baginda SAW memberikan kepada Ali untuk menyembelih haiwan yang berbaki. Lalu Baginda SAW menyuruh supaya bagi setiap satu unta itu dibahagikan kepada beberapa orang. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk lalu dimasak. Setelah itu mereka berdua makan dagingnya dan minum kuahnya".
(Hadith Riwayat Muslim)

Al-Sheikh Muhammad Bin Ahmad al-Syathiri di dalam kitab Syarh al-Yaqut al-Nafis, mengatakan bahawa:

وَالأَفْضَلُ فِي الضَحِيَّةِ المَسْنُونَةِ : أَن يَتَصَدَّقَ بِأَكْثَرِهَا وَيَبْقَى لَهُ قَلِيلًا للبَرَكَةِ

"Adapun yang afdhal bagi pembahagian sembelihan korban yang sunat ialah dengan memberi sedekah sebahagian besar daripadanya dan meninggalkan sedikit untuk dimakan sebagai mengambil berkat daripadanya".

Namun, bagaimana pula dengan sisa tulang yang telah selesai dimakan. Adakah perlu di buang atau ditanam?

Sisa tulang dari daging korban yang telah dimasak tidak mempunyai keistimewaan khusus. Ia sebenarnya hanya seperti tulang-tulang dan sisa-sisa lain. Oleh itu, tidak menjadi kewajipan untuk menanam atau melakukan apa-apa tindakan khusus terhadap tulang tersebut selain daripada apa yang biasanya dilakukan terhadap sisa-sisa lain. Namun, adalah lebih baik jika sisa tulang tersebut ditanam sekiranya tidak dimanfaatkan, bagi menjaga kebersihan disamping ada yang berpandangan bahawa tulang adalah makanan bagi makhluk jin.

Sisa tulang daging korban boleh juga dibuang ke dalam tong sampah, serta boleh juga diberi kepada haiwan dan binatang yang berkeliaran. Namun menanamnya ke dalam tanah adalah lebih utama jika boleh.

Tulang-tulang korban jika diberi kepada haiwan dan binatang yang berkeliaran termasuk di dalam keumuman sabda Nabi SAW:

في كل كبد رطبة أجر

"Pada setiap haiwan yang bernyawa itu (berbuat baik kepadanya) ada pahala".
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Selamat menunaikan ibadah korban, semoga segala amal korban kita diterima disisi Allah sebagai suatu amal ketaatan yang diredhaiNya, aamiiin...