MEKANIK IMAN.
331 subscribers
1.84K photos
531 videos
99 files
4.24K links
Bismillahirrahmanirrahim...

Jom perbaiki Iman dan Amal kita yang merupakan kunci dan bekalan kita di akhirat.

Jom join Group Soal Jawab Fiqh di sini
👉 https://t.me/+FdV3VML4jH4xOWY9

Semoga bermanfaat buat semua. Aamiin
Download Telegram
Muhasabah malam ini

Malapetaka paling besar bagi hati seseorang itu adalah bilamana hatinya tidak mahu mendengar dan mengambil pengajaran terhadap peringatan serta nasihat.

Maka, ia adalah azab daripada Allah kepada dosa-dosa yang dilakukan.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Sebelum mengharap Allah menilai kita dengan baik, didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu.

Dan yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi siapa kita ketika melihat mereka.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Mata manusia ni hebat, celik dalam melihat kesilapan dan keaiban orang,

Tetapi buta dalam melihat kesalahan dan keaiban sendiri.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Memang seronok apabila kena kepada orang, tetapi apabila kena atas kepala sendiri baru rasa perit.

Begitulah peritnya apabila aib kita didedah dan begitulah juga perasaan orang lain yang kita aibkan.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Siapa yang mengamalkan kebaikan tetapi pada masa yang sama masih melakukan kejahatan,

Maka Allah akan menyegerakan siksaan kepadanya di dunia dengan menimpakan musibah demi musibah sehingga dia bertemu Allah tanpa kejahatan.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Hidup ini kalau terlalu melihat duri-durinya, kita akan terlupa melihat keindahan bunganya.

Sama juga dengan diri kita, kalau terlalu melihat kesempitan, kita akan lupa kelapangan yang dimiliki.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Jika ada kata-kata yang menyakiti kita, menunduklah dan biarkan ia berlalu,

Dan jangan di masukkan ke hati agar tidak lelah hati kita dan buat kita kecewa.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Adakalanya bila kita melakukan kesalahan, itu membuatkan kita nak memperbaiki diri.

Dan bila tidak pernah merasa bersalah, itu boleh mendatangkan sombong pada diri.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Jangan terpesona dengan kehidupan kita di dunia ini,

Sehingga membuat kita lupa dan meninggalkan kehidupan akhirat.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini,

Kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Jika kita lihat orang sakit, doakanlah kesembuhannya. Jika lihat orang faqir, doakanlah rezeki untuknya. Jika lihat orang berdukacita, doakanlah kemudahan baginya.

Dan adapun untuk kita, cukuplah doa malaikat kepada kita, "bagimu seperti itu juga".

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Kita lupa merenung, bagaimana jikalau kita tidur malam ini dan esok tidak akan bangun lagi.

Dan sampai mana dan berapa banyak bekalan dan persiapan kita untuk menghadap Allah.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Kematian adalah perkara yang paling jauh dalam fikiran kita,

Tetapi sebenarnya ia yang lebih dekat dari segala hal yang dekat dengan kita.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Jangan tangguhkan kebaikan dan ketaatan yang terlintas di hati kita dengan mengatakan esok aku akan lakukan atau selepas ini aku akan buat.

Kerana esok memang masih ada tetapi belum pasti yang esok masih ada untuk kita semua.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Kebanyakan orang dapat membalas setiap kebaikan dengan kebaikan juga,

Tetapi hanya sedikit orang sahaja yang hanya dapat membalas keburukan dengan kebaikan.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Kita harus bersabar dengan semua orang yang melakukan kejahatan pada kita,

Kerana kita kena percaya bahawa itu semua ujian dan didatangkan kepada kita dengan izin Allah.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Hiduplah dalam kesederhanaan sekalipun kehidupan kita serba ada,

Dan perbanyakkanlah memberi sekalipun kita sendiri sedang dalam kekurangan.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Jangan pernah untuk membenci sesiapa walau ada yang menyalahi hak kita,

Dan berbuatlah kebaikan walaupun banyak musibah yang datang melanda.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Jangan bersedih berlebihan sekalipun masalah kita kian bertambah,

Dan tersenyumlah walaupun hati kita sedang menangis hiba.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN
Muhasabah malam ini

Bagi siapapun yang hendak menempuh jalan menuju Allah,

Maka hendaknya ia mengosongkan hatinya dari perasaan takut kepada manusia dan berharap kebaikan dari mereka.

#SELAMAT MALAM
#SALAM KEMAAFAN