BENARKAH RAHIM BOLEH LEMAH?
'Dr, saya takutlah. Pernah gugur dua kali, boleh ke Dr bagi ubat untuk kuatkan rahim saya? Ubat untuk cegah keguguran ada tak Dr?
Agak-agak apa jawapan saya ya?
#MedTweetMY
@MedTweetMYHQ
..
Sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan rahim lemah?
Kebarangkaliannya terma ini diberikan supaya mudah wanita menghadam, kenapa kali itu terjadi keguguran.
Apa yang menyebabkan keguguran?
Banyak sebab namun paling tinggi sebabnya kemungkinan disebabkan bayi tidak mampu bertahan dan membesar, mungkin ada masalah genetik juga. Kebanyakan masa, keguguran tidak diketahui punca sebab ramai wanita gugur dan keluar habis kantung, tidak perlu cuci. Dan jika ada kantung/bayi itu sendiri, kita tidak menghantar untuk ujikaji genetik untuk melihat apa masalahnya jika ada penyebab keguguran kerana ujiannya mahal, servis juga di luar negara.
Apa yang menyebabkan rahim lemah?
Sebenarnya jika difikir-fikirkan, apa organ terkuat sepanjang kehamilan?
Yang terkuat dan perlu kuat ialah pangkal rahim. Pangkal rahim yang kekal panjanglah (tidak menipis) yang menjadi pahlawannya. Rahim adalah satu organ yang menjadi medium kandungan membesar, fungsinya ialah perumah. Rahim semakin membesar seiring dengan usia kandungan sehinggalah masa melahirkan.
Jadi, kenapa ada ubat kuat rahim?
Sebenarnya ubat yang dikatakan sebagai ubat kuat rahim itu adalah sejenis ubat hormon yang mana ia membantu menampung kekurangan hormon progesterone yang dirasakan menjadi salah satu punca keguguran kerap berlaku. Ia menyokong penempelan telur tersenyawa pada dinding rahim (implantation) bukan menyokong otot rahim untuk menjadi lebih kuat menampung kandungan.
Siapa yang Dr akan berikan ubat ini ya?
15-20% daripada wanita hamil boleh menjadi keguguran secara tiba-tiba/tidak diketahui. Lebih kurang 2% mengalami keguguran sebanyak 2 kali berturut dan 0.5-1% mengalami 3 keguguran berturut.
Keguguran akan berlaku tanpa ditahan-tahan walaupun anda bedrest 24/7.
Dan sebenarnya tidak digalakkan untuk anda bedrest 24/7, jika ada tanda-tanda pendarahan, sakit di bahagian abdomen dan sebagainya, nasihat ialah untuk mengurangkan aktiviti yang melibatkan kerja berat dan berehat.
Ini kerana jika bedrest tak gerak-gerak, tinggi pula risiko dapat darah beku di kaki. Not good also.
Jika ada mengalami keguguran berulang seperti di atas, anda adalah insan yang akan mendapat manfaat daripada ubat hormon ini. Ia boleh membantu mengurangkan kadar keguguran.
Jila anda mengalami tanda pendarahan, sakit kontraksi di bahagian abdomen, anda adalah insan yang akan mendapat manfaat daripada ubat hormon ini. Ia boleh membantu mengurangkan kadar keguguran.
Bukan semua orang perlu ambil.
Dapatkan nasihat doktor yang merawat anda.
#biasakanyangbetul
#MedTweetMY
#AimiGYN

Berbeza dengan fahaman yang biasa, mencuci vagina dengan jari (douching) dan menggunakan pencuci feminin tidak digalakkan. Terdedah risiko lebih bermasalah, > jangkitan dan lendir vagina yang keluar.
#BiasakanYangBetul #AimiGYN
#BiasakanYangBetul #AimiGYN
Ada sebabnya mitos 'makan untuk dia orang' ini tidak patur diamalkan.
Banyak komplikasi/kesan buruk daripada baiknya.
1. Utamakan makanan berkhasiat untuk tumbesaran bayi.
2. Jika makanan berkalori diamalkan / makan lebih banyak, berat badan akan naik semasa hamil. Jika dilhat, ada lingkungan berat badan yang direkemen semasa hamil mengikut BMI (seperti dalam vide).
3. Meningkat risiko komplikasi semasa kehamilan seperti kencing manis, darah tinggi, sakit belakang, sakit kaki, varicose vein. Bayi juga boleh menjadi lebih besar daripada berat badan kandungan seumurnya.
4. Komplikasi semasa kelahiran dan postpartum juga meningkat. Berlaku kesukaran semasa melahirkan secara normal, maka pembedahan caesarean terpaksa dilakukan. Luka juga berpotensi lambat sembuh (lebih-lebih lagi ada kencing manis) dan mudah mendapat jangkitan. Risiko mendapat DM secara kekal juga meningkat.
Amalkan makanan berkhasiat semasa hamil, bukan makan lebih banyak yang tentunya meningkatkan jumlah kalori pengambilan makanan.
Demi kesihatan anda dan bayi yang dikandung.
#biasakanyangbetul
#sexreprowomenhealth
#aimiGYN