Aimi Rahayu AR | πŸ‘§, SexRepro Health
878 subscribers
177 photos
7 videos
13 files
100 links
Download Telegram
Tolonglah faham. Tiada yang selamat selagi semua tidak selamat.

Jaga SOP, dapatkan vaksinasi.

---

Please understand. No one is safe until everyone is safe.

Comply to SOP, get vaccinated.

#AimiGYN
Berbeza dengan fahaman yang biasa, mencuci vagina dengan jari (douching) dan menggunakan pencuci feminin tidak digalakkan. Terdedah risiko lebih bermasalah, > jangkitan dan lendir vagina yang keluar.
#BiasakanYangBetul #AimiGYN
Jika mahukan kelahiran anak seterusnya selang 2-3 tahun misalnya, fahami dan aplikasikan kaedah merancang berkesan.

Dengan merancang sendiri, potensi hamil lebih cepat (tidak dirancang) lebih tinggi.

Bukan sedikit yang mahu gugurkan kerna tidak bersedia akibatnya.

#AimiGYN
Begini.

Bila rasa baby kurang gerak, bukan dengar sendiri dengan Home Doppler.

Bila ada kegatalan faraj akibat jangkitan lendiran vagina, bukan dengan cuci vagina guna jari atau guna sabun bersihkan dalam vagina.

Jawapannya jumpa doktor untuk periksa anda.

#AimiGYN
Perumpamaan baru hari ini.

O&G tanpa spekulum ibarat tukang jahit tanpa benang.

Kerja tak jalan.

#AimiGYN
Sama tak lukisan kartun dan real person?

😁

Buku ketiga dalam siri Buku Pink terbitan @katapilarbooks.

#BukuPink
#AimiGYN
Our upcoming masterclass.

Come and join us...

Kindly click

https://nak.info/nontubalectopic

#AimiGYN
Salam semua!

Sementara menunggu PBAKL, jom dapatkan Baucar Buku Semarak Membaca di Shopee.

Dapat diskaun RM10 untuk pembelian di kedai Kata-Pilar hanya dengan pembelian minimum RM20.

Sayang kalau tak digunakan, ini insentif bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya 😁

Boleh pakat kongsi pada kawan2 dan kenalan.

Link kedai: https://shope.ee/AJw9gB9cjT

Terima kasih semua! 😊 😁

#katapilar
#AimiGYN
Tidak sesekali kami ingin melambatkan atau menghalang apa-apa, cuma penilaian klinikal kami para doktor perlu dibuat sebaik mungkin kepada semua pasangan yang mengalami masalah ketidaksuburan. Bukan sewenang-wenangnya terus melakukan prosedur untuk hamil – IUI dan sebagainya sebagai langkah mudah untuk hamil tanpa mengira isu lain yang lebih menonjol dan penting.

Yang penting kerjasama pasangan dengan doktor yang merawat yang baik sedikit sebanyak memudahkan urusan rawatan ini.

(Penulis mempunyai β€˜special interest’ dalam bidang kesihatan seksual dan reproduktif – permasalahan sebegini adalah salah satu aspek yang mendapat penekanan dalam bidang tersebut).

#AimiGYN
#MedTweetMY
Hujung minggu ini ada rancangan ke mana-mana ke?

Apa kata jemput bertandang ke PBAKL yang telah bermula hari ini!

3 hingga 12 Jun 2022 ini, akan berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di WTC, Kuala Lumpur.

Dan yang bestnya, esok ada sesi medical checkup dan sesi Temu & Tegur penulis Buku Pink 3.0 Kata-Pilar Books!

Tarikh: 4 Jun 2022
Waktu: 12 pm - 1 pm.

Jom kome...

#AimiGYN
#Katapilar
Bidang O&G (Kehamilan dan Kesihatan Wanita) memang berhadapan dengan wanita secara majoritinya.

Namun, peranan lelaki sebagai pasangan/suami memang besar.

Jika perlu datang untuk temujanji klinik, datanglah, temanlah pasangan anda.

Ada soalan, andalah yg ada jawapannya.

#AimiGYN