Aimi Rahayu AR | 👧, SexRepro Health
878 subscribers
177 photos
7 videos
13 files
100 links
Download Telegram
SOALAN : Doktor, boleh tak saya cuci vagina dengan jari (douching)?

Faraj adalah organ unik di mana ia memiliki sifat ‘self-cleaning’?
Kehadiran lendir vagina membantu fungsi ini.
Mari kita baca tips atau ‘best practices’ untuk memastikan kebersihan dan kesihatan faraj tanpa ‘over-doing it’.
1. Gunakan air bersih untuk mencuci faraj. Tidak perlu antiseptik atau cecair basuhan feminin.
2. Gunakan tangan apabila mencuci. Tidak perlu kain, kapas.
3. Jangan ‘douching’ iaitu mencuci ruang faraj dengan memasukkan jari. Anda memusnahkan ekosistem semulajadi faraj dan boleh mengubah pH, akibatnya jangkitan lebih mudah terjadi.
4. Selepas mandi, gunakan tuala bersih dan ‘pat gently’ untuk mengeringkan alat kelamin dari luar.
5. Disyorkan pakai seluar dalam kapas.
6. Buat senaman lantai pelvis bagi menguatkannya. Ia membantu kesan jangka masa panjang untuk mengelakkan masalah pembuangan air kencing seperti ‘urinary incontinence’ dan organ peranakan jatuh.
#AimiGYN
#MedTweetMY
Happy Eid everyone and stay safe.

Pray for PALESTINE!

#AimiGYN
#MedTweetMY
#doublemask with faceshield in clinic today.

Protect ourselves and others.

Register for vaccination and do attend the appointment.

We can do this!

#AimiGYN
#MedTweetMY
ISTERI MEMANDANG SUAMI

Ada pahala di situ. 😀

Tapi ini kisah lain.

Sudah acapkali diperhatikan.

Ada isteri memandang suaminya apabila diutarakan soalan mengenai kitaran haidnya bagaimana.

Si isteri berkalih pandang kepada suaminya mencari jawapan mengenai sejarah kesihatan sebelum kahwin. 😂

Yang buat saya tidak tahan senyum ialah apabila si isteri berpaling ke wajah suaminya apabila soalan ditanyakan mengenai umur pertama kali haid!

Si suami : Manalah saya tahu. Kan kita belum kahwin masa tu. 😀

Rumusan saya, si suami itu peta jawapan isterinya. Haha. 😅

#AimiGYN
#MedTweetMY
Nasihat untuk wanita TTC dan vaksin COVID-19.

#AimiGYN
#MedTweetMY
🤩 Pertama kali konsultasi klinik dapat jawapan tepat bila ditanya tujuan makan asid folik.

Dan kali ini juga suami wanita tidak bermain-main telefon, menumpukan perhatian sepenuhnya perbincangan mengenai situasi mereka.

Semoga beroleh kemahuan & niat iA.

#AimiGYN
#MedTweetMY
a masih ada masa, usaha dan doa. Itu yang utama.

#AimiGYN
#MedTweetMY

Nota : Kisah-kisah benar diolah dan diselit mesej yang sahih.

Follow | Like | Comment | Share untuk perkongsian dan cerita yang memberiTAHU dan memberi ILMU untuk kesihatan semua.

Media sosial :
FB : facebook.com/aimirahayuAR
Twitter : twitter.com/aimirahayuAR
Youtube : youtube.com/aimirahayuabdulrashid
Instagram : instagram.com/aimirahayuAR
FB Page : facebook.com/doktorbidan
Telegram : t.me/doktorbidan
a bersalin di hospital kelahiran, mintalah dengan baik jika prefer doktor wanita untuk bantu anda semasa proses kelahiran. Ataupun bidan bertauliah pun ada insyaAllah.

3. Ada option pemakaian seluar bersalin yang hanya mendedahkan bahagian perineum sahaja untuk proses kelahiran (Point 6). Berita di sini http://m.malaysiakini.com/news/347186.

At the end of the day, doakan dipermudahkan mujahadah doktor wanita dalam bidang perubatan. Mana-mana bidang pun ada kesukarannya tersendiri. Berikan sokongan anda daripada segi emosi, spiritual(doakan kami) dan fizikal. Hehe.

#MedTweetMY
Tidak sesekali kami ingin melambatkan atau menghalang apa-apa, cuma penilaian klinikal kami para doktor perlu dibuat sebaik mungkin kepada semua pasangan yang mengalami masalah ketidaksuburan. Bukan sewenang-wenangnya terus melakukan prosedur untuk hamil – IUI dan sebagainya sebagai langkah mudah untuk hamil tanpa mengira isu lain yang lebih menonjol dan penting.

Yang penting kerjasama pasangan dengan doktor yang merawat yang baik sedikit sebanyak memudahkan urusan rawatan ini.

(Penulis mempunyai ‘special interest’ dalam bidang kesihatan seksual dan reproduktif – permasalahan sebegini adalah salah satu aspek yang mendapat penekanan dalam bidang tersebut).

#AimiGYN
#MedTweetMY
Forwarded from MedTweetMY
Ikuti cara pemakanan yang baik semasa hamil.

1. Pengambilan makanan yang sihat, seimbang dan tinggi kandungan nutrien.

Ibu hamil hendaklah menjaga pemakanan harian mereka agar bayi yang bakal dilahirkan sihat dan sempurna dengan mengamalkan :
- Memakan pelbagai jenis makanan berasaskan piramid makanan.
- Minum 6 hingga 8 gelas air sehari atau mengikut keperluan.
- Banyakkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Elakkan pengambilan makanan yang mengandungi banyak lemak, gula dan garam.
- Makan berdasarkan kualiti dan bukannya kuantiti.
- Elakkan memakan snek segera yang tidak berkhasiat dan mengandungi banyak bahan kimia.

2. Mematuhi kadar kalori tambahan yang diperlukan semasa hamil.
Pertambahan kalori sebanyak 300 - 400 sehari adalah digalakkan. Ini sama sekali bukan makan untuk dua orang ya!

Makan untuk dua orang semasa hamil adalah MITOS!

3. Mematuhi pertambahan berat badan yang sesuai mengikut trimester kehamilan.

Pertambahan berat badan perlu dikawal sewaktu hamil. Pertambahan berat badan berlebihan boleh mengakibatkan komplikasi. Ikuti nasihat doktor ketika temujanji antenatal di klinik.

4. Jika ada kencing manis, patuhi saranan doktor dan pakar pemakanan.

....

Perkembangan seorang kanak-kanak bergantung sejak 280 hari di dalam kandungan sehingga bayi tu berusia 2 tahun.

Konsep DOHad (Developmental Origins of Health and Disease) menegaskan kepentingan nutrisi di awal 1000 hari pertama kehidupan kanak kanak. Waktu ini adalah satu jangka masa yang kritikal yang menjadi asas untuk kesihatan  optimum, tumbesaran dan perkembangan pesat sel-sel otak kanak-kanak.

Ini termasuklah fasa ketika ibu hamil.

Jadi menjaga pemakanan adalah satu langkah penting demi memberikan yang terbaik buat anak anda.

Jagalah kesihatan anda demi kehamilan dan tumbesaran bayi yang baik.

#MedTweetMY
'Boleh saya tahu sudah berapa lama Puan berkahwin?'

'Lebih 4 tahun doktor. Belum pernah mengandung lagi. Belum pernah check lagi.'

Aku amati wajah wanita di sisi meja klinik, cuba menelah kata-katanya. Wajahnya polos, bersahaja, tiada riak.

Ada halangankah?

Tiada sokongan pasangankah?

Atau mungkin tidak tahu apa yang sebenarnya harus dilakukan jika tidak hamil setelah sekian lama mendirikan rumahtangga?

'Boleh saya tahu mengapa Puan belum check lagi?'

'Rasanya tiada push factor buat kami.'

Mataku lirik ke layar komputer di hadapanku.

5 tahun menjelang 40, usianya kini semakin mencemburui, seusia 400 000 benih telur yang berkongsi tarikh lahir yang sama.

'Puan, saya hormati keputusan yang Puan buat. Namun, kalau Puan izinkan saya, saya nak bagitahu, jika diamati situasi sekarang, usia Puan yang menjadi 'urgent push factor' untuk Puan memulakan rawatan kesuburan.'

'Maksudnya doktor?'

'Oh, usia dan kesuburan, kaitannya begini https://bit.ly/usiakesuburan.'

Wajahnya sukar untuk kutafsirkan.

Antara sesal dengan pemergian masa atau diri yang tidak mungkin berpatah balik usia.

Dan aku juga menumpang hiba kerna perananku masih belum mampu kulunaskan; janjiku pada wanita untuk menjaga jiwa raga dengan ilmu setia.

#AimiGYN
#MedTweetMY
#MTMOnG