AHMAD ZAHID HAMIDI
3.7K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Golongan berisiko tinggi yang memiliki sistem imuniti badan yang rendah.

Golongan ini paling mudah terdedah dan risiko dijangkiti #COVID-19.

Anak-anak, lindungi ibu bapa anda. Jangan merayau dan bawa pulang penyakit corona virus ini.

Duduk rumah. Lindungi diri dan keluarga.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bicara Politik : Impian Bangsa

Jumaat 4/12/2020

Part 1 Masjid di Bagan Datuk : Status Terkini

#politik #malaysia #bajet2021 #covid_19 #moratarium #krisisperak #umno #muafakatnasional
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bicara Politik : Impian Bangsa

Jumaat 4/12/2020

Part 2 Bajet 2021 : Pertemuan Dengan Menteri Kewangan

#politik #malaysia #bajet2021 #covid_19 #moratarium #krisisperak #umno #muafakatnasional
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Bicara Politik : Impian Bangsa

Jumaat 4/12/2020

Part 3 Isu KWSP : Pengangguran Makin Tinggi

#politik #malaysia #bajet2021 #covid_19 #moratarium #kwsp #krisisperak #umno #muafakatnasional
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bicara Politik : Impian Bangsa

Jumaat 4/12/2020

Part 4 Isu Kesusahan Rakyat : Amanat Presiden Kepada Menteri

#politik #malaysia #bajet2021 #covid_19 #moratarium #kwsp #krisisperak #umno #muafakatnasional
Demi kesejahteraan kesihatan pemeriksaan berwajib dua minggu sekali sebelum masuk bersidang di Dewan Rakyat.

#parlimen #malaysia #bagandatuk #presidenumno #covid-19
Setiap hari saya pantau perkembangan #pandemik Covid-19. Saya teliti berita-berita yang dikeluarkan secara terperinci.

Ada yang mengatakan saya cuba bermain politik. Tidak. Ini bukan tentang politik. Ini soal keselamatan dan kesihatan kita semua.

Saya juga seperti saudara saudari berasa bimbang dengan pandemik ini. Setiap kita terdedah kepada jangkitan. Setiap kita ada keluarga perlu dijaga.

Tetapi sebagai wakil kepada rakyat, menjadi tanggungjawab saya untuk memberi pandangan dan menyuarakan keresahan rakyat.

Semalam ada dua perkembangan mendukacitakan mengenai situasi pandemik Covid-19 di Malaysia.

Pertama sudah dua hari berturut-turut hampir 6,000 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan.

Kedua, seramai 48 petugas kesihatan Hospital Sultanah Nur Zahirah disahkan dijangkiti Covid-19.

Apa yang boleh kita tafsirkan daripada dua perkembangan ini?

Pertama kes terus mencanak. Kedua barisan hadapan kian tertekan dan kepenatan.

Kita berdoa barisan hadapan negara terus cekal dalam perjuangan ini dan sentiasa berada dalam perlindungan Yang Maha Esa.

Ayuh kita semua bersama-sama bergading bahu membantu mereka mengurangkan kadar jangkitan. Patuh SOP dan segalanya.

Bagaimanapun, kita menyeru juga kepada kerajaan memperkuatkan lagi iltizam untuk mengurangkan penularan Covid-19.

Saya berasa bimbang andai kerajaan terlalu bergantung kepada penggunaan vaksin yang masih diperingkat percubaan klinikal sedangkan kes ketika ini terus tinggi.

Beberapa pakar kesihatan #Malaysia dan ahli akademik telah pun memberi pandangan mengenai fungsi vaksin Covid-19.

Mereka membayangkan vaksin bukanlah penyelesaian mutlak kepada usaha menamatkan sepenuhnya pandemik Covid-19.

Mereka kata vaksin itu berkesan mengelak seseorang mengalami kesan teruk jangkitan itu, namun itu tidak bermakna seseorang yang telah divaksin tidak boleh menjadi pembawa virus itu.

Mereka kata virus Covid-19 sesuatu yang baru dan kompleks. Masih memerlukan kajian serta pengumpulan data jangka panjang untuk dibendung secara berkesan.

Mereka kata #vaksin #Covid-19 tidak bersifat menyembuh, sebaliknya bertujuan mencegah dan mengawal penyakit daripada menjadi lebih kritikal.

Mereka sependapat bahawa #SOP seperti penjarakkan sosial dan sebagainya masih perlu diteruskan walaupun selepas program suntikan vaksin secara menyeluruh bermula.

Ini bermaksud vaksin Covid-19 bukan bersifat magik. Bukan seperti iklan ubat yang berkesan menghilangkan sakit kepala dua kali lebih pantas.

Ia akan mengambil tempoh masa tertentu sebelum kita dapat mengawal sepenuhnya penularan pandemik itu.

Jika jumlah jangkitan kes tidak ditangani dari sekarang, dibimbangi Malaysia memerlukan masa lebih lama sebelum dapat menangani kadar jangkitan.

Kerajaan perlu bertindak lebih proaktif dari sekarang supaya kadar jangkitan dapat dikawal dari awal.

Kita tidak mahu lebih ramai yang tewas sementara menunggu program vaksinasi sepenuhnya bermula.

Perketatkan PKP dengan memberi bantuan yang sewajarnya kepada rakyat dan golongan peniaga supaya mereka dapat bertahan.

Kita tidak mahu Malaysia dilabelkan sebagai salah sebuah negara yang lambat berjaya dalam menangani pandemik ini.
Ketabahan, kebe­ranian, kecekalan, keteguhan hati.

Terdapat pelbagai istilah boleh dikaitkan dengan perjuangan umat Islam Palestin.

Tetapi istilah paling cocok dalam mengambarkan tentang mereka adalah ketaqwaan.

Ketaqwaan punca mereka terus tabah, berani, cekal dan teguh hati menentang kezaliman rejim zionis.

Kita umat Islam Malaysia boleh mencontohi ketaqwaan itu dalam berdepan ancaman Covid-19.

Covid-19 yang telah mengorbankan ramai rakyat Malaysia dan menyakiti yang lain.

Kita bertaqwa kepada Allah S.W.T sepenuh hati agar negara terlepas daripada pandemik itu.

Pandemik yang kian memburuk disebabkan ketidakmampuan kerajaan membendungnya.

Kita terus tabah menghadapinya, tetap cekal dan teguh hati mematuhi SOP untuk menghindarinya.

Sebagai umat Islam Malaysia kita juga bersyukur sejak sekian lama hidup dalam negara yang aman.

Selama berpuluh tahun kerajaan BN berjaya membentuk Malaysia sebuah negara harmoni.

Tetapi ini tidak sepatutnya menjadikan umat Islamnya leka tentang ketaqwaan.

Keamanan yang dinikmati itu sebaliknya menambah ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T.

#Covid-19
#Palestin
#KuatKetaqwaan
#TerusBerdoa

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2073062262832340&id=188294724642446
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan #Deepavali kepada seluruh anggota masyarakat #Malaysia beragama #Hindu.

Deepavali mengimbau kemakmuran hidup rakyat Malaysia pelbagai kaum yang pernah terbentuk hasil kesepakatan kita bersama.

Maka jadikanlah Deepavali kali ini sebagai cahaya untuk memperkukuhkan perpaduan dan kemuafakatan yang sudah terjalin sejak sekian lama.

Semoga #Deepavali2021 menyinari semula apa yang kita pernah terlepas, terlupa atau terleka kepada kebaikan bersama suatu ketika dulu.

Semangat Deepavali membawa kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

Namun dalam keseronokan menyambut Deepavali jangan sesekali terlupa kepada bahaya pandemik #Covid-19 yang masih menular.

Sentiasalah mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) walau di mana anda berada semasa perayaan Deepavali tahun ini.

#Deepavali
#Kemakmuran
#Kesepakatan
Alhamdulillah selesai menerima suntikan dos Booster di KPJ hari ini.

Selepas berusaha baru kita bertawakal kepada Allah.

Tiada manfaat atau mudarat berlaku kecuali dengan izin Allah.

‘‘ Dengan nama Allah yang tidak akan memberi mudarat dengan namaNya sesuatu pun di bumi dan tidak di langit dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. ’’

#covid_19 #vaksìncovid19