AHMAD ZAHID HAMIDI
3.65K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Demi kesejahteraan kesihatan pemeriksaan berwajib dua minggu sekali sebelum masuk bersidang di Dewan Rakyat.

#parlimen #malaysia #bagandatuk #presidenumno #covid-19
Saya dan semua ahli parlimen sepakat untuk terus mempertahan dan memperjuangkan isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat.


#demirakyat #umnobangkit #parlimen #malaysia
Saya berpandangan apabila Yang di-Pertuan Agong bertitah persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin, maka secepat mungkin ia perlu diadakan.

Benar tafsiran 'secepat mungkin' bersifat subjektif, namun bukankah masih ada aspek-aspek untuk mentafsirkannya.

Tafsiran 'secepat mungkin' bergantung kepada keadaan atau sesuatu perkara. Ini 'common sense' yang murid sekolah pun tahu.

Sebagai contoh guru ketika mengajar mengarahkan murid membuka buku teks secepat mungkin, maka tempoh beberapa saat adalah 'secepat mungkin.

Jika guru meminta murid menyiapkan kerja rumah secepat mungkin, maka tempoh beberapa hari adalah 'secepat mungkin'.

Secara umum jika sesuatu itu mudah dilakukan, maka tempoh beberapa saat, minit atau jam atau hari adalah 'secepat mungkin'.

Jika sesuatu yang sukar maka tempoh beberapa minggu, bulan atau tahun mungkin ditafsirkan sebagai 'secepat mungkin'.

Dalam hal persidangan Parlimen ia adalah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan sama ada secara fizikal mahupun maya.

Maka titah Parlimen perlu bersidang 'secepat mungkin' tidaklah sepatutnya ditafsirkan dalam tempoh beberapa bulan.

Tafsiran itu seolah-olah menyanggah elemen kebijaksanaan, keprihatinan dan kecaknaan dalam titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

#parlimen
#bersidang
#secepatmungkin
Minta semua doa-doakan agar Parlimen kembali bersidang secepat mungkin @ segera ok.

Sejurus demokrasi negara kembali pulih kita akan bergegas menyuarakan kepentingan rakyat.

Segala kehendak dan keperluan rakyat akan kita cuba angkat untuk diperbincangkan.

Antaranya tuntutan pemberian moratorium auto, skim i-Lestari dan i-Sinar 2.0 kepada rakyat.

Kita teruskan permintaan bantuan yang lebih baik buat peniaga dan golongan pekerja.

Kita perhalusi bagaimana program vaksinasi kebangsaan dapat dipercepatkan.

Kita perbahaskan supaya sistem pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) diperbaiki.

Kita sambung menyuarakan semua kepentingan rakyat ini di platform yang lebih kuat dan rasmi platform Dewan Rakyat.

InsyaAllah peranan yang sama atau lebih hebat akan kita lakukan berbanding semasa PKP 1.0.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat dimohon beri laluan mudah untuk denyut nadi rakyat didengari.

Dalam keadaan apa sekali pun masa depan rakyat dan negara perlu jadi keutamaan.

#Parlimen
#Bersidang
#SecepatMungkin
#Segera
#Demokrasi


Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Bukan hanya parti pembangkang yang boleh bercakap tentang kepentingan rakyat.

Parti politik mana sekalipun boleh bercakap tentang kepentingan rakyat.

Pemimpin politik mana sekalipun boleh bercakap tentang hak dan kepentingan rakyat.

Perkara berkait hak dan kepentingan rakyat melangkaui fahaman dan dimensi politik.

Maka tidak benar bercakap tentang kepentingan rakyat bercakap seperti pembangkang.

Adakah hanya pembangkang boleh bercakap tentang kepentingan rakyat?

Bercakap tentang kepentingan rakyat di media sosial juga bukan kesalahan.

Sebaliknya supaya rakyat tahu parti ambil peduli dan perjuangkan kepentingan mereka.

Media sosial platform tidak rasmi menyampaikan mesej kepentingan rakyat.

InsyaAllah saya akan terus bercakap tentang kepentingan rakyat di semua platform medsos.

Twitter : https://twitter.com/DrZahidHamidi
Instagram : https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/
Tiktok : http://tiktok.com/@ahmadzahidhamidi
Telegram : https://t.me/ahmadzahidhamidi

Kemudian kita sambung di platform rasmi Dewan Rakyat apabila Parlimen kembali bersidang.

#Demirakyat
#Deminegara
#Medsos
#Parlimen
#Platformtidakrasmi
Wujud persoalan mungkinkah Parlimen akan terbubar secara automatik berdasarkan Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan?

Ia kerana timbul pandangan Parlimen perlu bersidang semula dalam tempoh enam bulan selepas persidangan terakhir.

Atau lebih tepat perlu bersidang selewat-lewatnya pada 29 Jun 2021. Jika gagal berbuat demikian Parlimen dikatakan boleh terbubar secara automatik.

Tetapi tampak seperti kerajaan PN masih berat hati benarkan Parlimen segera bersidang. Ke sana ke sini. Pusing sana pusing sini.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja Melayu telah pun bertitah supaya Parlimen bersidang secepat mungkin.

Terbaru Yang di-Pertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat kata Parlimen hanya boleh bersidang secara hibrid Ogos atau September 2021.

Ada juga yang menafikan pandangan Parlimen boleh terbubar secara automatik.

Mereka kata negara dalam Ordinan Darurat maka Parlimen tidak boleh bersidang. Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan tidak terpakai.

Tetapi Yang di-Pertuan Agong telah pun bertitah pada 24 Februari 2021 bahawa Parlimen boleh bersidang sepanjang tempoh darurat.

Maka adakah pihak mengatakan Parlimen tidak boleh bersidang semasa Ordinan Darurat mahu menidakkan titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Benda senang jadi susah buat apa. Benarkan Parlimen bersidang. Kalut itu kalut ini untuk apa? Sidang Parlimen hak rakyat. Lambang demokrasi.

#Parlimen
#BersidangSegera
#LambangDemokrasi
#Perkara55
#PerlembagaanPersekutuan


https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2099903833481516/


Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-​Mustafa Billah Shah sekali lagi bertitah supaya Parlimen bersidang secepat mungkin.

Kali ini baginda menitahkan perkara itu "direct" kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Negara.

Ia bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Al-Sultan Abdullah malah bertitah Jawatankuasa Pilihan Parlimen Ke-14 meneruskan sesi mesyuarat sebagai pelaksanaan mekanisme semak dan imbang.

Ini bagi menjamin tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab dalam menangani isu-isu dasar awam, kemasyarakatan, hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara.

Saya fikir rakyat dapat membuat kesimpulan tersendiri mengapa agaknya sehingga Duli Yang Maha Mulai Yang di-Pertuan Agong bertitah sedemikian rupa.

Istana Negara menegaskan pandangan dan seruan Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu adalah berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Kedaulatan Undang-Undang.

Apapun ini kali ketiga Yang di-Pertuan Agong bertitah untuk Parlimen bersidang. Pertama pada 24 Februari, kedua pada 16 Jun dan terbaru pada 29 Jun 2021.

Maka tiada alasan lagi untuk kerajaan PN berlengah-lengah kerana Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara, Dewan Negara dan Dewan Rakyat telah mengulangi titah baginda.

Semoga tiada lagi spin' mengenai definasi secepat mungkin' oleh mereka yang berat hati mahu membenarkan Parlimen bersidang.

#Agong
#RajaRajaMelayu
#DaulatTuanku
#Parlimen
#Bersidang
#SecepatMungkin
#Segera

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2101371366668096&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Mungkinkah berita media arus perdana tentang Menteri Kewangan menyatakan moratorium automatik 2.0 dikenakan faedah telah disekat.

Tajuk berita itu namun masih boleh dilihat dalam talian antaranya "Moratorium: Kadar faedah bergantung kepada Bank"

Ada juga berita bertajuk "Pemulih: Moratorium bukan tanpa faedah", tetapi apabila cuba diakses kedua-duanya Error 404 Page Not Found.

Kemudian terbit berita Menteri Kewangan menjelaskan tiada faedah terkompaun bagi moratorium automatik.

Menteri Kewangan minta rakyat buat aduan jika bank menaikkan faedah terkompaun serta caj penalti ke atas moratorium.

Berita yang ini tiada notis Error 404 Page Not Found. Boleh diakses dan dibaca dengan mudah dan cepat.

Bagaimanapun ada media alternatif kekal melaporkan Menteri Kewangan ada menyatakan moratorium diumumkan kerajaan bukan tanpa faedah.

Tidak mengapalah sama ada hal itu disebabkan Menteri terlepas cakap atau ia langkah "damage control" yang penting beliau telah berjanji.

Berjanji bank tidak akan mengenakan faedah terkompaun atau penalti lewat bayar kepada peminjam yang memohon moratorium automatik.

Bagaimanapun rakyat jangan sesekali alpa. Kita pantau perkembangan moratorium automatik ini.

Jangan pula nanti disangkakan panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Ku sangkakan moratorium tanpa faedah, rupa-rupanya bank sambil menyelam minum air.

Insya Allah apabila Parlimen kembali bersidang lebih mudah untuk kita sama-sama pantau perkara ini.

#moratoriumautomatik
#tanpafaedah
#banturakyat
#pantau
#parlimen

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2102149259923640&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Secara harfiah "total lockdown" bererti lebih besar dan penting berbanding PKPD.

Bermaksud PKPD dulu baru "total lockdown". Bukan "total lockdown" baru PKPD.

Sebab itu rakyat semakin keliru dan sangsi dengan cara kerajaan PN menguruskan pandemik.

Itu belum tentang kaedah Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, Fasa 4 yang memusykilkan.

Apabila ditegur "total lockdown" separuh masak, suam-suam kuku geng PN marah.

Dituduh bercakap seperti pembangkang. Konon kuat merungut. Main politik.

Tetapi inilah natijah yang terjadi sekarang. Rakyat berasa seolah-olah dipermain.

Sia-sia lebih 30 hari rakyat berkorban jalani "total lockdown" cara marba bermula 1 Jun.

Kes tetap tinggi. Tarikh 3 Julai baru seakan-akan mahu kuatkuasakan "total lockdown' yang sebenar.

Namun dijenamakan sebagai PKPD tidak pasti mengapa.

Itupun di Selangor dan beberapa kawasan di Kuala Lumpur sahaja. Bagaimana di negeri lain?

Masih" total lockdown" suam-suam kuku. Sektor pengilangan tetap dibenar beroperasi.

Walhal kerajaan PN mengakui sedang berlaku penularan tiga varian baharu yang lebih ganas.

Varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India) dan Alpha B.1.1.7 (UK).

Apakah mahu tunggu sehingga negeri lain turut melaporkan purata kes harian 1,800 ke 1,900?

KP Kesihatan pada 14 Jun pernah kata sektor pengilangan merekodkan jangkitan tertinggi.

Seorang Menteri PN bagaimanapun kata bukan. Katanya tidak adil menyalahkan sektor pengilangan.

Jika begitu bila masalah pandemik ini dapat dibendung secara mutlak?

Bila rakyat boleh kembali menjalani kehidupan secara normal dengan sempadan negeri dibuka?

Rakyat tidak boleh bertahan terlalu lama dengan moratorium 6 bulan dan i-Citra RM1,000 x 5 bulan.

Sebab itu kerajaan PN tetap disaran melaksanakan PKP penuh @ "total lockdown" di seluruh negara.

Lakukan untuk satu tempoh yang munasabah kerana ia kaedah yang lebih pantas.

Kita tidak mahu kerajaan PN dilihat seakan-akan mahu 'perlahan-perlahan kayuh'.

Sebab itu juga Parlimen kena segera bersidang untuk suara rakyat kembali didengari.

Kepada 'JKOM' cukup-cukuplah memutar belit fakta cuba memanipulasi persepsi rakyat.

Adakah tidak simpati dengan nasib rakyat yang juga rakan, saudara, jiran tetangga anda?

Adakah anda tidak menghiraukan kerosakan yang sedang berlaku pada negara?

#totallockdown
#PKPD
#SelangorKL
#parlimen


Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Rumusannya mudah sahaja.

Semalam Menteri Kewangan akhirnya mengaku lebih 50% kluster tempat kerja melibatkan subkategori pengilangan.

Kluster itu direkodkan sejak "total lockdown" suam-suam kuku atau separuh masak berkuatkuasa bermula 1 Jun 2021.

Atau lebih tepat sebanyak 373 daripada 753 kluster tempat kerja yang direkodkan di Malaysia sehingga 23 Julai 2021.

Menteri Kewangan malah mengaku kluster tempat kerja mencatat kluster jangkitan Covid-19 tertinggi dalam tempoh tersebut.

Membabitkan hampir 60,000 kes jangkitan wabak Covid-19.

Menteri bertanggungjawab beri 'lesen' kepada kilang beroperasi sepanjang "total lockdown" jadi panas telinga.

Mana boleh tahan beliau seorang saja kena di Parlimen agaknya. Lalu Menteri berkait 'lesen' operasi 'petik' sama kawan-kawan lain.

Beliau kata keputusan benarkan kilang-kilang beroperasi semasa 'total lockdown' bukan keputusan beliau seorang.

Keputusan benarkan kilang-kilang beroperasi dibuat secara kolektif dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bukankah Mesyuarat MKN dipengerusikan oleh Perdana Menteri? Perdana Menteri pun kena 'petik' gamaknya.

Begitulah keadaannya. Mereka boleh tunding sana sini, tetapi 60,000 yang dijangkiti itu sudahpun dijangkiti.

Jika mereka ikut saranan kita ketika itu supaya dilaksanakan "total lockdown" yang benar-benar total, mungkin keadaan tidak seteruk itu.

Bukan untuk selama-lamanya. Hanya sehingga kita berjaya mengasingkan dan merawat mereka yang dijangkiti sekali gus menurunkan kadar jangkitan.

Namun inilah antara sebab mengapa kita desak supaya Parlimen bersidang. Supaya kita tahu fakta sebenar.

#KlusterTempatKerja
#kilang
#parlimen
#umnobersamarakyat


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2121603927978173&id=188294724642446


Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Banyak peristiwa gempar sepanjang persidangan khas Parlimen bermula 26 Julai lalu.

Antaranya pengakuan Menteri Kewangan kilang penyumbang tertinggi kluster tempat kerja.

Paling gempar berhubung kemurkaan Yang di-Pertuan Agong terhadap kerajaan.

Tetapi mungkin ramai terlepas pandang satu kisah yang tidak kurang gemparnya di Parlimen.

Kisah Ahli Parlimen DAP mendakwa tiada siapa pun Ahli Parlimen ada majoriti sokongan dalam Dewan Rakyat.

Justeru, wakil rakyat DAP itu mencadangkan semua Ahli Parlimen menangguhkan persoalan itu.

Berganding bahu untuk melawan pandemik Covid-19 yang berleluasa.

Walaupun itu saranan yang baik tetapi ramai melihat cadangan itu sebagai naif.

Sedangkan ramai tahu mana ada kita tidak pernah cuba membantu menangani pandemik. Konsisten cuba membantu menanganinya.

Namun bagaimana mahu membantu secara formal sebelum ini apabila Parlimen lambang demokrasi negara digantung.

Sedangkan itulah tempat untuk Ahli Parlimen berbincang, memberi pandangan, lontaran idea, semak dan imbang.

Apa pun kita tetap membantu. Memberi pelbagai cadangan, idea melalui saluran lain termasuk politik dan media sosial.

Persoalannya adakah kebanyakan cadangan itu diambil peduli dan dipandang serius oleh kerajaan.

Sebaliknya kita dituduh bermain politik. Kita dituduh kuat merungut dan hanya tahu buat bising.

Mereka terjemahkan segala cadangan dan idea kita sebagai satu bentuk "serangan" pula.

Kadangkala pandangan kita membuatkan mereka terkena tempias, tetapi itu yang perlu.

Mana-mana bahagian yang mereka akhirnya bersetuju adalah kerana terpaksa.

Kemudian mereka cuba ambil kredit, kita ok sahaja selagi ia memanfaatkan negara. Tidak mengapa kerana rakyat tahu.

Kini Parlimen "digantung" sekali lagi, namun ada Ahli Parlimen UMNO berkesempatan mengemukakan cadangan.

Maka diharap cadangan yang bertujuan membantu menangani penularan Covid-19 itu diambil kira oleh kerajaan.

Melontarkan cadangan tidak semestinya menjerit-jerit. Kita tenang-tenang saja.

#umnobersamarakyat
#parlimen
#bawabertenang

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2125482940923605/

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Pagi ini sempat swafoto bersama DS Najib Tun Abd Razak @najib_razak di Parlimen...

Syukur Alhamdulillah dapat terus berkhidmat dan menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-14 yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menjunjung kasih Titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pembukaan Dewan Rakyat Penggal Keempat Parlimen hari ini.

Insya Allah suara rakyat akan saya angkat di dewan yang mulia Dewan Rakyat ini untuk didengari serta diberi perhatian oleh kerajaan.

Parlimen sebagai lambang struktur demokrasi negara serta cerminan aspirasi rakyat tidak sesekali boleh diperkotak-katikkan.

Malaysialah sebuah negara berdaulat dan berperlembagaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

Semoga Allah memudahkan segala urusan demi kepentingan rakyat dan masa depan negara tercinta.

#Parlimen
#PolitikMalaysia
#DaulatTuanku
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Istiadat Pembukaan Dewan Rakyat Penggal Keempat Parlimen bertitah agar semua pihak fokus kepada usaha memerangi pandemik Covid-19.

Seri Paduka Baginda bertitah setelah lebih setahun berlalu negara masih lagi belum bebas sepenuhnya daripada pandemik Covid-19.

Seri Paduka Baginda bertitah rakyat telah terlalu lama dibelenggu dengan masa hadapan yang kelam, bergelut dengan isu kesihatan dan juga kemurungan ekonomi.

Seri Paduka Baginda bertitah terlalu ramai rakyat yang terkesan dengan penularan pandemik dan terlalu ramai juga rakyat yang telah kehilangan sumber rezeki.

Seri Paduka Baginda bertitah rakyat merintih penuh duka dengan seribu harapan agar sinar perubahan dapat mereka kecapi dengan segera bagi meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.

Presiden UMNO menjunjung kasih serta mengambil maklum titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Jelas dan nyata Seri Paduka Baginda sangat cakna serta prihatin terhadap nasib rakyat dan masa depan negara. Seri Paduka Baginda berjiwa rakyat dan menyelami keadaan sebenar rakyat.

Daulat Tuanku!

Seperti yang pernah saya nyatakan UMNO akan terus menjadi mata, telinga dan suara rakyat dalam menyentuh soal-soal kesejahteraan mereka dan kemakmuran negara.

UMNO akan terus berperanan sebagai kuasa pengimbang yang sentiasa bergerak senafas dengan rakyat.

Saya berpandangan pendirian ini selari dengan titah Tuanku agar semua pihak fokus kepada usaha memerangi pandemik Covid-19 demi kemaslahatan rakyat.

#Parlimen
#TitahAgong
#perangicovid19bersama

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2160006097471289/
Isnin 28.2.2022

Menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen Keempat Belas 2022 yang disempurnakan dengan titah diraja oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Parlimen.

Patik dan saf kepimpinan parti menjunjung kasih titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang mahu wakil rakyat sentiasa fokus kepada kepentingan rakyat serta memelihara kesefahaman dan kestabilan politik.

Insya Allah Malaysia akan semakin maju jika semua pihak mengikut titah baginda dan berhenti berpolitik sepanjang masa sehingga menjejaskan usaha membangunkan negara kita yang tercinta ini.

Selamat bersidang kepada semua rakan-rakan Ahli Parlimen dan semoga Allah merahmati khidmat dan usaha keras wakil rakyat yang sentiasa berjuang demi kebaikan rakyat di kawasan masing-masing...

#Parlimen
#Malaysia
#Umno