AHMAD ZAHID HAMIDI
3.7K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Pimpinan dan ahli UMNO terus fokus kepada kerja-kerja memperkasakan parti.

Usaha mengadu domba tidak akan melemahkan dan memecahbelahkan kita.

Tidak akan mengalih tumpuan kita daripada usaha menjulang kembali UMNO.

Semangat dan persiapan UMNO berdepan PRU-15 tetap bingkas dan terus mara.

Pimpinan dan ahli UMNO akan terus mengambil berat keadaan rakyat dan negara.

Berusaha semampu boleh untuk membantu walau dalam kapasiti yang terhad.

Maka berhati-hatilah dengan percaturan dan propaganda lawan. Bijak menilai kelicikan musuh.

Tidak benar mereka mahukan yang terbaik untuk UMNO. Awas kepada muslihat dan tipu daya.

UMNO tetap UMNO. Pemimpin dan ahli akar umbi UMNO yang tahu apa terbaik untuk UMNO.

InsyaAllah UMNO berada di landasan yang tepat. UMNO ada strategi dan bangkit.

Kepada Allah S.W.T kita berserah dan memohon pertolongan.

#UMNO
#Akarumbi
#Terusmara
#Bangkit
#pru15


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2101208086684424&id=188294724642446


Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Saya mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada UMNO bahagian dan cawangan-cawangan di seluruh Malaysia.

Terima kasih juga kepada NGO yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan kepada rakyat dalam kesusahan.

Syukur Alhamdulillah ramai yang tampil memberi bantuan yang tidak putus-putus.

Tetapi kita faham sumber mereka kadangkala terhad untuk memastikan bantuan secukupnya kepada semua.

Kita berharap lebih ramai tampil nenghulurkan sumbangan melalui NGO untuk disalurkan kepada golongan memerlukan.

NGO juga barisan hadapan kita. Berusaha membantu rakyat dalam kesempitan. Mereka ke sana ke sini menyampaikan bantuan kita.

Mereka ini pada kebanyakan keadaan lebih laju berbanding kerajaan dalam hal-hal bantuan kepada rakyat.

Bagaimanapun alangkah baik jika ada bantuan selain makanan turut disalurkan oleh golongan berkemampuan melalui NGO.

Antaranya bantuan berbentuk keusahawanan seperti peralatan untuk menjaja.

Supaya rakyat yang dalam kesusahan disebabkan pengurusan Covid-19 cacamarba dapat kembali berdiri di kaki sendiri.

Nak harap wang i-Citra kena kumpul beberapa bulan baru cukup buat modal. Belum sempat kumpul tak tahu apa masalah pula menimpa.

#Terimakasih
#UMNO
#NGO
#BarisanHadapan
#AllahBantuKita


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2105090509629515&id=188294724642446


Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
MKT UMNO telah memutuskan apa yang difikirkan perlu dilakukan demi kepentingan rakyat dan negara malam tadi.

Beginilah keindahan UMNO parti keramat agama, bangsa dan negara. Sebuah parti demokratik berusia 75 tahun.

Segalanya diputuskan secara berperlembagaan, musyawarah dan bijaksana. Berpaksikan kemaslahatan rakyat dan negara.

Maka tidak benarlah propaganda dan persepsi yang kerap direka konon Presiden UMNO buat keputusan sendiri untuk parti.

Terbukti juga UMNO bukan sebuah parti yang boleh berkompromi apabila melibatkan kepentingan rakyat serta negara.

Terbukti juga UMNO sebuah parti yang tegas dan jitu mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Terbukti UMNO mendengar suara hati akar umbi parti dan memenuhi mandat mereka pada Perhimpunan Agung UMNO 2020.

Ternyata UMNO parti yang akan terus berpegang dan memperjuangkan prinsip demokrasi berparlimen.

UMNO akan terus bersama rakyat walau apa cabaran dan rintangan. Demi Malaysia tercinta.

#UMNO
#PartiBerprinsip
#DemiRakyat
#DemiNegara
#umnobersamarakyat

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2107393099399256&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
UMNO selepas berusia 75 tahun semakin matang.

Berpengalaman berpengetahuan, berkemahiran.

Lebih penting UMNO memiliki lebih banyak pengalaman dari pelbagai cabaran.

Terutama selepas 3 tahun detik hitam 9 Mei 2018.

Pelbagai ujian cabaran duri dan ranjau yang dilalui.

Kesetiaan menjadi tunggak utama meneruskan sebuah perjuangan.

Sekarang kita memahami aspirasi perlu dipenuhi.

InsyaAllah UMNO kembali sebagai teras pentadbiran.

Akan sangat mantap menterjemah sanubari rakyat.

Resam hidup yang telah dilalui membuatkan UMNO lebih memahami.

Kematangan UMNO sebuah proses berterusan.

Apabila diangkat semula, InShaa Allah, UMNO jauh lebih hebat.

#UMNO
#DuluKiniSelamanya
#umnobersamarakyat
#UMNOSebuahPerjuangan

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2112696798868886&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Keputusan UMNO tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang telah dimuktamadkan.

Ia bukan sekadar sebuah ketetapan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT), tetapi lahir daripada suara di peringkat akar umbi pada Perhimpunan Agung UMNO 2020.

UMNO juga mengambil pendirian menolak pembentukan gabungan politik Perikatan Nasional (PN) dalam PRU-15 dan berdiri teguh memperkasa Barisan Nasional (BN).

Kesimpulannya kesemua ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 itu adalah berfokuskan kepada PRU-15 yang akan diadakan sejurus pandemik Covid-19 dapat ditangani.

PRU-15 sangat penting bagi mengembalikan semula mandat kepada rakyat demi mewujudkan kestabilan politik yang kukuh di negara ini.

Berhubung pembentukan kerajaan Keluarga Malaysia sejurus kerajaan PN tumbang Ogos lalu adalah bagi memastikan kelangsungan pentadbiran kerajaan.

Kelangsungan pentadbiran sebuah kerajaan yang cuma bersifat sementara sebelum Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Kerajaan sementara ini ditubuhkan dengan pertimbangan suasana politik yang masih tidak stabil sedangkan rakyat diancam pandemik COVID-19.

UMNO perlu mengutamakan rakyat pada setiap masa sama ada dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Begitu juga menjunjung kasih titah Raja-Raja Pemerintah.

InsyaAllah kita yakin UMNO dengan strategi dan gerak kerja yang telah dan sedang diatur akan mengembalikan kerajaan BN sebagai tonggak pentadbiran negara pada PRU-15.

Kepada Allah S.W.T kita berserah demi sebuah perjuangan untuk kepentingan rakyat dan negara.

#UMNO
#UmnoDuluKiniSelamanya
#UMNOBersamaRakyat
#PRU15NoPPBM

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/397664958397425/?d=n
Kewujudan terlalu banyak parti politik akan menyebabkan rakyat muak dengan kepelbagaian ideologi, perbezaan pendapat yang akan membawa ekonomi negara terus dalam fasa ketidaktentuan.

Landskap politik negara seharusnya terus maju ke hadapan dengan mengelakkan penambahan parti politik dan mengurangkan perbezaan ideologi serta pendapat,

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, seseorang itu bebas untuk menubuhkan sebarang persatuan, pertubuhan mahupun parti politik. Tapi kita harus lihat jika negara kita mempunyai terlalu banyak parti politik, akan menimbulkan kepelbagaian dan tidak ada satu parti dominan yang menulang belakangi sistem demokrasi bagi membentuk kerajaan.

Kami, tiada UMNO baru tiada UMNO lama. Kami ambil perkiraan, semua peringkat umur termasuk veteran. Jika ada perbezaan pendapat, ini sering diraikan setiap kepimpinan. Saya tidak fikir perlunya semangat untuk hidupkan sesuatu parti yang telah diharamkan pada 1988.

Semangat itu perlu disuntik dalam UMNO yang sekarang. Mari kita berpadu supaya kita dapat bergerak dalam landasan yang sama. Bukan UMNO, Barisan Nasional sahaja harus diperkukuhkan tapi tiba masanya kita hentikan perbezaan ideologi politik demi negara tercinta.


#UMNO
#UmnoDuluKiniSelamanya
Alhamdulillah baru sahaja selesai mesyuarat #Umno Bahagian #BaganDatuk.

Pelbagai perkara dan isu dibincangkan bagi memperkukuhkan kesiapsiagaan menghadapi #PRU15.
Terima kasih kepada semua yang turun ke Melaka membantu calon-calon kita.

Jaya atau gagal akan menjadi cerminan kepada #Umno & BN untuk melakar lanskap dalam #PRU15.

Semangat jentera kita dari seluruh negara untuk membantu jentera #BN #Melaka amat berbeza sekarang.

#barisannasional
#prnmelaka2021
#melaka4bn
Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Hafez Helmi (Ketua Pemuda #UMNO Bahagian Tampin) yang telah pergi meninggalkan kita semua awal pagi tadi.

Pemergian beliau secara tiba-tiba sangat memberi kesan kepada kita semua yang masih meneruskan perjuangan demi kemenangan parti pada #PRN #Melaka kali ini.

Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama para Kekasih-Nya di alam sana.

Marilah kita hadiahkan bacaan Al Fatihah untuk arwah dan semoga jasanya kepada perjuangan akan menjadi bekalan berharga di sisi Allah.

#AlFatihah
SELASA 21.12.2021

Penyerahan Sumbangan Di Pejabat UMNO Petaling Jaya Dan Melawat Rumah Terkesan Banjir.

Turut hadir Menteri Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar dan Ketua UMNO Bahagian PJ Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim bersama kepimpinan #Umno Bahagian dan #barisannasional

#banjir2021
#petalingjaya
#bn4rakyat
Majlis Penutup Bengkel Kesiapsiagaan #PRU15 #UMNO Bahagian #Dungun di Institut Latihan Memperkasa Ummah #ILMU Janda Baik #Pahang.

Semoga banyak manfaat diperolehi oleh semua peserta dalam mempersiapkan diri bagi menghadapi PRU akan datang.

#UmnoBangkit #UMNObersamaRAKYAT #DemiKestabilan
Isnin 28.2.2022

Menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen Keempat Belas 2022 yang disempurnakan dengan titah diraja oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Parlimen.

Patik dan saf kepimpinan parti menjunjung kasih titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang mahu wakil rakyat sentiasa fokus kepada kepentingan rakyat serta memelihara kesefahaman dan kestabilan politik.

Insya Allah Malaysia akan semakin maju jika semua pihak mengikut titah baginda dan berhenti berpolitik sepanjang masa sehingga menjejaskan usaha membangunkan negara kita yang tercinta ini.

Selamat bersidang kepada semua rakan-rakan Ahli Parlimen dan semoga Allah merahmati khidmat dan usaha keras wakil rakyat yang sentiasa berjuang demi kebaikan rakyat di kawasan masing-masing...

#Parlimen
#Malaysia
#Umno
Setinggi-tinggi rasa syukur alhamdulillah kehadrat Allah, sehingga ke saat ini UMNO masih gah melayari perjuangan agama, bangsa dan tanah air walau apa musuh naratifkan selepas 9 Mei 2018.

Pimpinan, ahli serta penyokong nan setia terus bersama mengharungi ranjau dan onak duri tanpa gentar, tanpa kesal walau begitu ganas mereka diasak dan digasak.

Kerana kita yakin dan kita pasti UMNO-lah sebuah perjuangan yang benar serta tulus murni dalam kisah menjulang kemakmuran lalu wajib dipertahankan.

Sesungguhnya perjalanan UMNO masih panjang dan sejarahnya tidak akan sesekali terpadam walau apa sahaja dugaan yang telah dan akan terpaksa ditempuhi.

Biar berdentum guruh di langit, tidak hancur bumi sebelum kiamat, biar pelbagai cubaan mendatang, tetap perjuangan UMNO diteruskan.

Saksikanlah Perhimpunan Agung UMNO 2021 medan kita yang selanjutnya untuk memperkasakan lagi kemuafakatan dan memacu lebih kekuatan.

Dan manfaatkanlah serta terjemahkanlah ia tentang UMNO sebuah perikatan, pakatan dan pejuang yang sebenar agar diperlihatkan kepada seluruh nusa bangsa.

Biar bergema ke seluruh tanah air wadah semangat dan aspirasi UMNO sentiasa muda dan keterhadapan. Kepada Allah S.W.T kita memohon petunjuk dan pedoman.

Selamat bersidang kepada seluruh perwakilan dan pemerhati Perhimpunan Agung UMNO 2021.

#UMNO
#PAU2022
#DemiAgama
#DemiBangsa
#DemiNegara

https://www.facebook.com/100044617711053/posts/500862068077713/
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Majlis Bersama Naib Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian #UMNO

Khamis 17/3/2022
Aras 5
WTC Kuala Lumpur.