AHMAD ZAHID HAMIDI
3.65K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Rasanya belum terlambat untuk mengucapkan selamat Hari Wartawan Nasional yang disambut pada 29 Mei 2021.

Mungkin ramai terlupa kerajaan BN yang menetapkan tarikh 29 Mei pada setiap tahun sebagai Hari Wartawan Nasional.

Ini kerana BN sentiasa mengiktiraf dunia kewartawanan dalam agenda pembangunan negara dan masyarakat.

Dalam keadaan ancaman pandemik Covid-19, wartawan turut serta berada di barisan hadapan negara.

Menabur bakti menyampaikan berita kepada anggota masyarakat tentang perkembangan semasa.

Semoga para wartawan terus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi bagi menyampaikan laporan yang telus dan seimbang.

#HariWartawanNasional
#Hawana
#BarisanHadapan
Lihatlah betapa besar cabaran para barisan hadapan kita dalam usaha membendung penularan Covid-19.

Anggota polis dan tentera kita siang dan malam bertugas untuk memastikan langkah-langkah menangani wabak itu berjaya.

Saya percaya jika boleh mereka juga mahu sentiasa bersama keluarga pada waktu-waktu sukar begini.

Namun demi negara dan kemaslahatan masyarakat, mereka gigih menggalas tanggungjawab walau dibadai ribut petir.

Maka apa pula peranan kita sebagai anggota masyarakat awam? Bantulah mereka dengan mematuhi peraturan ditetapkan.

Jika tiada keperluan jangan keluar rumah. Jangan cuba rentas negeri atau daerah untuk sebab-sebab yang bukan mendesak.

Beri kerjasama penuh kepada anggota polis dan tentera kita di SJR walaupun ada surat kebenaran untuk merentas.

Perlu semat dalam fikiran mereka sedang cuba membantu kita, sama sekali bukan mahu menyusahkan kita.

Fahami kita sedang berperang dengan musuh yang tidak terlihat Covid-19.

#SJR
#PDRM
#ATM
#barisanhadapan
#deminegara

https://fb.watch/5TZj3ZCnIy/
Semalam di FB saya lihat beberapa gambar petugas kesihatan. Kelihatan bertungkus lumus merawat pesakit Covid-19.

Ada juga yang menjalankan tugas saringan dan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada anggota masyarakat.

Betapa besar jasa dan pengorbanan para petugas kesihatan kita kepada rakyat dan negara.

Lantas saya teringat kepada perutusan kerajaan yang turut menyentuh tentang lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat lantikan kontrak baru-baru ini.

Kerajaan telah memaklumkan tempoh perkhidmatan lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat terbabit akan dilanjutkan sehingga tahun 2022.

Ia dikatakan bertujuan meningkatkan kapasiti dan memperkukuh kesihatan awam dalam berdepan pandemik Covid-19.

Ini bermaksud khidmat lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat kontrak itu setakat yang dimaklumkan hanya sehingga tahun depan.

Selepas tempoh tersebut tiada siapa tahu apa status mereka seterusnya. Mungkin kontrak perkhidmatan disambung lagi atau mungkin ditamatkan.

Bukankah lebih elok mereka ini diserap terus sekarang memandangkan khidmat lebih 14,000 pegawai perubatan dan jururawat terbabit sangat 'essential' dalam perang melawan Covid-19.

Khidmat mereka sangat-sangat diperlukan bagi memastikan sistem kesihatan tidak runtuh dan beroperasi dengan berkesan dalam jangka masa panjang.

Kemahiran, pengetahuan dan pengalaman mereka perlu dimanfaatkan oleh negara dengan diberi pengiktirafan yang sewajarnya selaku penjawat awam.

Bukankah kerajaan sendiri yang memaklumkan sistem penjagaan kesihatan negara sedang berada dalam tekanan yang amat luar biasa.

Jangan terlalu berkira dalam soal ini kerana keberadaan setiap pegawai perubatan dan jururawat terbabit bermakna lebih baik penyampaian perkhidmatan kesihatan untuk rakyat.

Terutama dalam keadaan pandemik Covid-19 di Malaysia yang masih buruk berbanding banyak negara lain.

#pegawaiperubatan
#jururawatmalaysia
#barisanhadapan
Baru-baru ini timbul dakwaan pegawai perubatan kontrak Kementerian Kesihatan mahu mogok.

Gara-gara tidak berpuas hati berhubung isu status lantikan tetap tidak dilayan kerajaan PN.

Difahamkan mogok dirancang diadakan pada akhir Julai.

Suatu perkembangan yang amat serius dan membimbangkan.

Keputusan menang-menang perlu dicapai segera.

Pada waktu kita menyokong tuntutan mereka, namun adalah diharap mogok itu tidak berlangsung.

Kita bimbang tindakan tersebut akan menjejaskan perkhidmatan kesihatan awam negara.

Negara sedang berdepan situasi genting pandemik Covid-19 ketika ini.

Saya sendiri pernah membangkitkan perkara serupa pada 14 Jun lalu.

Menyarankan mereka diserap memandangkan khidmat mereka sangat 'essential' dalam perang melawan Covid-19.

https://www.facebook.com/zahidhamidi.fanpage/posts/2089430557862177

Menteri Kesihatan memaklumkan isu itu akan segera dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

Semoga penyelesaian terbaik dapat dicapai demi rakyat dan negara.

#pegawaiperubatan
#barisanhadapan
#lantikantetap


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2101908563281043&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Saya mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada UMNO bahagian dan cawangan-cawangan di seluruh Malaysia.

Terima kasih juga kepada NGO yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan kepada rakyat dalam kesusahan.

Syukur Alhamdulillah ramai yang tampil memberi bantuan yang tidak putus-putus.

Tetapi kita faham sumber mereka kadangkala terhad untuk memastikan bantuan secukupnya kepada semua.

Kita berharap lebih ramai tampil nenghulurkan sumbangan melalui NGO untuk disalurkan kepada golongan memerlukan.

NGO juga barisan hadapan kita. Berusaha membantu rakyat dalam kesempitan. Mereka ke sana ke sini menyampaikan bantuan kita.

Mereka ini pada kebanyakan keadaan lebih laju berbanding kerajaan dalam hal-hal bantuan kepada rakyat.

Bagaimanapun alangkah baik jika ada bantuan selain makanan turut disalurkan oleh golongan berkemampuan melalui NGO.

Antaranya bantuan berbentuk keusahawanan seperti peralatan untuk menjaja.

Supaya rakyat yang dalam kesusahan disebabkan pengurusan Covid-19 cacamarba dapat kembali berdiri di kaki sendiri.

Nak harap wang i-Citra kena kumpul beberapa bulan baru cukup buat modal. Belum sempat kumpul tak tahu apa masalah pula menimpa.

#Terimakasih
#UMNO
#NGO
#BarisanHadapan
#AllahBantuKita


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2105090509629515&id=188294724642446


Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Rakyat saban hari ditekankan supaya menerap norma baharu dalam kehidupan.

Kata kerajaan, cara menguruskan kehidupan harian tidak boleh sama lagi.

Pandemik telah mengubah semua termasuk perhubungan dan pekerjaan.

Setiap perkara perlu mengambil kira tentang ancaman wabak Covid-19.

Tetapi tidak adil jika rakyat sahaja perlu menerap norma baharu.

Kerajaan perlu juga menerapkan norma baharu dalam pentadbiran.

Kena lihat kepada keperluan dan kesusaian semasa dalam setiap perkara.

Antaranya dalam menguruskan desakan petugas kesihatan kontrak.

Mereka ini barisan hadapan negara yang sangat penting ketika ini.

Dulu kita bukan dalam perang melawan pandemik.

Kini mereka amat diperlukan untuk berjuang di medan paling hadapan.

Jadi tuntutan mereka untuk diserap perlu dipertimbangkan sebaik mungkin.

Saya percaya setiap permasalahan ada penyelesaiannya.

Semoga pihak terlibat akhirnya dapat mencapai keputusan menang-menang.

Jika ini gagal diuruskan, malapetaka apa lagi agaknya bakal dihadapi negara?.

Wallahua'lam

#BarisanHadapan
#perwiranegara
#Terimakasih
#umnobersamarakyat

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2120886421383257/

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Laporan media menyebut sebelum hartal berlangsung ada doktor kontrak telah diugut dan sebagainya.

Adakah jika kerajaan berkonfrontasi dengan para doktor tidak menguntungkan rakyat dan negara?.

Kerajaan seelok berkompromi dan cuba mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya.

Lebih-lebih lagi para doktor kita dalam kepenatan dan tekanan melindungi nyawa rakyat.

Ramai juga doktor kontrak dikatakan mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu.

Beberapa minit sahaja mereka keluar beramai-ramai dari fasiliti kesihatan tempat mereka bekerja.

Sebagai tanda bantahan tuntutan mereka diserapkan ke jawatan tetap tidak dipeduli kerajaan.

Dan kembali semula menjalankan amanah serta tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Maka ia bukanlah satu mogok dalam erti kata sebenar.

Mungkin cuma mahu menyampaikan mesej yang cukup besar.

Bagaimanapun saya juga berharap Hartal Doktor Kontrak ini sekali sahaja sudah mencukupi.

Mesej para doktor kontrak sudah jelas. Seluruh negara telah tahu tentang dilema mereka ketika ini.

Mereka cuma mahukan jaminan dalam keadaan pandemik dan norma baharu yang luar biasa.

#doktorkontrak
#barisanhadapan
#Hartal

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2121786921293207&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi
Sekumpulan pekerja kontrak pembersihan hospital di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Ipoh, Perak dilaporkan mengadakan piket.

Simpati apabila membaca laporan media antara tuntutan mereka adalah kenaikan gaji secara saksama sebanyak RM30.

Majoriti anggota masyarakat berpandangan kenaikan RM30 tidak sepatutnya menjadi bebanan yang keterlaluan untuk pihak konsensi.

Sebenarnya isu kebajikan pekerja kontrak pembersihan hospital kerajaan pernah dibangkitkan pada Ogos 2018.

Kerajaan ketika itu namun menegaskan pekerja berkenaan bukan kakitangan kerajaan.

Maka kerajaan kata pekerja terbabit bukan dibawah tanggungjawab kerajaan.

Sebaliknya dibawah tanggungjawab pihak pemegang konsesi kontrak perkhidmatan pembersihan.

Bagaimanapun situasi yang berlaku di Hospital Bahagia Ulu Kinta sudah berbeza.

Berdasarkan laporan media kontrak pembersihan hospital kerajaan di negeri itu diambil alih oleh sebuah anak syarikat GLC bermula 1 Januari tahun lalu.

Maka sebarang alasan pekerja kontrak pembersihan hospital bukan urusan kerajaan mungkin tidak lagi sesuai.

Malah walaupun bukan kakitangan kerajaan, tetap menjadi kewajipan kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyatnya.

Saya percaya kerajaan baharu Keluarga Malaysia tidak akan mengabaikan nasib mereka dan membantu untuk mendapatkan situasi menang-menang.

Jangan sesekali terlupa para
pekerja kontrak pembersihan hospital kerajaan mahupun swasta juga "frontliners" negara.

#pekerjapembersihan
#barisanhadapan
#piket

https://www.facebook.com/188294724642446/posts/2163036793834886/?d=n