AHMAD ZAHID HAMIDI
3.7K subscribers
14.4K photos
1.43K videos
9 files
4.39K links
Saluran Rasmi YB DS Dr Ahmad Zahid Hj Hamidi - Presiden UMNO & Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Download Telegram
Laporan media menyebut sebelum hartal berlangsung ada doktor kontrak telah diugut dan sebagainya.

Adakah jika kerajaan berkonfrontasi dengan para doktor tidak menguntungkan rakyat dan negara?.

Kerajaan seelok berkompromi dan cuba mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya.

Lebih-lebih lagi para doktor kita dalam kepenatan dan tekanan melindungi nyawa rakyat.

Ramai juga doktor kontrak dikatakan mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu.

Beberapa minit sahaja mereka keluar beramai-ramai dari fasiliti kesihatan tempat mereka bekerja.

Sebagai tanda bantahan tuntutan mereka diserapkan ke jawatan tetap tidak dipeduli kerajaan.

Dan kembali semula menjalankan amanah serta tanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Maka ia bukanlah satu mogok dalam erti kata sebenar.

Mungkin cuma mahu menyampaikan mesej yang cukup besar.

Bagaimanapun saya juga berharap Hartal Doktor Kontrak ini sekali sahaja sudah mencukupi.

Mesej para doktor kontrak sudah jelas. Seluruh negara telah tahu tentang dilema mereka ketika ini.

Mereka cuma mahukan jaminan dalam keadaan pandemik dan norma baharu yang luar biasa.

#doktorkontrak
#barisanhadapan
#Hartal

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2121786921293207&id=188294724642446

Jom like dan share...

MEDIA SOSIAL PRESIDEN UMNO
DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI

FACEBOOK
https://m.facebook.com/zahidhamidi.fanpage

TWITTER
https://twitter.com/DrZahidHamidi

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/ahmadzahidhamidi/

YOUTUBE
https://youtube.com/c/AhmadZahidHamidi

TIKTOK
tiktok.com/@ahmadzahidhamidi

TELEGRAM
https://t.me/ahmadzahidhamidi