Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
16.4K subscribers
1.88K photos
12 videos
18 files
524 links
Telegram Channel Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia ini adalah satu inisiatif untuk membantu pengguna jalan raya umumnya dan pelanggan JPJ khususnya yang memerlukan info-info terkini dan hebahan maklumat serta menangani Isu Viral yang tidak sahih.
Download Telegram
MUAT TURUN APLIKASI MYJPJ SEKARANG πŸ“’

Dapatkan aplikasi MyJPJ bagi memudahkan urusan anda :

1. Paparan Digital Lesen Kenderaan Motor (e-LKM)
2. Paparan Digital Lesen Memandu Malaysia (e-LMM)
3. Semakan Saman JPJ
4. Semakan Nombor Pendaftaran Terkini
5. Semakan Senarai Hitam
6. Semakan Keputusan Ujian LMM
7. Semakan Mata Demerit
8. Pautan ke Aplikasi JPJeBid & JPJeQ
9. eAduan@JPJ (Laporan Aduan Kesalahan Lalulintas)

Fungsi baharu akan datang πŸ“’
a. Pembaharuan e-LMM & e-LKM
b. Kongsi e-LKM

β€œPERKHIDMATAN JPJ KINI DI HUJUNG JARI ANDA”

#MOTMalaysia #jpj2023 #DigitalisasiKebitaraanJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
PROGRAM MyLESEN B2
TAHUN 2024 πŸ“£

Impak Program :
β€’ Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
β€’ Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan
Lesen Memandu.
β€’ Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.

KUOTA 35,000 PESERTA !!!

SYARAT PESERTA :
1) Warganegara Malaysia
2) Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
3) Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
4) Sihat Fizikal Dan Mental
5) Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
6) Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM

Sebarang Pertanyaan Boleh Dikemukakan di alamat e-mel :
mylesenb2@jpj.gov.my

DAFTAR SEKARANG !!

#MOTMalaysia #jpj2023 #DigitalisasiKebitaraanJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
PROGRAM MyLESEN PSV
BAS TAHUN 2024 πŸ“£

Impak Program :
β€’ Membuka ruang dan peluang pekerjaan sebagai pemandu kenderaan perkhidmatan awam (bas).
β€’ Melahirkan pemandu kenderaan perkhidmatan awam yang kompeten.
β€’ Mengatasi masalah kekurangan sumber manusia dalam sektor pengangkutan awam dan pelancongan.

KUOTA 750 PESERTA !!!

SYARAT PESERTA:
1) Warganegara Malaysia
2) Berumur 21 Tahun dan Ke Atas
3) Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
4) Lulus Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A)
5) Bebas Senarai Hitam Мahkamah, JPJ dan PDRM
6) Telah Memiliki Lesen Kompeten (CDL)
Kelas D Lebih Satu (1) Tahun

Sebarang Pertanyaan Boleh Dikemukakan di Alamat e-mel :
mypsv2024.bas@jpj.gov.my

#MOTMalaysia #jpj2023 #DigitalisasiKebitaraanJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
PROGRAM MyLESEN PSV E-HAILING TAHUN 2024 πŸ“£

Impak Program :
β€’ Membuka ruang dan peluang pekerjaan sebagai pemandu kenderaan perkhidmatan awam (E-Hailing/Teksi).
β€’ Melahirkan pemandu kenderaan perkhidmatan awam yang kompeten.
β€’ Mengatasi masalah kekurangan sumber manusia dalam sektor pengangkutan awam dan pelancongan.

KUOTA 3,500 PESERTA !!!

SYARAT PESERTA:
1) Warganegara Malaysia
2) Berumur 21 Tahun dan Ke Atas
3) Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
4) Lulus Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A)
5) Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
6) Telah Memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL) Kelas D/DA

Sebarang Pertanyaan Boleh dikemukakan di Alamat emel :
mypsv2024.eh@jpj.gov.my

#MOTMalaysia #jpj2023 #DigitalisasiKebitaraanJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
PROGRAM MyLESEN GDL
LORI TAHUN 2024 πŸ“£

Impak Program :
β€’ Membuka ruang dan peluang pekerjaan sebagai pemandu kenderaan perdagangan.
β€’ Melahirkan pemandu kenderaan perdagangan yang kompeten.
β€’ Mengatasi masalah kekurangan sumber manusia dalam industri pengangkutan perdagangan di Malaysia.

KUOTA 750 PESERTA !!!

SYARAT PESERTA:
1) Warganegara Malaysia
2) Berumur 21 Tahun dan Ke Atas
3) Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
4) Lulus Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A)
5) Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
6) Telah Memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL)
Kelas D Lebih Satu (1) Tahun

Sebarang Pertanyaan Boleh Dikemukakan di Alamat emel :
mygdl2024@jpj.gov.my

#MOTMalaysia #jpj2023 #DigitalisasiKebitaraanJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
Notis Awam Nombor Pendaftaran Khas β€œGOLD”

Tarikh Buka : 1 Februari 2024 (Khamis)
Tarikh Tutup : 5 Februari 2024 (Isnin) *sehingga 10.00malam
Tarikh Keputusan : 6 Februari 2024 (Selasa)

Untuk membida sila layari
https://jpjebid.jpj..gov.my

#MOTMalaysia #jpj2024 #DigitalisasiKebitaraanJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
Sempena Putrajaya Open Day (POD2024) yang bakal dianjurkan pada 1 Februari 2024 di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia akan menyediakan pelbagai perkhidmatan terus kepada rakyat.

Antara perkhidmatan yang akan disediakan adalah:
1) Pendaftaran JPJeID & MyJPJ
2) Kaunter Van Begerak JPJ Mobile
3) Pameran Advokasi Keselamatan Jalan Raya.

#MOTMalaysia #jpj2024 #DigitalisasiKebitaraanJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
[PUTRAJAYA OPEN DAY 2024]

PUTRAJAYA, 1 Februari 2024 - Sempena Putrajaya Open Day 2024, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah membuka booth pameran di Kompleks Perbadanan Putrajaya Presint 3, Putrajaya pada hari ini.

Antara aktiviti yang dijalankan di booth pameran adalah sesi penerangan dan kuiz berkaitan keselamatan jalan raya. Selain itu, hebahan mengenai penggunaan aplikasi MyJPJ terutamanya dari aspek teknikal dan pendaftaran turut diberikan oleh anggota yang bertugas.

Kaunter bergerak (JPJ mobile) turut disediakan untuk kemudahan orang awam melakukan transaksi urusniaga berkaitan JPJ termasuk pendaftaran JPJeID/my JPJ, pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan pembayaran saman (kecuali kes senarai hitam).

Orang awam adalah dijemput untuk melawat ke booth pameran JPJ di Putrajaya Open Day 2024 yang dibuka sehingga 4 Februari (Ahad), bermula jam 9 pagi hingga 10 malam.
#MOTMalaysia #jpj2024 #DigitalisasiKebitaraanJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
Jom ramai-ramai ke Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ ke-78 bermula 9.00 pagi - 6.00 petang di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia (APJM) Melaka pada 11 Mei 2024 (Sabtu).

Pelbagai pengisian menarik disediakan antaranya:

1. Pertukaran Topi Keledar
2. Pameran Advokasi Keselamatan Jalan Raya
3. Pocket Talk
4. Kaunter Begerak JPJ Mobile
5. Pameran Kenderaan
6. Reruai Pameran
7. Karnival Kerjaya
8. Jualan Food Truck
9. Jualan Rahmah Madani

#MOTMalaysia #jpj2024 #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
Jom rakyat Johor! jumpa kami Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) di Pusat Beli-Belah Angsana Johor Bahru Mall bersempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan.

Pelbagai perkhidmatan disediakan antaranya:

1. Pertukaran Topi Keledar
2. Pameran Advokasi Keselamatan Jalan Raya
3. Pendaftaran JPJeID & MyJPJ
4. Kaunter Begerak JPJ Mobile

#MOTMalaysia #jpj2024 #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
7 Isyarat Amaran Brek Perlu Diperiksa! πŸš—πŸ› οΈ

Jangan abaikan tanda-tanda ini! Keselamatan anda bergantung pada brek yang berfungsi dengan baik:

BUNYI: Bunyi berciut atau ketukan semasa membrek.

SERET: Kenderaan terseret ke tepi apabila membrek.

PEDAL RENDAH: Pedal brek mencecah ke lantai.

PEDAL KERAS: Pedal brek perlu dipijak dengan kuat.

MENCENGKAM: Brek mencengkam dengan sedikit sentuhan.

BERGETAR: Pedal brek bergetar walaupun semasa membrek normal.

LAMPU: Lampu brek menyala pada papan pemuka.
Pemeriksaan brek secara rutin adalah penting! Pastikan keselamatan anda dan penumpang dengan melakukan pemeriksaan brek secara berkala.

Untuk maklumat lanjut, layari www.jpj.gov.my.

#MOTMalaysia
#JPJ2024
#DigitalisasiKebitaraanJPJ
#JPJMalaysia
#infoJPJ
#aduanJPJ
#soalanJPJ
#viralJPJ
#PanduCermatSampaiSelamat
#jpjebid
Selamatkan Nyawa Anda dengan Tali Pinggang Keledar!

Elakkan Tragedi: Tanpa tali pinggang, anda 30 kali lebih berisiko tercampak keluar dari kenderaan!

Kematian Hampir Pasti: 75% yang tercampak keluar dalam kemalangan maut tidak terselamat.

Lindungi Diri dan Keluarga:
Penggunaan tali pinggang mengurangkan risiko kecederaan maut sebanyak 50% untuk penumpang depan dan 75% untuk penumpang belakang.

#MOTMalaysia
#JPJ2024
#DigitalisasiKebitaraanJPJ
#JPJMalaysia
#infoJPJ
#aduanJPJ
#soalanJPJ
#viralJPJ
#PanduCermatSampaiSelamat
#jpjebid
Jaga Jarak, Selamat Sampai!

πŸš—πŸš•πŸš™ Elakkan Kemalangan! Jangan mengikut kenderaan lain terlalu rapat semasa memandu. Pastikan anda sentiasa menjaga jarak selamat untuk mengelakkan risiko kemalangan.

Kenapa Penting Jaga Jarak?

🚦 Keselamatan: Memberi masa yang mencukupi untuk bertindak balas jika kenderaan di hadapan berhenti secara tiba-tiba.

πŸ“ Kawalan: Memastikan anda dapat mengawal kenderaan dengan lebih baik dalam sebarang situasi kecemasan.

⏱️ Tindakan: Mengelakkan tekanan dan memandu dengan lebih tenang.

Ingat!

Jangan memandu terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan anda.
Jangan memandu melebihi had laju.

Pastikan anda mempunyai jarak yang mencukupi untuk berhenti dengan selamat jika kenderaan di hadapan menekan brek secara tiba-tiba.

Keselamatan anda di tangan anda. Pandu cermat, selamat sampai ke destinasi.

#MOTMalaysia #jpj2024 #KITA@JPJ #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
Lebih Laju Dipandu, Lebih Kuat Kesan Hentakan!

Tahukah anda? Kesan hentakan pada kelajuan 100 km/j bersamaan dengan kenderaan yang jatuh daripada bangunan 12 tingkat! Pada kelajuan 50 km/j, kesannya sama dengan jatuh dari bangunan 3 tingkat.

Ingat, kelajuan membunuh! Pandu dengan cermat untuk keselamatan bersama.

#MOTMalaysia #jpj2024 #KITA@JPJ #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
12 Langkah Memotong dengan Selamat

Ingat Sebelum Memotong:

-Fahami kelajuan dan keupayaan kenderaan anda.
-Nilai kelajuan kenderaan yang hendak dipotong dan trafik dari arah bertentangan.
-Memotong hanya di sebelah kanan.
-Langkah-langkah Memotong:

-Tentukan keperluan memotong.
-Perhatikan keadaan hadapan.
-Periksa cermin belakang.
-Beri isyarat ke kanan.
-Bergerak ke kanan.
-Bunyi hon jika perlu.
-Lajukan kenderaan.
-Bergerak ke kiri selepas memotong.
-Beri isyarat ke kiri.
-Matikan isyarat selepas memotong.
-Kembali pada kelajuan asal.

Pesanan Penting!
Jika ragu-ragu, tunggu sehingga anda yakin selamat untuk memotong.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.jpj.gov.my.

#MOTMalaysia #jpj2024 #KITA@JPJ #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
PENAT MEMANDU? HENTI DAN REHAT!

Bahaya Memandu Ketika Letih:

Memandu antara jam 10 malam hingga subuh meningkatkan risiko kemalangan maut sebanyak 4 kali ganda!
Tanda-Tanda Anda Letih:

-Menguap berterusan
-Mata terasa berat
-Perasaan gelisah
-Tindak balas perlahan
-Sering terlebih membelok
-Bosan dan kurang fokus
-Tips untuk Kekal Cergas di Jalan Raya:

Berehat setiap 2 jam perjalanan.
Berhenti serta-merta jika rasa penat, atau tukar pemandu.
Tidur sekejap selama 20 minit untuk segarkan diri.
Minum air yang mencukupi sepanjang perjalanan.
Ingat, Keselamatan Anda Utama:

Jangan abaikan tanda amaran letih. Keselamatan anda dan orang lain bergantung padanya.

#MOTMalaysia #jpj2024 #KITA@JPJ #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
Sekalung penghargaan & terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha, di atas sumbangan dan jasa bakti yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia

Ikhlas Daripada :
Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga Kerja Cemerlang
JPJ Malaysia

#MOTMalaysia #jpj2024 #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
Syabas & tahniah diucapkan kepada YBrs. Tuan Aedy Fadly bin Ramli, atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), berkuatkuasa 23 Julai 2024.

Ikhlas Daripada :
Pengurusan Tertinggi serta Seluruh Warga Kerja Cemerlang JPJ Malaysia

#MOTMalaysia #jpj2024 #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
Tanda Isyarat Larangan: Kenali dan Patuhinya untuk Keselamatan Bersama! 🚫

🚦 Larangan Membunyikan Hon:
Elakkan gangguan ketenteraman awam di kawasan seperti sekolah, hospital, dan pejabat kerajaan. Hormati isyarat, tenangkan persekitaran!

πŸš› Kenderaan Melebihi 4.5 Meter Dilarang Masuk:
Pastikan ketinggian kenderaan anda sesuai. Laluan terhad hanya untuk kenderaan yang layak. Keselamatan bermula dengan mematuhi had ketinggian!

🚷 Kenderaan Dilarang Masuk:
Semua kenderaan dilarang masuk di kawasan tertentu. Patuh pada isyarat untuk elak kemalangan dan gangguan lalulintas.

πŸ›‘ Ingat, mematuhi isyarat adalah tanggungjawab kita bersama. Pandu cermat, sampai selamat!

#MOTMalaysia #jpj2024 #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat