Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
13.6K subscribers
1.98K photos
17 videos
18 files
525 links
Telegram Channel Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia ini adalah satu inisiatif untuk membantu pengguna jalan raya umumnya dan pelanggan JPJ khususnya yang memerlukan info-info terkini dan hebahan maklumat serta menangani Isu Viral yang tidak sahih.
Download Telegram
APA KHABAR MALAYSIA - JPJ : “REFORMASI, SINERGI, INTEGRITI”

Saksikan Apa Khabar Malaysia bersama Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) JPJ Malaysia, YBhg. Datuk Jazmanie Shafawi, yang akan mengupaskan pelbagai isu pada 14 April 2025 (Isnin) jam 09.00pagi di Saluran Astro 502, MYTV 121, Facebook & Youtube Bernama TV

#jpjmalaysia
#motmalaysia
#panducermatsampaiselamat
#bernamatv
#HariJPJ79
#ReformasiSinergiIntegriti
COUNTDOWN HARI JPJ KE-79 : 5 HARI LAGI! ⏳

Moh warga Perak dan sekitar❗️Datang ke Karnival sempena Ulang Tahun Hari JPJ ke-79 di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak pada 18 & 19 April 2025 jam 09.00 pagi hingga 06.00 petang.

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda❗️
✅ Perkhidmatan Kaunter Begerak
✅ Jualan Produk IKS Tempatan
✅ Pameran Kenderaan Elektrik
✅ Reruai Pameran Agensi
✅ Program Pertukaran Topi Keledar (19 April)
✅ Live Band Show
✅ Pocket Talk
✅ Kadet JPJ War Cry

Saksikan secara langsung sambutan yang akan diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak pada 19 April 2025, menerusi Live Facebook Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Buat seluruh warga kerja cemerlang JPJ, bersama kita memahat nekad dan tekad dengan disertai nawaitu yang ikhlas untuk berusaha menjadikan negara Malaysia yang dicintai, terus kekal aman dan sejahtera. ❤🇲🇾

#HariJPJ79
#JPJMalaysia
#motmalaysia
#ReformasiSinergiIntegriti
BRO PAGI GEGAR - KEMALANGAN JIWA JALAN RAYA, SALAH SIAPA?

Dengarkan Bro Pagi Gegar bersama Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Malaysia, YBrs. Tuan Muhammad Kifli bin Ma Hassan, yang akan mengupaskan pelbagai isu pada 14 April 2025 (Isnin) jam 09.00pagi di Saluran THR Gegar.

#jpjmalaysia
#motmalaysia
#panducermatsampaiselamat
#thrgegar
#HariJPJ79
#ReformasiSinergiIntegriti
TAWARAN NOMBOR PENDAFTARAN ISTIMEWA (NPI) SIRI SIS SEMPENA SAMBUTAN JUBLI PERAK PEMERINTAHAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ SULTAN SELANGOR KE-9

PUTRAJAYA, 11 Ogos 2025 - Bagi meraikan Sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada tahun 2026, Tuanku Sultan Selangor telah berkenan untuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia menawarkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) secara bidaan dalam talian melalui Sistem JP JeBid kepada orang awam.

NPl yang dimaksudkan adalah tanda indeks SIS. Tanda Indeks Nombor Pendaftaran Istimewa siri SIS ini membawa maksud “Sultan Idris Shah” yang juga merupakan Sultan Selangor Ke-9 serta meraikan sambutan Jubli Perak pemerintahan D.Y.M.M Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada tahun 2026.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Selamat menyambut Tahun Baharu 2026 !

Semoga tahun baharu ini membawa sinar harapan, azam baharu dan komitmen bersama untuk terus memperkukuh keselamatan jalan raya.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia akan terus komited memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan semua pengguna jalan raya.

Terima kasih kerana mematuhi undang-undang jalan raya. Selamat tahun baharu 2026!

Ikhlas daripada :
Ketua Pengarah
dan seluruh warga kerja Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

#jpjmalaysia
#motmalaysia
#SelamatTahunBaharu2026
#RancakkanMADANI
#anwaribrahim
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
https://www.facebook.com/share/v/18PKTao9i8/?mibextid=wwXIfr

Kerana satu kecuaian di jalan raya, hampir membawa kepada penyesalan seumur hidup!

Hati-hati memandu, patuhi undang-undang jalan raya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahri dan Batin.

Pandu Cermat, Sampai Selamat.

#jpjmalaysia
#motmalaysia
#kempenkeselamatanjalanraya
#malaysiaMADANI
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔

𝗬𝗔𝗕 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗗𝗨𝗥 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗗𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗣𝗔𝗥𝗢𝗦𝗞𝗢𝗣𝗜 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗘𝗟𝗘𝗞𝗧𝗜𝗙 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗛𝗘𝗥𝗡𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗧 (𝗣𝗔𝗥𝗔-𝗨𝗠𝗕𝗜𝗟𝗜𝗖𝗔𝗟 𝗛𝗘𝗥𝗡𝗜𝗔)

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, telah selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia). Prosedur tersebut berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan.

Beliau kini sedang menjalani rawatan fisioterapi serta berada di bawah pemantauan pasukan pakar perubatan bagi memastikan proses pemulihan berjalan dengan baik.

𝗗𝗔𝗧𝗢' 𝗗𝗥 𝗔𝗦𝗥𝗜 𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔 𝗕𝗜𝗡 𝗔𝗕𝗗𝗨𝗟𝗟𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗜𝗔𝗛
Ketua Pasukan Perubatan Kepada YAB Perdana Menteri
10 Ogos 2026