Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
16.5K subscribers
1.87K photos
12 videos
18 files
523 links
Telegram Channel Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia ini adalah satu inisiatif untuk membantu pengguna jalan raya umumnya dan pelanggan JPJ khususnya yang memerlukan info-info terkini dan hebahan maklumat serta menangani Isu Viral yang tidak sahih.
Download Telegram
PROGRAM MyLESEN GDL
LORI TAHUN 2024 ๐Ÿ“ฃ

Impak Program :
โ€ข Membuka ruang dan peluang pekerjaan sebagai pemandu kenderaan perdagangan.
โ€ข Melahirkan pemandu kenderaan perdagangan yang kompeten.
โ€ข Mengatasi masalah kekurangan sumber manusia dalam industri pengangkutan perdagangan di Malaysia.

KUOTA 750 PESERTA !!!

SYARAT PESERTA:
1) Warganegara Malaysia
2) Berumur 21 Tahun dan Ke Atas
3) Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
4) Lulus Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A)
5) Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM
6) Telah Memiliki Lesen Memandu Kompeten (CDL)
Kelas D Lebih Satu (1) Tahun

Sebarang Pertanyaan Boleh Dikemukakan di Alamat emel :
mygdl2024@jpj.gov.my

#MOTMalaysia #jpj2023 #DigitalisasiKebitaraanJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
Notis Awam Nombor Pendaftaran Khas โ€œGOLDโ€

Tarikh Buka : 1 Februari 2024 (Khamis)
Tarikh Tutup : 5 Februari 2024 (Isnin) *sehingga 10.00malam
Tarikh Keputusan : 6 Februari 2024 (Selasa)

Untuk membida sila layari
https://jpjebid.jpj..gov.my

#MOTMalaysia #jpj2024 #DigitalisasiKebitaraanJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
Sempena Putrajaya Open Day (POD2024) yang bakal dianjurkan pada 1 Februari 2024 di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia akan menyediakan pelbagai perkhidmatan terus kepada rakyat.

Antara perkhidmatan yang akan disediakan adalah:
1) Pendaftaran JPJeID & MyJPJ
2) Kaunter Van Begerak JPJ Mobile
3) Pameran Advokasi Keselamatan Jalan Raya.

#MOTMalaysia #jpj2024 #DigitalisasiKebitaraanJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
[PUTRAJAYA OPEN DAY 2024]

PUTRAJAYA, 1 Februari 2024 - Sempena Putrajaya Open Day 2024, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah membuka booth pameran di Kompleks Perbadanan Putrajaya Presint 3, Putrajaya pada hari ini.

Antara aktiviti yang dijalankan di booth pameran adalah sesi penerangan dan kuiz berkaitan keselamatan jalan raya. Selain itu, hebahan mengenai penggunaan aplikasi MyJPJ terutamanya dari aspek teknikal dan pendaftaran turut diberikan oleh anggota yang bertugas.

Kaunter bergerak (JPJ mobile) turut disediakan untuk kemudahan orang awam melakukan transaksi urusniaga berkaitan JPJ termasuk pendaftaran JPJeID/my JPJ, pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan pembayaran saman (kecuali kes senarai hitam).

Orang awam adalah dijemput untuk melawat ke booth pameran JPJ di Putrajaya Open Day 2024 yang dibuka sehingga 4 Februari (Ahad), bermula jam 9 pagi hingga 10 malam.
#MOTMalaysia #jpj2024 #DigitalisasiKebitaraanJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
Jom ramai-ramai ke Majlis Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ ke-78 bermula 9.00 pagi - 6.00 petang di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia (APJM) Melaka pada 11 Mei 2024 (Sabtu).

Pelbagai pengisian menarik disediakan antaranya:

1. Pertukaran Topi Keledar
2. Pameran Advokasi Keselamatan Jalan Raya
3. Pocket Talk
4. Kaunter Begerak JPJ Mobile
5. Pameran Kenderaan
6. Reruai Pameran
7. Karnival Kerjaya
8. Jualan Food Truck
9. Jualan Rahmah Madani

#MOTMalaysia #jpj2024 #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PERANCANGAN DAN OPERASI JABATAN PENGANGKUTAN JALAN KE ATAS MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PUTARAJA - 17 Mei 2024, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Tuan Aedy Fadly bin Ramli bersama Pengarah Bahagian Keselamatan Jalan Raya,Puan Vanitha Mohan dan Pengarah Bahagian Pelesenan Pemandu Tuan Rizal Zaidi, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Fadhlina Sidek Menteri Pendidikan Malaysia di pejabat beliau pada hari ini.

Sesi kunjung hormat ini bertujuan bagi membincangkan kerjasama strategik di antara JPJ bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam elemen pendidikan keselamatan jalan raya termasuklah pemantapan Modul Kokurikulum Kelab Keselamatan Jalan Raya dan Kadet JPJ.

Turut serta dalam sesi ini adalah YBrs. Dr. Ahmad Rafee bin Che Kassim, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum) KPM.

#MOTMalaysia
#JPJ2024
#DigitalisasiKebitaraanJPJ
#JPJMalaysia
#infoJPJ
Jom rakyat Johor! jumpa kami Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) di Pusat Beli-Belah Angsana Johor Bahru Mall bersempena Sambutan Minggu Perpaduan 2024 Peringkat Kebangsaan.

Pelbagai perkhidmatan disediakan antaranya:

1. Pertukaran Topi Keledar
2. Pameran Advokasi Keselamatan Jalan Raya
3. Pendaftaran JPJeID & MyJPJ
4. Kaunter Begerak JPJ Mobile

#MOTMalaysia #jpj2024 #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
7 Isyarat Amaran Brek Perlu Diperiksa! ๐Ÿš—๐Ÿ› ๏ธ

Jangan abaikan tanda-tanda ini! Keselamatan anda bergantung pada brek yang berfungsi dengan baik:

BUNYI: Bunyi berciut atau ketukan semasa membrek.

SERET: Kenderaan terseret ke tepi apabila membrek.

PEDAL RENDAH: Pedal brek mencecah ke lantai.

PEDAL KERAS: Pedal brek perlu dipijak dengan kuat.

MENCENGKAM: Brek mencengkam dengan sedikit sentuhan.

BERGETAR: Pedal brek bergetar walaupun semasa membrek normal.

LAMPU: Lampu brek menyala pada papan pemuka.
Pemeriksaan brek secara rutin adalah penting! Pastikan keselamatan anda dan penumpang dengan melakukan pemeriksaan brek secara berkala.

Untuk maklumat lanjut, layari www.jpj.gov.my.

#MOTMalaysia
#JPJ2024
#DigitalisasiKebitaraanJPJ
#JPJMalaysia
#infoJPJ
#aduanJPJ
#soalanJPJ
#viralJPJ
#PanduCermatSampaiSelamat
#jpjebid
Selamatkan Nyawa Anda dengan Tali Pinggang Keledar!

Elakkan Tragedi: Tanpa tali pinggang, anda 30 kali lebih berisiko tercampak keluar dari kenderaan!

Kematian Hampir Pasti: 75% yang tercampak keluar dalam kemalangan maut tidak terselamat.

Lindungi Diri dan Keluarga:
Penggunaan tali pinggang mengurangkan risiko kecederaan maut sebanyak 50% untuk penumpang depan dan 75% untuk penumpang belakang.

#MOTMalaysia
#JPJ2024
#DigitalisasiKebitaraanJPJ
#JPJMalaysia
#infoJPJ
#aduanJPJ
#soalanJPJ
#viralJPJ
#PanduCermatSampaiSelamat
#jpjebid
Jaga Jarak, Selamat Sampai!

๐Ÿš—๐Ÿš•๐Ÿš™ Elakkan Kemalangan! Jangan mengikut kenderaan lain terlalu rapat semasa memandu. Pastikan anda sentiasa menjaga jarak selamat untuk mengelakkan risiko kemalangan.

Kenapa Penting Jaga Jarak?

๐Ÿšฆ Keselamatan: Memberi masa yang mencukupi untuk bertindak balas jika kenderaan di hadapan berhenti secara tiba-tiba.

๐Ÿ“ Kawalan: Memastikan anda dapat mengawal kenderaan dengan lebih baik dalam sebarang situasi kecemasan.

โฑ๏ธ Tindakan: Mengelakkan tekanan dan memandu dengan lebih tenang.

Ingat!

Jangan memandu terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan anda.
Jangan memandu melebihi had laju.

Pastikan anda mempunyai jarak yang mencukupi untuk berhenti dengan selamat jika kenderaan di hadapan menekan brek secara tiba-tiba.

Keselamatan anda di tangan anda. Pandu cermat, selamat sampai ke destinasi.

#MOTMalaysia #jpj2024 #KITA@JPJ #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
Lebih Laju Dipandu, Lebih Kuat Kesan Hentakan!

Tahukah anda? Kesan hentakan pada kelajuan 100 km/j bersamaan dengan kenderaan yang jatuh daripada bangunan 12 tingkat! Pada kelajuan 50 km/j, kesannya sama dengan jatuh dari bangunan 3 tingkat.

Ingat, kelajuan membunuh! Pandu dengan cermat untuk keselamatan bersama.

#MOTMalaysia #jpj2024 #KITA@JPJ #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
12 Langkah Memotong dengan Selamat

Ingat Sebelum Memotong:

-Fahami kelajuan dan keupayaan kenderaan anda.
-Nilai kelajuan kenderaan yang hendak dipotong dan trafik dari arah bertentangan.
-Memotong hanya di sebelah kanan.
-Langkah-langkah Memotong:

-Tentukan keperluan memotong.
-Perhatikan keadaan hadapan.
-Periksa cermin belakang.
-Beri isyarat ke kanan.
-Bergerak ke kanan.
-Bunyi hon jika perlu.
-Lajukan kenderaan.
-Bergerak ke kiri selepas memotong.
-Beri isyarat ke kiri.
-Matikan isyarat selepas memotong.
-Kembali pada kelajuan asal.

Pesanan Penting!
Jika ragu-ragu, tunggu sehingga anda yakin selamat untuk memotong.

Untuk maklumat lanjut, lawati www.jpj.gov.my.

#MOTMalaysia #jpj2024 #KITA@JPJ #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
PENAT MEMANDU? HENTI DAN REHAT!

Bahaya Memandu Ketika Letih:

Memandu antara jam 10 malam hingga subuh meningkatkan risiko kemalangan maut sebanyak 4 kali ganda!
Tanda-Tanda Anda Letih:

-Menguap berterusan
-Mata terasa berat
-Perasaan gelisah
-Tindak balas perlahan
-Sering terlebih membelok
-Bosan dan kurang fokus
-Tips untuk Kekal Cergas di Jalan Raya:

Berehat setiap 2 jam perjalanan.
Berhenti serta-merta jika rasa penat, atau tukar pemandu.
Tidur sekejap selama 20 minit untuk segarkan diri.
Minum air yang mencukupi sepanjang perjalanan.
Ingat, Keselamatan Anda Utama:

Jangan abaikan tanda amaran letih. Keselamatan anda dan orang lain bergantung padanya.

#MOTMalaysia #jpj2024 #KITA@JPJ #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
Sekalung penghargaan & terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha, di atas sumbangan dan jasa bakti yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia

Ikhlas Daripada :
Pengurusan Tertinggi & Seluruh Warga Kerja Cemerlang
JPJ Malaysia

#MOTMalaysia #jpj2024 #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
Syabas & tahniah diucapkan kepada YBrs. Tuan Aedy Fadly bin Ramli, atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), berkuatkuasa 23 Julai 2024.

Ikhlas Daripada :
Pengurusan Tertinggi serta Seluruh Warga Kerja Cemerlang JPJ Malaysia

#MOTMalaysia #jpj2024 #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJ #JPJMalaysia #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
[โ€œPEMAKLUMAN PENGGANTIAN KAMERA AUTOMATED AWARENESS SAFETY SYSTEM (AwAS)โ€]

KENYATAAN MEDIA

Putrajaya, 8 Ogos 2024 - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia ingin memaklumkan bahawa JPJ sedang melaksanakan penggantian kamera Automated Awareness Safety System (AwAS) melibatkan kamera AwAS sedia
ada secara berfasa di lokasi-lokasi yang telah diwartakan.

Penggantian kamera AwAS ini adalah selaras dengan penambahbaikan sistem kamera AWAS sedia ada selari dengan perubahan teknologi terkini yang menggunakan teknologi Automated Number Plate Recognition (ANPR) bagi memastikan kamera tersebut beroperasi dengan lebih baik. Penggantian ini melibatkan kamera model Redflex yang perlu ditukar atas faktor kerosakan major dan tidak mendapat sokongan daripada pihak prinsipal.

#MOTMalaysia
#JPJMalaysia
#DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJMalaysia
#PanduCermatSampaiSelamat
PROGRAM MADANI RAKYAT ZON SELATAN 2024

Jom meriahkan Program MADANI Rakyat anjuran Kerajaan Negeri Johor seperti ketetapan berikut:
.
๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 15-17 Ogos 2024 (Khamis - Sabtu)
Lokasi: Dataran UTM, Johor Bahru, Johor
Masa: โฐ 9.00 pagi - 6.00 petang
โฃ.
๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—œ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐—ณ & ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป JPJ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ, ๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ:
.
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Pertukaran Topi Keledar
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Kaunter Begerak JPJ Mobile
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Pocket Talk โ€œCashless JPJ, Mudah dengan MyJPJโ€
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Pocket Talk โ€œKemampuan Diri & Motosikal Anda; Dilema keselamatan Jalan Rayaโ€
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Pendaftaran JPJeID & MyJPJ
๐Ÿ‘‰๐Ÿป Pameran Advokasi Keselamatan Jalan Raya

Maklumat Lanjut Sila Layari
https://malaysiamadani.gov.my/program-madani-rakyat/
.
๐‰๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐š ๐š๐ง๐๐š ๐๐ข ๐ฌ๐š๐ง๐š!๐Ÿ˜

#MOTMalaysia
#JPJMalaysia
#DigitalisasiKebitaraanJPJ
#PanduCermatSampaiSelamat
[JPJ MENDUKUNG HASRAT PERDANA MENTERI MALAYSIA, BERI PERKHIDMATAN TERBAIK]

KENYATAAN MEDIA

PUTRAJAYA, 17 Ogos 2024 - Selaras dengan pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia, JPJ akan menambah waktu pengoperasian kaunter JPJ selama satu(1) jam iaitu pada hari Isnin dan Jumaat (JPJ W.P. Kuala Lumpur, JPJ Negeri Selangor dan JPJ Negeri Pulau Pinang) manakala hari Ahad dan Khamis bagi JPJ Negeri Johor untuk memudahkan urusan pelanggan.

Hari tersebut dikategorikan sebagai โ€œhari sesak/sibukโ€ dengan โ€˜trendโ€™ pelanggan yang tinggi. Pertambahan waktu operasi kaunter di JPJ ini akan mula berkuat kuasa pada 19 Ogos 2024 dan akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan JPJ Negeri yang lain.

#JPJMalaysia
#bersamamembinajpj
#MOT
Setinggi-tinggi Tahniah kepada YBhg. Datuk Aedy Fadly bin Ramli, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia, di atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang-Dipertua Negeri Melaka Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam.

Ikhlas Daripada:
Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga Kerja JPJ Malaysia

#JPJMalaysia
#bersamamembinajpj
#motmalaysia