Azizan Osman (Official)
63K subscribers
8.9K photos
3.52K videos
7 files
6.74K links
Business Growth Mentor
Professor of Practice Asia e University | Founder RichWorks International | Board ManagePay (MPay) Berhad | Phd Asia e University | MScM University of Salford

https://instagram.com/azizanosman_official
https://www.facebook.com/aziz
Download Telegram
Adakah anda cukup pantas dalam bertindak atau selalu berlengah untuk mencapai kejayaan yang anda impikan?

Kejayaan tidak akan dapat dicapai dengan mudah jika anda hanya berimpian tanpa berusaha ke arah mengambil tindakan dengan pantas dan konsisten dalam melakukan perkara yang betul.

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya amalan yang paling dicintai oleh Allah ialah amalan yang terus-menerus dilaksanakan walaupun sedikit." (HR. Bukhari)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Adakah anda biarkan ketakutan menguasai diri?

Jangan berasa takut dan ragu-ragu untuk melakukan sesuatu yang baik kerana Allah SWT sentiasa ada bersama kita. Apa yang penting anda perlu mencari ilmu dan berusaha sehabis baik kemudian bertawakal kepadaNya. InSyaAllah Dia akan permudahkan jalan untuk anda.

Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman. (Surah Ali 'Imran Ayat 139)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Anda tau apa yang dimaksudkan dengan ‘berbakti’ di jalan Allah?

Mencari keberkatan hidup melalui amalan bersedekah kerana dalam setiap sedekah yang diberikan mengandungi nilai barakah. Dan sentiasa ingat bahawa dalam rezeki kita ada rezeki orang lain di samping sebagai salah satu cara untuk berbakti di jalan Allah SWT.

Allah SWT berfirman : “Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas kurniaan-Nya lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 261)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Jauhi prasangka buruk kerana ia hanya akan membuatkan hidup anda tidak tenang.

Bersangka baik akan menjadikan kehidupan seseorang itu lebih tenang dan Allah SWT akan melimpahkan kebaikan yang banyak, kurniaan, kelebihan serta pelbagai pemberian kepada orang yang berbaik sangka kepadaNya.

Firman Allah SWT : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. (Surah Al-Hujurat ayat 12)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Adakah anda konsisten dengan perubahan yang ingin anda lakukan?

Istiqamah dan konsisten dalam melakukan perubahan bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan. Namun, jika anda berjaya melakukannya, anda akan memperoleh kejayaan dan kebaikan yang berterusan.

Sabda Rasulullah SAW : “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Adakah anda memanfaatkan potensi diri sebaiknya?

Kemampuan dan potensi diri adalah nikmat dan anugerah yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Percaya dengan kebolehan diri anda dan manfaatkan ia sebaik-baiknya dengan melakukan perkara yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Setiap manusia impikan perubahan ke arah menjadi manusia dan hamba Allah yang lebih baik. Namun, setiap perubahan itu bergantung pada matlamat dan tujuan yang ingin anda capai sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Sabda Rasulullah SAW : “Dan siapa yang akhirat itu menjadi niat utamanya keinginan terbesar di hatinya akhirat, Allah akan kumpulkan urusannya, dan Allah akan jadikan kekayaan di hatinya dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan dunia itu hina di matanya.” (HR Ibnu Majah)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Jangan biarkan ego terus menguasai diri anda..

Ego dalam diri akan buatkan anda stuck tanpa ada apa-apa tindakan nak ubah hidup. Cuba rendahkan ego dan merendah diri untuk belajar dari kesilapan agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Pengalaman adalah pelajaran terbaik dalam hidup. Kongsikan kisah hidup dan bisnes anda agar menjadi pengajaran dan inspirasi kepada orang lain agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Adakah anda set matlamat anda dengan betul?

Jika anda benar-benar jelas dengan apa yang anda ingin capai, maka akan lebih jelas juga tindakan dan langkah yang perlu anda ambil ke arah mencapai matlamat tersebut.

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Kegagalan bukan penghujung segalanya. Beza orang berjaya dengan orang yang belum berjaya adalah bagaimana mereka terima dan respon pada kegagalan itu. Sama ada nekad untuk bangkit dan cuba lagi atau terus hanyut mengeluh.

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
ALASAN adalah roadblock paling besar yang ada dalam diri. Jangan tangguhkan kejayaan dengan mencipta alasan sebaliknya bertindak dengan pantas mencari jalan penyelesaian untuk lakukan yang lebih baik.

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Jika anda nak ada results yang tepat, anda harus ada hala tuju dan matlamat yang ingin anda sasarkan agar tidak membuang masa melakukan perkara yang salah.

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Kejayaan bergantung pada kesanggupan anda untuk mencari ilmu ke arah melakukan perubahan dan upgrade hidup anda menjadi lebih baik. Nak berjaya anda perlu komited dan ada kesungguhan.

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Tiada erti ‘terlewat’ untuk membuat perubahan dalam hidup melainkan anda pilih untuk terus-menerus beralasan dan menunda tindakan ke arah menjadi yang lebih baik.

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Nak berjaya dalam hidup dan bisnes?

Kita kena ada ‘high energy level’! ‘High energy’ ini yang akan push diri kita untuk bertindak dengan lebih cepat dan pantas. Bila ada ‘high energy’ barulah anda tidak mudah mengalah dan berputus asa apabila diuji dengan cabaran.

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Usaha dan rajin saja tidak cukup untuk berjaya. Setiap keputusan dan tindakan yang anda ambil perlu diiringi dengan strategi yang betul sebagai ‘shortcut’ untuk mencapai kejayaan. Ingat, strategi akan menentukan banyak perkara termasuklah results anda!

Faham ke faham?

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Nak berjaya? Anda hanya perlu ikut jejak orang yang telah berjaya dengan melakukan TINDAKAN.

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Ingin hidup berjaya dan diberkati? Perbaiki hubungan dengan Allah, ibu bapa dan orang sekeliling anda. Boleh ke boleh?

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana