Azizan Osman (Official)
90K subscribers
4.18K photos
1.54K videos
4 files
3.75K links
The official account for Datuk Wira Dr Azizan Osman | Business Growth Mentor | Entrepreneur | Investor

Passionate About Helping People To Start, Grow & Expand Their Business

https://instagram.com/azizanosman_official
https://www.facebook.com/azizanosman
Download Telegram
to view and join the conversation
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Istimewa MALAM NI!

🔴MEGALIVE EPISODE 15

Ada tak siapa-siapa dalam ni suri rumah?

Nak belajar dari Puan Diana bagaimana beliau bantu surirumah di luar sana?

Ada surirumah kat sini kan?

Komen ‘Ya Saya Belajar’

>> https://www.facebook.com/azizanosmanofficial/videos/4636395626393594/

#BinaBisnesBerjaya
#BangsaUsahawanDigital
#SokongPerniagaanKecilSederhana
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis
“Saya dibesarkan dalam keadaan kekurangan dan serba tak cukup. Saya tak dapat menamatkan pelajaran kerana masalah kewangan dan bekerja sebagai ‘budak pasar’ dengan gaji RM 900 sebulan” -Tuan Shazarul

Tuan Shazarul berasal dari keluarga yang susah. Tekadnya adalah untuk mengubah nasib diri dan keluarga setelah ketiadaan bapanya. Beliau tidak berpeluang untuk menamatkan pelajaran kerana kekangan kewangan dan menyara keluarga hanya dengan bekerja mengupas bawang di pasar pada awalnya.

Kesusahan hidup yang dihadapinya membuat beliau lebih kuat berusaha dan tidak mudah berputus asa untuk mencari ilmu. Baginya, dengan adanya ilmu dan bimbingan MenThor adalah perkara yang banyak mengubah hidupnya selama ini.

Malam ini, pastikan anda tidak lepaskan peluang untuk saksikan ‘Megalive Bangkit Usahawan Digital Episode 16’ pada jam 9.00 malam bersama tetamu jemputan Tuan Shazarul Ismail, pengasas Eng’s Popcorn di FACEBOOK, INSTAGRAM & YOUTUBE Azizan Osman Official!

#BinaBisnesBerjaya
#BangsaUsahawanDigital
#SokongPerniagaanKecilSederhana
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis
Malam ini, saksikan ‘Megalive Bangkit Usahawan Digital Episod 16’, jam 9.00 malam ini di FACEBOOK, INSTAGRAM & YOUTUBE Azizan Osman Official untuk ketahui kisah penuh bagaimana anak muda ini bangkit dari kesusahan hidup yang dihadapinya sebelum ini dan bagaimana beliau mengendalikan bisnes ketika musim PKP.

Mention rakan, stokis, ejen atau sesiapa saja yang sedang diuji dan ingin bangkit dari krisis yang melanda ketika ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada anda semua.

#BinaBisnesBerjaya
#BangsaUsahawanDigital
#SokongPerniagaanKecilSederhana
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis
Dari gerai bawah pokok kepada sebuah restoran besar!

Tuan Aizat yang dulunya bermula dengan berniaga char kuey teow di gerai bawah pokok dan pasar malam kini telah mempunyai restoran besar yang menjadi daya tarikan di Port Dickson. Selain itu, bisnes beliau telah dinobatkan sebagai TOP 15, Enterprise 50 (E50) Awards dan tersenarai di Malaysia Book of Records sebagai The Most Cooked Char Kuey Teow In One Hour.

Dengan formula proven results untuk bimbing usahawan untuk mula berniaga dengan cara yang betul, Datuk Wira Dr Azizan Osman telah berjaya membimbing Tuan Aizat menjadi seorang usahawan berjaya.

Siapa nak tahu bagaimana Tuan Aizat mampu mengubah bisnes dari gerai bawah pokok kepada sebuah restoran besar dan telah mendapat pelbagai pengiktirafan? Dan bagaimana beliau survive dalam keadaan PKP ini?

Ketahui kisah penuh perjalanan bisnes Tuan Aizat dalam Megalive Bangkit Usahawan Digital malam ini tepat jam 9.00 malam di FACEBOOK, INSTAGRAM & YOUTUBE Azizan Osman Official!

Sertai Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital pada 27-29 Ogos 2021 bersama MenThor Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Daftar SEKARANG di >> richworks.com/bangkit sebelum terlambat!

#BinaBisnesBerjaya
#UsahawanDatukWira
#BangsaUsahawanDigital
#SokongPerniagaanKecilSederhana
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis
Perubahan bisnes beliau bermula setelah ikuti Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) pada tahun 2014. Tuan Aizat mula jelas ke mana hala tuju bisnesnya.

Kalau dulu beliau berbisnes umpama Rashid dan Rashidah. Segala-galanya dilakukan sendiri. Tetapi kini, perniagaan beliau lebih bersistem dan sudah ada 50 orang pekerja.

Restoran beliau boleh menampung 1,300 hingga 1,500 orang dalam satu masa dan selalu full-house dengan jual Char Kuey Teow sahaja.

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) restoran beliau hampir sahaja terpaksa ditutup, tetapi dengan ilmu dan tindakan Alhamdulillah beliau berjaya gandakan jualan beliau sepanjang pandemik ini dengan SWITCH ke bisnes digital.

Nak tahu apa yang beliau buat?

Nantikan malam ini di sesi Megalive Bangkit Usahawan Digital Episod 17, jam 9.00 malam ini di FACEBOOK, INSTAGRAM & YOUTUBE Azizan Osman Official!

Mention rakan, stokis, ejen atau sesiapa saja yang sedang melalui cabaran bisnes dan ingin bangkit dari krisis yang melanda ketika ini. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada anda semua.

#BinaBisnesBerjaya
#BangsaUsahawanDigital
#SokongPerniagaanKecilSederhana
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis
Nantikan perkongsian beliau malam ini tepat jam 9.00 malam ini di FACEBOOK, INSTAGRAM & YOUTUBE Azizan Osman Official!

Jangan lupa tag rakan-rakan, kenalan anda yang menjalankan bisnes restoran, kedai makan dan bisnes-bisnes yang terjejas ketika PKP.

Semoga perkongsian ini dapat membantu mereka, bangkit berbisnes dan keluar dari krisis pandemik ini.

#BinaBisnesBerjaya
#BangsaUsahawanDigital
#SokongPerniagaanKecilSederhana
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis
Ini adalah waktunya untuk usahawan bertukar ke teknik pemasaran digital sebelum terlambat! Kami di RichWorks memahami situasi ini sukar bagi anda dan bersedia untuk bantu anda bangkit!

ESOK! akan berlangsungnya ‘Program Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 - Solusi Bisnes & Pemasaran Digital’ selama 3 hari bermula dari 27-29 Ogos 2021 bersama MenThor Usahawan & Pakar Pemasaran No.1 Asia, Datuk Wira Dr. Azizan Osman secara virtual LIVE!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! It’s NOW or never! Daftar SEKARANG di :

>> richworks.com/bangkit
>> richworks.com/bangkit
>> richworks.com/bangkit

Mention rakan-rakan anda dan ingatkan mereka tentang peluang ini!

#BinaBisnesBerjaya
#BangsaUsahawanDigital
#SokongPerniagaanKecilSederhana
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hanya jual Kuih Batang Buruk sahaja, mampu mengubah seluruh kehidupannya!

Banyak ujian, pengorbanan, banyak juga perih yang dilalui Puan Hedayah Kaulan Founder kepada Hedy's sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Itu yang membuatkan beliau sangat faham, bisnes bukannya mudah jika tanpa guru. Pernah mengalami satu ketika dahulu, segerombolan ejen meninggalkan beliau.

Nak tahu bagaimana beliau #Bangkit dari kegagalan itu?

Tonton secara live perkongsian penuh inspirasi di sesi Megalive Bangkit Usahawan Digital Episod 19 malam ini tepat jam 9.00 malam bersama tetamu jemputan Puan Hedayah Kaulan di FACEBOOK, INSTAGRAM & YOUTUBE Azizan Osman Official!

Ada yang excited dengan perkongsian malam ni? Tulis ‘SAYA!’

#BinaBisnesBerjaya
#BangsaUsahawanDigital
#SokongPerniagaanKecilSederhana
#RichworksBantuBangkitBisnesDariKrisis
Setiap peluang adalah berharga. Oleh itu, manfaatkanlah peluang sebaiknya..

Bersyukurlah Allah SWT panjangkan usia kita, kerana setiap hari yang kita ada adalah peluang untuk kita melakukan yang lebih baik dalam hidup dan lebih mendekatkan diri kepadaNya.

Sabda Rasulullah SAW : Manfaatkanlah waktu sihatmu sebelum datang sakitmu. Manfaatkanlah waktu hidupmu sebelum datang matimu.” (HR. Bukhari)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Bagaimana nak mulakan perubahan?

Hidup sentiasa perlu ada perubahan ke arah yang lebih baik. Namun, perubahan itu bergantung pada keinginan diri kita sendiri kerana orang lain tidak mampu mengubah diri kita.

Firman Allah SWT : "Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali mereka sendiri yang mengubahnya" (Surah Ar-Ra'd Ayat 11)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Sentiasalah bersyukur dengan rezeki dan nikmat Allah walaupun hanya sedikit.

Sebagai manusia kadangkala kita terlupa bahawa kesihatan, umur yang panjang dan keimanan adalah sebuah rezeki dan nikmat dari Allah SWT dan kita wajib mensyukuri semua itu dan kelak Dia akan tambahkan lagi nikmatNya.

Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka dia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak.” (HR. Ahmad)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Nak results? Nak sesuatu?

Nak jadi the best, belajar dengan the best yang ada proven results. Bagaimana kita nak tahu orang tu the best? Tengok results mereka.

Sentiasa beri yang terbaik untuk dapat yang terbaik.
Jika anda buat perkara yang sama akan menghasilkan RESULTS yang sama. Nak berjaya ikut jejak orang yang dah berjaya.

Pernah dengar kata-kata ini “What you give, you will get back more!?”

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Adakah anda cukup pantas dalam bertindak atau selalu berlengah untuk mencapai kejayaan yang anda impikan?

Kejayaan tidak akan dapat dicapai dengan mudah jika anda hanya berimpian tanpa berusaha ke arah mengambil tindakan dengan pantas dan konsisten dalam melakukan perkara yang betul.

Sabda Rasulullah SAW : "Sesungguhnya amalan yang paling dicintai oleh Allah ialah amalan yang terus-menerus dilaksanakan walaupun sedikit." (HR. Bukhari)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Adakah anda biarkan ketakutan menguasai diri?

Jangan berasa takut dan ragu-ragu untuk melakukan sesuatu yang baik kerana Allah SWT sentiasa ada bersama kita. Apa yang penting anda perlu mencari ilmu dan berusaha sehabis baik kemudian bertawakal kepadaNya. InSyaAllah Dia akan permudahkan jalan untuk anda.

Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman. (Surah Ali 'Imran Ayat 139)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Anda tau apa yang dimaksudkan dengan ‘berbakti’ di jalan Allah?

Mencari keberkatan hidup melalui amalan bersedekah kerana dalam setiap sedekah yang diberikan mengandungi nilai barakah. Dan sentiasa ingat bahawa dalam rezeki kita ada rezeki orang lain di samping sebagai salah satu cara untuk berbakti di jalan Allah SWT.

Allah SWT berfirman : “Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas kurniaan-Nya lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 261)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Jauhi prasangka buruk kerana ia hanya akan membuatkan hidup anda tidak tenang.

Bersangka baik akan menjadikan kehidupan seseorang itu lebih tenang dan Allah SWT akan melimpahkan kebaikan yang banyak, kurniaan, kelebihan serta pelbagai pemberian kepada orang yang berbaik sangka kepadaNya.

Firman Allah SWT : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. (Surah Al-Hujurat ayat 12)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Adakah anda konsisten dengan perubahan yang ingin anda lakukan?

Istiqamah dan konsisten dalam melakukan perubahan bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan. Namun, jika anda berjaya melakukannya, anda akan memperoleh kejayaan dan kebaikan yang berterusan.

Sabda Rasulullah SAW : “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Adakah anda memanfaatkan potensi diri sebaiknya?

Kemampuan dan potensi diri adalah nikmat dan anugerah yang Allah SWT kurniakan kepada kita. Percaya dengan kebolehan diri anda dan manfaatkan ia sebaik-baiknya dengan melakukan perkara yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Setiap manusia impikan perubahan ke arah menjadi manusia dan hamba Allah yang lebih baik. Namun, setiap perubahan itu bergantung pada matlamat dan tujuan yang ingin anda capai sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Sabda Rasulullah SAW : “Dan siapa yang akhirat itu menjadi niat utamanya keinginan terbesar di hatinya akhirat, Allah akan kumpulkan urusannya, dan Allah akan jadikan kekayaan di hatinya dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan dunia itu hina di matanya.” (HR Ibnu Majah)

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana
Jangan biarkan ego terus menguasai diri anda..

Ego dalam diri akan buatkan anda stuck tanpa ada apa-apa tindakan nak ubah hidup. Cuba rendahkan ego dan merendah diri untuk belajar dari kesilapan agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

#BangsaUsahawan
#BinaBisnesBerjaya
#PesanAzizanOsman
#SokongPerniagaanKecilSederhana