Tips Rezeki Deras
2.16K subscribers
4.51K photos
443 videos
2 files
2.32K links
Assalamualaikum wbt,
Selamat datang ke Group TIPS REZEKI DERAS Semoga setiap perkongsian ilmu memberi manfaat kepada kita semua dan kita dapat istiqomah beramal dengan ilmu yang kita perolehi. InshaAllah terus upgrade ilmu untuk dunia dan akhirat πŸ’•
Download Telegram
Vitamin HATI ni kena ambil setiap hari. ❀️❀️❀️
.
Cara makan dia. Satu tajuk pagi. Satu tajuk petang dan satu tajuk sebelum tido. 😁
.
Bila hati sihat. Rezeki pun senang masuk.
.
Bila hati sakit. Rezeki pun mudah menjauh.
.
Morning.
.
Assalamualakum semua. Sape ambik vitamin hati ni? Best ke best? Usung dalam beg hat kecik tu je ok. Kalau usung hat besar tu mahu senget bahu nanti. Hehe.
.
Ke ada yang usung hat besar tu jugak? 🀭

Nora Yusof
#PenulisFTR
#BacaBacaSentap
Ketika rasa lelah dan penat mengharungi hidup...
.
Rasa lelah dan letih melaksanakan tanggungjawab dan amanah...
.
Terlupa sebentar niatnya untuk Allah. Muhasabahlah...
.
Tandanya?
.
Mula sedih dan marah
Mula merungut dan menyalahkan
Mula komplen dan tidak puas hati
.
Cepat-cepat cakap pada diri sendiri...
.
Aku ikhlas melakukannya kerana Allah semata-mata.
.
Sahaja aku melakukannya kerana redha Allah...
.
Senyum dan syukurilah hidup...Sebut Alhamdulillah dan selawatlah... kerana sebentar lagi mungkin kaki ini akan melangkah ke syurga Allah...tempat yang tersimpan segala nikmat. πŸ˜‡πŸ₯°
.
Sebaik-baik pembalasan dari segala perit jerih, kesusahan, kepayahan, kesedihan dan kepenatan adalah hanya daripada Allah SWT.
.
Bukan suami. Bukan kawan. Bukan anak. Bukan manusia.
.
Sebaik-baik nikmat dan puncak nikmat yang paling kekal adalah dapat masuk syurga firdaus dan melihat Allah.
.
Nak masuk syurga kan? Hanya orang yang hebat dalam sabarnya. Dalam ikhlasnya. Dalam redhanya dan dalam syukurnya sahaja boleh jadi penghuninya.
.
InshaaAllah semoga iman yang naik turun sentiasa dipandu dengan takwa yang tinggi.
.
Jom bertasbih dan istighfar kepada Allah dikala hati terlalu dahaga dan hausnya ketenangan juga kekuatan melalui ujian hidup yang tiada henti.
.
.
Sering ada masalah ni? Jom teroka ilmu punca kenapa rezeki sempit>>>

.https://ftrexclusive.shop/order/form/BukuRezekiKelasPertamaWebsite/MagnetRezeki

Nora Yusof
#PenulisFTR
2023...
.
Hidup nak lebih dekat dengan Allah.
.
Hidup nak lebih akhirat oriented.
.
Hidup nak lebih tenang dan bahagia.
.
Hidup nak lebih khusyuk dalam solat dan ibadah.
.
Hidup nak azam jadi muslim dan muslimat yang lebih baik.
.
Hidup nak lebih berjaya dunia dan akhirat.
.
.
Tapi bagaimana caranya?
Masalah kebanyakkan orang apa?

Takda ilmu macam mana nak tenangkan diri.
.
Takda ilmu macam mana nak sabar, syukur, redha dan ikhlas.
.
Takda ilmu macam mana nak dekatkan diri kepada Allah.
.
Takda ilmu macam mana nak letakkan kebergantungan itu kepada Allah.
.
Takda ilmu macam mana nak khusyuk dalam solat.
.
Takda ilmu macam mana muhasabah diri dan zikir kepada Allah.
.
Takda ilmu kenal hakikat diri dan hakikat Allah...
.
So semuanya kelaut...
.
Rahsianya ada dalam FTR. Bacalah.
.
Nak sabar
Nak syukur
Nak ikhlas
Nak redha
Nak doa makbul.
.
Semuanya perlukan ilmu yang betul.
Jadi kena belajar.
.
Ilmu tu ada dalam FTR. ☺️
Melaburlah untuk dapatkan FTR.
Unik FTR tiada pada buku lain.
.
Mulakan dengan membaca FTR.
Bacalah dengan hati....
.
Nora Yusof
#PenulisFTR
Poligami..
.
Ia adalah sebuah sunnah.
.
Sunnah yang disalahertikan.
.
Begini...
.
Ikut cara Rasulullah itulah sunnah.
.
Macam mana?
.
Isteri pertama Rasulullah tidak dipoligamikan. Allah tidak menurunkan perintah pada waktu nabi bersama isteri pertama untuk berpoligami. Menunjukkan Allah memelihara dan memuliakan kedudukan isteri pertama.
.
Siapa? Siti Khadijah.
.
Nabi setia sehingga khadijah meninggal dunia.
.
Setelah meninggal dunia, barulah turun perintah Allah untuk berpoligami. Ramai tidak mengambil faham ibrah ini.
.
Point pertama sunnah adalah. SETIA.
.
Kemudian barulah nabi berkahwin dengan isteri-isteri seterusnya. Atas sebab agama dan perintah Allah. Bukan sebab hawa nafsu.
.
NIAT POLIGAMI ADALAH SYARAT KEDUA.
.
Jadi betulkan niat sekiranya nak berpoligami dan setialah sehingga isteri pertama meninggal dunia terlebih dahulu. Itu sunnahnya.
.
Ini anak terabai, rumahtangga bini sorang yang handle. Pergi masjid pun tak. Nafkah culas. Ilmu agama kelaut. Ada hati nak poligami.
.
Soal mampu bukan diukur berapa banyak wang atau harta kalian. Tapi diukur dari segi tanggungjawab, amanah kepada agama terlebih dulu. Jika sempurna, sila. Jika tidak, tak perlu.
.
Ramai betul salah faham konsep poligami. Akibatnya berat. Tugasnya sarat. Tak ramai ulama atau sahabat selepas rasul mengambil sunnah ni. Ada yang tak berkahwin pun kerana fokus kepada perjuangan agama dan menuntut ilmu.
.
Dapat dekat kita yang jahil ni. Ngaji tak habis. Tilik dulu diri sendiri sebelum nak buat apa-apa. 30 juz dalam dada ke? Kalau tak, tak payah. Sebab perkahwinan ni bukan satu perjudian atau permainan.
.
Ia adalah tujuan AGAMA.
.
Ia adalah satu ikatan tanggungjawab yang melelahkan zahir dan batin yang nak dihadapkan kepada Allah diakhirat kelak. Larat ke nak pikul?
.
Didik anak isteri, jaga anak dengan agama.
.
Kalau anak yang ada pun tak mampu handle. Isteri pun aurat tak tutup sempurna. Tak bantu isteri sama-sama uruskan anak dan rumahtangga. Ketahuilah kalian memang tak layak dan tak mampu poligami. Itu ukuran kemampuan sebenar. Bukan ukur dari jumlah wang atau banyaknya harta.
.
Lelaki cari rezeki penat?

Tak sepenat isteri yang mengandung, melahirkan, menyusukan dan membesarkan anak. So sama-sama jaga. Jangan bagi alasan penat cari rezeki. Tak penat pun. Antara cari rezeki dengan jaga anak,urus anak. Lagi penat jaga dan urus anak. Fizikal and mentally.
.
Rumah tangga yang dibina atas dasar nafsu adalah BUNTU.
.
Rumah tangga yang dibina atas dasar agama adalah SEMPURNA.
.
Nora Yusof.
#PenulisFTR
Kepada yang duk bersedih tu.. :3
.
.
.
Jangan sedih-sedih dan jangan cakap bukan-bukan. Bertenang.
.
.
saya doakan anda semua bahagia kaya dan berjaya.. aammin Senyum nah. ^_^ Tak elok mulakan hari dengan kesedihan. Rezeki lari nanti.
.
.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kalau nak hikmah datang cepat setiap daripada kita kena belajar untuk redha dan syukur dgn setiap apa yang berlaku nah. Bersyukur dulu bukan merungut.
.
.
.
Selamat menarik rezeki yang luas. aamiin. Selamat dhuha. :)
.
.
Nora Yusof.
#PenulisFTR
#FTRExclusive
#BukuRezekiKelasPERTAMA
#SimpleSantaiSentap
#1JutaPEMBACA
Tips Rezeki Deras
Photo
KUASA FOKUS

Bagaimana kuasa fokus membawa kejayaan?

Marilah menuju kejayaan (dalam azan ALLAH panggil kita SOLAT)

Kaji kuasa fokus dalam solat menuju KEJAYAAN

Semasa kita solat, pelbagai halangan datang kan? Ada sesiapa yang sama macam saya tak?

Jika demikian halnya, ternyatalah HATI kita masih ada "DUNIA"

TIDAK FOKUS, TIDAK KHUSYUK.


KETAHUILAH.. di kala anak adam bangun mengerjakan SOLAT, syaitan mula resah dan melakukan pelbagai tipu daya untuk merosakkan ibadat kita. :3 -_-

(INI dinamakan CABARAN)

Jadi point utamanya ialah FOKUS. :)

ketika ambil wuduk pastikan hati kita sudah fokus dari awal.

kemudian bangun bersolat, satukan hati kita, seolah-olah sedang solat di hadapan kaabah di MAKKAH AL-MUKARRAMAH.

Kemudian, sebelum bersolat, buangkan dulu "DUNIA" dari hati, gantikan "ALLAH" di hati. Buangkan segala kemarahan, kemurungan, Solatlah dengan gembira, dalam keadaan SENYUM, seperti kita ternampak kekasih, Ingin berjumpa dengannya dalam keadaan CANTIK, COMEL, dan BERSIH.

Maka bertakbirlah. syarat kejayaan seterusnya di dalam solat ialah tidak tergesa-gesa, bersabar di dalam SOLAT, memahami bacaan-bacaannya. KESEMUA bacaan di dalam solat adalah semuanya DOA dan puji-pujian untuk ALLAH semata. ( tak faham pergi rujuk makna Al-fatihah, rukuk sujud, iktidal dll ya. :) )

Setelah itu tetapkan dalam hati, aku BERSOLAT ini adalah untuk menuju KEJAYAAN, jika sempurna SOLATKU, MAKA AKU ADALAH orang yang BERJAYA.

Alhamdullillah, jika tidak, aku lupa, aku terfikir macam-macam dalam kepala,- fikir nak masak apa, fikir nak makan apa, fikir nak buat itu,nak buat ini, teringat kisah ini kisah itu, yang tak patut pun masuk juga. -----> ini tipu daya syaitan yang sedang merosakkan :3 :3

JADI, ABAIKAN. sebelum SOLAT, bacakan doa aku berlindung daripada SYAITAN yang direjam. aammiiinn..

KEMUDIAN FOKUS MENUJU KEJAYAAN WALAUPUN BANYAK HALANGAN.

INSYAALLAH mendapat KEJAYAAN yang besar.

p/s: Praktikalnya adalah sama jika kita mahu mencapai kejayaan dalam hidup
pedulikan halangan, tetapkan tujuan, teruskan fokus kita, buat bersungguh-sungguh dan betul-betul.

RESULTNYA????-------->>> KEJAYAAN YANG BESAR yang MENARIK REZEKI ^_^

Ingin tahu bagaimana mahu khusyuk dalam solat dengan sekusyuk-kusyuknya?

Nora Yusof.
#PenulisFTR
#FTRExclusive
#BacaBacaSENTAP
Tips Rezeki Deras
Photo
Demi Masa πŸ’™
****

Allah memberi kita 86400 saat sehari.. banyakkan masa?

Cuba kita tukarkan saat ini kepada duit?

Apa yang anda nak buat jika dapat duit sebanyak ini?

Gembirakan? Banyaknya DUIT!. kena habiskan dalam satu hari pulak tu. Esoknya dapat lagi. Jumlah yang sama.

Anda mesti habiskan duit sebanyak ini terus dalam masa sehari. Apa anda nak buat?

Betapa pemurahnya ALLAH beri banyak masa untuk kita. Tapi adakah sesaat itu kita bayar untuk berada denganNYA dan mengingatiNYA?

Dan adakah kita sesaat pun mengucapkan rasa terima kasih kepadanya?
Dia cuma minta 5 waktu sahaja sehari untuk bercinta dengannya, itupun janji terlambat tunai (tak tepat waktu), Cincai-cincai, 5 minit, SIAP! Apatah lagi nak dating overtime (solat sunat)? Betul Betul?

"Demi masa, sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh yang saling berpesan-pesan kepada kesabaran dan kebenaran" Al-ASR,


Tinggalkan dunia dan pergilah kepadaNYA, dia akan berikan kesenangan dunia dan akhirat kepada kita.

Kita sibukkan urusan dunia, tinggalkan DIA. maka dia beri kita susah supaya kita ingat dia. Kerana DIA maha tahu, tanpa DIA, kita takkan mampu berdiri sekalipun.

Kembalilah kepada yang asal. Siapa yang menjadikan segala dan semua ini?

Merintihlah, sujudlah, syukurlah kepadaNYA.

Tulisan ini sebahagian daripada ebook ke-5 saya.

Nora Yusof.
#PenulisFTR
#FTRExclusive
#BacaBacaSENTAP
Takda manusia yang kaya pun atas muka bumi ni.
.
Sebab yang kaya tu sebenarnya Allah SWT sahaja.
.
Yang bagi kaya kepada kita tu Allah.
.
Jadi kalau anda jumpa manusia kaya, usahlah kagum dengan kekayaan dia.

Kagum dengan kekayaan Allah SWT itu lebih tinggi.
.
SUBHANALLAH. ALLAHUAKBAR.
.
Hakikatnya manusia ni sama je. Takda beza pun kita semua ni. Yang beza amal, akhlak dan adab.
.
Cuba tengok akhlak dia. Kalau bagus, alhamdulillah. Kalau sebaliknya doakanlah.
.
Dengan orang pun nak bercakap ikut level, pangkat, dan darjat. Hat ni abaikan. Rasa diri hebat padahal tak punya apa pun kalau Allah tak bagi.
.
Rasul layan semua lapisan.
.
Sebab kaya ni ada dua sebab.
Satu sebab istidraj.
Satu sebab dia dekat dengan Allah.
.
Sifat hamba sebenarnya adalah dia rasa dia tak punya apa-apa selain semuanya pertolongan Allah.
.
Janganlah kita menyombong diri.
.
Yang perlu kita buat adalah dakwah.
Bawa orang berusaha untuk masuk syurga.
Bahagia ikut cara Islam ajar.
.
Nora Yusof
#PenulisFTR
#MenulisKESyurga
#BangsaMembacaBangsaBerjaya
Berdoalah sungguh-sungguh kepada Allah segala masalah dan hajat yang kita nak selesaikan dalam hidup kita. Sungguh-sungguh sehingga mengalir air mata. Senyap dan tanpa pengetahuan sesiapa.
.
Merayulah. Merintihlah. Mintalah dengan penuh khusyuk dan penuh harap padaNYA.
.
Kejaiban akan muncul. InshaaAllah.
.
Nora Yusof
#PenulisFTR
DUIT
MATI
HIDUP

Duit boleh cari.
Mati tak kembali.
Hidup hanya sekali.

Kenapa kita hidup dipenuhi ketakutan? SEBAB KITA TAKDA ILMU.
.
Kita akan rasa takut bila takda ilmu. Bila ada ILMU, kita akan tenang dan berani nak hadapi ujian dan dugaan hidup.

.
SO Ilmu sangat penting. Ilmu bertenang. Ilmu beramal. Ilmu kenal akhirat, dan ilmu kenal Allah SWT.

.
Makanan kita bukanlah banyak makan. Tapi banyak ILMU dan zikir.

.
ILMU itu makanan yang sebenar bila kita kelaparan nanti.

.
ILMU apa? Ilmu tentang zikir, tentang solat. Tentang dekat kan diri pada Allah.

.
Di akhir zaman akan dilanda kelaparan yang dahsyat. Orang yang takda ILMU akan hidup penuh ketakutan kebimbangan kerisauan sebab mereka tidak tahu bagaimana nak serahkan pergantungan hidup pada waktu itu.

.
Nora Yusof
#PenulisFTR
#AlwaysBackToAllahWithFTR
Tenang itu kunci rezeki.
.
Penat.
Banyak masalah
Serabut
Tak boleh buat kerja
Sibuk anak-anak
Suami tak membantu.
.
Tenang adalah ubatnya.
Tenang dan redha.
.
InshaaAllah rezeki masuk mengalir laju.
.
Layankan saja dengan keihklasan hati. Sebab Allah nak bagi syurga pada kita.
.
Dunia ni sekejap je. Semuanya pinjaman.
Semuanya dengan izin Allah. Mintak Allah permudahkan urusan kita.
.
Ya Allah terima kasih kerana permudahkan urusan kami. Kami lemah tanpa pertolonganMU ya Allah.
.
Syukur dan sabar. Penat. Rehatlah. Setiap satu perbuatan kita takda yang sia-sia. Kebaikan kita sebesar zarah buat kerana Allah pasti dibalasnya.
.
Orang beriman, bila diuji redha.
Orang tak beriman, bila diuji mengeluh.
.
.
Nora Yusof
#PenulisFTR
Rezeki nak datang ni tak tunggu kena usaha semata.
.
Kita tengah terbaring dekat katil sakit pun, rezeki tu Allah boleh golek-golekkan ia sampai pada kita melalui jiran, saudara mara dll. Kan?
.
Sakit ada orang melawat. Bawak biskutlah. Bawak rotilah. Bawak duitlah.. siap ada kiriman jiran-jiran tu. Itu yang tak boleh buat kerja apa pun Allah tetap bagi rezeki dengan caranya. Itu...kalau kita ni jenis baik dengan ramai orang. Makin ramai dan banyak rezeki Allah hadirkan.
.
So sape yang cakap kena keluar bekerja then barulah dapat rezeki tu, pendapat tu betul sebab sesuai dengan sunnatullah. Iaitu Manjadda wajada barang siapa berusaha dia pasti berhasil. Allah janji begitu. Dalam Alquran pun disebut.
.
Kena faham ada satu lagi hukum iaitu syariatullah. Maksud syariatullah ni Allah berkehendak atas kuasa dia. Sukati dia nak bagi rezeki ikut cara apa. Kerja kita
.
Tauhid tinggi.
Yakin
Berserah
Berdoa
Beribadah
Tawakal
.
Miracle happened! Atas kuasa syariatullah Allah.

So sekarang ni ada ibu tunggal kata tak berdaya nak tampung rezeki sara anak-anak. Rasa tak kuat. Sakit dan sebagainya...
.
1. Muhasabah diri balik. Aku hamba Allah. Tuhan dan tuan aku adalah Allah SWT. Wajib aku taat dan patuh pada perintahnya.

2. Faham tujuan kita hidup. Untuk beribadah kepada Allah. Iaitu melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah. Walaupun sebagai ibu tunggal, tanggungjawab kita nak didik dan besarkan anak kerana Allah. Bukan kerana nak hidup di dunia. Dunia ni sementara.

3. Pasakkan dalam hati dan fikiran. Aku berada di atas dunia ini supaya aku dapat masuk ke syurganya nanti pada bila-bila masa sahaja. Ramai lemah iman sebab dia tak da matlamat jelas hala tuju hidup dia. Sebab tu ada suami. Melawan suami. Sebab fokus kesenangan hidup didunia. Orang yang menfokuskan kesenangan hidup di akhirat dia akan dipandu dan dibimbing oleh Allah dan dipelihara diri dengan sifat sabar serta ikhlas sebab niat hidup dan mati memang nak cari redha Allah bukan nak minta jasa dan pengorbanan dibalas manusia.
.
Selalu sedih. Lemah dan murung sebab suka nak mengharapkan perhatian penghargaan manusia. Sebab tu lah jadi macam tu. Buntu. Serabut. Sebab tak jelas matlamat why aku hidup hah??? 😌
.
Macam mana nak capai redha Allah kalau ujian yang diberi kita tak redha terima? Mengeluh sana sini. Bukak aib sana sini. Marah sana sini.
.
Tu yang keje jadi mengungkit. Asyik tak puas hati sana sini. Syukur tu sikit sangat dengan ujian Allah bagi. Allahu. Ampunkan kami ya Allah... ampunilah. Kami mohon redhamu ya Allah πŸ₯²πŸ˜ͺ
.
Nora Yusof
#PenulisFTR
Hidup tak perlu stress.
.
Hidup hanya perlu sabar, tenang dan syukur.
.
Setiap masalah pasti ada penyelesaian.
.
Besar kecik masalah.
.
BERSABARLAH.
BERTENANGLAH.
BERSYUKURLAH.
.
Takkan lari gunung dikejar. 😌
Nora Yusof
#PenulisFTR
Banyakkan bersyukur. Bukan Mengeluh dan Bersungut.
.
Di saat kita rasa susah. Ada yang tak mampu nak makan.
.
Di saat kita selalu sakit. Berapa lama selama ni Allah bagi sihat?

Di saat punyai anak. Ramai yang tak punya anak.
.
Di saat rasa tak cukup duit. Ramai yang rumahnya tenggelam air banjir. Allahuakbar.
.
Bersyukurlah. Nikmat Allah yang mana kita dustakan.
.
Barangsiapa bersyukur. Allah tambahkan lagi rezeki.
.
Nora Yusof.
#PenulisFTR
Nabi terbaik siapa?
Akhlak terbaik siapa?
RASULULLAH...
.
Rasulullah itu adalah utusan dan contoh tauladan yang Allah kirimkan untuk kita supaya kita menjadikan baginda sebagai panduan dan role model hidup kita di dunia.

Cuba tengok Rasullullah apabila orang buat jahat atau tak baik pada dia? Macam mana dia balas? Dia tak membalas. Malah siap doakan kebaikan.
.
Dapat tang kita?
.
Bergaduh.
Kurang ajar
Mengeluarkan kata yang menyakitkan hati orang lain
Tidak mahu maafkan.

Hurm...

Hati yang bersih itulah paling dekat dengan Allah. Masuk syurga dengan hati. Sebab Allah nak tengok hati bersih ke tidak. Hati ada Allah ke tidak.

Alahai jauh lah nak capai level alim ulama Rasul, Nabi atau Sahabat. πŸ₯²

Sebab tu syurga tu diciptakan berlapis-lapis.

Kita nak masuk yang tertinggi syurga Firdaus. Tapi hati kita, amalan kita, akhlak kita di syurga level bawah sekali.
.
FTR ajar sabar level paling tinggi. Sebab matlamat nak raih syurga tertinggi.

Sabar level yang bukan alang kepalang. Nak capai sabar level tertinggi. Iaitu sabar tanpa batas.

Hehehe.

Nak masuk syurga tertinggi kan?
Sabar dan tauhid kenalah yang tertinggi.

Ampa tak nampak lagi ke matlamat cikgu nak kejar syurga Firdaus.

Nak masuk syurga Firdaus ni syurga paling tinggi.

Syurga yang hanya boleh dimasuki oleh orang yang soleh, para auliya dan para nabi.
.
So, Iman pun kena sama level dengan diorang lah.
.
Kita sampai ke tak iman level tu bila diuji? Bila orang pesan pada kita kata sabar. Kita nak marah orang kata tak rasa apa kita rasa. Dak... Bukan masalahnya rasa tak rasa.

.
Bukan cikgu ajar nak selesaikan masalah pun. Cikgu ajar supaya kita semua mempunyai hati paling bersih, paling sabar dan paling kuat. Raih cinta dan redha Allah.
.
Nak raih cinta dan redha Allah bukan dengan bergaduh dengan orang. Buka aib sana sini πŸ˜….
.
Nak raih redha Allah, Cinta Allah ni kena dengan sifat sabar dan tauhid paling tinggi.
.
Bila orang suruh sabar. Sabarlah. Jangan melawan balik marah orang.
.
Ketika kalian marah syaitan mendatangi kalian. Ketika kalian sabar. Malaikat bersama kalian.
.
Hadam Surah Al-Asr pun dah cukup untuk memahami maksud kesabaran dan kebenaran serta mendapat petunjuk dari Allah.
.
Nora Yusof
#PenulisFTR
Bangkit pagi untuk terus berjuang menyebarkan dakwah dan bantu orang upgrade ilmu kerana Allah. Kuatlah. Sabarlah.. kerana syurga sebagai ganjaran. Niatkan ikhlas kerana Allah nak jadi manusia yang bermanfaat untuk orang lain.
.
Usah bergantung pada manusia ketika lemah. Bergantunglah kepada Allah kerana Allah memiliki kekuatan dan pertolongan yang tanpa batas.
.
Cukuplah Allah bagi. Hasbunallahuwani'kmalwakiil...
.
P/S: Alhamdulillah hai selamat pagi wahai ahli syurga sekalian. Marilah bina generasi kaya jiwa. Kaya akhlak. Jangan putus asa berjuang.

Nora Yusof.
#PenulisFTR
Cukuplah Rahsia Rezeki itu hak Allah.
.
Mesti percaya rezeki itu No 1 adalah dari Allah.
.
Tak kisahlah dapat kwsp ke tak. Ekonomi down ke tak. Orang membeli ke tak.
.
Allah ni kalau nak bagi rezeki bergolek-golek tak nanti ekonomi down ke apa.
.
Pokoknya sejauh mana kita percaya pertolongan Allah itu ada?
.
Ada 3 benda yang perlu kita titikberatkan.
.
Contoh perang badar 313 kaum muslimin melawan musuh 1000 orang quraisy. Kenapa peperangan Islam ni boleh menang?
.
Kerana 3. Iaitu.
.
1. Pertolongan Allah
2. Strategi yang bijak oleh Rasulullah dan Sahabat
3. Team yang ikhlas berjuang kerana Allah.
.
No 1 tu pun kita dah gagal. Belum nak cerita yang kita ni upgrade ilmu bisness pun malas dan berkira. No 3 lagilah jauh macam langit dengan bumi. So macam mana nak menang dalam berjuang mencari sesuap nasi? Aspek Tauhid saja pun kita dah kalah sebelum berjuang.
.
Jadikan 3 perkara ini sebagai booster dalam memperkasakan ekonomi. Ekonomi down ke negatif ke. Allah tetap kaya dan Maha kaya. Kita aja miskin doa, ilmu dan usaha.
.
Kerja kita usaha sampai jadi
Kerja Allah kurniakan rezeki
Kepada siapa yang dikehendaki
Mengikut caraNYA yang tersendiri
.
Wajib kita imani
Allah Maha Memberi
Kepada mereka yang meyakini
Kekuasaan dan kebesaran Ilahi.
.
Sekiranya rezeki masih belum kunjungi
Jangan putus asa berusaha dan mencari
Kerana takdir rezeki sudah ditetapi
Buat yang tak pernah berhenti
Bertawakal, berharap dan mensyukuri
Dengan penuh Sabar Menanti
.
Rahmat dan Redha dari Ya rabbi.

.
Nora Yusof
#PenulisFTR
Allah tak menjemput kita menjadi tetamunya di Mekah barangkali Allah nak jemput kita menjadi tetamu di SyurgaNYA.
.
Begitulah prasangka baik yang patut kita didik dan latih diri kepada Allah. Jangan iri pada orang lain.
.
Allah memberikan kita ujian kerana nak menghapuskan dosa, mengurniakan kita pahala sabar dan menaikkan darjat.
.
Jangan sedih sekiranya saat ini kita diuji. Kerana diuji adalah tanda kita makin beriman. Makin dekat dengan Allah.
.
Rahsiakan sedekah kita ikhlas hanya semata kerana Allah. Tak penting untuk manusia tahu apa kebaikan yang kita lakukan tanpa pengetahuan mereka. Tak perlu explain apa-apa.

Kerana Cukuplah Allah SWT yang maha mengetahui.
.
Buat Kerana Allah.
Hidup Kerana Allah.
Mati kerana Allah.
Beramal Kerana Allah.
.
Itulah nikmat.

Nora Yusof
#PenulisFTR
Nak buat sesuatu sampai jadi tu tak senang.
.
Nak jadi founder tu tak senang.
.
Nak jadi leader tu tak senang.
.
Nak jadi majikan tu tak senang.
.
Bila akan senang?
.
Bila ada ilmu yang betul baru akan senang.
.
Dan ia tak juga senang... sebab nak aplikasikan ilmu tu perlukan kekuatan kesungguhan, komitmen yang luar biasa. Fuh....
.
Kalau lah semua benda senang pasti semua orang dah berjaya.
.
Dan kalau berjaya tu senang kenapa kita masih lagi tak berjaya?
.
Dan kenapa bila kita tengok orang berjaya tu berjaya dan kita pun dengki. Kita rasa Allah tak adil. Kita rasa orang tu tak layak dll.
.
Kita tak pernah tahu apa kesusahan yang dilalui untuk berjaya.
.
Ayuhlah bersusah susah untuk berjaya πŸ˜‚
.
Baru kita akan hargai kemanisan kejayaan.
.
Kalau kita nak tekan butang live pun terkial-kial. Macam macam alasan kita bagi. Jadi jangan lah kita kata buat live tu adalah senang. Bagi talk tu senang sebab kita sendiri pun tak mampu cabar diri kita untuk buat. Itu contoh jelah...
.
So kesimpulannya. Nak berjaya ni tak senang dan memang perlukan pengorbanan.
.
Nora Yusof.
#PenulisFTR
#FTRExclusive
#BacaBacaSENTAP
Benarlah wanita bila dah jadi ibu.. dialah yang paling last sekali tido walaupun penat. Sebab nak pastikan anak-anak semua tido dan selesa. Moga Allah kurniakan syurga buat ibu-ibu dan isteri solehah yang sabar semua.
.
Berat sungguh tugasan ni.
.
Berat lagi tugasan lelaki yang tak jaga keluarga betul-betul sebab...segala dosa anak isteri dia tanggung sekiranya tak tutup aurat, tak sempurnakan nafkah dan menzalimi ahli keluarga.
.
Akan ditanya dihadapan Allah kelak. Mampukah kalian menjawab?
.
Kita sebagai isteri, senjata kita adalah doa dan dakwah. Doalah terusan. Dan dakwahlah habis-habisan. Moga Allah kurniakan hidayah. Utamakan Allah dalam pergantungan hidup. Kerana Allahlah yang menguji kita dengan perangai aneh-aneh pasangan kita untuk kita mendapat pahala sabar yang besar.
.
Kena upgrade ilmu sentiasa. Ilmu agama, ilmu mengenali karakter pasangan dan ilmu komunikasi. Barulah kita tahu uniknya pasangan kita.
.
Ada 3 jenis ilmu ni inshaaAllah terang hidup kita.
.
Nak mendapatkan dunia mestilah dengan ilmu. Nak mendapatkan akhirat mestilah dengan ilmu. Dan nak mendapatkan kedua-duanya mestilah dengan ilmu.
.
Tanpa ilmu rosaklah kehidupan kita. Hanya ilmu saja yang akan suluh dan terangi hidup kita. Berhenti mencari salah tapi mulakan memperbaiki kelemahan dan pengetahuan diri dengan mengenali uniknya ciptaan tuhan.
.
Kita akan jumpa keagungan dan kebesarannya yang tanpa batas. InshaaAllah.
.
Luar Biasa.
Nora Yusof
#PenulisFTR