Tips Rezeki Deras
2.16K subscribers
4.51K photos
441 videos
2 files
2.31K links
Assalamualaikum wbt,
Selamat datang ke Group TIPS REZEKI DERAS Semoga setiap perkongsian ilmu memberi manfaat kepada kita semua dan kita dapat istiqomah beramal dengan ilmu yang kita perolehi. InshaAllah terus upgrade ilmu untuk dunia dan akhirat πŸ’•
Download Telegram
Cuba hafal 7 surah ini dan baca setiap hari.

Sebenarnya bab ni memang kena paksa pada mulanya. Ia memang sukar dan berat.

Tapi selepas beberapa ketika baru terasa lebih ringan. Sebab ia dah mula jadi rutin harian.

Semoga kita semua mendapat manfaat dan syafaat daripadanya.

#DakwahMujahidah_SNH
Jangan tunggu hidayah datang baru nak berubah. Tetapi, cari lah hidayah dan gali lah sampai ketemu. Jangan pernah berputus asa dalam mencari hidayahNya.

In shaa Allah,
DIA sentiasa ada dalam memberi hidayah.

-thekeyreminder
*KENAPA ANDA PERLU BELAJAR NAFAS DOA?*

😡 Tersepit dengan *HUTANG*? Jom belajar cara *SETELKAN* dan *URUSKAN* Hutang.

πŸ˜“ *REZEKI SEMPIT*? Selalu tak cukup duit? Jom belajar uruskan *KEWANGAN* dan tarik *REZEKI*.

😑 Suami *PANAS BARAN*? Asyik nak *MARAH* je? Jom belajar cara ubah tabiat buruk pasangan.

😭 *RUMAHTANGGA* tak *BAHAGIA*? Jom belajar cara dapatkn keluarga *BAHAGIA*

πŸ˜΅β€ Anak *DEGIL* atau *TANTRUM*? Jom belajar supaya anak *PATUH* dan *TENANG* semula

πŸ₯Ί Dah lama tak *BERTEGUR* dengan Adik Beradik atau Ibu Bapa? Jom belajar cara baiki *SILATURRAHIM*

😫 *BISNES SLOW*. Sale tak masuk? Jom belajar cara *LARISKAN BISNES* gunakan *AURA PRODUK*
βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–βž–

*KALAU JOIN BOLEH SETEL SEMUA MASALAH SAYA?* πŸ€”

Lepas daftar kelas terus *SETEL* semua masalah tu *TAK LOGIK* la 🀭

Ingat ya, kita ini hanya *HAMBA* Allah yang lemah dan tiada daya upaya. Tanpa pertolongan Allah, kita tak mampu buat apa2.

Kita semua diuji dengan *MUSIBAH / MASALAH / UJIAN* yang berbeza ikut kemampuan masing-masing. Allah uji kita sebab Allah *YAKIN* pada kita dan Allah tahu kita *MAMPU*

Kadang-kadang *UJIAN* dan *MASALAH* datang bertubi-tubi sampai kita *PENAT* dan *PUTUS ASA*.

Dah *IKHTIAR*, dah *USAHA*, dah *DOA*, tapi masih tak jumpa *JALAN KELUAR*. Kat mana yang *SILAP*?

Sebab tu lah kena belajar *NAFAS DOA*. Tak kira apa pun *MASALAH* kita, kalau kita ada *ILMU* yang betul, semua akan jadi *MUDAH*. *ILMU* tu memang kena *BELAJAR*, dia tak datang dalam mimpi.

πŸ“±Link Pendaftaran
https://tinyurl.com/TeknikMakbulDoa
HAKIKAT REZEKI

Rezeki semua orang dapat. Cuma berbeza bahagiannya. Dan rezeki jika memang untuk kita, tetap untuk kita, lambat atau cepat. Cuma perlu bersabar.
.
Namun jika tiada rezeki dalam sesuatu, terutama sesuatu yang kita suka atau harapkan, semuanya berserta hikmah.
.
Samada diganti dengan yang lebih baik di sini, atau Allah simpan sebagai pahala di akhirat. Yang penting, kita yakin dengan ketentuan-Nya dan teruskan berusaha. Jangan putus asa. Insya-Allah.
.

"Kadang-kadang kita rasa kita tak mampu buat dengan ujian yang diberikan, tetapi Allah tahu hamba-Nya yang mana satu mampu tempuhi."

πŸ’ 3 sebab Allah bagi rezeki :

1- Ujian
(Orang perempuan diuji ketika susah. Orang lelaki diuji ketika senang)
.
2- Keperluan kita
(Ada keperluan, adalah rezeki Allah sediakan. Rezeki anak, isteri)
.
3- Tanggungjawab yang kita tunaikan
(Semakin tinggi tanggungjawab yang kita tunaikan, semakin banyak rezeki yang Allah beri).

- Ustaz Al Amin, Radio Ikim Fm
AMALAN MEMBUKA 300 PINTU REZEKI

1) Tidur awal agar dapat bangun awal

2) Bangun pada jam 3 - 4 pagi.

- Solat sunat wuduk ( 2 rakaat )
- Solat sunat taubat ( 2 rakaat )
- Solat sunat tahajud ( 2 rakaat )
- Solat sunat hajat ( 2 rakaat )

3) Selesai salam zikirkan surah al-ikhlas 200 kali

Dari 1- 21 kali mulakan dengan 'Adzubillahiminasyaitanirrajim + Bismillahirrahmanirrahim dan diikuti dengan surah al-ikhlas

Dari 22 - 200 mulakan dengan "Bismillahirrahmanirrahim" dan diikuti dengan surah al-ikhlas

Kredit : Page MMR

Jom ajak rakan-rakan anda join channel telegram SEKARANG. Ilmu bermanfaat !! Klik sini sekarang juga πŸ‘‰ http://t.me/TipsRezekiDeras
πŸ’₯BICARA IMANπŸ’₯

πŸƒIslam ajar kita untuk tidak merendahkan kekurangan orang lain.

πŸƒSebab kekurangan itu Allah yang bagi. Kalau Allah hendak tarik kelebihan yang kita ada.

πŸƒSekejap je. Kun fayakun. Automatik semua nikmat yang kita ada hilang macam  itu saja.

πŸƒBersyukur padaNya. Muhasabah diri sentiasa.
3 Tips yang dikongsi oleh Ustaz Ebit Lew mengenai hutang.

Ada seorang sahabat Nabi, ada masalah hutang. Macam-macam dah buat, namun masih sempit jugak.

Lalu, Nabi saw ajar, sebelum masuk rumah;

βœ… Beri salam.

βœ… Baca Surah Al-Ikhlas 3 kali.

βœ… Selawat ke atas Nabi.

Alhamdulillah rezeki akan nampak mencurah-curah selepas tu.
✨ FORMULA 7B YANG WAJIB DIAMALKAN SUPAYA JIWA LEBIH TENANG ✨

1️⃣ BERSYUKUR

✍🏻 Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain

✍🏻 Setiap orang ada kisah kehidupan yang tersendiri

✍🏻 Bersyukur dengan nikmat Allah walaupun sekecil kecil perkara

2️⃣ BERSABAR

✍🏻 Bersabarlah dengan ujian yang Allah berikan pada kita

✍🏻 Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar

3️⃣ BERSEDEKAH

✍🏻 Bersedekah tidak akan mengurangkan harta

4️⃣ BERSEDERHANA

✍🏻Jangan pernah berkira untuk bersedekah

✍🏻 Bersedekahlah walau sedikit

✍🏻 Biar tak kaya harta , tapi kaya jiwa

5️⃣ BERSANGKA BAIK

✍🏻 Bersangka baik pada Allah dan manusia serta makhluk di atas muka bumi

6️⃣ BERLAPANG DADA

✍🏻 Menerima sesuatu dengan hati yang terbuka tanpa mengeluh

✍🏻 Belajar untuk menerima dengan hati terbuka

✍🏻 Kadang teguran seseorang pada kita adalah teguran daripada Allah kepada kita tapi dalam bentuk manusia

7️⃣ BERSILATURRAHIM

✍🏻 Bergaul dengan orang yang positif dan tenang

#quotephotovideo
InsyaAllah REZEKI MELIMPAH

1. DHUHA.
Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat. Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT.

2. TAHAJJUD.
Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya.

3. AL-QURAN.
Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat.

4. ZIKIR.
Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

5. SOLAT BERJEMAAH.
Terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih.

6. SILATURRAHIM.
Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang dan tenang.

7. BERSEDEKAH.
Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali.

8. SOLAT AWAL WAKTU.
Solatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat.

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH.
Jangan mengharapkan manusia di luar sana.

10. TAWAKAL DAN USAHA.
Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.

● Surah Yaasin - Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah - Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman - Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Lain-lain:

1. Minumlah air masak 3 liter sehari.
2. Jika yang perempuan mulalah pakai stokin. Sebab penyakit bermula dari kaki.

BILA SEMUA AMALAN TELAH DIBUAT, SEGALANYA AKAN BERUBAH. INSYAA-ALLAH
Iman kita terkadang naik dan turun..
Begitu juga semangat kita,
Up and down..
Kadang-kadang kita rasa bahagia, 
Terkadang kita rasa gelisah..

Terkadang terasa sedih membuai jiwa,
Terkadang terasa sunyi dan sendiri..
Ada kalanya merasa gembira dan senang hati..

Itulah perasaan..
Tak nampak,
Tapi dapat dirasa..
Allah berikan pelbagai perasaan di hati ini..
Untuk kita belajar memahami, menghayati, menghargai dan bersyukur..

Walau bagaimanapun perasaan kita saat ini,
Sentiasa hadirkan hati kita pada Allah..
Allah yang membolak balik hati ini..
Sentiasa berdoa pada Allah agar hati kita sentiasa dalam keimanan..

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ΅Ω„ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ― ΩˆΨΉΩ„Ω‰ Ψ§Ω„Ω‡ ΩˆΨ΅Ψ­Ψ¨Ω‡ ΩˆΨ³Ω„Ω…πŸŒΉ
Tenangkan hati anda, ia hanya Dunya
Hapuskan kesakitanmu, ganjarannya adalah Jannah
tenangkan hati, Allah dekat
Selalulah tersenyum, seperti Rasulullah shallallahu β€˜alaihi wasallam
Sembuhkanlah jiwamu, dengan Al-Quran

β€œSesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang apabila disebut nama Allah, gemetarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal β€œ(QS. Al-Anfal [8] : 2).
Hati

Bila tengok orang lain lebih berjaya dari kita, tanamkan dalam hati untuk bersungguh sungguh lebih berusaha.

Agar satu hari nanti, dapat juga mengecap kejayaan yang sama.

Bila lihat kita lebih berjaya dari orang lain, panjatkan syukur dalam hati dan berdoa agar Allah tidak tarik nikmat yang diberi.

Agar nikmat berpanjangan, dapat juga kecap kemanisan dan lebih kejayaan.

Usah benarkan sekelumit rasa benci dan menyampah pada yang lebih berjaya. Itu hasad dan dengki namanya.

Usah benarkan singgah rasa sombong dan bangga bila diri lebih berjaya. Itu ujub dan riak tandanya.

Penyakit diri bermula dari hati. Dari satu titik hitam kecil, akan menjadi bertitik titik hitam membesar. Dan akhirnya mengawal dan merajai hati.

Asal diri kita lebih baik dari semalam.
Asal diri kita lebih mulia disisiNya.
#soalnya hati hanya Allah Swt saja yg tahu#


Kredit Pn Mahanon
Tips Rezeki Deras
Photo
Kita Semua Pendosa 😣

Kita sebagai manusia yang serba lemah dan serba kekurangan ini seringkali lupa dan lalai dengan kesibukkan dunia sehingga ada diantara kita yang tenggelam dalam kealpaan dan kesibukkan dunia.

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

β€’ Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
β€’ Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
β€’ Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
β€’ Allah akan sibukkan kita dengan harta.
β€’ Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.

Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.

Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.

Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.

Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.

Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.

Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.

Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.

Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.

Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

(Jom kita kongsikan tazkirah ringkas yang banyak memberi kesedaran bahawa dunia ini hanya sementara dan Akhirat itu kekal abadi)

Semoga jadi peringatan bersama.
TIPS MERAIH KEKAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT

Berikut adalah di antara tips praktikal dan berpandukan nilai Islamik untuk meraih kekayaan, dunia dan akhirat:

1. Niat yang Betul
Mulakan usaha dengan niat yang jelas – bukan semata-mata untuk mengumpul harta, tapi untuk mencari keberkatan Allah dan manfaatkan untuk kebaikan. Bila niat betul, rezeki datang dengan lebih lancar dan berkat.

2. Usaha yang Konsisten dan Bijak
Dalam Islam, usaha adalah asas rezeki. Lakukan dengan ikhlas dan sentiasa perbaiki cara kita bekerja. Cari ilmu kewangan, belajar tentang pelaburan yang halal, dan sentiasa berusaha untuk tingkatkan kemahiran. β€œMan jadda wajada,” siapa yang bersungguh-sungguh, dia akan mendapatnya.

3. Bersedekah Tanpa Ragu
Sedekah adalah amalan pembuka rezeki. Islam mengajar, dengan memberi, kita takkan miskin, malah Allah akan ganti dengan lebih baik. Mulakan dengan memberi yang sedikit dan konsisten.

4. Elakkan Riba dan Amalan Haram
Harta yang diperoleh dari cara yang tak halal akan berkesan pada keberkatan hidup. Sebaliknya, cari jalan yang patuh syariah – walaupun nampak lambat, tapi hasilnya berkekalan dan berkat. Kaya itu tak bermakna kalau hati tak tenang, kan?

5. Syukur dan Sabar dalam Setiap Keadaan
Kekayaan bermula dari hati yang bersyukur dan sabar. Bila kita sentiasa bersyukur, Allah tambah lagi nikmat-Nya. Sabar pula buat kita lebih tenang bila diuji, dan lebih mudah untuk bangkit kembali bila jatuh.
πŸ’• PELIHARALAH DIRI MU πŸ’•

🌹Peliharalah AKHLAQ mu kerana ianya KEHIDUPAN mu.

🌹Peliharalah AGAMA mu kerana ianya NYAWA mu.

🌹Peliharalah BUDI PEKERTI mu kerana ianya PERHIASAN hidupmu.

🌹Peliharalah AMALAN mu kerana ianya pakaian AKHIRATmu.

🌹Peliharalah LISAN mu kerana ianya MARUAH mu.

🌹Jadikanlah KEKAYAAN sebagai bekalan berbuat KEBAJIKAN.

🌹Jadikanlah KESABARAN sebagai benteng menghadapi KESUSAHAN.

🌹Jadikanlah NUR yang ALLAH kurniakan sebagai pendorong berbuat KETAATAN.

🌹Jadikanlah AKHLAK MULIA sebagai perhiasan bunga KEHIDUPAN.

🌹Jadikanlah MASA dan KESEMPATAN sebagai modal berbuat AMAL.

-quotephotovideo
Nasihat tentang hidup, ingat pesan ini sampai bila-bila πŸ’― :
.
1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat.
.
2. Makin kita berumur solat kita kena buat berjemaah.
.
3. Makin kita berumur solat kita kena lebih, solat sunat bertambah dan lebih banyak dari tahun yang sebelumnya.
.
4. Makin kita berumur, solat sunat Qabliyyah jangan tinggal.
.
5. Makin kita berumur solat sunat Qabliyyah dan Ba'diah zohor buat buat 4 rakaat.
.
5. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur.
.
6. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal.
.
7. Makin kita berumur, paling tidak khatam Al-Quran 2 kali dalam setahun.
.
8. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat seminggu sehari atau 2 hari.
.
9. Makin kita berumur, zikir kena banyak.
.
10. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak. Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga.
.
‎ Ψ§ΩŽΩ„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩ„Ω‘Ω ΩŽΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω وَ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ِؒل Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω
.
Kredit : Ust. Shamsuri Hj Ahmad
10 PANTANG LARANG DALAM MENJEMPUT REZEKI BERLIMPAHAN

1. Jangan cari salah orang. Salah sendiri banyak pun kita tidak sedar.

2. Jangan hina orang. Allah tidak pernah hina kita.

3. Jangan buka aib orang. Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.

4. Jangan perlekehkan orang. Allah hargai setiap usaha hambaNya.

5. Jangan mengata orang. Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan menolong kita dalam kesusahan.

6. Jangan sakitkan hati orang. Doa orang yang teraniaya itu makbul.

7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8. Jangan sombong dengan apa yang kita ada. Allah boleh tarik bila-bila masa.

9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita. Allah bagi rezeki setiap orang itu berbeza.

10. Jangan sedih dengan kekurangan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Renung-renungkan dan sama-sama kita muhasabah diri.

#DakwahSentapOfficial
Nak buat istighfar dan selawat 1000 kali sehari.. buat setiap hari selama 40 hari.

Paksa diri dulu selama 40 hari.

Mula2 rasa susah dan berat... lama lama paksa diri Kemudian akan makin ringan dan mudah.

Cuba paksa dulu 40 hari.

Pakai stokin.. paksa 40 hari

Nak konsisten Cuba paksa buat 40 hari dulu.

Baru akan makin mudah dan istiqamah.