@Syierabahari_
1.51K subscribers
109 photos
217 videos
1 file
14 links
JAGA LISAN KERANA LISAN BLEH MUDAH MASUKKAN KITA KE SYURGA DAN KERANA LISAN JUGA MUDH KITA TERJERUMUS DALAM API NERAKA😭
Download Telegram
MARHABAN YA RAMADHAN

TIPS RAMADAN:

7 PERKARA MUDAH SEBAGAI PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADHAN

1. Kemas bilik untuk solat/qiamullail/mengaji al-Quran.

2. Tampal kata-kata "Ahlan Ya Ramadhan" di bilik atau di ruang tamu supaya seisi rumah dapat rasa seronoknya menyambut Ramadhan.

3. Sediakan al-Quran dan buku nota/diari.
Tulis impian untuk Ramadhan kali ni. Hanya kita dan Allah yang tahu. Luahkan segalanya dlm buku tu. Buku tu akan jadi "Diari Ramadhan"

4. Mohon pada Allah setiap masa supaya dipertemukan dengan Ramadhan dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang menjalankan ibadah puasa.

5. Ulang kaji topik-topik berkenaan Ramadan melalui ceramah-ceramah di YouTube :
-Apa kelebihan Puasa Ramadhan?
-Kenapa kita perlu puasa?
-Bagaimana nak kuatkan diri untuk Qiamullail?
-Apa itu Malam Lailatulqadar?
-Apa perkara yang membatalkan puasa?

6. Berhenti mengata, mengeji. Mulakan mengaji al-Quran. Ketahui tahap bacaan al-Quran pada aras yang mana. Cari guru untuk belajar al-Quran sepanjang Ramadhan. Timbulkan rasa malu dengan Allah jika culas dengan Al-Quran.

7. Sediakan bahan-bahan masakan untuk memudahkan hidangan sahur dan berbuka.

#ramadhan
Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan.

Kaya atau miskin, sihat atau sakit, susah atau senang, berjawatan atau tidak, semuanya akan berakhir dengan kematian.

Itulah hakikat dunia, hanyalah pinjaman untuk ujian, samada terzahir dalam diri sifat Sabar atau Syukur yang natijahnya adalah hadiah Syurga dari Allah.

Tetaplah tersenyum saat lelah dan letih diuji, kerana setiap aturan Allah dalam hidupmu adalah aturan yang terindah dariNYA.

Sampai bila harus bersangka baik kepadaNYA? Sampai kita dijemput oleh Allah dalam keadaan hati kita tetap bersangka baik kepada Allah agar Allah membalas segala kebaikan tersebut dengan Syurga yang kekal abadi.
Hai Korang 😍 Dah Ada Tudung Raya belom ? belom ☹️ Jom Grab Shawl Raya By Syierabahari😻 Labuh,mesra iron, dan ringan
berdoa sambil menangis ini rasa tenang sangat , rasa kita merayu memohon pertolongan-Nya , merayu agar doa kita dimakbulkan oleh Allah dan kita letak sepenuh pengharapan pada-Nya🌹
tanda kau dah matang bila kau lebih banyak diam dan kurang marah , bercakap hanya perlu dan tidak terlalu memikirkan cakap cakap orang , kau dah faham benda apa yang perlu dan tidak perlu utk kau layan kerana itu semua hanya membuang masa🌹
kalau betul betul dah tak tahan , luah kat Allah . Allah tu siapa bagi kita sampai kita taknak langsung luah apa apa kat Dia . Dia pencipta , semestinya tahu hati dan perasaan kita . sedih ke , gembira ke , tak rasa apa apa ke semua Dia tahu . semua Dia nampak . bukannya Dia taknak tolong . tapi Dia masih menunggu rintihan dan doa dari kita , kerana doa ialah senjata umat islam tak kira dia berada dalam kesusahan ataupun kesedihan . so doa . yang tu paling penting . doa ialah cara untuk berkomunikasi dengan Tuhan . dari doa kita akan rasa yang satu persatu dimakbulkan dan kepercayaan kita yang Allah itu sentiasa ada dan sentiasa membantu semakin kuat . percayalah , if betul ii percaya yang Allah takkan menolak doa doa hambaNya , mesti kita akan tetap tenang dan tersenyum meskipun lagi beberapa saat untuk dipancung . sebab kita percaya , Allah sentiasa ada . untuk menolong diri kita yang lemah🌹🥰
Bersyukur, jangan sampai nikmat yang ada diambil semula.

Berjimat, jangan sampai habis semuanya di saat kecemasan berlaku.

Berjaga-jaga, jangan sampai leka dan senang dihabiskan musuh.

Bertanggungjawab, jangan sampai orang lain kena bahana sebab dirimu.

Berubah, jangan sampai mati pun nama masih buruk. ✋🏻
sudah tiba masanya kita berhenti menormalisasikan dosa , bercouple itu haram dan mendatangkan dosa . tidak usah meninggalkan-komen yang menyokong perbuatan mereka seolah-olah bercouple itu'fidak berdosa . tinggalkanlah komen yang mengingatkan mereka tentang dosanya bercouple , mencintai itu fitrah manusia tapi bukan dengan cara yang haram .
🌧

untuk perempuan , jika ada lelaki yang kamu kenal dan kamu suka tapi panas baran , kaki pukul , suka memaki hamun kamu didepan orang ramai , suka ajak keluar berdua duaan , tak pernah berani jumpa wali dan yang paling utama tinggal solat dan tidak pernah solat . lebih baik tinggalkan lelaki seperti itu . permulaan pon dah musnah sedangkan allah yang utama dia abaikan . macam mana nak bina keluarga yang bahagia ? macam mana nak diredhai allah ? jangan menikah dengan lelaki yang tinggal solat . hijrah ye sayang .
Ya Allah berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat , dan jauhkan kami dari azab api neraka . Aamiin .
selamat berbuka semuanya ! 🤍
rasanya sejuk & tenang bila lepas solat mengadu semua dekat tuhan sendiri daripada rasa serabut tentang kehidupan masa depan dan sebagainya , tiba tiba rasa setenang itu bila lepas luah , beza nya rasa kalau luah dekat manusia dengan tuhan sendiri ini .