@Syierabahari_
1.51K subscribers
109 photos
217 videos
1 file
14 links
JAGA LISAN KERANA LISAN BLEH MUDAH MASUKKAN KITA KE SYURGA DAN KERANA LISAN JUGA MUDH KITA TERJERUMUS DALAM API NERAKA😭
Download Telegram
MARHABAN YA RAMADHAN

TIPS RAMADAN:

7 PERKARA MUDAH SEBAGAI PERSEDIAAN MENYAMBUT RAMADHAN

1. Kemas bilik untuk solat/qiamullail/mengaji al-Quran.

2. Tampal kata-kata "Ahlan Ya
Ramadhan" di bilik atau di ruang tamu supaya seisi rumah dapat rasa seronoknya menyambut Ramadhan.

3. Sediakan al-Quran dan buku nota/diari.
Tulis impian untuk
Ramadhan kali ni. Hanya kita dan Allah yang tahu. Luahkan segalanya dlm buku tu. Buku tu akan jadi "Diari Ramadhan"

4. Mohon pada Allah setiap masa supaya dipertemukan dengan
Ramadhan dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang menjalankan ibadah puasa.

5. Ulang kaji topik-topik berkenaan Ramadan melalui ceramah-ceramah di YouTube :
-Apa kelebihan Puasa
Ramadhan?
-Kenapa kita perlu puasa?
-Bagaimana nak kuatkan diri untuk Qiamullail?
-Apa itu Malam Lailatulqadar?
-Apa perkara yang membatalkan puasa?

6. Berhenti mengata, mengeji. Mulakan mengaji al-Quran. Ketahui tahap bacaan al-Quran pada aras yang mana. Cari guru untuk belajar al-Quran sepanjang
Ramadhan. Timbulkan rasa malu dengan Allah jika culas dengan Al-Quran.

7. Sediakan bahan-bahan masakan untuk memudahkan hidangan sahur dan berbuka.

#ramadhan