@Syierabahari_
1.51K subscribers
109 photos
217 videos
1 file
14 links
JAGA LISAN KERANA LISAN BLEH MUDAH MASUKKAN KITA KE SYURGA DAN KERANA LISAN JUGA MUDH KITA TERJERUMUS DALAM API NERAKA๐Ÿ˜ญ
Download Telegram
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
@Syierabahari_
Video
‎Open this link to join my WhatsApp Group: https://chat.whatsapp.com/CnpbxMrFP0b76yp9g5H604
Kata sheikh zainul asri ุญูุธู‡ ุงู„ู„ู‡:
"Beruntungnya jika seorang perempuan itu dipilih oleh Allah untuk masuk syurga kerana ramai lagi perempuan yang ke neraka."

Dengar yang ini pun rasa takut!
Takut tak terpilih, tapi masih berharap dengan kasih sayang Allah untuk beroleh syurga.

Moga kita menjadi wanita terpilih. Terpilih untuk melakukan kebaikan dan ketaatan dalam semua genap segi kehidupan. Daripada terbit fajar hingga terbenam matahari.

Moga kita menjadi wanita terpilih. Terpilih memiliki hati yang tenang. Menerima takdir dengan lapang dada tanpa mulut mempersoalkan. Menjadi wanita yang tenang dari dalam, tegas pada pandangan.

Moga kita menjadi wanita terpilih. Terpilih untuk menyebar manfaat. Dengan manusia semakin bermanfaat, dengan Allah semakin taat.

Ya Allah, pilihlah kami.

Salam Subuhโค๏ธ Salam Sayyidul Ayyam
Kenapa kita minta orang lain lain doa untuk kita ?Kenapa kita tidak berdoa sendiri sahaja? Bukankah Allah itu Maha mendengar doa hamba-Nya?

Biasanya apabila kita duji dengan ujian dalam hidup. Kita akan bagitau kawan kita " doakan kat aku sama". Jika kawan kita pergi buat umrah, kita akan pesan kat dia "doa kat aku di sana nanti ye".

Kadang- kadang kita minta ustaz atau imam doakan untuk kita, " ustaz, tolong doakan saya".



1. Apabila kita meminta orang lain doakan untuk kita dan orang itu mendoakan kita maka ia dinamakan sebagai doa zahril ghaib iaitu doa tanpa pengetahuan orang itu.

2. Doa zahril ghaib adalah mustajab atau makbul.

3. Ada kemungkinan orang yang doakan kita itu orang yang soleh dan hati bersih serta dekat dengan Allah. Doa orang soleh mustajab.

4. Malaikat mengaminkan doa zahril ghaib.

5. Malaikat turut medoakan yang sama untuk kita

6. Nabi saw. pernah menyebut tentang doa zahril ghaib dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ummu Abi Darda' RA seperti berikut:

ุนู† ุฃู… ุงู„ุฏุฑุฏุงุก -ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ุง- ู…ุฑููˆุนุงู‹: ยซ ุฏุนูˆุฉ ุงู„ู…ุฑุก ุงู„ู…ุณู„ู… ู„ุฃุฎูŠู‡ ุจุธูŽู‡ู’ุฑู ุงู„ุบูŠุจ ู…ุณุชุฌุงุจุฉุŒ ุนู†ุฏ ุฑุฃุณู‡ ู…ูŽู„ูŽูƒ ู…ููˆูŽูƒู‘ูŽู„ูŒ ูƒู„ู…ุง ุฏุนุง ู„ุฃุฎูŠู‡ ุจุฎูŠุฑ ู‚ุงู„ ุงู„ู…ู„ูƒ ุงู„ู…ููˆูŽูƒู‘ูŽู„ู ุจู‡: ุขู…ูŠู†ุŒ ูˆู„ูƒ ุจู…ูุซู’ู„ูยป.ุฑูˆุงู‡ ู…ุณู„ู…

diriwayatkan daripada Ummu Dardฤ` RA- secara marfลซ', Nabi SAW bersabda:

"Doa seorang muslim untuk saudaranya yang tidak ada di hadapannya mustajab. Di dekat kepala orang tersebut ada malaikat yang ditugaskan untuk itu. Setiap kali seorang muslim mendokan kebaikan untuk saudaranya, maka malaikat itu berkata, "amin dan untukmu seperti (doamu padanya)." ( Riwayat muslim)

7. Tidak salah kita meminta orang lain doakan untuk kita sebagaimana dalam hadith di atas.

8. Nabi SAW pernah menyuruh para sahabatRA jika bertemu dengan Uwais Al-Qarni RA agar meminta beliau mendoakan untuk mereka. Ini hujah kita minta orang soleh mendoakan untuk kita.

ูŠู‚ุฏูู… ุนู„ูŠูƒู… ุฃููˆูŠุณ ุงู„ู‚ุฑู†ูŠุŒ ูƒุงู† ุจุงุฑู‘ู‹ุง ุจุฃู…ู‡ุŒ ูู…ูŽู† ู„ู‚ูŠู‡ ู…ู†ูƒู… ูู„ูŠุทู„ุจ ู…ู†ู‡ ุงู„ุฏุนุงุกุŒ

โ€œAkan datang kepada kalian (pada suatu saat nanti) Uwais Al Qorni, dia adalah seorang yang sangat berbakti kepada ibunya, maka siapa diantara kalian berjumpa dengannya mintalah beliau untuk mendoakan kalialllian.โ€

9. diriwayatkan nabi SAW pernah bersabda kepada Umar bin Al Khattab RA ketika akan Umrah

ู„ุง ุชู†ุณุงู†ุง ูŠุง ุฃุฎูŠ ู…ู† ุฏุนุงุฆูƒุŒ

โ€œJangan engkau lupakan kami wahai saudaraku dari doakamu.โ€

10.Apabila kita mendoakan untuk orang lain, rasa mahabbah sesama saudara Islam itu akan timbul dalam diri kita.
11. Kita perlu sentiasa doakan kebaikan untuk rakan- rakan secara zahril ghaib.

10. Mohon doa kalian..

Dr. Abdรฉl rahmanov
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Astagfirullah hal'azim..baru saya fhm๐Ÿ˜”

Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜…. Kaw kaw punya!

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan.
Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun.
Tak pun cuba kalian semak diri sendiri.

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Pang!!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Kebendaan.

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari ๐Ÿ˜….

You have to face it!

Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal.
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal.
Masa inilah diuji dengan mslah kwangan
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal.

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!

Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan.
Mengajar diri menjadi lebih beriman.

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah

- ALLAH SAYANG-

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.

Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' ๐Ÿ˜Œ.

Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian!

Baik kan Allah

Yes. Life is simple. Do good and good will come to you. Betul x bmf ๐Ÿ˜Š

-Unknown writer-
TANDA DEPRESSION

1) lebih banyak diam daripada selalu

2) selalu marah2 dan cepat badmood

3) selalu bagi alasan penat

4) cepat letih dan sakit badan

5) selalu sakit kepala, cepat stress, dan emosi

6) lebih suka menyendiri

7) suka sakiti diri sendiri

8) lebih banyak pendam
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Assalammuaalaikum
Salam subuh๐Ÿ“Œโค๏ธ
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ramadhan Bakal Tiba๐Ÿ“Œ๐Ÿ˜jadi kepada yg belom ganti puasa yg lalu ceoat segerakan ganti ye kawan2โค๏ธinshaAllah sepanjang bulan ramadhan banyak perkongsian ilmu yg bermanfaat yg syiera akan kongsikn di dlaam channel ini๐Ÿƒ
Hi korang assalammualaikum
Syiera nk share amalan dan doa2 yg kita boleh amalkan sepanjang waktu sehingga ramadhan tiba
Jangan lupa amalkan tau๐Ÿฅฐ
Pendek je tak panjang pon insha Allah๐Ÿฅฐ
Semoga ramadhan kita pada tahun ini adalah ramadhan yg sempurna dan bukan ramadhan yg terakhir bagi kita Aamin๐Ÿƒโค๏ธ