@Syierabahari_
1.48K subscribers
109 photos
217 videos
1 file
14 links
JAGA LISAN KERANA LISAN BLEH MUDAH MASUKKAN KITA KE SYURGA DAN KERANA LISAN JUGA MUDH KITA TERJERUMUS DALAM API NERAKA๐Ÿ˜ญ
Download Telegram
Memang berdosa kalau melanggar arahan suami selagi tak bertentangan dengan hukum syarak tapi kalau dah dia suruh kau pergi beli arak atau beli nombor ekor/toto kau boleh tolak.

Dah bertentangan dengan syarak tu. Takkanlah suami Muslim tak tahu pasal benda simple macam ni? Baik tak payah mengaku ketua keluarga kalau ahli keluarga pun kau seret ke api neraka.

๐Ÿข๐Ÿ’™
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Welcome Septemberโœ…
Setinggi mana pun rasa sayang kita kepada manusia, berpada pada! Bersedialah untuk meninggalkan mereka kerana Allah.

Kalau tak mampu, jangan pernah jemu berdoa agar Allah beri kekuatan dan tunjukkan jalan.

Kadang Allah pisahkan kita dengan orang yang kita sayangi dengan pilihan sendiri. Kita yang diberi kekuatan untuk pergi.

Kadang Allah pisahkan dengan cara paksa. Disentapnya mereka daripada kita dengan begitu kasar dan memaksa. Dia tahu ia tidak baik. Maka Dia tarik. Terlepaslah. Terpisah!

Ada perpisahan yang menjadi kafarah dosa. Bagai Adam yang terpisah daripada Hawa berkurun-kurun lamanya. Kemudian kembali ditemukan lalu kembali berkasih-kasihan. Bagaimana ia mampu terjadi? Kerana iman.

Namun, ada perpisahan yang abadi. Bagai Ibrahim meninggalkan ayahnya sendiri. Bagai Nuh yang hanya mampu menyaksikan anak isterinya pergi.

Semuanya kerana Allah. Tentu saja ia tidak mudah. Gejolak rasanya tentu sahaja terlalu parah. Sakit. Perit! Namun, para anbia ini redha. Kenapa? Kerana mereka mengerti... hakikatnya, setinggi mana pun kasih kepada manusia, wajib tinggi lagi kecintaan mereka kepada Allah.

Kita juga harus begitu. Jika hubungan kita dengan sesiapa sudah mula berbahaya untuk iman kita, maka binalah benteng antara kita dengan mereka.

Walau pedih hati merana, bermujahadahlah kerana Allah. Walau seerat mana pun kasih sayang kita telah terikat kepada sesiapa, bersedialah untuk berdepan perpisahan. Bersedialah untuk melepaskan!

Rasa sunyi tanpa dia. Rasa kehilangan saja. Tapi bila kau yakin sudah buat perkara yang betul maka hati kau tenang. Kau tidak kalah. Kau menang.

#BondaSocmed
RAJIN NGAJI TAPI HATI KERAS

Kerapnya melakukan dosa dan memandang ringan terhadap dosa adalah antara faktor yang menyebabkan hati gelap dan keras. Apatah lagi memandang remeh terhadap taubat dalam kehidupan.

Syekh Ibn A'toillah Assakandari membicarakan hikmahnya dengan menyebut: "Sebahagian daripada tanda matinya hati adalah tidak merasa sedih kerana meninggalkan amalan kewajipan atau kebaikan dan tidak menyesal atas sesuatu pelanggaran dosa."

Ibnu Masu'd berkata, "Orang mukmin melihat dosa pada dirinya seolah-olah dia berada di bawah bukit yang akan menghempapnya, manakala orang munafik melihat dosanya umpama lalat yang hinggap diatas hidungnya lalu menepis dengan tangannya sahaja dan terbanglah lalat tersebut."

Berwaspada lah terhadap setiap perlakuan dosa kerana ia akan meninggalkan titik hitam di hati jika ia tidak dibersihkan segera dengan taubat dan beristighfar.

Cahaya ilmu tidak akan sampai dalam hati dan menatijahkan amal dek kerana selaput kotoran titik hitam yang bertambah menebal akibat berterusan dalam dosa dan maksiat.

#muhasabahdiri ๐Ÿ˜”
SUAMI TIDAK SOLAT (?)

โ€œApabila suami tidak solat, ini adalah satu kesalahan besar yang dilakukan oleh suami kerana ia menjadi contoh kepada yang lain seperti isteri dan anaknya. Ianya akan menjadi sebab tiada keberkatan dalam rumah tangga.

Kita sedia maklum bahawa solat ini tiang agama & penghubung antara hamba dengan Allah. Kalau tak dirikan solat, maka tidak mesralah hubungannya dengan Tuhan.

Bila hubungan dengan Allah tidak mesra, bagaimana hubungan dengan keluarga ingin menjadi mesra dan berkat?โ€

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
dalam keinginan kau untuk sering merasa mahu difahami orang lain , jangan lupa untuk memahami bahawa setiap orang juga mempunyai masalahnya tersendiri . jadi , jika tidak ada orang lain yang memahami diri kau , kau sendiri yang perlu memahami diri sendiri .

๐Ÿฅ€
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kalau anda ada ciri ini, anda wanita matang!

Wanita mula matang apabila dia sudah tidak mempedulikan apa yang orang kata. Dia lebih mengutamakan apa yang dia rasa. Kata-kata orang dia jadikan modal untuk dia ke arah lebih baik, bukan dijadikan modal untuk jatuh lebih dalam. Matangnya dia dalam mengurus apa yang dia rasa.

Wanita mula matang apabila berlaku perselisihan, dialah orang yang akan memulakan kalam kemaafan, bukan memperhangatkan pergaduhan. Bagi dirinya bergaduh itu tiada hasilnya, tetapi memaafkan itu menenangkan jiwa. Dia mula memilih dengan siapa dia bercakap, dari siapa dia mendengar, dan bersama siapa dia berkongsi.

Wanita mula matang apabila fokus dirinya adalah memperbaiki diri bukan memperbaiki orang. Hakikatnya, memperbaiki diri sendiri nyata lebih mudah dari memperbaiki orang. Dia mendidik orang lain tanpa suara. Dia tahu dia tidak sempurna, maka dia tidak mengharapkan kesempurnaan walau dalam apa jua keadaan. Menerima kekurangan dan merubah lebih baik adalah jalan hidupnya.

Wanita matang itu membuktikan dengan tindakan bukan ucapan semata.

Begitulah.

AfifahAlwi
Belum cukup matang rupanya.
Ingin mulakan simpanan emas serendah RM100 @ 1gram dan daftar akaun emas GAP percuma, whatsapp www.wasap.my/60135241153/DaftarGAP

Atau follow link grup telegram di bawahโคต๏ธ
https://t.me/talianhayatemashafizi

Hafizi Mustafa
Pembimbing Emas Anda ๐Ÿ˜Š
"Betul ke dengan RM 100 kita boleh simpan emas?"

Ya betul! ๐Ÿ™‚

Saya selalu sarankan pada mereka yang ada bajet terhad (RM100-RM 300) untuk gunakan kaedah #AkaunEmasGAP bagi simpan emas. #GAP ni singkatan dari Gold Accumulation Program.

Ini antara beberapa kelebihan simpan emas menggunakan akaun emas GAP:

1. Boleh beli dan simpan emas berketulenan 999.9 dengan bajet minimum RM100 atau 1 gram harga semasa.

2. Boleh simpan emas di Public Gold secara percuma. Boleh beli bila-bila masa sahaja dan tiada had jumlah emas yang dibeli.

3.Tiada yuran simpanan dikenakan dan tiada tarikh luput.

4. Boleh tambah simpanan emas serendah RM100 atau 1 gram harga semasa pada bila-bila masa.

5. Boleh keluarkan emas fizikal minima 1gram atau sehingga 1 kilogram di seluruh cawangan Public Gold di Malaysia.

6. Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan pada bila-bila masa. Sama ada dalam bentuk emas fizikal ataupun wang tunai.

7. Baki minima ditinggalkan untuk kekalkan akaun status aktif cuma 1 gram.

8. Urusniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online dan jual pun secara online.

9. Akaun bersama (joint account) ibu bapa dan anak-anak yang di bawah umur 18 tahun juga disediakan.

10. Terbuka untuk semua warga Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura.
Mungkin ada hikmah kau dibiar sepi. Mungkin ada hikmah kenapa takdir tu tak berjalan seperti mana yang kau mahu.

Mungkin ada hikmah kenapa pada akhirnya, kau termasuk di kalangan mereka-mereka yang terbiasa kecewa.

Satu perkara. Kau akan belajar untuk menerima hakikat bahawa hidup ini, semuanya berjalan aturannya di atas kekuasaan tuhan.

Sebagaimana bagus pun kau rancang, ia tidak akan lebih daripada apa yang telah tertulis.

Kau akan belajar secara perlahan-lahan untuk melepaskan, tak bermakna kau lemah.

Tidak bermakna kau akan berhenti dari mencari orang yang akan menghargai kau. Tidak bermakna kau kehilangan harapan. Dan tidak bermakna kau tidak memaafkan.

Kau masih orang yang sama.

Cuma untuk ketika ini, untuk saat ini, kau hanya mahu menghargai kehidupan kau sendiri.

Kau cuma penat mencari orang-orang yang tidak menghargai sisi kehidupan kau, dan biarkan mereka sendiri yang datang mencari kelak.

Kau berharap untuk kali ini lebih besar, lebih tinggi pengharapannya agar tidak tersalah lagi.

Sebab kau tahu dengan meletakkan harapan berlebihan ke atas manusia yang tidak serius, ia sekadar menerbangkan daun di udara.

Dan kau akan belajar, dengan melepaskan manusia begini, kau akan menjumpai siapa diri kau yang sebenar.

Wallahualam.
Teruntuk diriku.

Jadilah perempuan yang tidak pernah menyerah. Walau sebenarnya sudah sangat lelah, tak apa dunia tak pernah tahu lelahmu namun Rabbmu pasti tahu tetesan air mata disetiap sujudmu.

๐Ÿฅ€โ˜•๏ธ
Kalau kau mendengar azab penghuni kubur mesti kau serik nak buat dosa.

Sebab apa?

Teriakan dan rintihan mereka itu sudah pernah didengari oleh Rasullah SAW ketika Baginda berjalan melintasi perkuburan dan para penghuni kubur itu diseksa hanya kerana sedikit kesilapan yang akhirnya membawa penyiksaan menyakitkan.

Dah ada contoh, jangan kata tak faham. ๐Ÿ˜Œ

๐Ÿข๐Ÿ’™
Wanita itu ...

Mudah tersenyum ,
Mudah menangis ,
Mudah marah ,
Mudah memaafkan ,
Mudah mengingati ..
Namun sulit melupakan .

Wanita mampu menyembunyikan cintanya selama 40 tahun ..
Tapi tak mampu menyembunyikan rasa cemburunya walau sesaat .

- Sayyidina Ali bin Abi Tholib -
pegang ayat ni . Allah tak kata study 24 jam kita pandai , Allah tak kata kerja siang malam kita kaya . tapi Allah kata , siapa solat dia berjaya . kalau awak rasa give up , balik semula pada Allah . Allah bagi awak lambat berjaya sebab Allah nak tengok awak usaha , Allah nak dengar keluhan awak meminta doa pada dia siang malam tanpa henti . jangan terus mengalah okay pretty . i bet you can do it . slowyly but surely . fighting ..