Puan Mary Telegram Channel
3.22K subscribers
178 photos
3 videos
1 file
102 links
Saya mahu jadikan dunia lebih indah dan wanita lebih anggun dengan berkongsi ilmu imej dan penjagaan diri. Ikhlas, #PuanMary #GuruImej
Download Telegram
#SkincareMastery kali ke-12 ini membawakan topik jerawat.

Jerawat! Oh... Jerawat!

Sesiapa pun dapat jerawat memang akan rasa susah hati, sakit hati dan jika kuantitinya banyak, rasa mahu menyorok dalam almari.

Jerawat ini sebenarnya wujud dalam pelbagai tahap - ada tahap ringan, ada tahap sederhana, ada tahap serius.

Jerawat juga ada jenis yang meradang dan ada jenis yang tidak meradang.

Setiap jenis jerawat yang berbeza ini perlu dirawat dengan cara dan bahan yang berbeza.

Ada juga tahap jerawat yang tidak dapat dirawat oleh produk di farmasi atau kedai ubat.

Dalam keadaan ini, hanya doktor pakar kulit boleh beri preskripsi berdasarkan keadaan jerawat itu.

Saya dan Cik Puan Marina Kay akan berkongsi tentang jerawat, cara menjaga wajah dalam keadaan berjerawat dan bahan yang boleh merawat jerawat dalam kelas kali ini.

Jangan ketinggalan! Daftar kelas percuma ini di sini:
https://bit.ly/skincaremastery12
#SkincareMastery kali ke 13 akan membawakan topik exfoliation.

Exfoliation adalah proses mengelupaskan kulit.

Ada dua jenis teknik exfoliation yang utama:
1. Chemical exfoliator
2. Physical exfoliator

Malah anda sepatutnya perlu pilih cara, bahan dan kekerapan yang sesuai dengan jenis kulit.

Esok, dalam Skincare Mastery, saya dan Cik Puan Siti Faeza akan dikongsikan semua perkara yang anda perlu tahu tentang exfoliation.

Daftar di sini:
https://bit.ly/skincaremastery13
Pada sebelah pagi, kulit anda lebih terdedah kepada bahan pencemar, sinar UV, habuk, asap dan kekotoran lain.

Pada waktu malam, kulit tidak perlu menghadapi semua ini dan kulit berpeluang untuk memperbaiki kerosakan pada kulit dan membuat sel baru.

Untuk membantu kulit anda melakukan proses pemulihan ini, anda perlukan rutin penjagaan kulit yang betul pada sebelah malam terutama sebelum tidur.

Anda perlu pilih produk yang betul dengan bahan yang bermanfaat untuk kulit anda.

Saya dan Cikpuan Farhana Yahaya akan berkongsi dengan anda tentang rutin penjagaan kulit sebelah malam pada kelas #SkincareMastery malam ini.

Antara yang akan dikongsikan ialah:

1) Kulit dan proses pemulihan

2) Jenis kulit dan keperluan bahan serta produk

3) Cadangan rutin malam ringkas

4) Cadangan rutin malam intensif (advance)

5) Cadangan rutin malam mingguan

6) Pantang larang dalam rutin malam

Jangan terlepas masuk kelas ini!

Kelas adalah percuma dan pendaftaran boleh dibuat pada pautan berikut:

https://bit.ly/skincaremastery16

#PuanMary
Apa nak buat apabila ada jeragat?

Malam ini saya akan bincangkan topik ini dalam kelas #SkincareMastery.

Perkara lain yang anda pelajari juga adalah:
• Jenis-jenis jeragat
• Punca jeragat
• Cara jeragat terbentuk
• Pilihan rawatan jeragat
• Bahan-bahan yang bagus untuk rawat jeragat
• Cara elak jeragat

Jangan lupa daftar untuk masuk kelas PERCUMA ini:

https://bit.ly/skincaremastery17.

Jumpa malam ini!
Pernah mengalami pengalaman buruk menggunakan produk yang berbahaya pada kulit?

Jadi apa yang perlu dibuat untuk bantu diri anda atau orang lain yang dalam keadaan begini?

Saya dan Cik Puan @atiqah_hamidi akan berkongsi tentang "Cara Pulihkan Kulit Yang Rosak Akibat Produk Berbahaya" dalam kelas #SkincareMastery malam ini.

Secara spesifik, anda akan pelajari tentang:

1. Apakah bahan-bahan berbahaya dalam produk penjagaan kulit?

2. Kesan penggunaan bahan-bahan berbahaya pada kulit, skin barrier dan kesihatan

3. Tanda-tanda kulit dan skin barrier rosak akibat bahan berbahaya

4. Langkah untuk pulihkan kulit dan skin barrier yang rosak

5. Bahan-bahan yang diperlukan untuk pemulihan kulit

6. Pantang larang dan cadangan produk untuk pemulihan kulit

Jangan lupa daftar di sini: https://bit.ly/Skincaremastery18. Kelas adalah percuma!

Jumpa malam ini!
Ada banyak persoalan tentang pelindung suria yang berulang kali ditanyakan kepada Puan Mary. Antaranya:

▪️Perlu atau tidak pakai pelindung suria jika hanya duduk di rumah sepanjang hari? Kenapa?

▪️Perlu atau tidak ulang pakai pelindung suria setiap dua jam? Kenapa?

▪️ Benarkah pelindung suria boleh dicuci dengan air sahaja? Kenapa?

▪️ Benarkah pelindung suria menghalang kulit daripada menghasilkan vitamin D?

Dalam kelas #SkincareMastery malam ini, Puan Mary dan Puan Kay akan menjawab semua persoalan ini.

Pada masa yang sama, Puan Mary dan Puan Kay akan ulas tentang cara pilih dan cara pakai pelindung suria.

Marilah belajar dan boleh kongsikan dengan orang lain tentang maklumat yang betul berkaitan pelindung suria.

Daftar di sini: https://bit.ly/skincaremastery20
Jumpa malam ini!

#PuanMary #GuruImej
Pernahkah anda terfikir jika anda menggunakan turutan produk yang betul? Jika tidak betul turutannya, tahukah anda apakah kesan yang akan kulit anda alami?

Begitu juga dengan bahan-bahan dalam produk. Terdapat bahan aktif yang menjadi lebih efektif apabila digunakan bersama. Namun ada juga bahan aktif yang boleh menjadi berbahaya jika dipakai serentak.

Dalam kelas #SkincareMastery kali ini, Puan Mary dan Cik Puan Yarn Yusof akan berkongsi tentang turutan produk yang betul serta gabungan bahan dalam rutin penjagaan kulit anda.

Antara yang akan dikongsikan ialah:

<1> 5 kategori fungsi produk
<2> Cara menentukan turutan penggunaan produk - yang mana pakai dulu?
<3> Apakah bahan aktif dan bahan bukan aktif dalam produk penjagaan kulit?
<4> 5 kategori bahan dalam produk
<5> Cara yang betul untuk guna bahan yang berbeza
<6> Cara membina rutin asas dan rutin advance

Jangan terlepas untuk mengikuti sesi ini kerana anda akan mempelajari cara yang betul untuk menjaga wajah anda.

Daftar segera di sini :

http://bit.ly/skincaremastery21
Mahu cerahkan kulit? Tidak salah mahu cerahkan kulit, tapi perlu ada cara yang betul dan perlu tahu guna bahan yang selamat untuk kulit.

Pada hari Jumaat ini dalam kelas #SkincareMastery, Puan Mary dan Cik Puan Atiqah Halim akan mengupas tentang "Cara, Bahan Dan Produk Untuk Mencerahkan Kulit".

Antara topik yang akan dikupas ialah:

1> Kenapa perlu cerahkan kulit? Kenapa tak perlu cerahkan kulit?

2> Pilihan cara mencerahkan kulit yang selamat dan tidak selamat

3> Bahan-bahan pencerahan dalam produk penjagaan kulit

4> Cara bahan-bahan bertindak untuk mencerahkan kulit

5> Aturan guna produk untuk cerahkan kulit

6> Pantang larang dalam rutin mencerahkan kulit

Anda pasti tidak mahu ketinggalan. Kelas adalah percuma.

Daftar di sini: https://bit.ly/skincaremastery22
Jika anda pengguna produk penjagaan kulit, pasti pernah baca atau dengar tentang AHA, BHA dan PHA.

Bahan-bahan ini adalah exfoliant yang fungsi utamanya ialah menanggalkan sel-sel kulit mati dan menjadikan kulit lembut serta lebih cerah.

Tapi jika salah cara pilih dan pakai, bahan-bahan boleh merosakkan kulit dan menyebabkan kulit kering, sensitif malah mengelupas.

Pada hari Selasa ini dalam kelas #SkincareMastery, Puan Mary dan Cik Puan Hafizah akan mengupas tentang AHA, BHA dan PHA ini.

Antara topik yang akan dikupas ialah:

▪️Apakah sebenarnya AHA, BHA dan PHA?

▪️Cara AHA, BHA PHA bertindak pada kulit

▪️Aturan guna produk dengan AHA, BHA dan PHA

Pastikan tidak ketinggalan. Kelas adalah percuma.

Daftar di sini: https://bit.ly/skincaremastery23
Adakah anda tahu cara memilih toner mengikut jenis kulit?

Lambakan jenis-jenis toner di pasaran membuatkan ramai pengguna tidak tahu cara memilih toner yang betul dan sesuai dengan kulit.

Kelas #SkincareMastery malam ini akan berkongsi tentang teknik memilih toner berdasarkan jenis kulit.

Kali ini saya dan Cikpuan Jessamine Minn akan membincangkan mengenai:

1> Sejarah toner dan keperluan menggunakan toner

2> Formula dan cara toner bertindak pada kulit

3> Bahan-bahan yang boleh ada dalam toner dan fungsinya

4> Pilihan toner berdasarkan jenis kulit

5> Contoh-contoh toner yang ada di pasaran

6> Pantang larang dalam menggunakan toner

Jangan terlepas untuk mendaftar masuk kelas. Kelas adalah percuma.

Daftar di sini ⬇️⬇️⬇️
https://bit.ly/skincaremastery27

PERHATIAN 📣📣📣
▫️Setelah anda mendaftar, anda akan terima e-mel yang mengandungi pautan Zoom dan kata laluan untuk masuk ke kelas.
▫️Anda juga boleh mendapatkan nota lengkap kelas ini dengan hanya membayar RM10 sahaja (jika dibeli sebelum kelas bermula).
▫️Nota akan dikirimkan kepada anda sehari selepas kelas (hari bekerja).

#PuanMary #GuruImej
Memang geram apabila nampak seketul jerawat begini!

Ramai yang akan picit jerawat lagi-lagi pada jerawat yang sudah kelihatan 'masak' untuk dipicit.

Tapi sebenarnya boleh atau tidak picit jerawat?

Memicit jerawat mungkin kelihatan seperti satu tindakan yang mudah dilakukan. Tetapi jika salah cara, risiko pada kulit ialah:

>> Parut jerawat yang kekal
>> Jerawat yang lebih ketara
>> Jerawat yang lebih menyakitkan
>> Jangkitan pada kulit kerana jerawat mengandungi kuman
>> Proses pemulihan jerawat dan kulit jadi lebih lambat

Salah satu risiko sekiranya anda tersalah picit sehingga menekan kandungan di dalam jerawat masuk lebih jauh dalam kulit ialah kulit anda akan alami keradangan.

Keradangan ini boleh menyebabkan kulit jadi merah-merah dan boleh juga meninggalkan bekas atau tompok gelap pada kulit. Ha! Ini lebih sukar untuk dihilangkan.

Jadi, jika tak boleh picit, apa yang boleh anda lakukan untuk rawat jerawat yang sudah 'masak ranum'?

Saya akan kongsikan caranya esok dalam kelas online #SkincareMastery yang saya adakan percuma untuk sesiapa sahaja yang mahu belajar tentang penjagaan kulit.

Sertai kelas percuma Skincare Mastery di pautan ini:

https://bit.ly/skincaremastery31
https://bit.ly/skincaremastery31
https://bit.ly/skincaremastery31

Setelah anda mendaftar, anda akan terima e-mel yang mengandungi pautan Zoom dan kata laluan untuk masuk ke kelas.
Pelembap sebenarnya ada banyak jenis.

Ada jenis losen.
Ada jenis gel.
Ada jenis krim.
Ada jenis gel krim.
Ada jenis water gel.

Pelembap juga ada kategori bahan yang terkandung di dalamnya.

Ada humectant.
Ada emollient.
Ada occlusive.
Ada surfactant.
Ada emulsifier.
Ada solvent.
Ada antioksidan.
Ada antiradang.

Nampak rumit, bukan? Sebenarnya untuk memilih pelembap yang sesuai dengan jenis kulit dan berkesan dalam menjalankan fungsinya tidaklah sukar.

Mari saya dan Cik Puan Izura tunjukkan caranya dalam kelas Zoom percuma #SkincareMastery pada malam ini, jam 9 malam.

Segera mendaftar di pautan https://bit.ly/skincaremastery33

Setelah anda mendaftar, anda akan terima e-mel yang mengandungi pautan Zoom dan kata laluan untuk masuk ke kelas.
Produk lulus KKM mengandungi merkuri? Eh… Takkanlah. 🤔

Ramai orang, termasuk penjual dan pengeluar, salah faham dan keliru tentang nombor notifikasi. Ini penjelasan yang betul. ⬇️

================

Nombor notifikasi yang bermula dengan huruf NOT dan diikuti dengan angka yang panjang BUKAN bermakna produk itu lulus KKM, BUKAN bermakna pengeluar atau penjual ada sijil lulus daripada KKM.

================

Di Malaysia, berdasarkan undang-undang, produk kosmetik perlu dinotifikasi kepada pihak KKM melalui NPRA (Bahagian Regulatori Farmasi Negara) sebelum boleh dipasarkan kepada pengguna.

Notifikasi bermaksud, pihak syarikat dikehendaki untuk mengemukakan suatu bentuk pengisytiharan kepada pihak KKM di mana pihak syarikat perlu membekalkan secara terperinci maklumat-maklumat berkenaan produk kosmetik yang syarikat tersebut akan pasarkan.

Produk kosmetik tersebut perlu memenuhi spesifikasi yang ditetapkan barulah ia dibenarkan untuk dinotifikasi dan dipasarkan di Malaysia.

Notifikasi TIDAK BERMAKSUD bahawa KKM mengeluarkan sebarang bentuk KELULUSAN bagi mana-mana produk kosmetik.

Apabila sesuatu produk dikesan mengandungi bahan terlarang, notifikasi produk tersebut akan dibatalkan atau ditarik balik.

Pihak syarikat akan diarahkan untuk memberhentikan penjualan dengan serta merta, membuat panggil balik produk tersebut daripada pasaran dan melupuskan produk kosmetik terlibat.

Yang ini kebanyakan pengeluar dan penjual produk tak buat, tetap jual macam biasa. 😠

KKM juga akan mengeluarkan kenyataan akhbar kepada orang ramai agar menghentikan serta merta penggunaan produk kosmetik terlibat sekiranya masih ada dalam simpanan mereka.

Maklumat tersebut juga akan dipaparkan di laman web NPRA iaitu https://npra.gov.my.

#PuanMary #GuruImej
#SkincareMastery
#SkincareKnowledge
#JagaKulitPerluIlmu Jual produk apatah lagi! See less