Puan Mary
3.49K subscribers
159 photos
3 videos
1 file
95 links
Saya mahu jadikan dunia lebih indah dan wanita lebih anggun dengan berkongsi ilmu imej dan penjagaan diri. Ikhlas, #PuanMary #GuruImej
Download Telegram
Tajamkan parang perlukan masa dan tenaga.

Berhenti hanya apabila parang benar-benar tajam seperti yang diingini.

Samalah seperti tajamkan kemahiran diri untuk capai matlamat dalam hidup.

Jika tidak mahu labur masa dan tenaga atau berhenti sekerat jalan, ucaplah selamat tinggal kepada sasaran yang dihajati.

#PuanMary #GuruImej #PesanPuanMary
Tip Pilih Pakaian Untuk Wanita Yang Tidak Tinggi

Tip ini khas untuk wanita dengan ketinggian 155cm ke bawah seperti saya dan khusus untuk pemilihan blouse yang betul.

Wanita dengan ketinggian begini apabila memakai blouse yang terlalu labuh akan kelihatan lebih rendah.

Maka pada tahap manakah labuh yang sesuai untuk blouse cikpuan dengan ketinggian 155cm ke bawah?

Begini caranya. Berdiri tegak, rapatkan kaki, buka tapak tangan dan rapatkan tangan ke badan.

Hujung jari hantu adalah paras paling labuh untuk blouse cikpuan. Jika mahu lebih 2 ke 3 inci, masih dibenarkan.

Usah risau, labuhnya pasti menutup punggung.

Selalunya apabila kita membeli blouse muslimah, model yang memakai blouse tersebut tinggi.

Oleh sebab itu, blouse nampak cantik dan kena pada tubuhnya yang tinggi lampai dan kakinya yang lebih panjang.

Untuk kita yang bukan berketinggian seperti model, marilah ikuti tip di atas. Selamat memilih blouse dengan labuh yang betul! 😊

#PuanMary #GuruImej
#TipPilihPakaian
Warna sememang memberi kesan psikologi kenapa manusia. Ada warna yang akan membuatkan anda kelihatan sangat garang dan ada warna yang mampu membuatkan anda kelihatan sangat mesra dan mudah didekati.

Sebagai contoh:

Merah sering dikaitan dengan ketegasan.
Biru membuatkan anda kelihatan tenang.
Hijau memberi gambaran anda mudah didekati.

Dalam penampilan warna perlu diberi perhatian supaya anda tampil lebih menarik.

#PuanMary #GuruImej
Saya belajar banyak daripada Celine Dion.

Celine Dion sebenarnya tidak pandai berbahasa Inggeris. Pada usia 14 tahun, Celine adalah penyanyi muda yang sangat terkenal di negara asalnya, Kanada. Anak bongsu daripada 14 adik beradik ini mempunyai cita-cita tinggi untuk ke pentas antarabangsa.

Untuk mencapai sasaran itu, beliau sedar beliau perlu fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Bagaimana beliau mahu memenangi hati peminat jika bahasa penyampaian yang akan menusuk ke hati dan difahami jiwa pendengarnya tidak sama? Itu yang bermain di fikirannya.

Ketika umurnya 15 tahun, beliau mula belajar menguasai Bahasa Inggeris dengan gigih di École Berlitz. Mengikut laporan media, beliau mengambil masa hampir 2 tahun untuk menjadi Celine yang baru, Celine yang boleh berbahasa Inggeris.

Yang lebih menarik, ketika melancarkan album Inggeris pertama beliau bertajuk Unison pada tahun 1990, beliau dikritik hebat kerana sebutan bahasa Inggerisnya yang pelik dan kurang meyakinkan.

Namun beliau terus belajar dan tidak kalah dengan kritikan.

Sekiranya beliau berputus asa ketika dikritik pada album pertama, pastinya beliau tidak akan berjaya menghasilkan 25 album studio, 7 album live, 17 album kompilasi dan memenangi lebih 90 anugerah antarabangsa atas pencapaian beliau.

Kerja keras, sentiasa belajar dan mempunyai sikap tidak mudah mengalah adalah resepi kejayaan yang perlu ada pada setiap wanita.

Anda belajar sesuatu?

#PuanMary #GuruImej
Kisah pakcik teksi.

Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 2014.

Sebelum wujudnya grab saya banyak menggunakan perkhidmat teksi memandangkan saya tidak mempunyai lesen memandu.

Seperti biasa apabila berada di dalam teksi saya akan cuba berbual perkara-perkara yang ringan untuk mengelakan rasa bosan berada dalam kesesakan.

Kebetulan pemandu teksi yang saya tumpang kali ini sedikit berusia dari kebiasaan pemandu yang saya pernah tumpang sebelum ini. Ini membuatkan saya tertanya-tanya berapa lamakah pakcik ini sudah memandu teksi.

Saya mendengar sebak suara pakcik berusia 63 tahun itu apabila saya bertanya sudah berapa lama beliau memandu teksi.

Katanya, sebelah pagi beliau menjadi pengawal keselamatan (jaga). Balik petang sehingga subuh beliau mengambil upah memandu teksi. Beliau menyara keluarga dan empat anak perempuan yang masih belajar.

Walaupun soalan asal saya tidak berjawab. Jawapannya membuatkan saya bertanya lagi "Bila pakcik berehat?"

Perlahan beliau menjawab, "Dunia ini memang tempat berpenat-penat. Kita akan ditanya setiap pekerjaan yang kita buat, termasuk perdana menteri negara. Tiada ruang untuk beralasan di depan Tuhan."

"Pakcik mahu ikhtiar sehabis kudrat. Setiap anggota tubuh yang pernah penat ini akan menjawab bagi pihak pakcik nanti, InsyaAllah..."

Jawapan ini begitu menusuk ke jiwa saya. Jawapan pakcik ini banyak mengajar saya untuk sentiasa bersyukur dan sentiasa bagi yang terbaik dalam setiap apa yang saya lakukan.

#PuanMary #GuruImej
Mohon berhati-hati dengan produk penjagaan muka atau kecantikan kulit yang menjanjikan hasil dalam tempoh singkat.

• 3 hari lebih putih
• 5 hari hilang jeragat
• 7 hari kulit licin

Kitaran semulajadi kulit (natural skin renewal cycle) berlaku dalam tempoh 4 ke 6 minggu. Maknanya, setiap 4 ke 6 minggu kita akan mendapat kulit yang baru.

Kitaran ini berlaku apabila sel kulit lama yang berada pada lapisan atas epidermis perlahan-lahan tanggal lalu digantikan secara perlahan-lahan juga dengan sel kulit baru yang terbentuk pada lapisan sebelah dalam epidermis.

Kesan pemakaian sesuatu produk baru pada kulit sewajarnya kelihatan jelas dalam tempoh 4 ke 6 minggu juga.

Barulah boleh produk itu boleh dikatakan efektif kerana selari dengan kitaran semulajadi kulit.

NOTA: Sayangnya Allah pada kita, setiap 28 hari dapat kulit baru. 😌😊

#PuanMary #GuruImej #KulitMukaCantik
Ada dua ayat menarik yang sering saya dengar daripada rakan-rakan saya yang buat bisnes ialah:

Pertama, “Saya ada masa tapi tiada duit.”
Kedua, “Saya ada duit tapi tiada masa.”

Bagi saya, persoalan paling penting perlu dijawab oleh golongan pertama ialah “Apa yang dibuat dengan masa yang ada?”

Persoalan penting untuk golongan kedua pula ialah “Apa yang dibuat dengan duit yang ada?”

Kerana hakikatnya kita hanya boleh berbuat sesuatu dengan perkara yang kita ada, bukan yang tiada.

Dan jangan pernah sekali kita lupa, masa dan duit (rezeki) bukan kita punya, bukan ditentukan oleh kita.

Kita hamba. Kita boleh gigih berusaha dan berdoa. Selebihnya kita serah pada Yang Maha Memiliki Segala.

#PesanPuanMary
3 Jenis Muncung Kasut Wanita.

Anda pakai jenis yang mana?

#PuanMary #GuruImej
Saya, Tun Hasmah dan #IlmuImej.

Pada tahun 2019, ketika gambar ini diambil, slot pertama kelas imej intensif yang saya kendalikan bersama isteri-isteri menteri dan timbalan menteri baru sahaja tamat.

Semua peserta diberikan masa untuk berehat sebentar sebelum saya sambung slot seterusnya.

Sedang saya membuat persiapan, kedengaran suara Tun Hasmah dengan lembut memanggil saya, “Puan Mary, saya mahu bertanya tentang jaket saya ini.”

Ini bukan pertemuan pertama saya dengan Tun Hasmah.

Dalam kelas imej saya bersama isteri-isteri menteri dan timbalan menteri sebelum ini pun, Tun Hasmah merupakan peserta yang aktif, suka belajar dan suka bertanya.

Saya mendekati Tun Hasmah dan beliau terus tunjukkan kepada saya tiga helai jaket yang beliau bawa.

“Sesuaikah ini untuk acara bersifat formal?” Tanya Tun Hasmah sambil menyarungkan jaket itu ke tubuhnya.

Dengan teliti, saya pun menjelaskan ciri-ciri jaket, kesesuaian jaket itu untuk beliau dan acara-acara yang beliau perlu hadiri.

Saya dapat lihat Tun Hasmah mengangguk tanda faham ketika saya sedang beri penerangan.

Ketika ini sebenarnya saya rasa segan. Sangat segan.

Tun Hasmah mempunyai pengalaman yang cukup lama sebagai isteri Perdana Menteri. Sudah tentu beliau mempunyai ilmu imej yang luas berdasarkan pengalaman beliau terdahulu.

Namun sepanjang saya mengendalikan kelas imej yang dihadiri sendiri oleh beliau, beliau suka belajar, suka bertanya soalan yang relevan dan ditanya dengan bersungguh-sungguh kepada saya.

Ternyata beliau sedang tunjukkan contoh yang bagus dengan belajar sepenuh hati walaupun pada usia emas begitu.

“Terima kasih, Tun. Kerana Tun bertanya soalan yang penting dan bagus. Saya suka semangat belajar Tun,” kata saya setelah selesai menerangkan tentang jaket itu.

“Sama-sama. Kita mesti tanya soalan kepada yang lebih tahu. Hari ini saya student dan Puan Mary cikgu saya. Jadi saya mesti tanya kepada cikgu,” jawapan beliau itu membuatkan saya sungguh terharu.

Tidak pernah saya terfikir suatu hari nanti Tun Hasmah sendiri menjadi peserta kelas imej yang saya kendalikan.

Saya ingati dan terima jawapan beliau itu sebagai satu bentuk pengiktirafan dan motivasi untuk saya sentiasa berusaha untuk lakukan yang terbaik dalam setiap perkara.

#PuanMary #GuruImej
KENAPA RAMBUT GUGUR? Kulit Kepala Berminyak Mungkin Puncanya.

▪️Pada dasar kulit kepala, wujudnya kelenjar minyak yang menghasillkan minyak semula jadi yang dinama sebum.

▪️Sebum ini berfungsi melembapkan kulit kepala agar rambut boleh tumbuh dengan sihat dan mempunyai tekstur yang kuat dan lembut.

▪️Kulit kepala boleh menjadi berminyak apabila kelenjar minyak ini terlalu aktif dan menghasilkan sebum berlebihan pada kulit kepala.

▪️Sebum berlebihan ini ini menarik kotoran lebih mudah, menghasilkan kelemumur dan menyebabkan helaian rambut melekat bersama.

▪️Lebih teruk lagi, kelenjar minyak yang aktif ini boleh menyumbat akar rambut dengan sebum yang berlebihan dan menyebabkan rambut gugur.

▪️Punca penghasilan sebum yang berlebihan oleh kelenjar minyak ini termasuk genetik, ketidakseimbangan hormon, diet dan lain-lain.

▪️Ketidakseimbangan hormon seperti yang berlaku semasa mengandung, menopaus atau akil baligh boleh mencetuskan kulit kepala berminyak.

#PuanMary #GuruImej