Puan Mary Telegram Channel
3.24K subscribers
177 photos
3 videos
1 file
101 links
Saya mahu jadikan dunia lebih indah dan wanita lebih anggun dengan berkongsi ilmu imej dan penjagaan diri. Ikhlas, #PuanMary #GuruImej
Download Telegram
Assalamualaikum dan salam jumaat.

Marilah kita sama-sama menjadi seorang muslim yang baik dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.

Pengajaran Hadith :

1.Asal perkataan Islam adalah dari perkataan Salam yang bermaksud selamat sejahtera. Perkataan Muslim bererti orang yang selamat iaitu yang memberi keselamatan dan menerima keselamatan. Justeru, jika seseorang itu tiada sifat selamat dalam dirinya seumpama tiada Islam dalam dirinya.

2.Muslim yang sempurna mestilah menunaikan rukun-rukun agama sedaya upayanya dan tidak sekali-kali akan melakukan sebarang angkara dan pencerobohan terhadap orang yang tidak mengganggu keselamatannya, sama ada dengan lidahnya atau dengan tangannya atau dengan apa jua sekalipun.

Sebaliknya jika seseorang Muslim sanggup melakukan sebarang perkara yang merosakkan orang lain, maka dia termasuk dalam golongan orang yang tidak sempurna Islamnya.

3. Seseorang Muslim yang baik juga ialah apabila dia mampu menjaga keselamatan orang lain selepas dirinya berhijrah meninggalkan perkara-perkara buruk yang dimurkai Allah SWT.

* Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

#PuanMary #GuruImej
Orang lain sudah beli rumah sendiri. Kita pula belum dan masih menyewa.

Kita bukan gagal.

Orang lain sudah berderet anak. Kita bertahun-tahun kahwin dan masih berdua.

Kita bukan gagal.

Orang lain sudah buat bisnes untung berjuta. Kita pula berniaga lama dan masih kelihatan sama.

Kita bukan gagal.

Orang lain belajar tinggi-tinggi sampai PhD. Kita pula belajar mengikut kemampuan wang dan masa, cuma ada sijil, ada diploma biasa-biasa.

Kita bukan gagal.

Orang lain sudah bercuti ke pelbagai negara. Kita hanya luang masa lapang duduk di rumah sahaja.

Kita bukan gagal.

Jangan ukur usaha kita berdasarkan pencapaian orang lain.

Percaya pada Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Ada bahagian rezeki yang Allah beri pada kita namun tidak dapat diukur melalui mata kasar manusia.

#PesanPuanMary
Assalamualaikum dan hai semua.

Esok ada kelas online Skincare Mastery kedua bersama saya dengan topik yang sangat menarik.

Semasa kelas Skincare Mastery yang pertama semalam, seramai 249 mendaftar dan mengikuti kelas!

Ramai mahu belajar topik skincare dengan lebih mendalam terutama di kalangan penjual produk skincare.

Untuk kelas kedua ini, jangan terlepas untuk bersama saya esok.

Boleh daftar di sini: http://bit.ly/skincaremastery2
Saya mahu tunjukkan cara pilih warna yang tidak ‘tenggelamkan’ wajah anda.

Jadi esok saya adakan Kelas Online Zoom #Warnalogy secara percuma.

Saya mahu kongsikan kepada anda berkaitan warna-warna yang boleh naikkan seri wajah anda.

Tempat kelas ini adalah terhad. Cepat cepat daftar di https://imej360.onpay.my/prospect/form/2.

Selepas kelas ini barulah anda boleh dapatkan koleksi tudung, baju atau solekan yang sesuai dan jadikan warna berseri-seri!

#PuanMary #GuruImej
Anda benar-benar pasti anda Cool? Atau anda Warm sebenarnya?

Tona kulit ada dua kategori:

• Tona permukaan iaitu kadar kecerahan atau kegelapan kulit
• Tona dasar kulit iaitu Cool atau Warm
Tona permukaan mudah untuk dilihat. Kulit cerah, kulit sederhana cerah, kulit sederhana gelap atau hitam manis.

Tona ini lebih mudah untuk dikenal pasti.

Tona dasar lebih sukar. Untuk tentukan Cool atau Warm perlu ada langkah yang khusus.

Saya mahu berkongsi cara untuk anda menilai tona dasar anda pada malam ini.

Kelas online #warnalogy ini percuma!

Teknik yang saya tunjukkan ini bukan dengan cara melihat urat pada pergelangan tangan. Teknik itu kurang tepat dan mengelirukan.

Anda boleh sertai kelas ini dengan mendaftar pada pautan berikut:

https://bit.ly/warnalogy2

#PuanMary #GuruImej
⬆️ Kaitan saiz pori-pori dengan jenis kulit.
Follow TikTok Puan Mary di sini
tiktok.com/@puanmary
Ada sangat banyak jenis facial mask di pasaran:
▪️Sheet mask
▪️Hydrogel mask
▪️Cream mask
▪️Gel mask
▪️Clay (mud) mask
▪️Peel-off mask
▪️Sleeping (overnight) mask

Pilihan yang begitu banyak ini boleh membuatkan anda atau pelanggan bertanya:

"Yang mana satu sesuai untuk saya?"

Atau anda juga mungkin tertanya-tanya:

"Tak perlu pakai pun boleh kan? Kalau pakai, apa kelebihannya?"

Oleh sebab itu, saya akan adakan kelas khusus untuk menerangkan tentang facial mask ini pada hari esok.

Untuk menyertai kelas, anda boleh mendaftar pada pautan berikut:
https://bit.ly/skincaremastery8
Anda pasti menyedari bahawa...

Rak-rak pada kedai menjual produk penjagaan kulit dipenuhi dengan produk yang bertujuan melindungi dan mencantikkan kulit anda.

Sebahagian daripada produk ini bantu kulit untuk mengelupas (exfoliate), ada yang bantu kulit untuk menjadi anjal dan yang lain bantu melembapkan kulit.

Persamaan kesemua produk ini ialah semuanya bertindak pada lapisan terluar kulit anda yang sering disebut skin barrier.

Tetapi apa sebenarnya skin barrier anda? Apa fungsinya sebenarnya?

Jika skin barrier juga rosak, anda akan menghadapi banyak masalah kulit seperti kekeringan, jerawat, jeragat, kedutan, kekusaman dan lain-lain.

Dalam keadaan begini, bagaimana mahu pulihkan skin barrier anda?

Dan anda juga perlu tahu sebenarnya skin barrier adalah faktor utama kulit anda boleh kelihatan gebu, sihat, cantik atau sebaliknya.

Pada hari Sabtu ini anda boleh belajar semua ini. Berminat?

Anda boleh daftar untuk sertai kelas Skincare Mastery percuma pada pautan berikut:

https://bit.ly/skincaremastery9
Topik menarik dan pasti bermanfaat akan dikupas dalam kelas Skincare Mastery esok.

Apakah benar produk perlu dipakai mengikut usia? 🤔

Apa produk atau bahan yang bagus untuk dipakai pada usia 20-an, 30-an, 40-an, 50-an dan seterusnya?

Seawal mana boleh guna serum atau essence? Perlukan remaja pakai pelindung suria? Jika perlu, mahu pilih yang mana?

Semuanya akan diterangkan dalam kelas esok.

Pendaftaran ke kelas Skincare Mastery 10 kini dibuka. Boleh daftar di sini:

https://bit.ly/skincaremastery10
#SkincareMastery kali ke-12 ini membawakan topik jerawat.

Jerawat! Oh... Jerawat!

Sesiapa pun dapat jerawat memang akan rasa susah hati, sakit hati dan jika kuantitinya banyak, rasa mahu menyorok dalam almari.

Jerawat ini sebenarnya wujud dalam pelbagai tahap - ada tahap ringan, ada tahap sederhana, ada tahap serius.

Jerawat juga ada jenis yang meradang dan ada jenis yang tidak meradang.

Setiap jenis jerawat yang berbeza ini perlu dirawat dengan cara dan bahan yang berbeza.

Ada juga tahap jerawat yang tidak dapat dirawat oleh produk di farmasi atau kedai ubat.

Dalam keadaan ini, hanya doktor pakar kulit boleh beri preskripsi berdasarkan keadaan jerawat itu.

Saya dan Cik Puan Marina Kay akan berkongsi tentang jerawat, cara menjaga wajah dalam keadaan berjerawat dan bahan yang boleh merawat jerawat dalam kelas kali ini.

Jangan ketinggalan! Daftar kelas percuma ini di sini:
https://bit.ly/skincaremastery12
#SkincareMastery kali ke 13 akan membawakan topik exfoliation.

Exfoliation adalah proses mengelupaskan kulit.

Ada dua jenis teknik exfoliation yang utama:
1. Chemical exfoliator
2. Physical exfoliator

Malah anda sepatutnya perlu pilih cara, bahan dan kekerapan yang sesuai dengan jenis kulit.

Esok, dalam Skincare Mastery, saya dan Cik Puan Siti Faeza akan dikongsikan semua perkara yang anda perlu tahu tentang exfoliation.

Daftar di sini:
https://bit.ly/skincaremastery13