Channel Jalan-jalan Cari Ilmu
1.82K subscribers
3.8K photos
35 videos
44 files
1.81K links
InsyaAllah segala poster yang ada di dalam Channel hanya yang Islamik.
Download Telegram
ADAKAH BENAR TIDAK PERLU MEMBASUH TUALA WANITA?

🔴
Adakah benar dengan mempercayai jin yang memakan darah itu boleh membawa manusia kepada syirik?


Masih ramai rakyat kita percaya jin akan memakan darah haid atau nifas. Amalan rakyat mencuci tuala wanita menjadi "taboo" dalam masyarakat kita. 80% wanita yang komen pasal isu ini tidak bersetuju dan mempertahankan amalan mereka tanpa dalil yang tepat.

Terdapat beberapa isu di sini:

1⃣ Apakah makanan jin?
Makanan jin adalah sama dengan manusia.

Dalilnya hadith:

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَسْتَحِلُّ الطَّعَامَ أَنْ لَا يُذْكَرَ اسْمُ اللهِ عَلَيْهِ

"Sesungguhnya syaitan akan memakan makanan yang tidak diawali menyebut nama Allah (بسم الله الرحمن الرحيم)"
(HR. Muslim No.5378, hadith Huzaifah Ibn Al Yaman رضي الله عنه)

2⃣ Bagaimanakah cara pengurusan pad (tuala wanita) pada zaman salaf ? Kaum wanita pada zaman salaf membuang pad ke dalam perigi budha'ah tanpa membasuhnya:

أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَالنَّتْنُ وَلُحُومُ الْكِلَابِ قَالَ الْمَاءُ طَهُورٌ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ

"Adakah boleh kami mengambil wudhu' dari perigi yang mana dibuang di dalamnya kain-kain yang terkandung darah haid, nanah dan bangkai anjing. Sabda Nabi ﷺ : Air itu suci dan tidak dinajiskan oleh sesuatu,”
( HR al-Tirmizi No (66) & Ahmad (11257) di dalam Musnadnya.
Dinilai sahih oleh Al-Albani, sahih Al- Tirmizi.

Ada satu telaga di tepi Masjid Nabawi (sekarang telaga ini sudah berada di bawah Masjid Nabawi kerana pembesaran masjid) di mana ada orang membuang kain bekas haid dan najis ke dalamnya. Tidak ada disebut, sebelum buang kepada wanita pada zaman tersebut untuk membasuhnya.

3. Mengenai jin yang makan darah haid adalah mitos sahaja. Di zaman moden semua wanita menggunakan pad haid pakai buang atau disposable. Maka jika seseorang perempuan membasuh pad pakai buang bermakna dia kurang memahami fungsinya sebab sains telah memudahkan semua wanita, jika dia menentang sains dan teknologi dengan membersihkannya, sedangkan ia dicipta untuk disposable. Konsep disposable ialah "pakai dan buang"

4. Peranan akal dalam melaksanakan fiqh amali adalah apa jua kenyataan, pendapat yang bercanggah dengan akal, maka hendaklah ditolak. Pad moden haid keluaran Kotex, Libresse, dan sebagainya, adalah jenis saintifik pakai dan buang. Jika produk disposable dibasuh, bererti mereka tidak memahami solusi pad pakai buang tersebut.

#bicarathtl
#SnJFiqhWanita.
#Ilmu.
#Amal.
#Prihatin